Memaparkan catatan dengan label PENGUMUMAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PENGUMUMAN. Papar semua catatan

Isnin, April 06, 2009

PENGUMUMAN! "ORANG KITA DAH JADI SEMAKIN KEBENDAAN..."

Jadi...apakah manusia hanya dinilai kepada berapa besar kereta yang dipandu atau berapa banyak jari sport rim kereta? Bilakah kita mahu kembali kepada penilaian yang ditunjukkan oleh TUHAN? Hebat sangatkah bila pandu laju-laju macam dalam cerita "fast and the furious 4"... Fiksyen Imiginasi ala-ala Agenda Yahudi Zionist yang cepat ditangkap oleh otak sesetengah budak-budak MELAYU yang cepat perasan bagus... Apa korang ingat Si Van Diesel dan Paul Walker akan pandu kereta macam orang bebal kalau diluar filem? Depa pun tau sayang nyawa dik... Jangan dek kerana itu demam "fast and the furious 4" korang dapat rumah baru kat Intensive Care Unit (atau nama manjenya ICU!). Depa tu berlakon dapat duit...Korang dapat apa?


Semenjak kebelakangan ini saya hanya aktif menulis diblog yang satu lagi. Dengan niat memperjuangkan agama Allah swt dan nilai-nilai suci yang dah semakin hilang dikalangan orang kita.



Orang kita dah menjadi semakin KEBENDAAN (materialistik). Mengukur sesuatu kejayaan hanya berdasarkan ukuran kemewahan zahir dan apa yang hanya boleh dibanggakan dengan mata kasar.



Kalau anda ingin melihat dengan MATAHATI maka blog komuniti ini sangat sesuai untuk dihadam lumat.



NAH! ini dia => Independent Islamic Community (iic) aka. Saba Islamic Family! Masuk jangan tak masuk k...

Selasa, April 29, 2008

MANGGA BESI telah dibuka kembali...


PENGUMUMAN!

Semenjak 3-4 hari kebelakangan ini, blog komuniti islam independen aka. IIC (Independent Islamic Community) telah dikunci rapat dengan 'PAD-LOCK' dari jenis besi waja disebabkan kerja-kerja baikpulih (UNDER CONSTRUCTION). Jadi ramai rakan-rakan komuniti islam independen yang merungut marah. Banyak yang 'complaint' melahirkan ketidakpuasan hati.

Pihak Moderator & Crew memohon maaf diatas segala kesulitan yang berlaku selama beberapa hari kebelakangan ini. Hal ini bukanlah disengajakan.

Dengan ini mangga besi kersani padu buatan Sumatera telah dibuka kembali.

Kepada rakan-rakan komuniti yang ingin menatap kembali koleksi foto-foto komuniti , video komuniti maka bolehlah datang melawat pada bila-bila masa tanpa halangan. Tiada caj dikenakan.

Juga kepada para pengunjung blog yang dikasihi yang ingin membaca serta mendengar kisah-kisah sufi Tazkiratul Awliya', muzik independen, hadis-hadis Nabi saw. dan koleksi artikel sumbangan dari komuniti blog bolehlah datang melawat ke:

http://sabapersonalalbum.blogspot.com

Harap maklum. tQ

Sabtu, April 19, 2008

Terima Kasih buat semua...

Kepada rakan-rakan blogger dan para pengunjung yang telah meletakkan komen-komen yang bernas dan bertanggung-jawab, Pihak Moderator & Crew mengucapkan jutaan terima kasih kepada saudara/saudari yang sudi berkongsi idea dan pandangan. Pihak Kami sangat menghargai segala pandangan saudara/saudari sekelian. Cuma Pihak Kami 'Tidak Berkemampuan' untuk memberi respon balas kepada semua kerana hambatan waktu yang terhad. Namun begitu tulisan-tulisan saudara/saudari telahpun kami teliti satu persatu sebagai 'Guideline' Pihak Kami untuk memberi karakter kepada blog ini. Diharap saudara/saudari sudi memahami situasi Pihak Kami yang sering kesuntukan masa untuk meneruskan hidup sebagai manusia normal. Harap maklum.

Terima Kasih. Terima Kasih. Terima Kasih sekali lagi.

Rabu, April 16, 2008

PENGUMUMAN!

Pihak Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Malaysia Today & The People's Parliament; diatas kesudian mereka menyalurkan 'link' dan kredit kepada blog 'the indie story...'
Sila 'klik' untuk membaca laporan mereka:

1) Malaysia Today (post by kasee)
2) The People's Parliament (post by Tuan Lawyer Haris Ibrahim)

Thank You Bro'!

Mr.Moderator & Crew.
United Malaysian Bloggers - 'Bloggers harus bersatu...'