The Indie Story
Isnin, Mei 16, 2016
MANSOR PUTEH : SEMAN SEBUAH FILEM PERIBADI Oleh ANUAR NOR ARAI
Isnin, Julai 06, 2015
NOVEL MURAH DI PETANG RAMADAN
Oh mamat ni rupanya si Kerry Wilkinson tuh!
Sabtu, Julai 04, 2015
FILEM : INTO THE WOODS (2014)
Belum pernah menonton filem ini. Tetapi syahwat ku bergelodak mau menikmati kebagusan filem ini. Mana tau bagus? Aku rasa barangkali disebabkan ianya dibintangi oleh aktor Johnny Depp. Joni memang selektif dalam memilih skrip, pengarah, watak dan plot sesebuah filem yang ditawarkan kepadanya.
Barangkali juga disebabkan oleh aktres handal legenda Meryl Streep.
Begitupun biarlah aku berlaku sejujurnya, yang sebenar-benarnya membuatkan aku bernafsu haloba mau menonton filem ini adalalah disebabkan POSTER nya. Terlalu cantik!
Belumpun sempat menonton bagaikan sudah dapat menyelami plot dan jalan ceritanya. Poster filem ini seakan bercampor-campor yakni, horror, fantasi, thriller dan komedi gelap.
Poster ada art value yang tersendiri.
Aduhai! Tak sabar mau menyelami filem ini semasa cuti raya yang panjang nanti.
P/s : Poster adalah suatu elemen terpenting dalam memasarkan filem yang begitu susah payah dibikin. Poster filem adalah Wajah Filem!
Jumaat, Julai 03, 2015
FiLEM : EMAN MANAN PELAKON MELAYU SEJUTA DALAM SATU !
Pelakon Melayu yang betul-betul ada karakter.
Peran Handal. Menjiwai watak. Jantan!
Barangkali kesan ilmu teater Rahim Razali di era 80an.
Kalau di Holywood pasti sudah diangkat sebagai Lagenda Perfileman setanding dengan Marlon Brando, Steve McQueen, Charles Bronson, Yul Bryner atau mungkin sekali Clint Eastwood.
Di sini? Di sini kita melupakan, mengasingkan, dan endah tak endah dengan pelakon yang sangat-sangat berkualiti.
Ladies and Gentlemen.. to present our versatil and the most masculine actor...
EMAN MANAN !
FILEM : THE OMEN (1976)
The Omen is a 1976 British/American supernatural horrordrama film directed by Richard Donner. The film stars Gregory Peck, Lee Remick, David Warner, Harvey Spencer Stephens, Billie Whitelaw, Patrick Troughton, Martin Bensonand Leo McKern. It is the first film in The Omen series and was scripted by David Seltzer.
FILM : The Magnificent Seven
The supporting cast features Charles Bronson, Robert Vaughn, James Coburn, Brad Dexter, and Horst Buchholz. They play a group of seven American gunfighters hired to protect a small agricultural village in Mexico from a group of marauding native bandits led by Calvera (Eli Wallach).
The film's musical score was composed by Elmer Bernstein.
In 2013, the film was selected for preservation in the United States National Film Registry by the Library of Congress as being "culturally, historically, or aesthetically significant".
A remake film is currently filming and is scheduled to be released on January 13, 2017.
FILEM THE WOLFMAN
Baru beli DVD filem ini. Filem terbitan 2010.
Sangat Klasik. Serigala Jadian mengamok di England. Di sekitar 1891-1900.
Walau subjek utama berkisar kpd seorang lelaki yang digigit Serigala Jadian dan dalam proses bertukar menjadi Serigala Jadian secara perlahan-lahan; tetapi unsur-unsur kemanusiaan, kemasyarakatan dan kesetiaan cinta tetap mendapat tempat.
Pengarah amat menitik beratkan latar belakang dan kostum pelakon. Kereta kuda, bangunan kolonial dan cuaca kelabu, basah, gelap suram banyak mewarnai cerita ini.
Lakonan Benecio Del Toro memang superb!
Langsung tak rugi duit jika beli.
Khamis, Julai 02, 2015
AKHBAR THE EDGE KENA TUNJUK SEBAB
SIAPA INI JUSTO?
RAKYAT MALAYSIA HANYA KENAL JAYA JUSCO. TAK PERNAH UMUR DENGAR JUSTO.
Surat Khabar The Edge ini bagus. Aku kerap beli.
Pakcik Makcik Kat Kampong tak baca The Edge. Dorang baca Utusan atau Harakah.
MAKNANYA PAPER THE EDGE INI DI BACA OLEH SIAPA, SAMPAI KENA SURAT TUNJUK SEBAB?
TUNJUK SEBAB ATAU KENA SEBAT!
The Edge kena surat tunjuk sebab
Kerajaan mengeluarkan surat tunjuk sebab ke atas akhbar perniagaan The Edge ekoran laporan berhubung 1MDB yang didakwa berdasarkan maklumat tidak benar.Laporan The Malay Mail Online menyebut, jurucakap Kementerian Dalam Negeri mengesahkan surat tersebut dihantar kepada akhbar tersebut.
Menterinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada minggu lalu mengumumkan bahawa kerajaan akan bertindak ke atas The Edge atas laporan mengenai usahasama 1MDB dan PetroSaudi International.
