Jumaat, Januari 18, 2008
Siapa Yang Lebih Sesat?
Zaman sekarang ini, kalau ada orang-orang yang ingin membuat sedikit kebaikkan sering dipandang serong. Dituduh sesat, jumud dan membuang dunia. Fitnah ditabur merata-rata... Katakanlah, jika terdapat sebuah jemaah tarekat sufi menganjurkan zikr tawwajuh, cepat sahaja masyarakat kita melabelkan sebagai kumpulan sesat dan menyelewengkan akidah.
Memanglah diakui jika ada kumpulan yang berzikir didalam gelap, bercampur baur lelaki perempuan yang bukan muhrim;bersentuhan sesama ahli maka memanglah ia sesat. Kumpulah zikr tanpa bersanad ini memanglah sesat lagi menyesatkan. Ditambah pula jika lafaz zikr itu berbunyi.."Ya Guru..Yahya....Guru Yahya....Guru Yahya..." (katakanlah...) sampai beribu kali. Itu rasanya semua pun tahu yang benda ini memang kesesatan yang nyata. Terang-terang sudah sesat, tanpa menggunakan pelita ayam.
Akan tetapi bagaimana pula, jika terdapat sesebuah jemaah tarekat sufi yang berzikir juga didalam gelap tanpa bercampur lelaki perempuan dan menyebut "La ila ha illalaaah..." beribu-ribu kali? Tak akan ini juga harus dituduh sebagai sesat. Hanya kerana berzikir didalam gelap, boleh jadi sesat? Wah! mudah sungguh menyesatkan orang yang berzikr, yang tujuan tidak lain semata-mata mendekatkan diri dengan Allah swt. Mungkin ramai yang tidak faham dan bertanya kena harus berzikr didalam gelap? Saya dulu pun mempunyai persoalaan yang sama. Tapi saya rasa beginilah...nak zikr didalam gelap ke, didalam terang ke...malah dimana-mana sekalipun...rasanya tidak salah. Mungkin memang terdapat kaedah yang berlainan yang dianjurkan. Zaman Rasulullah saw dulu rasanya memang tiada elektrik bukan? Kadangkala sesebuah tarekat sufi memang mempunyai sedikit sebanyak metodologi atau kaedah yang berlainan sesama mereka. Yang paling penting jangan bercanggah dengan Akidah Islam. Kalau setakat ada unsur kelainan dalam bab-bab furu' (ranting) rasanya tidak salah. Malah itulah keunikan didalam sesebuah jemaah islam itu.
Tidak kiralah...jemaah Tabligh, tarekat Ahmadiah, Abim mahupun jemaah islam yang lain-lain. Masing-masing mempunyai cara dan kaedah yang tersendiri. Jangan sampai saling menuduh kafir, bida'ah dan sesat hanya kerana tidak bersependapat didalam bab-bab furu'. Kita harus mencari titik pertemuan bukan pula titik perpisahan. Jikalau titik percanggahan yang lebih dititik beratkan maka semakin berpecahlah umat islam. Saya cuba bercakap didalam konteks Malaysia yang penganut agama Islam tidak berapa ramai pun. Gerakan islam harus menghormati diantara satu sama lain. Baru orang bukan Islam akan lebih menghormati agama kita.
Kalau terdapat seorang wanita yang memakai tudung labuh yang hanya nampak biji mata (NiQab), cepat sahaja masyarakat akan mempunyai tanggapan yang prejudis. Tuduhan-tuduhan seperti kolot dan jumud senang sahaja dihamburkan keluar tanpa mempunyai tanggapan yang lebih adil dan rasional.
Saya sekadar mempunyai persoalan yang sering menarik-menarik pemikiran rasional saya. Bagaimana pula dengan puak-puak dekat luar sana yang begitu ramai kuantitinya, yang mendedahkan aurat tanpa segan silu, yang meninggalkan kewajiban mengerjakan solat, yang bercampur baur lelaki perempuan bukan muhrim tanpa mengenal batas Agama semasa melihat Konsert Hiburan Lagha...
Kenapa takut nak tegur sesat? Jangan yang belah sini sahaja nampak, yang terang-terang membuat perkara sesat kita pejamkan mata. Adilkah ini? Mungkin ini yang dikatakan umat akhir zaman...
