Sabtu, Januari 17, 2009

SIAPA TUMBANG DI KUALA TERENGGANU?

Tukang buat Poster dan Bendera lah yang paling untung sebenarnya...Rakyat dapat apa?


Hari ini rakyat di Kuala Terengganu akan membuat keputusan siapa pilihan hati mereka. Sama ada mereka akan memilih UMNO, PAS atau pun CALON BEBAS keputusan akhir akan diketahui selewat-lewatnya malam ini. Pada Mac 2008, telah menyaksikan tahap keputusan yang drastik, dikala banyak kerusi dimenangi oleh Pakatan Rakyat, namun rakyat KT tetap memilih BN yang diwakili oleh Allahyarham Datuk Razali Ismail dengan 628 majoriti undi.. Apakah PAS akan berjaya merampas kerusi KT?


Ramai yang mengatakan peluang masing-masing 50-50. Sebelum itu semua Ahli Parlimen kawasan itu cuma bertahan sepenggal.Pada pilihanraya 1990 Datuk Manan Othman dari Parti Semangat 46 menang.Kemudiannya pada pilihanraya 1995 beliau tewas pada Allahyarham Datuk Bakar Daud dari BN.

Pada tahun 1999 calon PAS Dr Syed Azman menang dan pada tahun 2004 beliau tewas ditangan Razali.
cuma Razali sahaja yang mampu bertahan dua penggal iaitu pilihanraya 2004 dan 2008. Kemanakah undi 8,735 orang Cina akan dihalakan? Besar kemungkinan BN yang akan menikmatinya.Kedua-dua parti sibuk berkempen main Wayang Cina. Baca lain...


Datuk Wan Farid Wan Salleh (BN) & Mohd Abdul Wahid Endut (PAS) mempunyai peluang yang seimbang. Masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri; walaupun semenjak sehari dua ini calon BN menjadi lebih Glamour. Ini disebabkan foto beliau bersama seorang gadis genit sedang baik punya berkaraoke telah diedarkan secara berleluasa. Apakah ini satu bentuk stratergi yang bijak oleh pihak Pakatan Rakyat? Tunggu dan lihat.

Sementara calon BEBAS, Azharudin Mamat @ Adam lebih kepada “Kacau Daun”. Walaupun begitu tidak mustahil calon BEBAS akan membuat satu kejutan.


Malam ini siapa yang akan Tergezuuttt (terkejut)? Anda pilih…

Tiada ulasan: