Selasa, Ogos 07, 2012

"SAYA SOKONG ISLAM!" ARTIS FARAH ASHIKIN

"SAYA SOKONG ISLAM. TAPI SAYA TAK AKAN MASUK PAS. AKAN TETAPI KEMUNGKINAN BESAR SAYA AKAN BAGI UNDI KAT PAS. TAPI KALAU PAS MENIPU SAYA AKAN UNDI UMNO BALIK" ini bukan kata Farah Ashikin, ini kata Mamat Bujal, kacang hantu yang suka lepak bawah tiang lampu...sambil kacau anak dara orang yang pergi sembahyang tarawih. Mamat bujal suka main gitar Kapok sambil lepak atas motosikal honda EX-5, dekat Kg. Baru Kolumpo. sap kok lu...bro.. kata samdol yg bernama bujal nih. Selain bermain gitar kapok bawah tiang lampu, hobinya adalah bergaduh. Dia melantik diri sebagai pailang ataupun samseng kg dusun. Ini kesah benar.  

Si bujal ni memang perangai macam musibat sikit... 

KAAAH KAAHHH KAAAAAHHH KAHHH KAHHHHHHHHHH BERDEKAH-DEKAAAHHH!!!


KATA-KATA ARTIS MANSI FARAH ASHIKIN ADA KAT BAWAH GAMBAR NIH... cek kit aot...


Saya sokong Islam - Farah Asyikin

GOMBAK: Sejak akhir-akhir ini kisah penghijrahan artis menjadi topik hangat di kalangan masyarakat. Hal ini kerana, hampir setiap bulan timbulnya kisah-kisah artis yang melakukan penghijrahan ini. Bagaimanapun, penghjirahan artis pada hari ini disalahertikan oleh sesetengah pihak apabila mula memberi persepsi, mereka cenderung ke arah parti politik.

Sehinggakan, soalan yang pertama diajukan kepada artis yang pernah merangkul anugerah Artis Wanita Baru Terbaik di Anugerah Planet Muzik 2008, Farah Asyikin (gambar), "sokong apa?" apabila melihat beliau sudah berhijab. 

Farah Asyikin yang mendapat hidayah di usia yang masih muda, 33, pantas menjawab "saya sokong Islam" apabila diajukan soalan sedemikian. 

"Cukuplah saya katakan saya sokong Islam, saya tolak 100 peratus yang tidak sokong Islam," katanya dalam wacana Hiburan Anak Muda di Seminar Prof Zulkifli Mohammad Membangun Negara Berkebajikan, KUIZM Taman Melewar semalam.

Farah yang pertama kali menyertai progam anjuran PAS pada hari itu begitu teruja dan tidak menolak akan memenuhi pogram-program seperti itu lagi selepas ini. 

Ketika ditanya, tidakkah Farah bimbang dengan penghijrahanya itu akan mengundang persepsi beliau pula menyokong PAS?

"Mereka yang nak 'join' parti, terpulang pada mereka, paling kurang parti yang baik. Itu kehendak mereka. Hak individu. Nak cakap lebih-lebih pun tak boleh, saya masih baru. Bagi saya, saya suka Islam,"ujarnya pula ketika ditemui di akhir program itu. 

Bagaimanapun, beliau dengan rasa rendah diri mengakui masih bertatih dan sedang memperkukuhkan penghijrahannya dengan menimba ilmu-ilmu keagamaan daripada beberapa ustaz terkenal termasuklah Azhar Idrus. 


Detik-detik penghijrahan


Menceritakan detik-detik bagaimana beliau memilih destinasi sebagaimana hari ini ianya memberi pengalaman dan pengajaran yang mungkin tidak akan dilupakan sampai bila-bila.

11 tahun keluar masuk dalam dunia hiburan bermula di awal usia 19 tahun Farah tidak pernah terfikir kesan baik buruk penglibatannya dalam dunia hiburan.

Rupa-rupanya, Farah baru menyedari apabila mula terlibat dalam dunia hiburan bukan banyak ke arah kebaikan sebaliknya ia banyak melalaikan dan 
menghanyutkan dirinya. 

"Walaupun, Farah mempunyai latar belakang keluarga yang kukuh ajaran Islam tetapi terabai juga," katanya.

Malah beliau pernah diboikot di kalangan rakan artis apabila beliau bersolat dan melambat-lambatkan 'make-up' ketika pertandingan Malaysian Idol musim ke-2. 

Tanggal 12.2.2012 satu tarikh yang masih tersemat di dalam jiwa Farah apabila beliau seperti diberi 'magic' dari Allah SWT.

"Waktu itu saya tengah memandu, di cemin depan saya nampak imbasan dan balasan-balasan dosa lampau yang cukup menginsafkan. Gambaran itu datang sepintas lalu.

"Saya mula mengigil dan menangis. Saya ingat saya nak mati, pada masa itu juga saya minta ampun daripada Allah supaya memberi peluang untuk saya betulkan iman dalam jiwa saya. Akhirnya saya nekad melakukan taubat nasuha," ujarnya dengan linangan air mata. 

Peristiwa itu tidak berhenti disitu, beliau diuji lagi dengan kebesaran dan kekuasaan Allah apabila ketika mula menadah tangan memohon keampunan hujan selebat-lebatnya turun, tetapi berhenti sebaik sahaja beliau mengaminkan doa.

"Saya menangis ketakutan ketika menunaikan solat sunat taubat. Takut dengan azab Allah dan diri sendiri yang hina, kerdil di sisi Allah. Betapa selama 33 tahun saya tidak menjalani kehidupan yang sebenar dituntut Islam," katanya. 

Sebelum kejadian itu, beliau sudah mendapat petanda dan membuatkan beliau tertanya-tanya apa akan terjadi padanya, adakah sudah sampai ajalnya. 

Farah turut melihat gambaran beliau berada di dalam api yang marak dan rambutnya dibakar di cermin, ketika beliau hendak menyarungkan 'skirt' pendek untuk menghadiri satu majlis.

Bagaimanapun, Farah bersyukur dan berterima kasih kepada Allah kerana diberi hidayah sewaktu usia muda. Kurniaan itu boleh umpama perkara ajaib yang membuatkan hidupnya begitu tenang.

"Saya juga tak menyesal korbankan apa saja milik saya di dunia kepada Maha Pencipta. Saya yakin bahawa pengorbanan yang tak seberapa itu pasti dibalas dengan rezeki berlipat kali ganda," katanya.

Kini, beliau bergelar guru perbahasan dan drama di Sekolah Sri Cempaka, Bukit Damansara Kuala Lumpur sejak 17 Mac lalu adalah satu tanggungjawab baru buat dirinya.

Penyanyi lagu 'Berpisah Untuk Setia' ini juga cukup teruja bercerita tentang keletah anak murid yang semakin manja dengannya setelah mengetahui dia adalah penyanyi tempatan.



Tiada ulasan: