Memaparkan catatan dengan label ramadhan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ramadhan. Papar semua catatan

Ahad, Ogos 14, 2011

SITUASI RAMADHAN KE-14

Apakah aku akan sesegak ini di pagi raya sambil mengenakan baju melayu baru jenama John Master? KAHKAHKAHKHAKHAKHAKAHKAHKAAHH!


melihat orang ke hulu-hilir memilih kasut baru. pelbagai jenama. ada jenama camel. piere cardin pun ada. wanita-wanita menyelak baju kurung berwarna-warni. peach kaler. jingga untuk yang muda. diatas pentas tadi ada lelaki bermain gambus. memakai baju melayu hitam. bersamping dan bersongkok. alunannya adalah llagu melayu klasik. restoran KFC dan Mc Donald penuh manusia.

semua orang mahu raya. semua orang mahu gembira. ya kita akan menyambut raya. semoga tahun ini yang paling gemilang!

Khamis, Ogos 11, 2011

ARRRGGGHHH~!!! AZAB SAKIT PINGGANG...


Sampai saat ini setelah hampir dua minggu aku menderita sakit belakang. Tak pernah rasa sakit seazab ini. Allah swt menguji aku dan aku terima dengan redha. Alhamdulillah, bila aku pergi untuk pemeriksaan doktor kebimbangan aku selama ini lega dan aku bersyukur aku tiada apa-apa penyakit. Risau juga kalau ada tulang yang retak.

Rabu, Ogos 10, 2011

SAKIT DI BULAN PUASA

manusia memamng begini. bila dah sakit baru betul-betul nak ingatkan Allah subhanawata'alaa.

selagi sehat... kitalah raja. King. kitalah yang berkuasa. kitalah samseng dijalanraya.... semualah kita hebat.

tapi bila dah sakit. baru tahu langit tinggi atau rendah. kalau terlampau sakit hingga boleh terpekik terlolong. macam yang aku buat...

aku sekarang tengah betul-betul punya akit pinggang.

Ya Allah YA Tuhan ku...engakau sembuhkanlah sakit ku ini. Ameen.

Selasa, Ogos 09, 2011

SELAMAT PAGI ORANG YANG BERPUASA!

harap tenang.

selamat pagi malaysia
selamat pagi dibulan ramadhan
nak makan tak boleh
kena berpuasa satu bulan
setahun sekali itulah dia
kewajiban kita sebagai hamba Allah.

kalau tak puasa nak jadi apa?
kalau makan siang dalam bulan ramadhan nak jadi apa?
bertukar jadi setan
setan iblis semua kena ikatan
jangan manusia ikut jalan mereka

berlaparnya sebulan
makannya sebelas bulan
tak henti-henti
makan makan makan
sampai tak sudah-sudah

bila ramadhan tiba
sebenarnya Allah selamatkan manusia
perot bagi rileks
jiwa bagi bersih
minda bagi subur
ruh bagi merdeka

waduh, betapa hebatnya anugerah Ilahi dibulan ramadhan ini
pintu neraka dikunci rapat-rapat
syurga terbentang luas indah
dijemput masuk semua
pilihan kita yang suka

waktu berbuka adalah satu keindahan
ya satu keindahan
gelas sirap tembikai didepan
nikmat yang dijanjikan Tuhan...

Isnin, Ogos 08, 2011

MENU HARI KE-8 BERBUKA PUASA


hari ini puasa ke-8, menu untuk berbuka puasa kali ini ialah
1)2 murtabak daging
2)1 murtabak ayam
3)1 roti john
4)1 bungkus cendol mamak
5) volcano milk tea ice blended

kemewahan dibulan ramadhan, setiap titis dilidah dan kunyahan daging adalah nikmat Ilahi tak terkata.

berjela-jela orang, kehulu kehilir mencari menu juadah berbuka. keistimewaan pasar lain kalian tak akan jumpa ditempat lain kecuali Lembah Kelang.

Ada suara peniaga terjerit-jerit mempromosi lauk-pauk. Ketika aku menulis catatan ini jam melaporkan pukul 6.55pm.

JUADAH BERBUKA SEMAKIN MAHAL~!!!

