Ahad, Ogos 17, 2008

LAGI FOTO-FOTO DIHARI PENCALONAN PERMATANG PAUH PART 2

BERSEJARAH: Arif Shah bersalam dengan Anwar, sambil diperhatikan Hanafi (berserban) selepas penamaan calon, semalam.

PENYOKONG parti yang bertanding pada pilihan raya kecil Permatang Pauh membawa sepanduk dan bendera pada penamaan calon di padang Institut Perguruan Tuanku Bainun, pagi ini.
PANJAT: Pelbagai aksi ditunjukkan oleh para penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berkumpul di padang Institut Perguruan Tuanku Bainun di sini, hari ini yang menjadi pusat penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pauh. - Foto Bernama


TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengiringi calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah (berbaju Melayu kuning) tiba di pusat penamaan calon pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh, di Institut Perguruan Tuanku Bainun, hari ini. - Foto Bernama

CALON Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah bersalaman dengan Presiden Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim), Hanafi Hamat (tengah) sambil diperhatikan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas masing-masing menyerahkan borang penamaan calon bagi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh di Institut Perguruan Tuanku Bainun di sini, hari ini.

PENYOKONG Parti Keadilan Rakyat (PKR) menunjukkan wang kertas seolah-olah mempersendakan penyokong Barisan Nasional (BN) ketika penamaan calon pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh, di Institut Perguruan Tuaku Bainun, di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, hari ini. - Foto Fariz Iswadi

PUKUL: Penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyerang penyokong Barisan Nasional sebelum memukul jurugambar NSTP (memakai jaket) yang tersungkur selepas ditolak jatuh ketika mengambil gambar dari atas kenderaan pacuan empat roda pada hari penamaan calon pilihan raya kecil Permatang Pauh, pagi tadi.


(foto-foto dan 'caption' diambil daripada Berita Harian)

Tiada ulasan: