Memaparkan catatan dengan label Vespa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Vespa. Papar semua catatan

Isnin, Ogos 15, 2011

Kisah Vespa Kuning Susu... part 3


Jacko dan Romero sahabat sejati yang tidak mungkin dipisahkan. keduanya minat mengembara dan membaca. selain itu Romero juga seorang penulis cerita-cerita pendek seram. tulisannya banyak disiarkan suratkhabar berkala; Mingguan Indipenden. dgn mempunyai ruangan sendiri berjudul "Meremang Bulu Roma..."

ya Romero mempunyai pengikut yang tersendiri. kisah-kisah supernatural yangtak terjangkau dek akal fikiran yang waras. berlainan pula dengan Jacko; lelaki bermisai tebal koboi ini minat melukis. hanya dengan pensil dan kertas dia mampu melukis illustrasi yang indah dan gempak. jadi setiap kali tulisan Romero disiarkan didada akhbar, lukisan Jacko lah yang menghiasinya. menambah ketakutan kepada pembaca fanatik ruangan "Meremang Bulu Roma..."

meter menunjukkan kelajuan diparas 70-80Km/j. cara tunggangan mereka begitu lembut berstail seperti memakan buah oren, masam tapi enjoy!

vrossssshhhh....

Vespa kuning susu dan merah menyala membelah jalan raya. Romero dan Jacko mencari kemerdekaan...

dihadapan terdapat sebuah ladang dengan kuda-kuda berlari sehingga menampakan otot pejal makhuk itu. sebuah rumah kayu kuning indah. kincir angin berpusing lambat-lambat...manakala disebelahnya terdapat tasik yangbegitu luas sekali; air seolah kelihatan berwarna jingga...

Romero tersenyum puas... ini destinasi pertama...

Khamis, Ogos 04, 2011

Pengembaraan Vespa Kuning Susu... Part 2


lelaki ini namanya Romero. memakai spek rayban warefarer. dia turun dari vespanya dengan penuh keyakinan. mencekak pinggang sambil memerhati ke depan.

daun-daun kering diatas rumput bersebelahan jalan tar, meliuk lentuk dilanggar angin segar bugar. menyeluk dipoket tepia jaket kasual merahnya. mengeluarkan hanfon samsung galaxy. ibu jarinya menekan satu nama.

tertera nama yang sedang dipanggil : Jacko o16432435.

nada deringan lagu sudirman berjudul merisik khabar kedengaran.

namun tiada siapa yang menjawab. dailan terputus sendiri.

dia menunggu sebentar.

"Jacko, sahabat seperjuangan. lagi 10 minit engakau tak muncul, aku gerak." dia bercakap dengan diri sendiri.

tepat 10 minit berlalu.

vrosss...vrrooosssszzz...alunan ekzos muncul.

seorang lelaki muncul dari arah balik bukit. juga menaiki vespa piaggio lx150. kaler merah menyala. sambil melambai-alambaikan tangan penuh keriangan semulajadi.

Pengembaraan Vespa Kuning Susu... Part 1


pada suatu pagi nan indah, seorang lelaki dengan penuh bersemangat kental ingin memulakan perjalanan yang ceria lagi 'adventure'. dia akan menunggang vespa piaGGIO LX150 yang baru dibelinnya tak sampai 2 minggu.

dengan mengenakan jaket kasual yang tertera perkataan 'VESPA is Adventure', dia menuju ke jentera dua roda kegembiraan itu dengan langkah 'kool'.

dimasukkan kunci, dengan sebutan 'Bismillahirahmanirrahim', bunyi ekzos menderam lembut.

Vespa kuning susu meluncur laju membelai angin pagi yang dingin. jam ditangannya menunjukkan pukul 7.30am. hari masih muda, badan masih bertenaga.

umat islam baru berpuas hari yang ke-empat, dan hari ini adalah satu adventure sejati bagi lelaki dalam lingkungan pertengahan 30an ini.

tidak sampai setengah jam, dia sampai disebuah bukit landai. sunyi sepi. langit cerah. tiada kereta. tiada lori. tiada bas.