LAIN KALI KALAU DAH TAU DIRI TU BODO JGN BAGITAU ORANG LAIN. DUDUK DIAM-DIAM SUDA...
TAPI MASALAHNYA DIA TATAU DIRI DIA BODO... TU MASALAHNYA...
MULUT CELUPAR...EH BUKAN...JARI CELUPAR TAIP STATUS KAT FACEBOOK...LAST-LAST GENG PARTI DAP DAN PAKATAN RAKYAT PUN TAMO BACK-UP...
SANDRI MAKAN TELO PENYU...SANDRI TANGGUNG MALU!
LEE CHONG WEI TELAH BERJUANG UNTUK MALAYSIA. MANOHARAN BERJUANG UNTUK SAPER?
Manoharan mohon maaf kepada Chong Wei
KUALA LUMPUR - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M. Manoharan akhirnya memohon maaf kepada Datuk Lee Chong Wei dan keluarganya atas kata-kata menyinggung perasaan menerusi Twitter, mempersenda pencapaian pingat perak Olimpik pemain badminton negara itu yang mencetuskan kemarahan orang ramai.
"Saya amat menyesal dengan komen-komen yang saya buat dan memohon maaf dengan tulus ikhlas kepada Datuk Lee Chong Wei dan keluarganya.
"Saya benar-benar berharap permohonan maaf saya diterima," katanya dalam akaun Twitter @mmanoADUN. Mesej Twitter ADUN DAP itu mengenai perlawanan akhir badminton perseorangan di Olimpik London, Ahad lepas, menerima kritikan hebat orang ramai tanpa mengira sempadan politik dengan menyifatkan beliau sebagai biadap dan bersikap perkauman.
Antara lain Manoharan dipetik sebagai berkata: Lin Dan menang. Dia bermain lebih baik daripada Lee Chong AWAY dan menyarankan kepada (Datuk Seri) Najib (Tun Razak), apa pun ganjaran kewangan yang dijanjikan untuk Chong Wei, baiklah diberikan kepada Lin Dan.
Sementara itu, Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, mesej Twitter Manoharan itu tidak dapat dimaafkan dan tidak sepatutnya dilakukan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan