Selasa, Disember 18, 2007
DAGING KORBAN
Lagi beberapa hari sahaja, umat islam akan meyambut hari raya aidiladha. banyak lembu, kerbau dan kambing yang bakal tumbang...alhamdulillah rezeki Allah swt yang beri. Daging Korban memang banyak berkat...binatang disembelih semata-mata kerana Allah swt... Pertanyaan muluk yang seringkali hanyut dihatiku ialah.....sampai ke daging korban ini kepada fakir miskin yang betul-betul memerlukan? Ditempat saya sendiri...selalunya daging korban ini dibahagikan kepada sesama mereka sahaja...maksud saya dikalangan orang yang menolong sembelih lembu dan kepada jemaah yang selalu datang ke Masjid sahaja. Saya agak kurang setuju dengan cara ini...tertampak berpuak-puak...tak baguslah begini. Walaupun ada mereka yang jarang datang Masjid sepatutnya kita berikan juga kepada mereka apatah lagi kalau mereka ini benar-benar memerlukan. Bagi saya orang kafir miskin juga berhak merasa nikmat daging korban...barulah hati mereka dapat melihat keindahan dan keadilan tuntutan islam.
Saya sendiri tidak pernah mendengar terdapat hadis mahupun ayat Al Qur'an yang menghalang orang kafir daripada memakan daging Korban...(betulkan jika saya tersalah). Jadi sepatutnya daging korban...untuk si miskin yang kesusahan...Allahuakbaar!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
Salam AidilAdha Mr.Moderator,
Abgjas seronok dgn pandangan Moderator dlm post ini - kita tak patut memilih2 sama ada org masjid/bukan dlm mengagihkan korban.
Berdakwah itu tujuannya menarik org mendekati ajaran Islam kan? Bukan menjauhi mereka.
Cuma lebih afdal diberi kpd si miskin.
Berkenaan org bukan Islam, abgjas juga kurang arif. Cuma di qariah kami, boleh dikatakan 100% org Islam.
aloha! ente ada banyak baca Stephen King eh? Banyak serammmmmmmlah...
Catat Ulasan