Sabtu, Jun 28, 2008

Antara Ezam & Petrol, Rakyat Malaysia pilih siapa?

bye-bye Anwar...

Politik Malaysia semakin panas. 2 kes yang agak popular yang blog ini terlepas ulas adalah:
  1. Ezam @ Pendekar Jawa (gelaran daripada Khalid Jaafar) telah menyertai kembali parti pragmatis UMNO.

  2. Kenaikkan harga petrol yang terlalu melampau.


Kes pertama, berkenaan 'peniru' gaya Anwar Ibrahim yang telah kembali bersekongkol dengan puak-puak yang telah dimaki hamun tanpa belas selama ini; tidaklah menarik minat saya untuk mengulas panjang. Itu dia punya pasal. Malaysia negara yang berkonsepkan 'demokrasi feudalisme', jadi dia berhak menyertai mana-mana parti yang disukainya tanpa boleh dihalang oleh sesiapa pun. Ezam sudah kasi 'bye-bye' sama itu dia punya mentor, Pak Sheikh!

Saya lebih tertarik kepada isu kenaikan harga petrol yang melambung begitu tinggi.

Sejarah akan merakam bahawa dibawah pemerintahan keluarga Mr. Clean (pada mulanya...) akan lebih diingati disebabkan oleh:

  1. anak menantu yang begitu berkuasa

  2. majoriti selesa 2/3 yang selama ini telah dinikmati oleh kerajaan BN berpuluh tahu telah dapat dinafikan oleh gabungan parti politik pembangkang.

  3. Harga pertol yang paling tinggi pernah dinaikan semenjak dari mula negara ini mecapai kemerdekaan.

Pemain-pemain politik nasional seperti Hishamuddin Tun Hussien, Najib dan Nazri Aziz tidak merasai seperti beban berat yang digalas oleh rakyat jelata. Malah Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Haji Hadi Awang juga tidak begitu merasa keperitan yang ditanggung oleh orang yang miskin dan berpendapatan sederhana.

Mereka ini dari golongan 'banyak duit'. Berpendapatan besar. Memandu kereta mewah dan duduk selesa di banglo-banglo eksklusif.

Mangsa sebenar? => rakyat jelata yang berpendapatan dibawah RM3 ribu dan terpaksa menanggung kos hidup yang agak tinggi.

Petrol naik harga = bermakna tidak lama lagi pasti akan ada ahli politikus terkenal yang kena turun. Kalau degil sangat tidak mahu turun. Rakyat sendiri yang akan bawa turun. Sama-sama kita berdoa...supaya tidak terus menerus ditekan lagi.

1 ulasan:

Letting the time pass me by berkata...

Aku rasa kerajaan patut menurunkan cukai pendapatan... Mungkin untuk tahun ini, cukai pendapatan patut dikecualikan untuk memastikan rakyat sudah mampu untuk menyesuaikan diri dengan keadaan harga minyak.,... Kalau tak pun, kena adakan penstukturan semuala cukai LHDN, naikkan tax exemption kepada RM4000 per month salary