Oleh kerana aku datang time weekdays, maka suasana didalam restoran sewaktu breakfast agak lengang. Cuma kelihatan dalam sekitar 6-7 manusia yang sedang makan sambil buat hal sendiri, termasuk aku.
Cuma yang tak bestnya semasa aku sedang baik punya mengunyah, itu waiter & waitress telah memandang tepat kearah aku tanpa sedetik pun kelopak mata mereka berkelip walau sebentar cuma. Seolah-olah semasa itu aku sedang melakukan satu kesalahan yang teramat-amat besar. Maybe sebab aku makan lebih kot...kah kaah kahhh kaaahhh kah kah kaahhhh.
Apakah makan lebih semasa breakfast telah menjadi satu kesalahan dan dosa besar yang tidak terampun bagi pihak mereka??? Jadi mahu tak mahu aku terpaksa kembali pakai gear rendah sewaktu kunyah itu chicken cold meat dan tomato grill demi menjaga air muka dan daya ke intelektualan aku. Rugi...rugii...rugiiiiii... Sampai ke hari ini hati ku tertanya-tanya; apakah mereka itu terpesona melihat wajah aku menjadi kacak lebih daripada biasa sewaktu sedang mengunyah makanan?
Ataupun ini telah menjadi satu taktik perang psikologi pihak resort supaya dengan sendirinya pihak pengunjung tidak jadi makan lebih dan menyelamatkan mereka daripada mengalami kerugian dan krisis makanan yang berpanjangan.
Kah kah kaahhh kahhh kah kahhh kahhhhh (ketawa ala-ala old style)
Breakfast menu agak simple. Agak sedikit mengecewakan bagi aku. Menu yang begitu hambar. Gambar diatas adalah menu terbaik yang pihak Legend Resort sediakan untuk bersarapan. Lain-lainnya seperti mee goreng mamak dan nasi goreng yang mak aku buat 100 kali lebih sedap dan menyelerakan. Takkan ini aje yang mereka ada??? Alhamdulillah ajer lah...
Bagi aku yang pernah mengunjungi Holiday Inn Santubong Resort, Sarawak, menu ini agak terlalu biasa. Di Holiday Inn Santubong Resort, menu sarapan yang mereka sediakan kepada pengunjung betul-betul punya lazat, puas hati dan berbaloi. Aku harap dimasa akan datang pihak Legend Resort Cherating; jangan sekadar menyediakan Breakfast seperti melepaskan batuk ditangga. Sebab para pengunjung bayar whaaaaaaat...bukan main datang makan free!
2 ulasan:
bagi saya, semuanyer sodappp , heh heh
nak ikutttttt
Catat Ulasan