Pertanyaan naif saya sampai hari bermain diminda. Menjadi mitos...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 ulasan:
Apa kata kita beramal berdasarkan quran dan sunnah dan tinggal jauh2 benda yang nabi tak buat
salahuddin
Saya ada seorang adik perempuan yang dahulunya amat rajin solat dan membaca al quran serta buku buku tentang kedamaian hati. Akhirnya beliau bertemu dengan satu kumpulan tarikat yang katanya hanya mengamalkan zikir Lailahaillah.Cuma, sekarang beliau telah lenyap tanpa berita tanpa dapat dihubungi. Berita terbaru yang saya terima adik saya telah dinikahi oleh ketua tarikat tersebut yang boleh dipanggil ayah.Kisah benar ini amat sukar untuk ditafsirkan...
saudara...nyata sekali kumpulan tersebut bertopengkan tarekat untuk memuskan hawa nafsu mereka. berjaga2 lah...
ramai kumpulan yg mengaku sebagai tarekat, namun sebenarnya menipu keran tidak mempunyai sanad yang sah! Berpura2 diatas nama agama dan zikir la ilahailla lah...
berhati2...
namun begitu adilkan satu dua tarekat PENIPU membuat dajjal, maka kita terus mengadili tarekat islam yg sebenar dengan berat sebelah? Adilkah kita, menilai berdasarkan "seekor lembu membawa lumpur...habis semua terpalit" atau "kerana nila setitik habis rosak susu sebelanga"?
Senang sahaja saudara, jika mahu menetukan sesebuah kumpulan tarekat itu yang sesat ataupun tidak. Saya bagi tips yg paling mudah :
1) Sanadnya mestilah terus menerus bersambung kpd Rasulullah saw. beradasarkan salasilah rantaian syeikh mursyid. Bagaimana mahu menentukannnya? Sebenarnya tidak susah...biasanya beberapa tarekat yg terkenal yg telah diamalkan beribu tahun pasti mempunyai salasilah yang nyata. Sila rujuk kpd alim ulama'TELAH TERBUKTI TAREKAT YG BERLANDASKAN SYARAK TIDAK PERNAH "AYAH" NYA MEMBUAT SESUATU YG BERTENTANGAN DGN AGAMA. maksiat misalannya...
2) Segala amalan sesebuah kumpulan tarekat, mestilah berpandukan kpd Al Qur'an , Sunnah Rasulullah saw. dan JUMHUR ULAMA'...dan sesekali tidak akan melanggar batas syarak. AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR!
saya bukanlah membela tarekat. tapi membela kebenaran. tidak kiralah samada tarekat, tabligh, abim, jim, ikhwanul musilimain (seperti yg pernah saya sebutkan sebelum ini) itu semua hanya wadah perjuangan dalam menegakkan amal makruf nahi mungkar serta mencapai keredhaan ilahi.
Janganlah sampai kita sesat menyesat atau bidaah membidaahkan sesama kita hanya kerana tidak mampu menerima KHILAF.
Kemungkinan apa yg berlaku pada saudara perempuan anta itu, tidak dapatlah saya berikan pendapat secara adil krn tidak mendengar drp kedua belah pihak. Saya tidak mahu bersikap zalim dlm memberi pendapat. Bukankah Allah membenci org yg zalim?
Namun jika benar apa yg berlaku kpd saudara perempuan anda itu melibatkan sebuah kumpulan ?(yg kononnya mengaku sebagai tarekat)memang nyatalah ia satu yg tidak beretika. NAMUN JANGAN SAUDARA MENGHUKUM SEMUA TAREKAT SUFI ITU SEBAGAI SESAT HANYA KERANA PENGADILAN YANG TIDAK SAMPAI. Bukan semua tarekat begitu. Tarekat tak salah....manusia yg bertopengkan tarekat sebenarnya yg salah.
Ini sekadar pendapat saya secara peribadi, tanpa menyebelahi mana2 pihak. Prinsip saya mudah : YANG BENAR TETAP BENAR, YANG SALAH TETAP SALAH...tidak kiralah siapa.
Hanya Allah hakim yg Maha Adil dan Sempurna.
Wallahu'alam..salam persahabatan.
Catat Ulasan