Khamis, April 17, 2008

Video Skuad Polis FRU di Malam Perhimpunan Raksasa!


tara brani komen... coz' itu belantan satu kali hantam kapla...bole pengsan wooo.. heheheee...

Amaran: Segala komen yang mencerca dan memaki hamun pihak Polis FRU tidak akan dilayan atau disiarkan. Harap maklum.

Rabu, April 16, 2008

PENGUMUMAN!

Pihak Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Malaysia Today & The People's Parliament; diatas kesudian mereka menyalurkan 'link' dan kredit kepada blog 'the indie story...'
Sila 'klik' untuk membaca laporan mereka:

1) Malaysia Today (post by kasee)
2) The People's Parliament (post by Tuan Lawyer Haris Ibrahim)

Thank You Bro'!

Mr.Moderator & Crew.
United Malaysian Bloggers - 'Bloggers harus bersatu...'

Tambahan Foto-Foto "PERHIMPUNAN RAKSASA RAKYAT DI DEWAN SULTAN SULAIMAN", KG. BARU, KL. (Part 2)












PERINGATAN: Foto-Foto di blog ini mempunyai Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan samasekali mengambil foto-foto ini sebelum mendapat kebenaran serta keizinan daripada Moderator Blog terlebih dahulu. tQ.

Tambahan Foto-Foto Di Sekitar "PERHIMPUNAN RAKSASA RAKYAT DIDEWAN SULTAN SULAIMAN, KG. BARU, KL"

Oleh kerana semenjak 2 hari lalu, blog ini mendapat 'hits' yang agak memberansangkan, terdapat beberapa rakan bloggers yang meminta supaya ditambah lagi foto-foto pada malam yang bersejarah itu.

Maka Moderator & Crew akan cuba 'upload' lagi foto-foto yang lain. Tunggu...

Pihak Kami juga memohon maaf kepada rakan-rakan bloggers dan para pengunjung blog yang setia memberikan komen-komen (pro dan kontra), kerana tidak mampu memberi respon dengan segera. Bukan pula kerana kami tidak mempedulikan pandangan bernas anda. Ini adalah kerana masalah kesempitan masa dan ruang. Apapun segala komen dan sokongan anda amat kami hargai dengan tulus ikhlas.

tQ.

Terserempak dengan 'founder' Malaysia Today!...(catatan shinri kiyaru)

Tersenyum mesra...
(Inilah hasilnya...dikaki tangga ini sebenarnya...terlalu gelap gelita...memang susah nak nampak muka orang.)

Sedang Saya dan Mr.Moderator berjalan ke arah pintu Dewan Sultan Sulaiman apabila berakhirnya perhimpunan rakyat; yang akhirnya bertukar baju menjadi perhimpunan 'Raksasa' (mulanya dijangka hadir hanya 10 ribu orang...tanpa disangka-sangka telah bertukar menjadi lautan manusia yang penuh bersemangat).Dengan tidak semena-mena saya melihat seorang lelaki sedang berdiri dengan sekumpulan orang berbangsa cina diatas tangga yang gelap. Lantas saya cuba mendekati lelaki itu, sebab rasa macam kenal. Ooh Raja Petra rupanya...ish..ishh...tak sangka pula boleh terjumpa disini.


Beribu-ribu lautan manusia sedang menuju ke pintu pagar untu keluar dari kawasan padang.Polis berpakaian biru, polis trafik dan Water Canon FRU merah sedang menanti garang.Lelaki-lelaki yang memakai helmet merah (FRU) yang sedang bergaya dengan belantan hanya mampu memandang sinis. Diluar jalan besar depan pintu gerbang 'Pasar Minggu Kampung Baru' sedang traffic jam tahap kritikal. Kereta tersekat. Dikiri kanan penuh dengan anggota Polis DiRaja Malaysia. Ooh ya! terdapat juga sekumpulan manusia dari Persatuan Bulan Sabit Malaysia memakai baju lutsinar warna merah. Sedia berkhidmat pada bila-bila masa.

Raja Petra masih 'stay' bersama rakan-rakannya yang berbangsa cina. Saya mendekati beliau lantas menegur, sambil memperkenalkan diri. Beliau tersenyum mesra. Raja Petra sememangnya orang yang ramah. Mudah didekati lagi bersahaja. Saya berbual serba sedikit. Oleh kerana masa terhad, kami tidak dapat berbual panjang. Saya meminta izin untuk merakamkan foto beliau. Saya cuba menekan 'shutter'...lama...tapi tak dapat. Kali kedua cuba...tunggu lama...pun tak dapat. Mana taknya, dikaki tangga itu terlalu gelap. Lighting tidak cukup. Kalau dapat ambil pun, hasilnya akan gelap dan buruk. Saya cuba 'adjust camera setting' menggunakan pengalaman yang ada.

Akhirnya...'click!...click!..click!..." meriam saya kembali berfungsi.

Dapat juga saya merakamkan wajah seorang pejuang 'dimalam yang penuh bersejarah'...Suasana perhimpunan berlangsung didalam keadaan aman dan damai. Mereka bersurai dengan tenteram. Tiada gangguan dan provokasi berlaku. Malam itu raksasa terlampau banyak, sehinggakan 'Ultraman Taro' takut nak keluar...heh!

Buat Raja Petra & Malaysia Today!...teruskan perjuangan kalian tanpa gentar...peace...

Selasa, April 15, 2008

PENGUMUMAN!

Rakyat Malaysia dan para pengunjung blog yang dikasihi sekelian. Artikel 'Pihak Kami' berkenaan Yang Mulia Tengku Razaleigh Hamzah telah pun disiarkan di website politik yang terkenal Malaysia Today.
Check it out! tq.

Foto-Foto Terkini "PERHIMPUNAN RAKSASA RAKYAT DI DEWAN SULTAN SULAIMAN", KG. BARU, KL. Tarikh:14hb. April / Masa: 8.30pm - 10.30pm (Sejarah Tercipta!)



















PERINGATAN: Foto-Foto di blog ini mempunyai Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan samasekali mengambil foto-foto ini sebelum mendapat kebenaran serta keizinan daripada Moderator Blog terlebih dahulu. tQ.

2 minggu lepas, kami berada disini...ditengah-tengah pagi buta. (sekitar 2pagi)

Apakah ini, dan ia terletak dimana?
(Klu: Pak Lah)

Isnin, April 14, 2008

Tuan Moderator sedang bersemayam...

Confirm! ini bukan Mr. Moderator...heh!



Saya mohon 'Maaf' kepada kawan-kawan dan para pegunjung blog yang dikasihi. 10 hari kebelakangan ini moderator & crew berkerja tanpa henti. Terus menerus... Semalam barulah berakhirnya Pesta Buku Antarabangsa, KL 2008. Alhamdulillah segalanya selamat dan berjalan lancar. Maaf kerana lambat memberi respon kepada kepada komen teman-teman yang dirahmati Allah swt. Maaf juga kerana lama tidak berkunjung ke blog rakan-rakan sekelian. i'm so sorry... Masa terhad. Tidur tak cukup. Makan pun kurang...

Beri saya masa hanya 1 hari untuk kasi charge battery balik. Masa untuk rehat-rehatkan badan. Untuk tenangkan fikiran. Bagi refresh balik idea dan semangat. Jari telunjuk pun dah naik kebas petik camera shutter. Kepala dah 'loaded' dengan idea, tapi badan tak mampu. Sebelum saya collpase, adalah lebih baik saya bersemayam bersama-sama Tuan Puteri serta dayang-dayang istana...

Apapun nantikan foto-foto independen yang bakal saya 'upload' kan tidak lama lagi. Bagi can sama saya, baca serba sedikit buku-buku yang saya bawa pulang ke rumah setelah berakhirnya book fair,kl 2008.

Walaubagaimanapun saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada kawan-kawan dan rakan blogger yang masih sudi mengunjungi blog ini biarpun tiada entry terbaru yang di publish, biarpun tiada foto terkini dan biarpun saya tidak memberi respon segera kepada komen-komen anda. Saya terharu dengan sokongan dan ziarah anda. Terima Kasih. Terima Salam Persahabatan...

Cik Esah menanam tebu,

Tebu ditanam tidak bersuli;

Tidak usah badan bertemu,

Asal dapat mendengar bunyi.



Cantik sungguh buah kepayang,

Masak sebiji dihujung dahan;

Ditelan pahit diluah sayang,

Sakit sungguh tanggungan badan.



