Memaparkan catatan dengan label hadis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hadis. Papar semua catatan

Khamis, September 03, 2009

HADIS RAMADHAN : TERJAUH DARI NERAKA 70,000 MUSIM

1120.
Dari Abu Sa'id Al Khudri ra., katanya Rasulullah saw. bersabda : "Setiap orang yang puasa satu hari kerana Allah, maka Allah akan menjauhkannya dari neraka sejauh 70,000 musim.




(Hadis terjemahan Sohih Imam Muslim, Jilid 2, hal. 264)

Jumaat, Ogos 28, 2009

HADIS HARAM BERSETUBUH DI SIANG HARI BULAN RAMADAN


1080.

Dari Abu Hurairah ra., katanya ada seorang laki-laki datang kepada Nabi saw., lalu dia berkata : " Celakalah aku, ya Rasulullah!" Jawab Nabi saw.,"Apa sebabnya engkau celaka?" Jawab orang itu, "Aku menyetubuhi isteri ku (siang hari) dibulan Ramadhan." Tanya Nabi saw.,"Sanggupkah engakau mermedekakan seorang budak?" Jawabnya, "Tidak!" Tanya Nabi saw.,"Sanggupkah engkau berpuasa 2 bulan berturut-turut?" Jawabnya, "Tidak!" Tanyanya, "Sanggupkah engkau memberi makan 60 orang miskin?" Jawabnya, "Tidak!"


Kata Abu Hurairah ra., "Kemudian, sementara orang itu duduk, dibawa orang kepada Nabi saw. sebuah keranjang berisi kurma. Sabda Nabi saw. kepada orang itu, "Bersedekahlah kamu dengan ini!" Jawab orang itu, "Tentu kepada orang yang LEBIH MISKIN daripada kami. Agaknya tiada penduduk disekitar sini yang lebih memerlukannya daripada kami."


Mendengar ucapannya itu Nabi saw. tertawa sehingga kelihatan taring beliau. Kemudian Nabi saw. bersabda kepada orang itu. "Bawalah pulang, beri makanlah keluarga mu dengannya."


(Hadis Sohih Imam Muslim terjemahan Ma'mur Daud, Jilid 2, hal. 246)

Sabtu, Ogos 22, 2009

HADIS PUASA RAMADHAN


1118. Dari Abu Huriarah ra. katanya Rasulullah saw. bersabda:

"Setiap amal anak adam dilipat gandakan pahalanya. Satu macam kebaikan diberi pahala sepuluh sampai tujuh ratus kali. Allah 'Azza wa Jalla berfirman: "Selain puasa; kerana puasa itu untuk KU. Aku akan memberi pahala bagi orang yang puasa, kerana dia meninggalkan nafsu syahwat dan nafsu makannya kerana KU. Dan bagi orang yang puasa ada 2 macam kegembiraan:
pertama ketika dia berbuka dan kedua ketika dia bertemu dengan Tuhannya. Sesungguhnya bau mulut orang puasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi."
(Terjemahan Hadis Sohih Muslim oleh Ma'mur Daud, Jilid 2, Halaman 263.)

Sabtu, Januari 17, 2009

HADIS TENTANG PEMIMPIN YANG MENIPU RAKYAT

1211.

Diriwayatkan dari Al-Hasan: ' Ubaidillah bin Ziyad pernah menjenguk Ma'qil bin Yasar Al-Muzanni pada waktu sakit menjelang wafatnya. Lalu Ma'qil berkata, "Aku akan menceritakan sebuah hadis yang aku dengar dari Rasulullah saw. Kalau aku tahu bahawa aku masih akan hidup, tentu aku tidak mau menceritakannya kepada mu. Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Seseorang yang diberi amanat oleh Allah untuk memimpin rakyat, lalu mati ketika sedang MENIPU rakyatnya, maka Allah mengharamkan baginya syurga."

(6:9 Shahih Muslim)

Khamis, September 04, 2008

BENARKAH BAU BUSUK MULUT ORANG BERPUASA LEBIH WANGI DARI BAU KASTURI?


Rasulullah saw. dalam meriwayatkan Hadis Qudsi menyatakan bahawa Allah swt. berfirman:

“Semua amal perbuatan Anak Adam adalah untuk dirinya sendiri, kecuali berpuasa. Sesungguhnya puasa itu untuk KU, dan kerana itu AKU lah yang akan membalasnya. Puasa itu ibarat perisai. Pada hari seseorang itu berpuasa, janganlah ia mengucapkan perkataan-perkataan kotor, tidak sopan dan tidak enak didengar dan jangan bertengkar. Jika ada seseorang yang memaki atau berkelahi dengannya, hendaklah ia mengatakan kepadanya: “Saya sedang berpuasa”. Selanjutnya Nabi saw. bersabda: “Demi Allah yang diriku didalam kekuasaan-NYA, sesungguhnya bau busuk mulut orang yang berpuasa lebih wangi di sisi Allah dari bau kasturi.” Dan bagi orang yang berpuasa dua kegembiraan, gembira ketika berbuka puasa kerana berbuka dan gembira ketika menemui Tuhannya kerana menerima pahala puasanya.”

(Hadis Qudsi riwayat Syaikhan, Nasa’i dan Ibnu Hibban dari Abu Hurairah)

*Dipetik dari buku Hadis Qudsi – K.H.M. Ali Usman, Dr. H.M.D. Dahlan, H.A.A. Dahlan. Hal. 233, No.27. Penerbit Victory Agency, Kuala Lumpur.

Selasa, September 02, 2008

Perbezaan Puasa Islam dengan Puasa Ahli Kitab

kurma 'Mariami' buat bersahur...

1060.
Dari 'Amru bin 'Ash r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda:
"Perbezaan puasa kita dengan puasa Ahli Kitab, ialah makan sahur."

(Terjemahan hadis shahih Muslim, Jilid 2, hal. 238)

Sabtu, Mei 10, 2008

BUNUH DIRI!

86. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda:

"Siapa yang bunuh diri dengan senjata tajam, maka senjata itu akan ditusuk-tusukkannya sendiri dengan tangannya ke perutnya di neraka untuk selama-lamanya; dan siapa yang bunuh diri dengan racun, maka dia akan meminumnya pula sedikit demi sedikit nanti di neraka, untuk selama-lamanya; dan siapa yang bunuh diri dengan mejatuhkan diri dari gunung, maka dia akan menjatuhkan dirinya pula nanti (berulang-ulang) ke neraka, untuk selama-lamanya."

(Terjemahan Hadis Riwayat Imam Bukhari. Jilid 1, m.s. 48)

Jadi janganlah senang-senang nak pi bunuh diri, kononnya atas alasan sedih dan kecewa. Buatlah kerja lain yang lebih berfaedah. Kembalilah kejalan Allah. Jangan jadi manusia yang kalah; hilang pedoman...hilang arah. Nasihat ini buat semua...lebih-lebih lagi buat diri aku sendiri. tQ