Rabu, Februari 18, 2009

MUKADDIMAH BUKU “MENGENAL DIRI DAN WALI ALLAH” Tulisan TUAN GURU SYEIKH MUSTAPHA MOHAMED AL-JIASI (AL-AHMADI) - Siri 1

PENGUMUMAN TERKINI :

OLEH KERANA TERDAPAT BEBERAPA PERMINTAAN, MAKA BUKU INI DIJUAL SECARA ONLINE DI BLOG INI.

KEPADA YANG INGIN MEMBUAT PESANAN PEMBELIAN SILA TINGGALKAN NAMA, NO TELEFON & E-MAIL DI RUANGAN KOMEN. (JANGAN BIMBANG SEGALA MAKLUMAT TIDAK DIDEDAHKAN DAN TIADA SEBARANG UNSUR PENIPUAN). TQ. Wassalam.

HARGA : RM8.50 (TIDAK TERMASUK KOS PENGHANTARAN)
STOK TERHAD~!!!




MUKADDIMAH BUKU “MENGENAL DIRI DAN WALI ALLAH” Tulisan TUAN GURU SYEIKH MUSTAPHA MOHAMED AL-JIASI (AL-AHMADI)

Bismillahirahmaanirrahiiim...


Dengan nama Mu, segala puji ku hadap pada Mu, puji mana tak dapat ku hinggakan dengan pengucapan lidahku, keluhan jiwaku, surung tarik nafasku. Dan dengan kehairananku; wahh... kehairananku... sesungguhnya Engkau... Engkaulah Allah!
Selawat dan salamku ucapkan untuk Rasul Mu, nur segala cahaya nur, ain kecintaan Mu, dan untuk keluarga dan sahabat-sahabat Rasul Mu, bintang-bintang penyebar cahaya agama Mu; wahh... sesungguhnya Engkau... Engkaulah Allah pujaanku!

Amma ba’da!


Allah telah berfirman dalam Qur’an:
Ertinya:
“Orang-orang yang bermujahadah (berjuang melawan godaan hawa nafsu) pada jalan Kami nescaya Kami tunjukkan mereka jalan Kami”.

Rasulullah saw. telah bersabda dalam Bukhari dan Muslim, getusan hadis-hadisnya berbunyi:
Ertinya:
“Telah bertanya Jibril kepada Nabi, khabar oleh mu kepada ku berkenaan ihsan, berkata Nabi, ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihat NYA. Jika engkau tidak melihat NYA maka ia (Allah) melihat engkau”.


Sesungguhnya dari kenyataan Qur’an dan Hadis diatas maka tidak boleh lagi sesiapa membohongi tasauf kerana tasauf tidak akan wujud didunia kalau kalimah “al-ihsan dan mujahadah” tidak terjelas dalam kamus perbendaharaan Islam. Tetapi persoalannya bagaimanakah engkau dapat menguasai erti ihsan dan mujahadah dengan sebenar-benarnya dalam Qalbu engkau kalau tidak pernah engkau mengalami tasauf. Hanya orang sufi, wali, nabi dan rasul-rasul sajalah yang menguasai ihsan dan mujahadah dengan sebenar-benarnya. Selain daripada mereka itu adalah barangkali berbuat kosong sahaja.


Saya namakan buku ini dengan “MENGENAL DIRI DAN WALI ALLAH” dan memang tepat penamaan ini kerana segala masalah isi yang dikemukakan secara sepintas lalu didalamnya memanglah padan dan sesuai dengan penamaan buku ini.


Agaknya tidaklah keterlaluan jika saya menyatakan perasaan kesal disini iaitu bahawa buku ini sebenarnya tidaklah tertulis kalau tidak kerana terkejut dari tidur mendengar jeritan sesetangah intelek kita yang sampai hati mengatakan “Pelajaran tasauf bukan dari ajaran islam” bahkan lebih berani lagi ia mengatakan “Hanya khurafat jua” (Fikiran ceroboh terhadap kesucian tasauf agak seperti ini pernah disiarkan pada satu ketika dalam Televisyen Malaysia@ RTM).


Masyaa Allah!... Astaghfirullaahal Azim!...


Alangkah malunya setiap perseorangan dari umat Islam mendengar cabaran sedemikian rupa keluar dari intelek Muslim kita sendiri. Alangkah jahilnya umat Islam zaman sekarang terhadap pelajaran-pelajaran ilmu Islamnya sendiri. Alangkah pendidikan Islam mencuaikan ilmu pelajarannya sendiri. Alangkah gelapnya ilmu tasauf menghadapi masa depannya sendiri. Alangkah gigirnya gelak ketawa kaum kuffar terhadap intelek Muslim yang terpinar mata dalam ilmunya sendiri.


Bersambung...

10 ulasan:

Adel berkata...

Alhamdullilah moga tradisi tasauf di nusantara bertahan dan berkembang biak..Insyallah

Tanpa Nama berkata...

As-salam

Ble bg tau mana dpt buku nie...sy minat nk bc gak.

Tanpa Nama berkata...

buku ni bleh ddapati di jaafar rawas,kota bharu,kelantan..semoga berjaya dunia akhirat,,ameen..

Pert Doherty berkata...

lagenda nih.. aku tgk tarikh pembelian kt buku ni kt umah 23/12/1976...

smpi skg x hbs2 bce.. dlm erti kata nak memahamkan...

Unknown berkata...

alhamdulillah..kita bersama2 duduk dijalan mengenal allah...ini lah 'pakaian utk para rasul,nabi2,wali dan para ambia'.jadi jgn kita kotorkan pakaian ini....aku mengenal tuhan ku..dgn tuhan ku.dan saya percaya awal agama itu..mengenal allah adalah jalan terbaik utk menuju ke nafsu 'muhtmain'nah' yakni jiwa yg tenang.

Tanpa Nama berkata...

to pert doherty :-

boleh sya pnjm buku saudara..?
lme sya cari buku ini tp x jmpa2..
sya sgt2 mencari buku ini..
klu saudara tau tmpt mne leh sya dpt kn buku ini tlg bg tau sya k..

kpd sape2 yg tau dimana leh dptkn buku ini tlg bg tau kpd sya..sya sgt2 mencari buku ini..tq..
ni emel sya ombakjht@yahoo.com..

Unknown berkata...

'Tidak akan bergerak kamu sezarah pun tanpa Allah'..Muhammad itu batin ku..Adam itu zahir ku.

adyizwan berkata...

assalamualaikum wbt,

boleh hubungi saya cara pembayaran : adyizwan@gmail.com

mas caridiri berkata...

Aslmualaikum saya nak oder buku ni bagaimana ya

the indie story berkata...

KEPADA SESIAPA YANG INGIN MEMBUAT PESANAN PEMBELIAN BUKU 'MENGENAL DIRI DAN WALI ALLAH' SILA TINGGALKAN E-MAIL TERKINI.

Wassalam