"beli bang...beli kak... jangan komen apa-apa...sekarang barang semua naik harga... gula naik 20sen... kuih saya semua naik 20sen sebijik... termasuk kuih yang tak pakai gula... yang penting saya kaya... tahun ni saya mahu beraya sakan..."


pasar ramadan tahun ini juadah berbuka semakin naik harga. saiz kuih muih semakin mengecil. peniaga bagi alasan barang-barang mentgah naik harga. pigiii daaah... gula naik 20 sen..tapi kuih donut pun naik 2o sen sebijik. apakah ini lojik untuk mencekik darah pengguna???

dulu karipap bukan main sedap. karipap mantap! sekarang saiz makin kecil, isi makin kurang dan tawar. rasa pedas pun tak, rasa rempoah pun tak. maka sudah tidak mantap lagi... jadilah ia sebagai karipap sentap!

sebab yang makan rasa tersentap dengan penindasan yang dilakukan oleh para peniaga di bulan ramadan. kesempatan diambil diatas perut lapar orang ramai...

halal haram belakang kira, yang penting mashukkkkkkk...

Khamis, Ogos 04, 2011

Pengembaraan Vespa Kuning Susu... Part 1


pada suatu pagi nan indah, seorang lelaki dengan penuh bersemangat kental ingin memulakan perjalanan yang ceria lagi 'adventure'. dia akan menunggang vespa piaGGIO LX150 yang baru dibelinnya tak sampai 2 minggu.

dengan mengenakan jaket kasual yang tertera perkataan 'VESPA is Adventure', dia menuju ke jentera dua roda kegembiraan itu dengan langkah 'kool'.

dimasukkan kunci, dengan sebutan 'Bismillahirahmanirrahim', bunyi ekzos menderam lembut.

Vespa kuning susu meluncur laju membelai angin pagi yang dingin. jam ditangannya menunjukkan pukul 7.30am. hari masih muda, badan masih bertenaga.

umat islam baru berpuas hari yang ke-empat, dan hari ini adalah satu adventure sejati bagi lelaki dalam lingkungan pertengahan 30an ini.

tidak sampai setengah jam, dia sampai disebuah bukit landai. sunyi sepi. langit cerah. tiada kereta. tiada lori. tiada bas.

hanfon murah ku terlalu lama dan jatuh berkali-kali


handfon yang lama. ketinggalan zaman. tak up to date. old fashion. jatuh berkali-kali. calar-balar. no internet mean no facebook. kaler hitam pudar.


tapi aku tak rasa malu. aku rasa kool.

Selasa, Ogos 02, 2011

Minum kopi panas dengan krim putar adalah keindahan tulus di ramadhan 2011


semenjak 2 malam lepas kegemaran ku selepas berbuka puasa adalah minum KOPIKO brown coffee. dibancuh dengan setengah air mendidih dalam mug. yang terpenting adalah...toppingnya... WHIPPED CREAM. krim putar yang begitu enak dan lazat sekali. jadi untuk apa harus aku berbelanja lebih di Starbukcs!

aku menghirup begitu rakus. tulus dan mulus. krim yang begitu lembut. bancuhan kopi yang begitu jantan!

berbuka puasa hanya dengan kroni

waktu berbuka puasa tadi ku lihat macam tiada semangat persaudaraan sesama muslim. makan berkelompok-lompok. yang datang lambat hanya dapat kurma dan pisang, sambil duduk terasing. sedangkan disatu kelumpuk dijamu kuih muih beraneka jenis.

disatu sudut tempat muslimat... seorang perempuan hanya memerhati sekelompok wanita hanya makan sesama sendiri tanpa sedikit pun perasaaningin melawa walau satu jamah.

inikah semangat ukhuwah di bulan ramadhan al mubarak?

KISAH ABU AMEER DI PASAR RAMADAN...


di pasar ramadahan ini banyak manusia menjinjing beg plastik warna merah. Abu Ameer hanya memerhati. diraba-rabanya janggut sekejap. mencari ilham. banyak sangat orang berjual. macam-macam jenis lauk pauk. kecur air liur Abu Ameer.

jambang lelaki berusia awal 30an ini menambah baik wajahnya seperti seorang legenda.

meskipun perutnya lapar, jiwa begitu tenang dan damai sekali.

matanya tertancap kepada gerai yang menjual jus mangga. ais dan sejuk sekali. Abu Ameer menahan gelora...

dibelinya semua bungkus air dalam beg palstik yg terdapat diatas meja; sehinggakan penjual itu begitu terkejut sekali.

lantas Abu Ameer memberi percuma kepada orang yang lalyu lalang didepannya.

petang itu, hari ini dalam sejarah. Abu Ameer berjaya menewaskan segala saki baki sifat kedekut, kikir dan bakhil didalam dirinya... dia seorang lelaki yang berjaya pada penilaian Islam...