Burung serindit didalam perahu,

Bunga bayam didalam dulang;

Hati adik merasa rindu,

Kerana berjauhan dengan abang.

Peace!
Moderator & Crew

Jumaat, April 11, 2008

tinggal 3 hari saja lagi...jangan sampai tak sempat!


3 hari terakhir ini memang banyak diskaun menanti. jangan sampai menyesal. syurga buat peminat buku... judul-judul yang tidak pernah anda bayangkan... gerenti puas hati...

ditanggung handal!

'The Criteria' - Akhbar Alternatif...

(Akhbar Alternatif yang perlukan dokongan dari semua Rakyat Malaysia. Terutamanya dari Komuniti Islam sendiri yang prihatin; cintakan keadilan, fakta kebenaran dan isu-isu semasa masyarakat islam didalam negeri dan luar negara. Suratkhabar ini mengambil sikap 'tidak berpihak' kepada mana-mana parti politik, cuma sekadar memberi laporan berdasarkan fakta dan ulasan berpaksikan etika journalisme. Masih baru dan di peringkat permulaan, jadi jika terdapat sedikit sebanyak kesilapan dan kesalahan yang memang tidak disengajakan; harap maaf ya! Setakat ini masih berlegar dipasaran Lembah Kelang. Mula-mula dulu terbit sebulan sekali, selepas itu menjadi 2 minggu sekali. Kini sedang target untuk diterbitkan sebagai akhbar harian. Insha'allah... Juga dijual di gerai Saba Islamic Media, sempena Pesta Buku Antarabangsa, KL 2008. Previous Issues dijual hanya RM1, sementara Latest Issue RM1.50. Isu Pilihanraya sudah Sold Out! Jika berminat melanggan, sila datang berkunjung ke sini. tQ)

Saba terbit akhbar alternatif untuk umat Islam
Salmiyah Harun
Fri Apr 11, 08 6:49:11 am MYT

KUALA LUMPUR, 11 April (Hrkh) - Saba Islamic Media melangkah setapak lagi dengan menerbitkan sebuah akhbar 'The Criteria' yang memberi imput alternatif kepada umat Islam baik di Malaysia mahupun luar negara.

'The Criteria' yang sepenuhnya berbahasa Inggeris mula diterbitkan pertama kali pada akhir November 2007 dengan skala sebulan sekali.

Menurut Pengarah Urusan Saba Islamic Media, Sabariah Abdullah ketika melancarkan 'The Criteria' semalam, penerbitan akhbar itu sebagai platform kepada umat Islam memberi artikel semasa dalam dan luar negara.

Beliau juga akan menjadikan 'The Criteria' salah satu akhbar yang mempunyai mesej Islami yang tepat dan padat dengan fakta-fakta yang boleh dipercayai.

"Kita siarkan berita bukan yang ditokok-tambah tetapi maklumat benar apatah lagi cerita-cerita yang sensitif yang boleh dibaca oleh orang Islam dan bukan Islam," katanya.

Saba turut melancarkan 'The Criteria online' yang menyediakan berita setiap hari di lama web www.criteria.com.my.

"Berita dan artikel 'The Criteria' tepat dan padat, tidak rugi kita melanggan akhbar ini,"katanya yang berharap akhbar itu akan menjadi akhbar mingguan.

Akhbar berkenaan turut mendapat kerjasama erat dengan Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia (Yadim).

The Criteria mempunyai 20 halaman yang mengandungi lapan kandungan utama antaranya personaliti, teknologi, pelancongan, rencana, kesihatan dan sukan.

Dalam pada itu, seorang pembaca Saadiyah Akashah yang ditemui selepas pelancaran itu berkata, kemunculan akhbar seperti 'The Criteria' amat dialu-alukan.

Beliau berpendapat, akhbar itu perlu mencari sedikit kelainan dari segi pemberitaan yang lebih terperinci terutama mempelbagaikan pihak yang memberi pandangan.

" Kalau boleh jangan mengikut rentak akhbar arus perdana sebaliknya menyerlahkan fokus utama yang lebih mendalam,"katanya. - mks.


Khamis, April 10, 2008

'Sumpah Pasung Puaka' sudah kena tarik balik!

Wah...itu rantai pasung suda kasi bukak ya? Banyak suka hati aaar...


Khabar terbaru yang diterima (NST), Dato' Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan Perhimpunan Rakyat pada tarikh 14hb April, pukul 8 malam yang akan bertempat di Kelab Sultan Sulaiman; Kg. Baru, KL.

Ia akan diadakan sempena hari terakhir 'pasung puaka politik' di buka kembali. Rantai besi waja yang selama ini membelenggu Anwar Ibrahim akan cair sedikit demi sedikit. Maka dengan ini akan menyaksikan Saudara Anwar Ibrahim akan kembali aktif berpolitik dengan lebih 'bebas'...
Itu Sumpah Pasung Puaka yang Hakim Augustine Paul (gula-gula Hacks!) bagi sudah kena tarik balik.

Mengikut percakapan bekas setiausaha politik beliau iaitu, YB Azmin Ali bahawa sekurang-kurangnya 10,000 lautan manusia dijangka akan hadir memberi sokongan jitu.
Azmin sempat menambah "It is a private club owned by the state of Selangor, so we do not have to apply for a police permit to hold a private function".

Harimau Berantai sudah bebas. Kita lihat siapa dulu kena baham!

Siapa yang ketuk pintu rumah Kak Jenab? (Catatan Shinri Kiyaru)





Tepat tengah malam tadi, pintu rumah Kak Jenab diketuk berkali-kali. Tak henti-henti.

"Berdentam-dentum. Kuat bagai nak mampus. Macam nak roboh pintu depan itu dibuatnya" Kak Jenab bercerita. Air mukanya keruh.

Saya cuba menjadi pendengar yang baik. Mulut sedang melakukan aktiviti kunyahan dengan lancar dan berhemah. Penuh dengan karipap panas.

Kak Jenab sambung cerita balik. Matanya sedikit terbeliak. Bila dia buka pintu tengah malam tadi; tiada orang. Puas dia menoleh kiri kanan, jangan kata orang; bayang kucing pun tiada.

Kak Jenab menetap di flat kos rendah di Wangsa Maju, KL.

Malam tadi katanya, dia cuba-cuba beranikan diri juga. Dia melangkah kehadapan. Cuba jenguk kebawah. Lampu gerai Pak Usop di selekoh jalan masuk, masih menyala. Dua tiga budak-budak muda sedang 'layan' bola di kaca tv. Kak Jenab nampak juga satu couple sedang baik tengah beromen diatas motor 'kapcai'. Dia pandang sekali imbas dan buat tak tahu sahaja. "Lantak koranglah...hmm...bukan main sakan bercintan". Kak Jenab bercerita dengan gaya-gaya aksi jet li sekali. "Janji jangan anak aku sudah".

"Pelik betul. Tak akan lah, budak-budak yang kat bawah tu tak perasan langsung. Kuat bunyinya, satu flat ni boleh dengar. Kecuali kalau semuanya memang dah tidur mampus." Kak Jenab kalau bercerita memang stok laser, tapi hati dia baik. (Bila tahu aku nak datang, dia kasi gorengkan karipap panas; kira ok lerr tuuu...heheheee.)

"Macam tiada apa yang berlaku, semua orang dibawah itu, memang buat macam biasa." Sesekali mata Kak Jenab tertoleh-toleh ke kaca tv. Program Astro Ria. Macam-macam ada...

Saya hanya mendengar dengan penuh minat. Part yang terakhir ini, ada rasa seram sedikit. 5 keping karipap panas sudah licin, saya kasi bedal. Dah tu, sedap...rezeki jangan ditolak. Rugi.

Abang Wazir, suami Kak Jenab; saya lihat air mukanya macam tersenyum sedikit. Senyum tapi kelat! Senyum yang dibuat-buat, mungkin sebab nak tutup kebimbangan dihati. Saya perhatikan dari tadi tidak berbunyi.

Tepat 12 tengah malam juga, saya mohon diri untuk beredar. Hari dah semakin lewat, esok kena gerak awal.

Malam itu, sambil saya memandu kereta; hati saya semakin tertanya-tanya...'Siapa sebenarnya yang pergi ketuk pintu rumah Kak Jenab macam nak roboh, ditengah-tengah malam?'

Tok Derih sudah merajuk?

Berpeluk macam laki bini...ikhlas atau berlakon drama hindi?
(Foto disedut dari Berita Harian)

Rasanya Tok Derih sudah betul-betul
punya merajuk. Sehinggakan Mat Said (Menteri Besar Baru
Terengganu) pun sudah tidak mampu
hendak pujuk. Sudah merajuk besar!

Terang-terang Dato' Ahmad Said
sudah gagal. Sebab Tok Derih memang
tak makan dipujuk.

“Saya buat tawaran kepada beliau
(menjadi Exco)...dia (Idris) tak
nak kerana nak berehat selain
hendak tumpu pada kawasan,” katanya
ketika ditanya sama ada beliau
menawarkan jawatan itu kepada Idris
yang juga Ahli Dewan Undangan
Negeri (Adun) Jertih. Baca lagi...

Lagi satu, orang kuat Tok Derih
yang punyalah berani sampaikan
boleh terrr..kurang ajar dengan
Sultan Terengganu iaitu Datuk Rosol
Wahid (Adun Ajil) sudah kena turun
pangkat.

Elok-elok dulu jadi Pengerusi
Jawatankuasa Pembangunan Islam
Hadahari dan Kebajikan sudah kena
tukar portfolio, akibat cuba lawan
tauke. Padanlah dengan muka dia.
Pantang bangsa Melayu menderhaka
dengan Raja. Awak sebagai pemimpin
kenalah tunjukkan contoh yang baik,
bukan jadi "Kaduk naik junjung..."

Sekarang beliau walaupun sudah
termalu ala, ambil juga jawatan
sebagai timbalan pengerusi exco.
Ya, lah tak akan nak tolak pula.
Orang dah bagi jawatang pung dah
kira baik...Tak bolehlah nak
'demand' lebih-lebih macam dulu.

Portfolio terkini beliau ialah
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa
Pembangunan Luar Bandar, Usahawan
dan Koperasi.

Apapun rakyat negeri Darul Iman
sepatutnya bersyukur banyak-banyak
kerana dua tiga ekor yang "Beraja
dimata...bersultan dihati"
sudah
kena ikat.

Tahniah buat Tuanku Mizan diatas
keberaniannya menongkah arus. Kalau
tidak tak pasal-pasal rakyat
Terengganu kena landa bah besar.
Ini bukan calang-calang punya
Sultan.

Daulat Tuanku. Hidup Raja-Raja
Melayu!

Rabu, April 09, 2008

Sanusi Junid sudah bawa keluar Pedang Samurai...Haaiiittt!

Ahli politik yang kuat membaca...


Bekas Menteri Besar Kedah, yang juga Bekas Menteri "Air Kelapa Muda" sewaktu berkubu di Kementerian Pertanian iaitu Dato' Seri Sanusi Junid; telah melahirkan rasa kecewa terhadap perbuatan bekas rakan-rakan kabinetnya kerana sanggup membiarkan Tun Dr. Mahathir bersendirian diserang oleh peluru-peluru kapur yang mempertikaikan keputusan kerajaan terdahulu.

Dengan nada kecewa beliau memberitahu; ""Seolah-olah Mahathir saja yang buat keputusan, sedangkan apa yang berlaku sebenarnya adalah keputusan Kabinet, kalau dulu sokong mengapa sekarang bantah," katanya.

Kenyataan tersebut merujuk kepada serangan Perdana Menteri; Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengenai pembabitan Dr Mahathir dalam kes penahanan ISA besar-besaran pada tahun 1987 yang dikenali sebagai ‘Operasi Lalang’.

Pak Lah didalam serangan balasnya yang terbaru dilaporkan telah berkata; "Bila Dr. Mahathir mengambil alih jawatan dari Tun Hussein saya tahu reporter semua dipanggil jangan beri berita kepada Tun Hussein, jangan tunjuk gambar Tun Hussein. Operasi Lalang siapa yang bertanggungjawab saya tahu bukan saya tak tahu,".

Sanusi Junid bercakap tanpa bertapis lagi; seraya memberitahu wartawan; "UMNO yang ada hari ini kita yang hidupkan, UMNO lama sudah mati, di bawa ke mahkamah oleh Team B, siapa Team B, tengok balik," katanya.
"UMNO lama sudah mati, di bawa ke mahkamah oleh Team B, siapa Team B, tengok balik,.."

"Dr Mahathir nombor keahlian dia 001, Siti Hasmah (isteri Dr Mahathir) 002, saya 007," sambungnya lagi."

Menteri "Air Kelapa Muda" itu yang sememang menjadi orang kuat Dr. Mahathir semenjak tahun 80an; telah bercakap panjang mempertahankan bekas Big Bossnya, isu sabotaj, tingkat 4 yang penuh rahsia, kisah Arwah Haji Fadzil Noor yang menerima gelaran Datuk; serta tidak ketinggalan tentang stratergi membawa masuk Anwar Ibrahim kedalam UMNO.

Dengan sepedas cili padi Afrika, Dato' Sanusi yang memang terkenal dengan sifat garang dan tegasnya menambah; ""Boleh tegur, tapi biar orang yang sama level, bukan budak-budak yang baru seminggu dua jadi menteri..." Pukulan balas barangkali ditujukan kepada Ahmad Shaberry Chik. Seolah-olah cuba mengambarkan menteri baru itu sebagai budak hingusan yang baru hendak merasa duduk kerusi Menteri Kabinet. Berita lanjut...

Benarlah sepertimana yang tersebar diseluruh negara satu waktu dulu bahawa, dengan Pak Sanusi ini jangan dibuat main-main; kerana beliau mengamalkan semangat Bushido; yang sering dipegang oleh Samurai Berani Mati dari Negara Matahari Terbit...

Dato' Seri Sanusi Junid yang kini merangkap Presiden UIAM sememangnya ahli politik yang berani dan mempunyai prinsip kesetiaan yang tinggi kepada bekas ketuanya... Haaaittt!

Lihat sahaja keberaniannya mempertahankan Enche' Ghaffar Baba (Tun) daripada serangan bertubi-tubi media yang dikuasai oleh kem Anwar Ibrahim dan juak-juaknya, pada masa perebutan kerusi Timbalan Presiden UMNO pada tahun 1993; yang penuh berliku dan bersejarah itu.

Sanusi mengepal penumbuk berdiri teguh diatas Rostrum membela Tun Ghaffar Baba habis-habisan biarpun selepas itu beliau kalah mempertahankan kerusi Naib Presiden Tempat ke-3, yang disandangnya pada masa itu. Perhimpunan Agung, tahun 1993 menyaksikan Dato; Seri Sanusi Junid menongkah arus 'Kem Wawasan' yang dikepalai oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim; yang disokong oleh juak-juaknya seperti Mike Tyson, Muhyiddin Yasin dan Rahim Tamby Chik.

Pak Ghaffar, Sanusi, Pak Lah, Isa Samad dan Syed Hamid Albar habis terpelanting jauh dirempuh arus perubahan Kem Wawasan pada tahun 1993.

"Siapa melawan arus, maka dia karam..." Sudah tentu, Sanusi Junid tidak takut karam.

Jadi sememangnya telah terbukti keberaniannya selaku ahli politik yang setia dan berprinsip (salah satu kriteria yang sukar dicapai oleh para pemimpin UMNO pada masakini.)

p/s: Ayoyo...manyak takut sama itu Pedang Samurai. Itu Kelapa Muda senang-senang saja ini orang kasi cantasss...

Bila Harimau Tua disuruh berhenti mengaum...

(Sebagai individu, Dato' Syed Hamid Albar sebenarnya seorang ahli politik yang bagus. Jarang sangat kita mendengar sebarang komen tidak baik mengenai beliau...Beliau sedikit sebanyak mewarisi karisma politik Arwah bapanya; Dato' Jaafar Albar aka. Singa UMNO...)

Dato' Syed Hamid Albar kata Tun Dr. Mahathir tidak sepatutnya memberi tekanan kepada Pak Lah.

Menteri Dalam Negeri bercakap dengan tegas, sambil memberitahu sepatutnya Tun beri sokongan kepada PM. Beliau dilaporkan berkata; "‘‘Tun Dr. Mahathir bukan orang biasa di kalangan rakyat, beliau pernah menjadi nombor satu dan ikon kepada kumpulan belia. Jadi, dia tidak sepatutnya mengkritik kerajaan sekarang ini." Laporan seterusnya...

Wah! Sampai langsung tidak boleh dikritik. Sampai bekas PM yang berkuasa selama 22 tahun pun disuruh tutup mulut, inikan pula rakyat jelata.
Dato' Syed Hamid ini, sudah agak lama juga kita tidak terbaca berita tentangnya didada akhbar. Alih-alih bila sekali sekala keluar suratkahabar lama, terus bagi amaran "Shut-Up" kepada bekas bossnya.

Dia buat-buat tak ingat agaknya bahawa, 4 buah negeri telah bertukar tangan. Income Kerajaan Persekutuan sudah lari banyak. Mestilah kena kritik, kalau tidak lagi sekali piliharaya; alamat merundumlah BN.

Tun Dr.Mahathir Mohammad merangkap Arkitek Malaysia selama hampir 23 tahun, pun disuruh tutup mulut. Biarkanlah dia bercakap. Kenapa takut sangat dengan Che Det? Tun pun bukannya ada kuasa lagi. Dato' Syed Hamid lainlah, dia kalau 'sign' sahaja satu surat dari KDN...silap-silap boleh belayar 2 tahun. 'Makan tanggung, berak cangkung...' di Kem Kemunting.

Mentang-mentanglah Si Harimau Tua sudah turun takhta, semua pakat bantai; termasuklah tenggiling yang dulu malu-malu. Satu benda yang mereka terlupa...Raja Harimau walaupun dah tua...(selalu pula keluar masuk IJN), kukunya masih tajam...sebab selalu asah bila bulan mengambang. Harimau Tua ini jenis "sembunyi kuku'. Sampai masanya...penghuni belantara yang suka cari pasal bolehlah jadi lauk buat kenduri tahlil. Bluurrpp...sendawa kekenyangan...
Maka biarkanlah Si Harimau tua terus mengaum dibelantara. Sementara sisa-sisa umurnya masih ada.

Mereka tidur mati agaknya, sampai boleh terlupa bangun sahur. Selama 22 tahun, belantara ini siapa yang jaga ya?

cerita digerai buku...

Blog komuniti islam berdikari (IIC) telah diaktifkan kembali...
http://sabapersonalalbum.blogspot.com/

Sedikit ulasan tentang Pesta Buku Antarabangsa, KL 2008 & Kisah terjumpa sebuah cerita rahsia "Hanya Tuhan Mengenal Tenteranya..."

Check it out bro' & sis'!

Pantun Rakyat buat Kerajaan Negeri Selangor...



Pantun ini memang makan dalam...







"Kalau tuan pelihara babi,

Pohon selasih dipukul ribut,
Tinggalah tuan si buah hati,
Kubawa kasih seumur hidup..."

Jangan sampai Pakatan Rakyat kena 'bye-bye' dengan rakyat jelata...fikir-fikirkanlah. Sensitiviti umat Islam dinegeri Selangor Darul Ehsan kena jaga Pak Khalid...oiii...



Pantun Rakyat kepada Pak Lah...

(Nangka bila-bila masa boleh gugur dari tangkai...macam itu juga nasib pemimpin politik.Bila tiba jerr masa...gugurlah;tanpa disuruh-suruh...)


"Kalau nangka nak gugur,
Jangan menimpa dahan pauh,
Kalau mata nak tidur,
Jangan lupa esok berjalan jauh...


Kalau tuan mandi telaga,
Timbalah air dalamlah pasu,
Pandailah sungguh adik meneka,
Yang paling tinggi ialah nafsu...


Kalau tuan merebatlah tepas,
Kerana durian berbunga lagi,
Janganlah tuan cakap terlepas,
Hari kemudian berguna lagi...

Kalau tuan mandi dihulu,
Hanyutkan saya tempurung dasar,
Kalau tuan mati dulu,
Tunggu saya di Padang Mashyar..."

Isnin, April 07, 2008

Pelancaran Akhbar Baru "The CRITERIA". Tempat: PWTC,KL (Sila Tanya Kaunter Informasi). Masa: Dari 1pm - 2.30pm.

Orang ramai diminta hadir untuk memberikan sokongan kepada Akhbar Tabloid Baru yang berkonsepkan Islam & Isu-Isu Semasa Dunia. Sokongan anda amat kami hargai. Sebuah Akhbar Islam yang memerlukan sokongan dari Komuniti Islam sendiri. Kalau orang kita sendiri tidak menyokong produk & gerakan islam, siapa lagi?