Isnin, Julai 06, 2015

NOVEL MURAH DI PETANG RAMADAN


Petang tadi terjumpa novel murah. RM5 sebuah. Aku terus beli 3 buah tanpa berfikir. Baca sipnopsis macam menarik. Genre thriller. Rancang nak baca di ketika cuti panjang Raya Aidilfitri nanti. Penulisnya bernama Kerry Wilkinson. Siapakah beliau? Aku pun tak pasti. Nanti aku google kelak. Ada juga bahan untuk di baca sambil mengunyah ketupat, lemang dan rendang. Best!
 Oh mamat ni rupanya si Kerry Wilkinson tuh!












Sabtu, Julai 04, 2015

FILEM : INTO THE WOODS (2014)



Belum pernah menonton filem ini. Tetapi syahwat ku bergelodak mau menikmati kebagusan filem ini. Mana tau bagus? Aku rasa barangkali disebabkan ianya dibintangi oleh aktor Johnny Depp. Joni memang selektif dalam memilih skrip, pengarah, watak dan plot sesebuah filem yang ditawarkan kepadanya.

Barangkali juga disebabkan oleh aktres handal legenda Meryl Streep.

Begitupun biarlah aku berlaku sejujurnya, yang sebenar-benarnya membuatkan aku bernafsu haloba mau menonton filem ini adalalah disebabkan POSTER nya. Terlalu cantik!

Belumpun sempat menonton bagaikan sudah dapat menyelami plot dan jalan ceritanya. Poster filem ini seakan bercampor-campor yakni, horror, fantasi, thriller dan komedi gelap.

Poster ada art value yang tersendiri.

Aduhai! Tak sabar mau menyelami filem ini semasa cuti raya yang panjang nanti.

P/s : Poster adalah suatu elemen terpenting dalam memasarkan filem yang begitu susah payah dibikin. Poster filem adalah Wajah Filem!








Jumaat, Julai 03, 2015

FiLEM : EMAN MANAN PELAKON MELAYU SEJUTA DALAM SATU !


Pelakon Melayu yang betul-betul ada karakter.

Peran Handal. Menjiwai watak. Jantan!

Barangkali kesan ilmu teater Rahim Razali di era 80an.

Kalau di Holywood pasti sudah diangkat sebagai Lagenda Perfileman setanding dengan Marlon Brando, Steve McQueen, Charles Bronson, Yul Bryner atau mungkin sekali Clint Eastwood.

Di sini? Di sini kita melupakan, mengasingkan, dan endah tak endah dengan pelakon yang sangat-sangat berkualiti.

Ladies and Gentlemen.. to present our versatil and the most masculine actor...

EMAN MANAN !

FILEM : THE OMEN (1976)

Ada sesiapa kanak-kanak era akhir 70an dan awal 80an yang masih ingat dengan filem ini?

Kalau tak silap semasa awal 80an, TV3 pernah siarkan filem ini di kaca Televisyen.

Memang seram tahap.. betul-betul punya seram.
Sekali kat belakang kepala budak ni ada cop nombor '666' daaa..

Aku rasa filem-filem Horror masakini banyak yang jadikan filem ini sebagai basic, techniques dan perspective.

The Omen bagi aku filem yang penuh kesunyian yang menyeramkan.

Khurafat betul ! Takpa..ini filem..hiburan.. Hahahahahaaa..


The Omen is a 1976 British/American supernatural horrordrama film directed by Richard Donner. The film stars Gregory PeckLee RemickDavid WarnerHarvey Spencer StephensBillie WhitelawPatrick TroughtonMartin Bensonand Leo McKern. It is the first film in The Omen series and was scripted by David Seltzer.

FILM : The Magnificent Seven

The Magnificent Seven (1960) is an American western film directed by John Sturges and starring Yul Brynner, Eli Wallach and Steve McQueen. The picture is an Old West-style remake of Akira Kurosawa's Japanese-language film Seven Samurai (1954). 

The supporting cast features Charles Bronson, Robert Vaughn, James Coburn, Brad Dexter, and Horst Buchholz. They play a group of seven American gunfighters hired to protect a small agricultural village in Mexico from a group of marauding native bandits led by Calvera (Eli Wallach). 


The film's musical score was composed by Elmer Bernstein. 


In 2013, the film was selected for preservation in the United States National Film Registry by the Library of Congress as being "culturally, historically, or aesthetically significant".


A remake film is currently filming and is scheduled to be released on January 13, 2017.

FILEM THE WOLFMAN



Baru beli DVD filem ini. Filem terbitan 2010.

Sangat Klasik. Serigala Jadian mengamok di England. Di sekitar 1891-1900. 

Walau subjek utama berkisar kpd seorang lelaki yang digigit Serigala Jadian dan dalam proses bertukar menjadi Serigala Jadian secara perlahan-lahan; tetapi unsur-unsur kemanusiaan, kemasyarakatan dan kesetiaan cinta tetap mendapat tempat.

Pengarah amat menitik beratkan latar belakang dan kostum pelakon. Kereta kuda, bangunan kolonial dan cuaca kelabu, basah, gelap suram banyak mewarnai cerita ini.

Lakonan Benecio Del Toro memang superb!

Langsung tak rugi duit jika beli.

Khamis, Julai 02, 2015

AKHBAR THE EDGE KENA TUNJUK SEBAB



SIAPA INI JUSTO? 
RAKYAT MALAYSIA HANYA KENAL JAYA JUSCO. TAK PERNAH UMUR DENGAR JUSTO.

Surat Khabar The Edge ini bagus. Aku kerap beli.

Pakcik Makcik Kat Kampong tak baca The Edge. Dorang baca Utusan atau Harakah.

MAKNANYA PAPER THE EDGE INI DI BACA OLEH SIAPA, SAMPAI KENA SURAT TUNJUK SEBAB?

TUNJUK SEBAB ATAU KENA SEBAT!

NAMA MAMAT JUSTO INI SENANG DI HAFAL 

RAKYAT MALAYSIA SEBAB SEAKAN SAMA 

DENGAN JAYA JUSCO.

The Edge kena surat tunjuk sebab

Kerajaan mengeluarkan surat tunjuk sebab ke atas akhbar perniagaan The Edge ekoran laporan berhubung 1MDB yang didakwa berdasarkan maklumat tidak benar.

Laporan The Malay Mail Online menyebut, jurucakap Kementerian Dalam Negeri mengesahkan surat tersebut dihantar kepada akhbar tersebut.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada minggu lalu mengumumkan bahawa kerajaan akan bertindak ke atas The Edge atas laporan mengenai usahasama 1MDB dan PetroSaudi International.

Tindakan itu diumumkan susulan penahanan bekas eksekutif PetroSaudi yang didakwa membocorkan maklumat mengenai usahasama 1MDB-PetroSaud bernilai AS$1.2 bilion.

Kerajaan Malaysia juga mendakwa, maklumat tersebut dipinda dan dibocorkan kepada akhbar The Edge dan Sarawak Report.

Zahid juga mendakwa terdapat rakyat Malaysia yang meminta Justo berbuat demikian, dan menambah individu berkenaan mungkin akan diekstradisi ke Thailand untuk membantu siasatan.

Laman Sarawak Report yang menerbitkan pelbagai tulisan berdasarkan email yang dibocorkan itu bagaimanapun yakin bahawa ia hanya satu usaha untuk mencemarkan nama Justo dan menangkis kritikan ke atas 1MDB.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga mengesyaki perkara sama.

Buka Puasa : NAAB Restaurant Iranian Fine Cuisine, Bukit Bintang


Ramadan ke berapa dah ni? Ke empat  belas kan. Ah Lupa dah!

Hari ini aku ke KLCC.

Dari klcc pula terus berjalan lagi ke kawasan Bukit Bintang.
Bulan Ramadan. Puasa. Berpeluh-peluh.

Buka puasa dengan The Wife & Merlock.

Restoran NAAB. Makanan Iran. Sangat sedap dan punyai banyak pilihan.


Aku makan hampir semua menu. Hampir sahaja. Bukan semua.

Mana larat.










Rabu, Julai 01, 2015

SIAPA JHO LOW 1MDB ?

Jho Low siapa ini Jho Low?

Apa kena mengena dia dengan 1MDB?

Mana dia kaut duit sampai boleh hidop bermewah-mewah di luar negara sampaikan model dan artis holywood keliling pinggang?

Rakyat Malaysia mau tau.