Sabtu, Januari 17, 2009

DATUK HARUN IDRIS, POLITIC BOXING & PILIHANRAYA KUALA TERENGGANU...

BANGSA MELAYU PERLUKAN TOKOH PEJUANG SEPERTI INI. BUKAN HANYA MENJADI AHLI POLITIK 'YES MAN', DEMI MERAIH KEUNTUNGAN POLITIK YANG TIDAK SEBERAPA. PEMIMPIN MELAYU JANGAN JADI "MENANG SORAK, KAMPUNG TERGADAI!"



Sudaaah… Bertumbuk pulak dah!


Satu pergaduhan kecil berlaku antara beberapa penyokong Umno dan Pakatan Rakyat di depan Sekolah Menengan Gong Kapas tengahari tadi.

Pergaduhan yang berlaku pada kira-kira 12.15 tengahari tadi
berpunca daripada perbuatan ejek mengejek antara kedua belah pihak di situ.

Penyokong Umno itu dikatakan berada di pejabat Umno Kuala Terengganu yang terletak di sebelah sekolah tersebut, kata sumber Institut Nasional Untuk Ketelusan Pilihanraya (NIEI).

Manakala penyokong PAS dan PKR pula, katanya, sedang berkempen tidak jauh dari situ.

Keadaan itu menyebabkan suasana menjadi tegang dan akhirnya berlaku tumbuk bertumbuk.

Pergaduhan tersebut berlaku selama kira-kira lima minit, sebelum ianya dileraikan oleh beberapa anggota polis yang bertugas di situ. Baca lain…


Dah jadi Pesta Boxing Siam laa pulak. Inilah dipanggil Politic Boxing. Dulu time-time zaman Allahyarham Datuk Harun Idris jadi Menteri Besar Selangor merangkap Ketua Pemuda UMNO (Menteri Besar Yang Paling Kontroversi), beliau dengan gah dan gemparnya pernah membawa Legenda Peninju Mohamad Ali datang ke Malaysia. Lawannya peninju mat saleh bernama Briton Joe Bugner yang lebih dikenali sebagai JOE BUGNER. Perlawan tersebut diadakan pada tahun 1975, bertempat di Stadium Merdeka. Penuh dengan sorak sorai gumbira. Pertandingan yang melibatkan 2 juta USD. Habis saja perlawan tersebut, siapa ahli politik yang masuk jel? Jawapannya Allahyarham Datuk Harun Idris aka. Legenda Ketua Pemuda UMNO LAMA.


Mohamad Ali bertinju kat Malaysia, Arwah Datuk Harun yang masuk jel. Lenyap bersama itu sorak sorai gumbira apa semua… Maka inilah bahayanya Politic Boxing. bahaya…sangat merbahaya. Politik jenis ini mampu melenyapkan karier politik seseorang pemimpin, biarpun ia seorang Tokoh Legenda yang terlalu banyak berjasa pada agama, bangsa dan negara.


Biarpun begitu segala jasa dan pengorbanan besar Allahyarham Datuk Harun Idris (Bekas Pemimpin Parti Melayu Semangat 46) tetap akan kita kenang sampai bila-bila dan hanya Tuhan yang mampu membalasnya. Jangan sesekali kita lupa bahawa Datuk Harun Idris lah tokoh yang telah membawa Tun Dr. Mahathir masuk kembali kedalam UMNO, setelah Che Det dipecat oleh Tunku Abdul Rahman pada tahun 1969.



Hari ini tiada lagi tokoh yang mampu bermain Politics Boxing seperti beliau. Tun Razak dan kabinetnya berkali-kali dijadikan Punching Bag oleh Datuk Harun. Istilah “Kerajaan Dalam Kerajaan” memang begitu sinonim dengan beliau. Datuk Harun memang jenis cakap lantang, last-last bila Arwah Tun Hussien Onn dah tak boleh tahan; kasi bukak itu file dan charge kat Makhamah atas dakwaan rasuah dan pecah amanah. Betul tak betul itu belakang kira. Yang penting kasi tutup itu mulut 'lancang kuning' Si Harun. Masuk jel, tutup file, abis cerita.


Datuk Harun Idris juga satu nama besar bagi anak-anak muda melayu di Kuala Lumpur (Kampung Baru tentunya) bila pecah saja perang perkauman yang dikenali sebagai Tragedi 13 Mei! Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor pada waktu itu betul-betul disebelah jalanraya berhadapan dengan Kampung Baru Kuala Lumpur; terus menjadi tumpuan bangsa melayu yang hati sedang terbakar dan menuntut pembelaan. Mengikut cerita oleh 'Orang-Orang Lama Kampung Baru', hanya 2 tempat saja yang dijadikan oleh orang-orang melayu sebagai benteng pertahanan terakhir. Pertama Masjid Jamek Kg, Baru. Kedua, Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor. Mereka berkumpul disana. Hari yang gempar bersama peristiwa gempar. Beliau menjadi pembela kaum Melayu pada hari-hari berdarah tersebut. Itu cerita lama, tahun 1969. Kini bangsa Malaysia menghadapi situasi politik nasional yang sangat jauh berbeza. Politik Chauvenisme Perkauman seperti yang masih diamalkan oleh DAP (sekadar contoh) sudah ketinggalan zaman. Orang dah meluat...


Namun yang sedih dan sedikit terkilan, disaat-saat akhir hidupnya, beliau dilayan dengan sebelah mata, ibarat ‘Habis Madu Sepah Dibuang’, kerana ditakuti oleh pihak-pihak tertentu yang mempunyai kepentingan politik diatas kembalinya semula beliau kepada UMNO (BARU). Walaupun begitu 'Hubungan Istimewa' Datuk Harun dengan Pihak Istana Selangor terus berjalan seperti biasa dan menjadi semakin akrab.


"HARIMAU MATI MENINGGALKAN BELANG, MANUSIA MATI MENINGGALKAN NAMA DAN JASA BAIK..."


Al-Fatehah buat Datuk Harun Idris. Semoga Roh beliau dicucuri rahmat-NYA. Anak-anak muda hari ini kenal siapa dia Datuk Harun?


Hari ini Di Kuala Terengganu semasa orang lain sibuk membuang undi bagi melaksanakan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia, ada pulak dua tiga kerat mangkuk hayun yang tanpa segan silu bertumbuk nak tunjuk kuat. Sapa pulak yang masuk jel lepas ni? Mari kita lihat siapa yang kenaaaaa…



Ramai-ramai berani la korang,kalau kena sorang-sorang terkencing dalam seluar…cittt podaaah!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jadi..adakah tidak benar tuduhan rasuah ke atas beliau - Bank Kerjasama Rakyat sebanyak RM8 juta & RM250,000 dari Hong Kong and Shanghai Banking Corporation? Wallahu'alam. Ahli politik sebenarnya tidak perlu disanjung berlebihan..IMHO