Ahad, September 20, 2009

FOTO 'MALAY COWBOY' BERSAMA UCAPAN AIDILFITRI...

Selamat Hari Raya Eidulfitri hanya kepada yang berpuasa...
luv u all so much...

Salam to all Muslimin and Muslimat. Mukminin and Mukminat. Sejahtera kepada manusia yang baik-baik bukan yang berperangai macam 'lahanat'.

Anak bulan telah pun nampak.Takbir kebesaran Allah telah memecah keheningan malam yang dingin... Hatiku sayu bercampur baur, sedih dan gembira...

Ku ucapkan Selamat Menyambut Eidulfitri yang mulia buat umat ISLAM diseluruh dunia, tidak kiralah dimana anda berada. Bahkan jika anda terkandas keseorangan berada di satu Pulau ditengah-tengah Lautan Pasifik, tanpa kasut raya dan songkok raya. Bahkan juga jika anda ketinggalan Bas dan terpaksa berada distesen Bas Pudu Raya di pagi Raya... Raya tetap raya!

Bersama ucapan maaf zahir dan batin. Minum sirap sampai kembong. Makan ketupat sampai pening. Berayalah selagi boleh beraya...Kepada yang memandu pulang ke desa permai dan juga yang akan kembali ke KL, nasihatku "pandulah laju-laju sehingga kereta anda terbang!" jika anda terlalu bebal untuk menghargai kehidupan bersama insan yang tersayang. Jangan sampai Ego terlampau besar hingga tak mampu ditanggung akal yang waras dan normal.

Apapun... dikesempatan ini sudah tentu aku tidak mahu ketinggalan mengucapkan Selamat Berbahagia di Pagi Lebaran buat semua "gadis-gadis yang pernah ku cintai...Muaaahhhhh" cheewaaahhh...

Kah Kaahh Kah Kahhh kahhh Kahhhh...(ketawa koboiiii)

Lastly, aku ingin berpantun...

"Malam Raya takbir bergema,
Bercahaya langit berbunga api,
Ibadah Ramadhan harap diterima,
Linangan airmata jatuh kepipi..."

i know what u did last raya! yeehaaaa...
Malay Cowboy aka. Shinri

1 ulasan:

AbGJaS berkata...

Assalamu'alaikum,
Salam Aidilfitri kdp Bro Moderator dan Bro Shinri. Maaf zahir dan batin andai ada salah silap selama ini.

Wah! Nak jadi cowboy raya ni... tp abgjas paling suka tengok Clint Eastwood jadi cowboy dlm 'The pale rider', 'the unforgiven'etc

Yeee Haaaaaaaaa!!!!