Rasulullah saw. dalam meriwayatkan Hadis Qudsi menyatakan bahawa Allah swt. berfirman:
“Semua amal perbuatan Anak Adam adalah untuk dirinya sendiri, kecuali berpuasa. Sesungguhnya puasa itu untuk KU, dan kerana itu AKU lah yang akan membalasnya. Puasa itu ibarat perisai. Pada hari seseorang itu berpuasa, janganlah ia mengucapkan perkataan-perkataan kotor, tidak sopan dan tidak enak didengar dan jangan bertengkar. Jika ada seseorang yang memaki atau berkelahi dengannya, hendaklah ia mengatakan kepadanya: “Saya sedang berpuasa”. Selanjutnya Nabi saw. bersabda: “Demi Allah yang diriku didalam kekuasaan-NYA, sesungguhnya bau busuk mulut orang yang berpuasa lebih wangi di sisi Allah dari bau kasturi.” Dan bagi orang yang berpuasa dua kegembiraan, gembira ketika berbuka puasa kerana berbuka dan gembira ketika menemui Tuhannya kerana menerima pahala puasanya.”
(Hadis Qudsi riwayat Syaikhan, Nasa’i dan Ibnu Hibban dari Abu Hurairah)
*Dipetik dari buku Hadis Qudsi – K.H.M. Ali Usman, Dr. H.M.D. Dahlan, H.A.A. Dahlan. Hal. 233, No.27. Penerbit Victory Agency, Kuala Lumpur.
1 ulasan:
amiin ya Rasul Muhammad!!
Catat Ulasan