Memaparkan catatan dengan label politik sampah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label politik sampah. Papar semua catatan

Selasa, September 28, 2010

ANWAR IBRAHIM DI TENTANG OLEH AKAR UMBI???

wajah terbaru Zaid yang diambil dari Malaysiakini. kalau anda perasan, lukisan belakang kaler pink, baju kaler pink, dan kulit pun macam kaler pink. hebaaattt... ini baru gaya bakal Timbalan Presiden PKR

pertembungan diantara lawyer liberal Zaid Ibrahim dengan Azmin Ali bakal kemuncak beberapa hari lagi.

bersediakah Azmin untuk tumbang? atau Zaid kembali menjilat ludah didalam UMNO. terbakar menjadi abu...

berpatah arangkah Zaid kepada PKR?

atau mungkin pencalonan Zaid dari akar umbi satu manifestasi penentangan terhadap Anwar Ibrahim sudah bermula...

anak-anak piranha sudah mula tanggalkan gigi susu mula belajar nak makan daging tuan kolam...

Jumaat, September 17, 2010

ZAID IBRAHIM KATA AZMIN ADA GAYA ALFRED DUNHILL OF LONDON...

NOTA : APAKAH AGAKNYA MAKSUD SEBENAR ZAID BILA DIA KATA BEGITU KEPADA AZMIN ALI? ADA GAYA... GAYA APA? GAYA SARKAS KAH? MENGIKUT SITUASI TERKINI ALAMATNYA TERLUNGKUPLAH SI ZAID NI DALAM PKR. TAPI DALAM POLITIK MACAM-MACAM BOLEH BERLAKU. ORANG YANG PADA MULANYA NAMPAK MACAM DAH NAK KALAH DAN TINGGAL NYAWA-NYAWA IKAN DIAKHIRNYA BERJAYA BUAT COMEBACK DI MINIT TERAKHIR. APAKAH SENJATA BUAH PUKULAN TERAKHIR ZAHID? TUMBANGKAH BROTHER AZMIN?... OOHHH MUNGKIN TIDAK... KENA INGAT...AZMIN ITU DUPLICATE ANWAR IBRAHIM. LAWAN AZMIN BACAAN TERSIRATNYA... BERMAKNA LAWAN ANWAR IBRAHIM~!!!


Zaid: 'Pertunjukan' Azmin ada gaya
Aidila Razak
Sep 16, 10
4:32pm

Penyelaras Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim menyifatkan tindakan Naib Presiden PKR Azmin Ali menawarkan diri bersaing dengannya bagi merebut jawatan timbalan presiden parti itu berjaya dibuat dengan penuh "gaya" pagi tadi.

"Dia lakukannya penuh bergaya," selorohnya ketika ditemui dalam sebuah seminar mengenai integriti di sebuah universiti di Kuala Lumpur hari ini.

Diminta memberikan reaksinya, Zaid (kanan) bagaimanapun secara sinis berkata: "Ia pertunjukkan yang mengagumkan. Amat mengejutkan."

Azmin pagi tadi mengumumkan hasratnya bertanding jawatan naib presiden di sebuah hotel di Kota Kinabalu dengan diringi sekumpulan pemimpin kanan PKR.

Walaupun ada yang menafikannya, sejak minggu lalu, beberapa wakil rakyat PKR telah muncul menyatakan sokongan terhadap Azmin sebagai pemimpin nombor dua parti itu.

Khamis, September 16, 2010

AZMIN ALI TIRU TAKTIK ANWAR IBRAHIM. MENANGISKAH ZAID SEPERTI GHAFAR BABA???

WAH! SALING TAK TUMPAH SEBIJIK MACAM STYLE BROTHER ANWAR SEWAKTU MENCABAR GHAFAR BABA UNTUK JAWATAN TIMBALAN PRESIDEN UMNO TAHUN 1993. BANYAK YANG MASIH BUDAK LAGI TIME TU... HANYA YANG OTAI-OTAI JER BULEH BAYANGKAN BETAPA 'HAPPENING' NYA GENG WAWASAN (PUAK2 ANWAR) TIME TUH... SAMPAI MENANGIS PAK GHAFAR DIBUATNYA (BAWAK BEG PLASTIK MASA KAT AIRPORT LAMA SUBANG, SORANG PUN TAKDE SAMBUT) PADAHAL MASA TU PAK GHAFAR MASIH LAGI TIMBALAN PERDANA MENTERI. NAMPAKNYA AZMIN ALI BANYAK BELAJAR ILMU POLITIK PANCUNG DENGAN BOSS BELIAU. SEMOGA BROTHER AZMIN BERJAYA DENGAN AGENDANYA... BRAVO!


Azmin Ali sah tanding timbalan presiden
Sep 16, 10 9:31am

Kongsi 0Azmin Ali akhirnya menawarkan diri bertanding kerusi timbalan presiden PKR setelah penyandangnya Syed Husin Ali membuat keputusan tidak mempertahankan jawatan itu.

"Setelah mengambil kira pandangan pimpinan tertinggi parti dan anggota-anggota parti termasuk perbincangan terus dengan Dr Syed Husin Ali; saya dengan penuh rasa tawaduk dan rendah hati ingin menawarkan khidmat saya sebagai timbalan presiden," katanya.

Azmin (kiri) - kini naib presiden - juga berjanji akan berganding bahu untuk menggilap idealisme, memperkukuh kesetiaan dan memperkasa organisasi bersama pucuk pimpinan dan anggota parti yang lain.

"Saya turut berazam untuk memastikan pemilihan kepimpinan (PKR) 2010 berlangsung dalam suasana sihat dan (penuh) semangat kekeluargaan di sepanjang proses kempen dan pemilihan parti.

Pengumuman Azmin itu hari ini dengan sendirinya melengkapkan desas-desus pertembungannya dengan penyelaras Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim yang turut mengumumkan kesediaannya merebut jawatan yang sama sebelum ini.


Dalam satu kenyataan hari ini, Azmin yang juga ahli parlimen Gombak mengambil kesempatan menyatakan penghargaan dan terima kasih terhadap Syed Husin atas sumbangan dan perjuangan berterusannya dalam PKR.

"Dr Syed Husin Ali beristiqamah dalam perjuangan. Sifat istiqamah beliau akan terus menjadi inspirasi kepada anggota-anggota parti dalam meneruskan perjuangan ini," katanya.

Sementara itu, "selaku anggota muda parti yang jatuh dan bangun bersama perjuangan lebih sedekad", Azmin turut mengulangi sokongan kepada kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku ketua umum dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail selaku presiden parti itu.

Ahad, September 12, 2010

Najib Razak dengan GULA-GULA EKONOMI. (Apakah ini stratergi pilihanraya?)

Apakah benar Malaysia dibawah pemerintahan Najib Razak akan mencatat pertumbuhan ekonomi paling kurang pun 6 peratus. bagaimanakah kita mahu pastikan yang ini bukan gula-gula untuk menipu rakyat bagi memenangi pilihanraya akan datang.

PM kata ia dijana oleh permintaan domestik. apa domestik???

apa maksud ini? ada sesiapa boleh tolong terangkan... baca lagi...

yang nyata kerajaan dibawah Najib Razak kehilangan sumber pendapatan bila Selangor (negeri paling kaya), kedah, penang, dan kelantan di tadbir oleh juak-juak anwar ibrahim.

Perak dirampas kembali BN, maka dapatlah duit poket sikit. tentang Wilayah Persekutuan; yg sebenarnya ia dibawah penguasaan Pakatan Rakyat.

mampukah Najib berlawan dengan budak nakal Nuar Berahim dengan 1/2 kekuatan sudah hilang. hilang yang tak akan kembali.

Kes altantuya pula semakin lama semakin dibongkar oleh PKR. in startergi yang bagus di pihak anwar ibrahim. dipihak najib kes ini semacam satu pukulan maut. dengan duit hasil negeri pula dah tiada.

cabaran kali ini lebih hebat dari zaman Pak Lah. sekrang-kurangnya Pak Lah sempat tido. najib razak dah tak boleh nak main tido-tido lagi.

semenjak kebelakangan ini peluru-peluru Pakatan Rakyat semakin tak terhitung. bersimpang-siur. kalau lihat sentimen anak-anak muda di laman sosial Facebook, rata-ratanya mengutuk UMNO.

Sabtu, September 11, 2010

ahli umno & ahli pas mesti saling kunjung mengunjungi supaya jangan sampai terputus tali persaudaraan sesama islam

dia UMNO. jiran sebelah rumahnya PAS.
dulu masa dua-dua tak masuk parti, boleh bertegur sapa. beramah mesra.
lepas aktif politik dah mula 'start' perang dingin.
di Amerika Syarikat:
Phil Brosnan sokong Demokrat. Jiran depan rumahnya William Wooden kempen kuat untuk Republikan. Semasa pilihanraya kedua-duanya bermusuh. Habis sahaja pilihanraya dengan Bandar itu dimenangi calon Demokrat. phil terus saja telefon jirannya William untuk enjoy parti dirumahnya.

maka kita di malaysia tak paham-paham lagi? inikan raya, buang yang keruh...ambillah angpau raya... gajah sama gajah bergasak, kita pulak yg kat bawah ni nak bermusuh sampai taknak datang raya apa ada hal???

Sabtu, Oktober 17, 2009

NAJIB PUN ADA TELOR !

Yeaahhh...Steady Tok Jib! Like father like Son... Camni baru betol anak Arwah Tun Razak...Baru ade class!!!

Sistem Kuota telah pun menjadi sejarah. Berjayakah langkah pemulihan UMNO yang diambil Najib?

Mak aiii...lepas ni dah takde lagi laa orang nak support kite stay kat Hotel Pan Pacific, Makan sambil lepak-lepak kat Riverside Restaurant... dan pi melancong kat Langkawi. Ni sape punyer idea ni hah!!! Cisss....rugi...rugi...rugi besau ni, hampeh tul! bak kata P. Ramlee ini baru betol; Masuk angin keluar asap...

SYABASSS DAN TAHNIAH KEPADA NAJIB TUN RAZAK. Syabas kerana berani menjadi pemimpin yang handal, tidak takut kepada persaingan jawatan Presiden UMNO. Tahniah kerana berani membawa halatuju UMNO kearah Perubahan Besar. Baca lain...

Ekoran pemansuhan sistem kuota pencalonan untuk jawatan parti , termasuk Presiden dan Timbalan Presiden. Bukan senang hendak melaksanakan tindakan nekad sebegini. Baca lagi...

Dengan pemansuhan tersebut setidak-tidaknya Najib telah mendedahkan dirinya kepada satu kedudukan yang teramat-amat bahaya.


1) Kemungkinan besar beliau akan dicabar dimasa-masa hadapan tanpa ada lagi ‘Perlindungan Sakti’. Tangkal kebal Najib sudah dilucutkan. Sudah dibaling jauh-jauh. Berkemungkinan juga Najib takut mendatangkan syirik Kubra... heh!

2) Beliau akan dikenang dan diangka sebagai seorang Presiden UMNO yang berjiwa besar yang sanggup meletakkan kepentingan Demokrasi Parti daripada kepentaingan sendiri. Dengan ini sekurang-kurangnya imej hitam yang terpalit semenjak Kest Altantuya akan dilunturkan sedikit demi sedikit. Walauapaun Keberanian Najib masuk Gelangan Pertarungan telah membuktikan beliau sebagai Berpantang Maut Sebelum Ajal.

3) Masih ada Harapan untuk membersihkan amalan RASUAH didalam UMNO, yang mengikut prosedur parti. Sperti yang cuba dibuat oleh Anwar Ibrahim satu masa dahulu. (kononnya)


4) Membebaskan UMNO daripada cuba mewujudkan sistem DIKTATOR dimasa hadapan. Sistem Cengkaman Kuku Besi sukar dilaksanakan. Kerana Presiden bisa dijatuhkan.


5) Dengan pemansuhan sistem kuota yang tidak demokratik ini; penambahan bilangan ahli UMNO berkemungkinan akan bertambahan jumlahnya. Kerana semua ahli UMNO layak menentukan siapa yang layak menjadi ketua mereka. Seseorang pemimpin yang bertanding jawatan penting tak akan mampu merasuah semua ahli... Kalau degil nak kasi rasuah jugak; alamatnya Bukit Emas bertukar jadi Busut Jantan lah gamaknya.

Walau apapun kritikan pembangkang selepas ini, sekurang-kurangnya Najib telah membuktikan bahawa beliau sebagai Anak Jantan yang tidak takut dicabar.

Sekali lagi...SYABASSS NAJIB... kerna telah melakukan tindakan yang betul-betul nekad. Selepas ini siapa yang mahu menjadi Presiden UMNO harus berani seperti Tok Jib.

Seperti kata seorang perwakilan Veteran UMNO yang berucap beberapa hari lepas...(lupa namanya)

”Sekurang-kurangnya Najib Razak ada telor...”

Khamis, Oktober 15, 2009

PEMUDA FASIS VS SESUMPAH LIDAH BERCABANG...sape menang, sila angkat tangan!

Kami Sokong!!! Buat laa apapun, Kami tetap sokong! Sekali lihat foto diatas saling tak tumpah macam Facist Party. Kalau Adolph Hitler dan Mussollini hidup lagi time ni...mesti depa ketawa berdekah-dekaaahh kah kah kahhhhhh. Sampai tercabut itu misai kontot itu pesakit jiwa yang bernama Hitler! Tengok tuu...cara angkat tangan pun macam sama... Aduhai....pening-pening... Bro...ni dah masuk tahun 2010... ubahlah sikit kaedahnya...jangan sampai kena gelak!


Ada satu pertanyaan penting. Bolehkah sekat ‘budak nakal’ yang bernama Nuar Berahim? Betul boleh sekat? Betol-betol boleh sekat ke dol? Setahu kita selama ni memang itu ‘sesumpah lidah bercabang’ dah lama kena sekat. Haram dah tak pernah masuk suratkhabar laamaaaaa...!



Sekali pun gambar Nuar Berahim tak pernah masuk.
Pemuda UMNO cakap; “"Mungkin Anwar telah berjaya dengan helahnya terhadap sebahagian generasi muda yang tidak pernah kenal siapa Anwar yang sebenar – seorang chameleon politik, sesumpah yang berubah warna mengikut musim dan ketika melompat dari pohon ke pohon; makhluk pelbagai alam.



Tapi awak, kita rase laa kan... (ewah main awak-awak laa pulaakk); dalam politik memang ramai yang dalam bertukar jadi sesumpah. Cakap tak pernah tetap. Sapa yang jadi boss, semua pakat sokong. Pakat cium tangan dan cium kaki. Jangan sampai cium molot sudah!


Pemuda UMNO bantai Pak Sheikh lagi...” "Tetapi Umno dan Pemuda Umno ingat sejarah sebenar Anwar, dan kami akan memastikan Penglipurlara Lidah Bercabang Dua ini tidak akan sekali-kali sampai ke Putrajaya," kata ketua pergerakan itu Khairy Jamaluddin di persidangan agung Pemuda Umno 2009 hari ini.

Punyalah media massa sekat, sampai memang besau kawan tu. Maka Pemuda Umno kena kaji balik taktik sekat menyekat ni. Macam dah tak laku jer. Rakyat sekarang bukan bodo, main percaya apa semua cakap Menteri. Kalau nak tau, itu budak nakal Nuar Berahim dapat menang besau dalam pilihanraya 2008 dulu disebabkan taktik sekat menyekat yang tak habis-habis ni la. Carik lah modal lain...sebab kita takut makin disekat makin naik tocang Nuar Berahim... Lagi ligat dia main gasing!
Asal berhimpun jer...mesti bantai Nuar Berahim. Asal berhimpun jerr
mesti Pak Sheikh jadi topik sasaran.


Nasihat aku satu jer, rentikanlah kerja-kerja bodo ni sebelum terlambat. Tak pasal-pasal Nuar Berahim dapat publisiti percuma. Maka makin harum semerbaklah nama Nuar Berahim di seantero Tanah Malaya. Berhenti sekarang sebelum terlambat! Kalau sekali sekal no hal...tapi kalau dah selalu sangat...orang naik menyampah beb!

Jangan tak tau, aku pun bukan berkenan sangat dengan Pak Sheikh ni. Pandai berlakon ni. Depan melayu cakap lain. Depan cina cakap lain. Depan HINDRAF pun sama. Semua wokeh! Sampai tak tau cakap mana yang boleh kita pakai. Nuar Berahim suka cakap berapi-rapi, tapi sayang sebab banyak auta...Cakap lawaaa boleh laa...


Pemuda Am No! sambung lagi; “
"Pakatan pembangkang tidak berprinsip seperti mana BN, kerana mereka tidak pun berpegang kepada perlembagaan."Jika tidak, mengapa DAP, misalnya, tidak habis-habis menyerang kedudukan Raja-raja Melayu, bahasa Melayu dan agama Islam dengan dibantu oleh PAS dan PKR yang langsung menolak ke tepi prinsip asas negara?" katanya di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Baca kasi habis....


