Inilah binatang peliharaan kesayangan saya. Nama manjanya BELL (Singkatan daripada nama asal). Nama betul dalam Surat Beranak : ABDUL BELANG bin ISRAEL. Gambar diambil sewaktu BELL, sedang leka menghadiri Swimming Class. BELL suka teknik renang, KUAK LENTANG. Siaaan diee...tercungap-cungap. Satu jer yang kureng, BELL tak mampu nak beli google. Cita-cita sebenar BELL adalah menjadi wakil BELANTARA MALAYSIA untuk masuk bertanding di Sukan Olimpik Binatang Ternakan, pada musim tengkujuh yang akan datang. Bakal diadakan di Puncak Pergunungan Tibet; yang turut dirasmikan oleh DALAI LAMA. Berkemungkinan, BELL akan menjadi satu-satunya wakil tunggal daripada HUTAN SIMPAN FRIM, di PUCHONG. Mari sama-sama kita mendoakan kejayaan beliau. Jadi sebagai latihan persiapan bagi Temasya Sukan tersebut maka semenjak 2-3 bulan ini, BELL dengan tersipu-sipu malu mengisytiharkan bahawa dirinya bukan lagi haiwan maging. Sebaliknya 100% VEGETARIAN. Boleh percaya ke? heh!
Sila KLIK pada Gambar BELL untuk mencapai kepuasan maksimum!


Bila terpaksa memilih satu diantara dua, yang mana pilihan hati anda? Kek Vanilla (Barisan Nasional) aroma yang wangi atau Kek Coklat (Barisan Alternatif) yang begitu menyelerakan? Berhati-hati sebelum memilih, kerana pilihan anda muktamad! Tanpa kompromi...
