Sabtu, Ogos 16, 2008

SUMPAH LAKNAT SAIFUL BUKHARI AZLAN!



Saiful sumpah Al-Quran…cabar Anwar turut sumpah

"Wallahi Wabillahi Watallahi ….Saya, Mohd Saiful Bukhari Azlan bersumpah bahawa saya telah diliwat oleh Dato Seri Anwar Ibrahim pada 26-6-08 iaitu pada tarikh tersebut Dato Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam lubang dubur saya. Jika saya berdusta atas pengakuan ini maka saya berdusta terhadap Allah dan saya sanggup menerima azab, laknat dan kutukan daripada Allah hingga ke kiamat "

– itulah sumpah mengikut syariat Islam yang dilafazkan oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan sambil mengadap kiblat di Masjid Wilayah Persekutuan,Jalan Duta Kuala Lumpur jam 6.15 petang Jumaat. Upacara selama kira-kira 15 minit itu disaksikan imam masjid itu serta 30 orang daripada wakil media dan anggota keluarganya.

Bekas pembantu peribadi kepada penasihat Parti Keadilan Rakyat,Datuk Seri Anwar Ibrahim itu , sebelum ini berjanji melakukan sumpah mubahalah bagi menyokong dakwaannya terhadap bekas majikannya itu.

Sejurus selesai Saiful yang ditemani oleh bapanya, Azlan dan peguamnya Zamri Idrus berkejar ke Hotel Dynasty di Jalan Ipoh untuk menghadiri satu sidang akhbar di situ. Pada sidang akhbar itu disediakan projector LCD dimana rakaman upacara angkat sumpah itu ditayangkan semula kepada puluhan para wartawan yang hadir.

Saiful memulakan sidang akhbar dengan membacakan satu kenyataan dimana beliau mencabar Anwar supaya angkat sumpah dalam masjid disaksikan oleh para ulamak dan seluruh rakyat Malaysia untuk menafikan dakwaan liwat yang dibuatnya terhadap Penasihat PKR itu. Beliau yang berwajah tenang sahaja ketika pertama kali mengadap para wartawan sejak membuat aduan polis mengenai dakwaan diliwat oleh Anwar pada 28 Jun lalu enggan menjawab beberapa soalan yang dikemukan sebaliknya berkata akan jawabnya di mahkamah.

“Saya akan jawabnya di mahkamah kemudian.Saya bukan seperti Anwar Ibrahim dan tidak mahu satu perbicaraan menerusi media.saya akan beri kenyataan saya di mahkamah,”katanya. Kepada satu soalan beliau menegaskan kejadian liwat itu dilakukan tanpa kerelaannya.

Ditanya adakah Anwar orang pertama meliwat beliau, beliau menjawab:
“Ya. Ini (kejadian liwat) kali pertama,”katanya. Saiful juga berkata beliau tidak bercadang untuk berkempen dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh.”Ini bukan soal politik tetapi soal peribadi antara saya dengan Anwar Ibrahim,”katanya. Beliau juga menolak andaian sengaja memilih untuk sumpah Al-Quran hari ini menjelang penamaan calon Permatang Pauh Sabtu.

Katanya beliau merasa amat lega setelah angkat sumpah dan merasa diberi kekuatan oleh Allah untuk berdepan dengan para wartawan.

Pada 7 Ogos lepas, Anwar didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan melakukan seks luar tabii terhadap Mohd Saiful pada 26 Jun lepas di unit 11-5-1 Desa Damansara Condominium, No 99, Jalan Setiakasih Bukit Damansara. Anwar mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu. Pertuduhan itu adalah mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.- 15/8/2008


Sumber: Agenda Daily

1 ulasan:

Harimau Belantara berkata...

saya rasa ada baik tengok dulu sebelum mufti2 lain bercelaru fikiran pasal apa kome pulak jatuh kan hukum ada sebaik nya kita tengok dan lihat ini masalah bukan kita yang menghukum tetapi sebaik nya kita patut lihat siapa yg bakal terima azab
http://www.youtube.com/watch?v=a4Ea-LA222c

ini yg saya dapat dari rakan dari masjid