Tindakan itu diumumkan susulan penahanan bekas eksekutif PetroSaudi yang didakwa membocorkan maklumat mengenai usahasama 1MDB-PetroSaud bernilai AS$1.2 bilion.
Kerajaan Malaysia juga mendakwa, maklumat tersebut dipinda dan dibocorkan kepada akhbar The Edge dan Sarawak Report.
Zahid juga mendakwa terdapat rakyat Malaysia yang meminta Justo berbuat demikian, dan menambah individu berkenaan mungkin akan diekstradisi ke Thailand untuk membantu siasatan.
Laman Sarawak Report yang menerbitkan pelbagai tulisan berdasarkan email yang dibocorkan itu bagaimanapun yakin bahawa ia hanya satu usaha untuk mencemarkan nama Justo dan menangkis kritikan ke atas 1MDB.
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga mengesyaki perkara sama.
Buka Puasa : NAAB Restaurant Iranian Fine Cuisine, Bukit Bintang
Dari klcc pula terus berjalan lagi ke kawasan Bukit Bintang.
Bulan Ramadan. Puasa. Berpeluh-peluh.
Buka puasa dengan The Wife & Merlock.
Restoran NAAB. Makanan Iran. Sangat sedap dan punyai banyak pilihan.
Aku makan hampir semua menu. Hampir sahaja. Bukan semua.
Mana larat.
Rabu, Julai 01, 2015
Selasa, Jun 30, 2015
SAJAK : Merindui Bilik Itu.
Isnin, Jun 29, 2015
MERIAM BULOH BERDENTAM-DENTUM !
APAKAH KEMERIAHAN AIDILFITRI MASIH TERASA LAGI ?
SETELAH G.S.T DATANG?
BERAYAKAH ORANG BANDAR?
ORANG KAMPONG RILEKS JA MAIN MERIAM BULOH!
APA NI BULAN PUASA PUN NAK CAKAP PASAL G.S.T!!!
KENA CAKAP..SEBAB DUIT KELUAR MACAM AIR LAH BEB..
BERDENTAM-DENTOM!!!
Sabtu, Jun 27, 2015
MUSIM ORANG BANTAI DR. MAHATHIR MOHAMAD !
Kononnya doa bekas Haji Fadzil Nor dah jadi kenyataan.
Barangkali budak yang tak pass spm pun boleh mengerti jika seseorang yang pernah memerintah selama 22 tahun, maka disamping legasi dan jasa-jasa besar yang beliau tinggalkan sudah tentu akan ada juga cacat cela disana-sini.
Inilah yang dinamakan menangguk di air yang keruh. Berhati jahat. Berfikiran jahat. Agenda jahat yang penuh tipu muslihat.
Isnin, Februari 16, 2015
KUIH LADOO PUNJABI
Jelas dihadapanku terdapat sebuah kedai Punjabi yang menjual kuih-muih tradisional mereka. Warna-warni beraneka jenis. Aku memang suka kuih-muih Sikh itu. Salah satu jenis yang aku suka makan bernama Ladu. Sejenis kuih sebesar bola golf yang berwarna kuning dan berbintik jingga. Kebanyakkan kuih-muih mereka memang manis. Mahu makan sekali-sekala bolehlah, kalau selalu sangat takut kena penyakit Kencing Manis (Diabetes). Sikap bangsa Sikh mempertahankan nilai-nilai tradisi bangsa mereka memang patut dipuji. Agak rumit dan kelecehan yang bukan sedikit untuk menghasilkan kuih-muih tersebut. Minyak Sapi (Ghee Blend) juga menjadi salah satu ramuan terpenting untuk membuat kuih-muih mereka. Sesiapa yang tak biasa memang tak boleh tahan disebakan bau minyak yang tengik tapi lazat.
DUIT!
Bila kita tidak punya wang, kita merasa lemah, rasa terbeban dan banyak masalah. Seolah-olah wang itu punca sebenar kebahagiaan. Bila kita berduit sikit, hahahhaaaaa...kita lah Raja!
Itu maksudnya kita ini manusia yang lemah serba-serbi. Lemah jiwa. Lemah semangat. Kurang survival.
Kita dimanjakan (baca: dibesarkan) dengan duit. Zaman ini, zaman duit. Oh bukan zaman ini sahaja malah semenjak zaman Bank mula di cipta lagi. Apabila sistem Barter telah mula digantikan dengan dengan not-not kertas, maka bermula manusia bergantung dengan duit.
Kata orang, Duit punca segala penyakit tapi bila tiada duit sakit kita beb! Walaupun barangkali duit salah satu elemen yang mencetuskan rasa kebahagiaan tapi jangan sesekali kita lupa duit bukanlah punca sebenar erti Kebahagiaan yang hakiki.
Ketaatan kepada Ilahi itulah kebahagiaan sebenar.
Bila lapar perlu duit bukan?
Duit..duit..duit...aduh!
Jumaat, Mei 09, 2014
Rabu, April 23, 2014
SHAHRIR SAMAD : TOKOH POLITIK MELAYU JOHOR Siri 2 Oleh Indie Fictionwriter
SHAHRIR SAMAD : TOKOH POLITIK MELAYU JOHOR - SIRI 1 Oleh Indie Ficitionwriter
Selasa, April 22, 2014
WARGA ASING BESAR KEPALA DI MALAYSIA : SALAH SIAPA?
*(Sumber : http://news.abnxcess.com/bm/2013/07/1-3-juta-pati-direkodkan-masih-di-malaysia/)