Siap ada pertandingan berbalas pantun lagi:


Anak Batak mudik bergalah
Digigit nyamuk habis lebam
Pakatan retak menanti belah
Remuk di dalam dipendam-pendam


Batang cempedak pohon pedada
Buah peria di dalam dulang
Pakatan pembangkang temberang belaka
Janji bak lidah tidak bertulang


Riuh-rendah di pintu muara
Lebai Kassim membuka silat
Pembangkang gian tamakkan kuasa
Batu api perpecahan rakyat

(hah! bebudak reformasi kat bangsar tak terjawab pantun ni...kahkah kahhhh)


Alaa...korang pun 2x5 jugak. Setakat berpantun bole laa... Realitinya korang kaut duit bilion-bilion...tender sana sini semua korang bolot.

Nanti esok-esok bila Anwar Ibrahim masuk UMNO balik, pastu bertanding menang besau sampai jadik orang penting. Maka si Anwar Ibrahim ni laa dijilat tapak kakinya...


Dua pihak kutuk mengutuk bukan sebab nak membela rakyat macam aku ni; tapi lebih sebab nak kan sangat jawatan. Supaya semua tender yang berbilion ringgit boleh dibolot...

Bagi laa sikit....baru aku bole sokong... kah kah kahhh kahhhhh...

Rabu, Oktober 14, 2009

FOTO BALA TENTERA PAS


Macam tak nampak pun bendera geng-geng Pakatan Rakyat yang lain? Kata kawan...Oh ya baru nampak ada 2 bendera DAP yang kecik tu. Al Maklumlah buat penyedap hati...kah kah kahhhh...

Foto ini diambil daripada HarakahDaily. Berkemungkinan gambaran perarakkan calon semasa pilihanraya bagan Pinang. Wah! hebat sungguh... tapi...tapi.... KALAAHHH!!! Kalah besar beb! Tapi apa nak buat...dah kat situ kubu kuat Mr. ISA. Letak Presiden Obama pun...tetap kalah!

Aku kesian dengan puluhan ribu penyokong PAS; sebab kebelakangan ini para pemimpin atasan PAS sudah hilang taring. Jadi 'bahan buli' oleh DAP dan keADILan. Asyik kena perli memanjang. Kalau ada kenduri kendara budak-budak PAS jadik tukang basuh pinggan. Yang pakai kopiah puteh ni setakat jadi penanggah kenduri kampong. Sementara DAP & keADILan dah jadi macam Raja Bersiong. Silang panggong! Depa makan daging, sisa-sisa tulang campak kat bawah kais budak-budak PAS makan... Baik sungguh hati depa!

Betol-betol jadik Kuli Batak! Macam barua...

Wahai Tok Guru...takkan tak nampak???

Kisah MAHAFIRAUN & Guli TEMPAYAN ISA Samad...

Amacam bro', kiut tak gua? Retro style... steady Mr. ISA...


Kalau orang tua bagi nasihat kena dengar. Jangan sesekali melawan nak tunjuk eksyen. Dr. M cakap; “Jangan pula ada yang mendakwa, walaupun mereka jelas terlibat dengan rasuah, tidak salah jika dicalonkan, bahkan jika mereka dilantik menjadi menteri kewangan,” tulis Dr Mahathir dalam blognya. Baca lagi...

“Saya gembira kerana saya salah dalam masalah calon bagi pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang”.

“Saya percaya BN akan menang walau siapa pun jadi calon, tetapi mungkin kemenangan yang tidak sebaik 2008.

“Tetapi kemenangan yang diperolehi oleh Isa (bukan ISA) amatlah mengkagumkan,” tulis Dr Mahathir lagi.

Ingat Rasuah tetap kena tolak. Rasuah itu dosa. Bukan kebanggaan. Kuasa tu amanah. Bukan kesempatan nak isi wang banyak-banyak dalam karung guni. Kaya pun tak guna; kalau makan duit haram. Menang pun tak guna; kalau dengan cara haram. Jiwa tak tenang.

Cuma berkemungkinan budak kiut miut ISA Samad; kena ‘naya’ dengan kawan-kawan sepermainan guli dalam UMNO. Guli ISA kena ‘pakuk’ cukup-cukup sampai terkeluar petak.
Namun selepas kegumbiraan di Bagan Pinang, ISA dapat guli kapur baru. Guli Tempayan!
Kita lihat pulak lepas ni guli sapa yang kena pakuk dengan guli Tempayan budak kiut miut daripada Port Dickson.

Apapun nasihat Maha Firaun (gelaran budak-budak Refoorrrmasi) kenalah ahli UMNO dengar.
Itupun kalau nak selamat. Kalau tak alamatnya, bungkusss....

UMNO TAK AKAN TUMBANG! Kenapa ya???

Muhyiddin: Jib, kau jangan risau. Next election kita kasi tutur cukup-cukup sama itu Nuar Ibrahim. Dia takkan jadi PM punya. Sebab aku sudah kasi standby Meriam Besau. Tunggu green light kau jer.
Najib: Kau jangan over konfiden sangat Din. Aku takut nanti itu Meriam Besau makan tuan. Nuar Berahim tu dulu boss aku.


Muhyiddin kata UMNO akan bangkit semula. Saling tak tumpah macam Parti Kuomintang di Taiwan dan Parti Kongres di India. Apakah betul? Ramai yang berharap telahannya betul dan tepat. UMNO parti GERGASI; dan Gergasi memang payah nak tumbang. Pilihanraya 2008, Gergasi ini sakit teruk. Kena pukul dengan Belantan Sakti oleh Pak Sheikh. Tapi yang peliknya tak tumbang-tumbang jugak. Ilmu apa yang dipakai oleh ini Gergasi, nampaknya Pakatan Rakyat kena kaji balik.


"Umno mampu menempuh cabaran ini dan memenuhi harapan baru. Ini kerana Umno adalah parti yang pragmatik dan pantas membaca keadaan serta berani membuat perubahan," katanya ketika merasmi serentak perhimpunan agung Wanita, Pemuda dan Puteri Umno di PWTC di ibu negara malam ini.


Pas, Keadilan dan DAP tak sabar-sabar nak tengok ini Gergasi tumbang dalam ‘next election’. Tapi kalau kita tengok balik ‘virus B1N1’ sudah berjangkit pulak pada puak-puak dalam Pakatan Rakyat. Tak habis-habis bertelegah sesama sendiri.


Lagi pula itu GERGASI yang bernama UMNO sudah dapat pil tenaga batin daripada Negarawan Berjasa yakni Dr. M.


Dulu time Pak Lah, Dr. M tak pernah bagi penawar. Hari ini Dr. M bermurah hati bagi ‘pil rahsia’ pada Najib Razak. Maka tenaga batin GERGASI nampak macam dah nak sembuh. Sampai itu budak kiut miut , ISA Samad dapat menang besau kat Bagan Pinang.


Muhyiddin kata jangan main cucuk-cucuk. Jangan jadi Batu Api. Teriaknya, ahli parti perlu mematikan agar tidak ada lagi antara "kita yang menjadi batu-api, batu ronson, kaki-cucuk, talam dua muka, pepat di luar, rencong di dalam, dan si Kitol yang lidah bercabang, langkah menyilang. "Tidak ada lagi perpecahan dalaman, tidak ada lagi team A-team B seperti dulu, tidak ada lagi gerakan jatuh menjatuhkan pemimpin, tidak ada lagi budaya ugut-mengugut, dan tidak ada lagi perebutan kuasa sehingga parti menjadi mangsa. Yang ada hanya satu wadah, satu pasukan, Satu Umno!" katanya. Tepok! Tepookkk!


Disambungnya lagi, Muhyiddin mahu ahli parti itu mengambil pengajaran dan keinsafan daripada yang berlaku pada Parti Golkar di Indonesia yang tidak lagi sekental dulu dan Parti Nacionalista di Filipina telah lama tumpas. "Yang paling mutakhir tumbang ialah Parti Liberal Demokratik (LDP) di Jepun yang telah banyak berjasa membangunkan semula negara Jepun selepas Perang Dunia Kedua."Apakah yang menyebabkan parti-parti ini kecundang? Apakah jasa dan bakti parti-parti ini kepada pembangunan, kemajuan dan kemakmuran negara masing-masing tidak lagi dikenang oleh rakyat? Apakah rakyat mempunyai kehendak dan aspirasi yang berbeza daripada apa yang mampu ditawarkan oleh parti-parti ini? Atau apakah parti-parti ini menjadi angkuh dan pemimpinnya tamak oleh kerana terlalu lama berkuasa?" soalnya.


Dan yang selebihnya, anda baca sini .Malas nak tulis, sebab panjang sangat nasihat oleh TPM kita ni.

Tapi jangan nanti bila itu GERGASI dah bikin ‘full recovery’; PM dan TPM mula nak bergasak balik.

Ala macam kisah dulu-dulu tu...takkan tak ingat kot...