Ahad, September 30, 2007

lampu kelip kelap...

warna warni lampu kelip kelap telah bermula di tempat saya... cahaya indah ini menunjukkan semangat raya telah bermula. saya suka lampu ini...ia semacam menceritakan sisi raya yang semakin tiada. tafsiran saya berkaitan dengan lampu ini selalunya berkait rapat dengan malam 7 likur....atau mungkin malam sejuta rahmat, Lailatul Qadr. Berkelip kelapnya lampu ini solah menandakan Lailatul Qadr, semakin hampir. Ramadahan akan berakhir...menjelmalah pula bulan sabit bernama Syawal...

Hijau..biru...kuning...dan merah pun bercahaya. Memang indah! Lebih indah kalau ditambah lampu pelita. Pelita panjut memang terkenal di rumah-rumah kampung. Tapi jangan sampai terbakar...elok-elok gembira nak raya...tak pasal-pasal panggil bomba! Bila saya memandang cahay lampu kelip kelap...saya banyak kali juga teringat raya yang lepas-lepas. Setiap raya terpalit memori tersendiri, namun lampu kelip kelap tidak pernah langsung berubah. Ceria sepanjang masa...Dulu sekali sekala masa zaman budak-budak lepas solat terawikh mesti main mercun katak takpun mercun das 12 warna. Tak pernah pula putus tangan...alhamdulillah. Sekarang budak-budak suka modified belerang mercun...tu yang putus tangan...cedera teruk tu. bahaya la kan. menyesal dah tak berguna.

Cahaya hijau terus memuntahkan sinar sepi...sepanjang malam. waktu lepas berbuka...terus menerus...seakan lampu itu seperti berkata-kata...."hari raya bakal menjelma...terimalah cahaya ini seadanya..."

2 ulasan:

aslina_bidadari berkata...

Salam,
Kat kampung saya biasanya ada pertandingan pesta panjut. Meriah sungguh dengan rekaan pelbagai jenis bentuk susunan pelita panjut.
Saya suka tengok je. Kat rumah pasang sikit je sekadar untuk menerang jalan.

Tanpa Nama berkata...

pelita panjut seni menghiburkan hati di malam raya. liuk lentuk api disambar angin memang menambah rasa...

untunglah aslina ada juga peluang merasa dan menikmati keindahan pelita panjut dimalam raya.

saya ini?

shinri