(Tulisan dibawah pernah disiarkan diblog lama saya pada bulan Ramadhan al Mubarak tahun 2006, yang tidak aktif lagi. Saya mengambil pendekatan 'ulang siar' kembali, kerana mungkin ramai yang belum pernah membaca tulisan ini. Saya masih 'obsess' dengan bulan ramadhan...perasaan saya masih seperti dahulu...Alhamdulillah...)
Sesuatu Yang Jernih...di Bulan Ramadhan.....
Saya selalu 'obsess' dengan satu kepercayaan bahawa langit dibulan ramadhan amat berlainan sekali di bulan-bulan yang lain. Bagai ada sesuatu yang membuatkan langit di bulan Al Mubarak ini kelihatan ceria dan terang benderang. Tidaklah dapat saya pastikan bahawa ini cuma sekadar perasaan yang diikat kuat diminda saya sedari kecil, atau mungkin satu rahsia yang tidak terungkai. Biasanya dibulan ramadhan perasaan saya sungguh damai serta tenteram walaupun letih berpuasa.Perasaan jernih ini mula saya perasaan telah lama dulu.
Muzik yang saya dengar di bulan ini seakan lebih meriah dan menyentuh jiwa. Sudah tentulah bukan sekadar lagu Raya yang sedari awal lagi menari dicorong-corong radio. Pandangan landskap saya juga turut kelihatan indah dan harmoni berbanding-banding hari biasa. Mungkin ini anugerah Allah swt. khas kepada umatnya yang sanggup menunaikan perintah wajib ini secara ikhlas.Maka selalunya bila Ramadhan Al Mubarak menjelma perasaan saya begitu gembira dan rindu sekali. Rindu kepada siapa? Pertanyaan ini juga tidak mampu saya jawab. Cuma rindu sekadar rindu yang penuh kejernihan...atau mungkin rindu pada kisah-kisah Ramadhan yang lepas.
Dulu pada waktu zaman budak-budak sudah tentulah malam-malam Ramadhan saya banyak dihiasi dengan bermain mercun dan bunga api. Sebelum itu sudah menjadi kesemestian saya bersolat tarawikh dulu. Bila tiada kenangan yang selalu diingati sudah tentulah berbuka puasa beramai-ramai bersama teman. Saat itu sungguh meriah! Walaupun sekadar berbuka sepinggan nasi kandar bersama ais kosong, perasaan indah itu tertanam dalam dibahagian memori bahagia dalam minda saya.
Bulan Ramadhan memang memberi semacam perasaan yang sungguh berlainan...indah...ceria...harmoni.....lalu terungkaplah satu kejernihan disanubari...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan