Selasa, Ogos 24, 2010

KENAPA DUTA MALAYSIA KENA BALING TAIK???

Kenapa nak main tunjuk-tunjuk f**k pulak, tak eloklah. Kita ini bangsa yang bertamadun. Malu satu dunia tengok. Lagipun taik tu kotor, nanti nak sembahyang takut tangan yang pegang taik tu tak bersih dah tak sah... Lepas buat demonstrasi pegang taik lepas tu bila perot lapar terus pergi makan. Basuh pun ala kadar jer... bermakna itu sudah 'Makan Taik'... berkuman, takut kena penyakit...


Kedutaan M'sia dilempar najis, bendera dipijak

Kedutaan Besar Malaysia ke Indonesia di Jakarta telah dilempar najis manusia oleh penunjuk perasaan daripada kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) pada satu demonstrasi petang ini.

Seorang daripada 37 penunjuk perasaan itu telah melemparkan najis itu ke dalam perkarangan kedutaan itu melepasi pintu pagar hadapan dan di atas kepala barisan anggota polis Indonesia yang sedang mengawal ketat di hadapan bangunan itu.

Mereka turut melepaskan najis itu ke atas bendera Malaysia yang dipijak-pijak di atas jalan tempat mereka berkumpul di hadapan kedutaan itu.


Kumpulan itu sebelumnya telah membawa lima bungkusan najis itu, ada yang diletakkan dalam kertas bungkusan makanan, dalam plastik dan dalam kotak polisterin dan dinyatakan sebagai "hadiah" untuk Duta Besar Malaysia ke Indonesia kerana Malaysia selama ini telah beberapa kali memberi "najis" yang lebih kotor kepada Indonesia.

Dengan tiba-tiba seorang daripada mereka melempar bungkusan kertas berisi najis itu ke dalam pagar kedutaan itu dan pada masa yang sama, najis turut dilepaskan ke atas bendera Malaysia yang mereka sedang pijak itu.

Demonstrasi itu diadakan bagi menandakan kemarahan mereka terhadap Malaysia yang mereka dakwa telah merendahkan maruah Indonesia dalam insiden di perairan Bintan pada 13 Ogos lalu apabila polis Malaysia menahan tiga pegawai penguatkuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia.

Ia juga untuk menyatakan kekecewaan rakyat terhadap kepemimpinan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono, yang dikatakan sangat lemah menghadapi Malaysia.

Berikutan kejadian lempar najis itu polis Indonesia menangkap tiga orang pelaku berkenaan.

Demonstrasi itu berlangsung selama sejam.

Seorang wakil kumpulan itu kemudian memberitahu wartawan yang meliputi peristiwa itu bahawa mereka telah memberi kata dua kepada polis Indonesia iaitu lepaskan rakan-rakan mereka itu daripada tahanan atau mereka akan melakukan operasi usir rakyat Malaysia petang ini.

Operasi yang dinamakan "Sweeping Rakyat Malaysia" itu dirancang akan dilakukan di hadapan bangunan kumpulan itu di Jalan Diponegoro, Menteng, di Jakarta.

Polis Indonesia telah menugaskan ramai anggota untuk mengawal ketat di hadapan bangunan kedutaan Malaysia, setelah mendapat maklumat bahawa demonstrasi berkenaan akan disertai antara 300 dan 500 penunjuk perasaan.

Dalam insiden di perairan Malaysia-Indonesia itu, bahagian penguatkuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan menahan tujuh nelayan Malaysia manakala Polis Marin Malaysia pula menahan tiga pegawai pengkuatkuasa kementerian dari Indonesia itu, masing-masing kerana didakwa menceroboh wilayah masing-masing.

Kedua-dua negara kemudian membebaskan tahanan-tahanan itu pada 17 Ogos lalu.

- Bernama

Isnin, Ogos 23, 2010

TUN MAHATHIR TIDAK SETUJU BINA JAMBATAN DI LANGKAWI

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak bersetuju cadangan projek pembinaan jambatan kerana ia akan menjejaskan kecantikan dan keunikan pulau peranginan itu.

"Pulau Langkawi perlu kekal sebagai pulau, jika pulau hendak dijadikan daratan tidak sesuai," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan berupa wang dan coklat dari Jetty Points kepada 120 anak yatim dan kanak-kanak istimewa di perkarangan Masjid Istiqamah Kuala Teriang di Langkawi malam semalam.


Dua syarikat di Perlis telah mencadangkan untuk membina jambatan sejauh 48 kilometer menghubungkan Langkawi dan Kuala Perlis.

Jumaat lalu, Pengerusi Eksekutif Juruelit Sdn Bhd, Kamarudin Husin berkata pihaknya mempunyai kemampuan dana yang mencukupi untuk melaksanakan projek itu, termasuk pembinaan jambatan monorel.

Bekas Perdana Menteri itu merupakan perancang utama yang membangunkan Langkawi iaitu dari sebuah pulau yang tidak dikenali menjadi destinasi pelancongan yang unggul di negara ini dengan pelbagai produk pelancongan seperti Kereta Kabel, Galeria Perdana, Kota Mahsuri, Underwater World, Taman Burung dan Kompleks Kraf.

Dr Mahathir berkata masih banyak ruang perlu dibuat dan berharap setiap program yang akan dilaksanakan perlu mendapat kebenaran dari kerajaan agar peruntukan dapat disalurkan untuk memajukan industri pelancongan Langkawi, katanya.

Beliau berkata Langkawi diberi tumpuan dalam industri pelancongan danberharap program ke arah itu perlu dipertingkatkan.

Terdahulu ketika berucap pada majlis itu, beliau sedih kerana umat Islam sesama sendiri bermusuhan antara satu dengan lain.

"Kita sesama Islam mestilah bersaudara walaupun mempunyai perbezaan pendapat, tapi tidak bermusuhan sehingga berpecah yang akan menjadi lemah dan hilang kuasa di negara sendiri," katanya.

Dr Mahathir dan isteriya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali bersama 500 umat Islam menghadiri majlis berbuka puasa, solat Maghrib, Isyak dan Tarawih di masjid berkenaan.