Rabu, Mac 26, 2008

Politik Nasi Campur...


Politik Malaysia sudah bertukar jadi Politik Nasi Campur.


Macam-macam lauk ada. Bercampur-campur. Banyak benda-benda tidak dijangka berlaku. Bila menang ingat boleh bergumbira dan bersuka hati, rupa-rupanya tidak begitu. Mahu jadi Menteri Besar tidak semudah tampal poster dan menang. Maka banyaklah benda-benda pelik berlaku. Semua mahu kekal berkuasa. Mahu berkuasa sampai menderhaka kepada Raja. Perbuatan sumbang politik makin terserlah. Budaya melayu selepas pilihanrya 2008, makin terhina. Rakyat tersenyum sinis melihat sampai mata terkebil-kebil.


Mereka sangka rakyat itu BODO. Tidak...rakyat tidak bodo. Mereka cuma melihat teater bangsawan yang hodoh. Mahu berkuasa sebab mahu duit. Mahu harta dan kekayaan diatas perit dan derita rakyat marhain. Bila petrol naik, secara logiknya mana mungkin barang tidak akan naik. Menyuruh rakyat jelata mengukur baju dibadan sendiri memang mudah. Bercakap macam orang tak berakal. Kamu lainlah, makan hari-hari 'free', petrol ''free', macam-macam 'free'. Kami? Kami semua kena bayar...

Bila petol dan gas tidak jadi naik, kami sebenarnya tidak rasa apa-apa pun. Pendapatan kami bila boleh naik? Kamu lainlah...jarang-jarang sangat singgah di gerai Nasi Campur.

Tiada ulasan: