Sabtu, Oktober 27, 2007

jadi sesat ke?

saya sekarang dah sampai ‘stage’ nak mula baca buku berat-berat. sebab? sebab dah bosan baca yang ringan-ringan. tapi terus terang cakaplah, tak pula saya pasti mampu ke masuk yang berat-berat. pakar bijak pandai kata kalau baca buku falsafah yang berat, lama-lama boleh jadi sesat. tidak pula saya tahu menahu untuk memastikan teori tersebut. mungkin juga…tapi saya rasa kita jadi sesat bila baca falsafah bila tidak diikat dengan keimanan kepada agama. banyak apa, orang jadi sesat dengan tak payah baca buku “heavyweight’. baca suratkhabar pun 3 bulan sekali. Ayah Pin naik kelangit sebab baca buku karya Immanuel Kant ke???

wallahua'lam...

3 ulasan:

AbGJaS berkata...

Hi Moderator,
Dikatakan orang bahawa ilmu yg tidak digalak dipelajari (dikhuatiri sesat dan menyesatkan) adalah ilmu sihir dan falsafah. Namun spt kata Moderator, ilmu2 begini perlu diikat dgn keimanan agar tidak syirik.

Setakat ni abgjas tengah baca buku 'Matematik Merentas Tamaddun' (abgjas menajar math) yg menghurai mengenai perkembangan matematik sejak zaman Yunani, Islam dan Barat.

Matematik juga sarat dgn falsafah sbnrnya...

the indie story berkata...

terima kasih abgjas atas nasihat yang berguna ini. saya akan mengambil sikap supaya lebih berhati-hati. insya'allah.

Wah! abgjas pakar matematik rupanya??? baru lah saya tahu. mesti otak abgjas pantas macam caculator kan. satu penghargaan buat diri saya dapat menjadi "sahabat" kepada orang yang mengajar maths.

saya turut bersetuju, maths sememangnya berkaita rapat dengan falsafah. mungkin abgjas lebih arif. saya pula baru mula nak main-main baca falsafah. untuk menjadi sang filsuf agung sudah terlambat saya kira. apapun saya tidak mahu berasa rendah diri mendengar kawan2 berbincang tentang konsep falsafah barat. saya terlalu ketinggalan saya kira...

"Matematik Merentas Sempadan", membaca judulnya sudah agak teruja. apakah ia berkaitan dengan sejarah dan sub budaya sesebuah masyarakat dalam mempelajari ilmu ini?

teruskan melukis dan membaca buku abgjas..agar sama2 kita dapat muncul sebagai individu yang berilmu dan beriman kepada Allah swt.

Dengan keajaiban Matematik saya fikir...lebih mudah kita mengenal ALLAH swt.

AbGJaS berkata...

Salam Moderator,
Abgjas seronok membaca post mengenai socrates ke plato dlm blog Tuan yg satu lagi.

Ramai ilmuan matematik dahulu berusulkan falsafah.

Ini menolak pendapat kontemporari bahawa matematik adalah ilmu yg bebas nilai.

Maka itu Aristotle adalah antara murid Plato yg handal matematik.
Sungguh mengkagumkan!