Dibulan Ramadhan cuaca indah

cuaca diluar agak panas. tapi tak panas sangat. sesuai dengan bulan ramadhan. kering tapi indah.

segelas air tembikai dengan ayam percik meruntun nafsu ku

tapi aku sedar puasa bukan kerna makanan tapi kerna Allah.

FITNAH DAJJAL DIBULAN PUASA

Bagaimana mahu bertindak balas dengan dunia luar tatkala ramadhan menyinari bumi? Disaat fitnah Dajjal berleluasa tanpa mengambil kira sesiapa jua. Seorang moslem sejati harus memberi respon yang bagaimana.

Dikala segala bentuk anasir-anasir surbersif menghentak anak-anak penganut Islam, melalui tv, radio, internet dan suratkhabar; kita sering pula tertanya-tanya apa yag berlaku kini?

Fitnah-fitnah yang datang setinggi ombak Tsunami, sampai kita tertanya bilakah akan keluarnya Imam Mahadi Al Muntazar.

Isnin, Ogos 01, 2011

berhati-hatilah wahai sipembeli dipasar ramadan

ingat-ingatlah Allah di bulan ramadan yang terindah ini... bukan ingat makanan di pasar ramadan.

kat pasar ramadan muka-muka yang seumur hidup langsung tak pernah buat kuih seri muka... tapi kali ni jual sebab ramai yang nak membeli. juallah apa saja dipetang ramadan pasti orang berebut nak membeli... walaupun rasa kuih tak macam kuih.

berhati-hatilah wahai sipembeli.

Amaran! Amaran! Moskuito menyerang...Zrrrasssssssss>>>


diruang inibanyak nyamuk moskuito.

ngeennngggg.

ngeenngggggg.

gngiwwwwwwaaww.

sayap moskuito bermain ditelinga ku.

badanku berbintat-bintat di makan nyamuk.

aku beli setin Ridsect... zzzzrrassssssssssssssss~!!!

satu hapa tak nampak. kabussss... bau racun.

nyamuk hilang sekejap. kejap lagi pasti menyerang.

banyak bercakap tapi amal kurang

minta diampunkan Allah malam ini. minta diampunkan Allah malam ini. dan juga malam-malam seterusnya. kita ini manusia yang terlampau cakap banyak...dan fikir banyak... tapi amal ibadatnya sangat kurang. dimana silapnya?

jangan suka bercakap tak habis-habis. sila koreksi diri. bercakap kurang.

dibibir ini ada madu dan susu dari Al Qur'an


mengulang-gulang Al Qur'an dibibir adalah satu nikmat. bagai madu dan susu dibibir. mencecap kemanisan hikmah dan iman, setelah diluar sana segala fitnah Dajjal berleluasa. kerajaan bagai menjadi alat Fitnah Dajjal untuk membenam rakyat dengan segala kesempitan ekonomi.

agak perlahan ibadat ku dihari pertama ramadhan...

agak perlahan ibadahku pada ramadhan pertama ini. perluk diperkuatkan lagi agar roh ku kuat. segala kebaikkan dan rahmat memang terasa di udara. cuaca panas tak panas. lantas memberi ku kekuatan membaca terjemahan Al Qur'an.

aku berpakaian agak selekeh. pinggang ku semenjak dari hari sabtu malam amat sakit. pedih dan bagai ditarik-tarik. seringkali terasa macam nak tercabut. membuat ku terpaksa solat Asr secara dudu diatas kerusi lipat.

aku berusaha berzikrullah sebanyak yang boleh.

Hari ini ramadan yang pertama 2011

Assalamu'alaikum.

Selamat berpuasa kepada semua umat islam. Hari yang mulia teah kembali. Perbanyakkanlah membaca Al- Qur'annul Kareem. Jangan terlampau banyak bercakap. Bercakap benda yang sia-sia menyusutkan pahala puasa. Maka dapatlah lapar semata-mata. Puasa juga mata. Jangan melihat benda-benda haram.

Puasa memang lapar. Kalau tak lapar itu bukan puasa namanya...