Isnin, Ogos 24, 2009

KISAH ORANG MELAYU DULU-KALA BERPUASA (NOSTALGIA ROMANTIS RAMADHAN AL MUBARAK!)

Kalau malam-malam time bulan puasa lepak tepi tingkat ni...mesti layaaannn...confirm! Kena pulak kopi satu teko, karipap sejuk lebih berbuka tadi dan yang paling tak lupa Rokok Kretek Sekotak! Perrghhh dia punyer nikmat...hanya Tuhan saja yang mengerti... heh!

Catatan Moderator : Orang zaman sekarang dah tak merasa lagi untuk mengecapi nikmat bila masuk bulan Ramadan stail tradisional. Zaman sekarang orang lebih suka berbuka puasa di Hotel-Hotel 4-5 bintang jula juli... Ooh alangkah indahnya orang zaman dulu menikmati bulan puasa... Tulisan kat bawah ini seolah-olah macam satu Mitos. Budak-budak muda zaman sekarang ramai yang dah tercabut daripada Akar Umbi... Hmm...entah lah...

Saturday, August 22, 2009
Nostalgia Bulan Puasa Di Desa
A Kadir Jasin


SAMBIL menanti waktu berbuka puasa, teringat saya kepada bulan puasa ketika kanak-kanak dulu.Bagi pembaca dan pembahas yang segenerasi dengan saya atau yang 10 hingga 15 tahun lebih muda dan berasal dari kampung tentu masih ingat keistimewaan bulan puasa.Mula-mula sekali debaran menunggu pengumuman puasa. Waktu itu kalau tengok anak bulan, memang tengok betul-betul. Kalau tak nampak anak bulan Ramadan, tak mula puasa.Di pedalaman Kedah bukan mudah hendak dapat berita fasal tidak ramai orang ada radio. Salah satu kaedah menghebahkan puasa dan waktu puasa adalah dengan tembakan meriam di Alor Star.Kerana waktu itu belum banyak kenderaan dan tidak hingar bingar macam sekarang, bunyi letupan meriam di Alor Star boleh didengar berpuluh kilometer jauhnya, apatah lagi kalau waktu air pasang besar.Ada kalanya lain kampung lain hari permulaan puasa dan hari raya akibat tidak dapat berita atau kerana “fatwa” tok guru tempatan. Ada yang ditangkap Jabatan Agama Islam kerana tidak ikut arahan mula berpuasa dan beraya.Waktu petang saya dan kawan-kawan seusia berbasikal berkilometer jauhnya untuk membeli air batu ketul yang paling murah. Kami berebut memilih ketul paling besar. Supaya lambat cair, ketul ais itu diseliputi habuk kayu atau sekam dan dibungkus dengan kertas surat khabar. Untuk lebih tahan, kami membalutnya pula dengan guni.Waktu berbuka paling nikmat. Minum air serbat dan makan nasi serta kuih muih sampai perut menggelembung macam belon dan jatuh terlentang.Lepas itu kalau ada tenaga atau disuruh ibu bapa, kami berbasikal ke masjid untuk solat isyak, tewarikh dan makan moreh.Kalau hari cuti atau ketika cuti sekolah dan dibenarkan ibu bapa kita tinggal di masjid untuk pukul gendang raya bila sampai waktu bangun bersahur.Apabila bulan puasa jatuh ketika musim menuai, maka ramailah petani yang membanting padi pada waktu malam di bawah cahaya bulan atau lampu “goslin” (gasoline) kerana siang terlalu panas dan kehausan berpuasa.Lagipun berbuka puasa sangat meriah kerana adik berdik ramai. Bersama ayah dan emak, bilangan kami menjadi 10. Makan mesti berebut kalau ayah dan emak tak nampak. Masing-masing takut tak cukup.Demikian nostalgia. Untuk semua Muslimin dan Muslimat selamat berbuka.

Tiada ulasan: