Ada BOM! Ada BOM!... nasib baik dia tak jerit itu macam. Ini orang ada masalah mental, kasi terminate jer laa... merbahaya kpd para penumpang yg lain. Baik cegah sebelum apa-apa terjadi...
Dah laa... orang makin sibuk nak balik rayos... naik BELON... dia ni plak wat hal... macam-macam hal. macam-macam gila.
Kira betul-betul nasib baik, itu aeroplane belum meluncur laju ke angkasa... kalau TAK... tak tahu nak cakap laaah kan...
adakah orang ini yang terjun drp filght air asia? choclate man... u jump...i jump...
AIR ASIA PATUT UBAH MOTTO DRP 'NOW ANYONE CAN FLY' KEPADA 'NOW ANYONE CAN JUMP!'
APAKAH PUNCANYA BERGADUH DGN GIRLFREN... SEBELUM ACAH-ACAH NAK TERJUN BUNUH DIRI... biasalah nak mintak kena pujuk...
ATAU INI ORANG SUDA TERKENA JANGKITAN 'SKKS'... SINDROM KURENG KASEH SAYANG....
Jerit mahu pulang sebelum terjun
MIRI - Beratus-ratus penumpang sebuah pesawat AirAsia Berhad (AirAsia) menghadapi saat cemas apabila seorang penumpang bertindak membuka pintu kecemasan lalu terjun ketika pesawat itu dalam kedudukan sedia untuk berlepas di Lapangan Terbang Miri di sini malam kelmarin.
Lebih mengejutkan, siasatan mendapati penumpang berkenaan yang dikenali sebagai Chong, 24, dipercayai staf syarikat penerbangan tambang murah itu sendiri.
Pada hari berkenaan, dia tidak bekerja tetapi menaiki pesawat AK587 itu bersama teman wanitanya untuk menuju ke Kuala Lumpur.
Kosmo! Ahad difahamkan, tindakan lelaki itu membuka pintu kecemasan yang terletak di bahagian tengah pesawat menyebabkan pesawat tersebut berhenti serta-merta.
Keadaan itu mencetuskan situasi panik dalam kalangan penumpang.
Sementara itu, seorang penumpang yang menaiki penerbangan sama berkata, sebaik pesawat tersebut hendak berlepas, lelaki itu menjerit 'saya mahu pulang' sebelum dia meninggalkan kerusinya dan membuka pintu kecemasan.
"Ketika pesawat itu sedang bergerak perlahan untuk berlepas, tiba-tiba lelaki tersebut buka pintu kecemasan di sebelah kanan pesawat dan terjun sekali gus menyebabkan pesawat berhenti mengejut.
"Penumpang lain mula menjerit dan panik. Punca dia bertindak demikian masih kurang jelas," kata saksi itu.
Pengarah Operasi Penerbangan AirAsia, Kapten Datuk Fareh Ishraf Mazputra (gambar kecil) berkata, penumpang yang terjun itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.
Lelaki itu kemudian dibawa ke Hospital Miri untuk menerima rawatan.
Kejadian tersebut menyebabkan penerbangan tersebut tergendala dan penerbangan hanya dapat diteruskan pada pukul 11 malam.
Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Mun Kock Keong berkata, setakat ini polis masih mengumpul maklumat mengenai kejadian itu dan siasatan giat dijalankan berhubung kejadian tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan