Memaparkan catatan dengan label skizofrenia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label skizofrenia. Papar semua catatan

Khamis, Januari 22, 2009

Mempersembahkan....band 'honestly' dengan sebuah lagu instrumental berjudul "hujan lagi..."

Mari mendengar musik! Dah boring asyik menulis, kita try tukar perisa lain pulak. Lagu dan Video Klip, dua-dua bikin sendiri. Lagu pertama untuk tahun 2009, setelah sekian lama... Stok main belasah tak hingat.

Ahad, November 30, 2008

Mahu Apa?

mahu ikut jalan mana? jalan kiri atau kanan? atau mungkin jalan tengah.

mahu gembira atau mahu marah? mahu bergaduh atau berdamai?

mahu tipu atau bercakap benar?

mahu pahala atau dosa?

mahu selamat atau bahaya?

mahu halal atau haram?

mahu ketawa atau menangis?

mahu berjalan atau berlari?

mahu duduk atau berdiri?

mahu lemas atau bernafas?

mahu. mahu. semua mahu. mahu apa sebetulnya?

akhirnya aku banyak berfikir…

Ahad, November 02, 2008

Patung Puaka edisi komersil...


secebis foto mempunyai 1001 kisah tersendiri. mitos atau fakta? kebenaran tersembunyi. apakah patung diatas ada kaitan dengan sihir. orang putih kata ‘black magic’. mamat afrika panggil ‘vodooo’. atau dipahat dari cerita pahlawan terbilang?
ada rantai terlilit cantik dileher. ini patung berhala kah? ada kaitan dengan sihir? atau mahu tarik pelancong eropah datang berkunjung. boleh buat filem seram...

patung tidak membawa sebarang kebaikan atau kemudaratan. kitalah yang memberi pelbagai tafsiran semiotik.
cerita disebalik cerita. filem seram. filem thriller. atau filem komedi gelap.
hasil kerja seni yang baik tapi bukan untuk dijadikan tuhan manusia.

Selasa, Oktober 28, 2008

bukalah jendela hati mu...

satu ekspressi seni...kehidupan...


apa itu???

filem. novel. muzik. lukisan. atau foto.



semua sekali agaknya.

Sabtu, Ogos 09, 2008

siapa aku?


aku tak tahu. aku tahu apa lagi. aku tidak pernah tahu. aku tidak tahu dan aku tidak mahu tahu. lebih baik tak tahu daripada tahu. semakin aku kaji semakin tak tahu aku jadi.
aku tak tahu siapa aku sebenarnya. dulu aku ingat aku tahu. selepas aku mula nak tahu, barulah kini aku mengerti aku tak tahu.
aku mungkin ingat aku tahu. tetapi yang sebenarnya aku semakin mengerti bahawasanya aku tak tahu.
perlukah aku peduli?
jadi aku sememangnya tak tahu.
aku tak tahu apa-apa lagi. hanya satu perkara yang aku tahu. aku tahu bahawa Allah tahu siapa aku.
kerna aku sendiri tidak pernah tahu siapa aku...