Sabtu, September 11, 2010
SEEKOR KELDAI BERNAMA TERRY JONES NAK BAKAR WAHYU ALLAH...
atas dunia boleh lah si mat saleh keparat ni nak main-main bakar ikut suka otak mangkuk hayun dia. kepada umat islam sedunia kita jangan termakan dengan provokasi murahan seperti ini. umat islam harus menggunakan stratergi bijak untuk melawan anasir-anasir perkauman ala-ala otak keldai Padri terry Jones. sila baca lagi...
Selasa, Februari 10, 2009
bercuti untuk menenangkan otak...
kat Perak tu, korang nak gaduh ke...nak mengamuk ke... korang punya pasal laa...
taknak ambik tau. taknak campur. tak ambik pot.
so...aku gerak dulu... ciaaawww.
Assalamualaikum.
Selasa, Januari 27, 2009
FOTO HARIMAU MENGENDAP DI CELAH SEMAK / "HIKAYAT PERTEMUAN HANG TUAH & RAJA HARIMAU BELANG..." DITULIS OLEH MODERATOR INDIE...

Kalau malam-malam, ada terdengar rumput dan daun kering kena pijak alamatnya ada Raja Rimba datang berziarah. Jangan pula lekas-lekas ambil Senapang Patah, tapi sambutlah dengan ramah tamah. Zikrullah kasi penuh didada... Bukan senang Orang Besar nak datang berziarah. Kalau ada daging kotak yang beku dalam peti ais tu, lekas-lekaslah dibawa keluar. Jamu lah apa yang ada. Jangan dihalau...
Pak Belang datang cara beradat, kita sambut cara beradab... Dulu-dulu orang tua memang bersahabat baik dengan Raja Harimau. Sebab itu orang melayu mewarisi Silat Rimau. Pusaka turun temurun...
Hari ini, Pak Belang dah semakin benci dengan manusia; sebab orang sekarang dah tiada adab. Bila bangsa Melayu dah tak pedulik dengan Adat, Maka hilanglah adab. Melayu hari ini lebih jahat dan ganas daripada Harimau; tapi dalam hati sebenarnya penakut macam tikus. Penakut Ya Rabbi...Berani merempit dan tunjuk belang bila kawan-kawan ramai; tapi penakut nak mampos kalau sorang-sorang. Mati kutu! Kalau betul-betul nak tunjuk hebat, jom pergi berjihad lawan ISRAEL kat Palestine. Jangan bila ramai kaum baru nak tunjuk hero! Itu poyo namanya. Mungkin terlebih sengal...
Pendekar Melayu dahulukala datang beradab dan sangat bersopan satun. Cakap pun cara 'soft spoken'; tapi bila ajak berjihad lawan Belanda Mabuk dan Portugese...Keris Pusaka Lok 9 sudah sampai dulu... Kalau berentap dalam gelanggang suara tak keluar langsung; tahu-tahu lawan sudah jatuh tersembam cium tanah. Makan pasir...kutip gigi. Dan itulah kehandalan Orang-Orang Tua Melayu dahulukala. Cakap kurang, 'action' lebih... Akhlak lembut dan cakap bersopan tapi dalam diri penuh ilmu pendekar. Berjiwa besar!
Budak-budak sekarang cakap pun dah tak macam manusia. Dengan maki hamunnya dengan terjerit-jeritnya; tapi sayang...dalam dada KOSONG. Zero '0'. Pochek yellek. Akhlak hancusss lebusss. Tiada perasaan hormat dan perasaan merendah diri depan orang-orang yang lebih tua. Bercakap sesama sendiri pun kasar semacam. Cakap jer mencarut. Asal bercakap jer...mencarut. Habis semua maki hamun keluar. Kalau berzikir ada jugak faedah. Ini mencarut...hang dapat apa? Dapat pahala? Silap-silap itu segala maki hamun semua kena balik badan sendiri. Sebab tu hidup tak tenang, sentiasa rasa susah. Kalau masih tak insaf maka melaratlah sampai ke tua... Nau'zubillah min zalik!
Sikit-sikit gaduh....sikit-sikit berentap...macamlah kuat sangat. Gaduh pandaaaai laaaa! Itu sebab banyak 'back-up'. Cuba sorang-sorang??? Termasuk teloQ....terus hilang kasi makan kambing. Adat pun hilang. Adab pun ghaib. Akhlak macam kafir! Bila depan publik suka nak tarik perhatian dengan tunjuk perangai macam musibat lahanat. Rasa megah jek bila buat benda-benda jahat. Cisss...Sungguh memalukan! Inikah anak-anak muda Melayu zaman millineum? Kena pulak orang lain diam tak berani tegur, Wah ! makin menjadi lah ini perangai mat-mat rempit...Bawak motor macam monyet...membahayakan orang lain. Kalau nak mati...pi laa mati sorang-sorang jangan melibatkan orang lain yang tak bersalah...
ARAKIAN, MAKA HIKAYAT PUN BERMULA...
Tatkala Panglima Hang Tuah dan Raja Belang bertemu di Puncak Gunung Ledang maka sempatlah Laksamana Hang Tuah menyampaikan sedikit pesan kepada Raja Belang dengan berkata " Hamba harap, Tuanku Belang janganlah memakan dan merobek-robek daging bangsa patik sehingga pupus tiada berketurunan. Bagilah muka kepada mereka. Sesungguh kebanyakkan daripada bangsa patik itu tersangat-sangatlah jahil walaupun dilimpahi harta kekayaan bahkan sampai ratusan tahun lagi. Mereka itu sombong tak bertempat...namun kasihanilah mereka wahai Tuanku Belang!" Laksamana Hang Tuah bercakap dengan penuh sopan santun.
Lalu Laksamana Hang Tuah menyambung bicara...teratur dan penuh hikmah...
"Bangsa patik itu Islam agamanya. Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu. Tiada satu apa pun yang boleh mengubahnya dengan izin Allahuwata'alla...Kami berbeza dengan arab jahiliiyah...dan yahudi laknatullah. Kami ini satu bangsa yang cepat kasihan dengan orang lain. Sesunguhnya hati kami lembut. Walaupun terdapat segelintir diantara kami yang mempunyai perasaan hasad dengki yang teruk. Janganlah sesekali Tuanku Belang lupa, kalau Bani Israel mempunyai Rasul-Rasul yang dibunuhnya secara zalim oleh tangan-tangan keji mereka dan Kaum Arab Jahilliyah itu menikmati kelahiran KHATAMUL ANBIYA' maka dinegeri Kami ini pula tiada terkurang jua hadiah daripada Tuhan... Di TANAH MELAYU dan NUSANTARA inilah paling banyak Wali-Wali Allah diturunkan...Sesungguhnya begitulah seadanya dengan Augerah ALLAH azza wa jalla...."
Lalu dicabutnya KERIS TAMINGSARI, lalu dikucupnya sambil melafazkan solawat Nabi saw. dan Ahlul Bait berserta kalimah Tauhid "Laa ila ha illa laaah..."
Laksamana Hang Tuah merenung Raja Harimau Belang, lalu memberi ucapan perpisahan terakhir...
"Tuanku Belang yang dirahmati Allah swt. Rasanya inilah pertemuan kita yang terakhir sebagai sahabat dunia akhirati. Masa untuk hamba 'Beruzlah' telah tiba... Janganlah Tuanku bersama bala tentera Tuanku yang gagah perkasa memakan dan menghancurkan bangsa Melayu. Ampunilah kesalahan mereka kepada Bangsa Harimau. Maafkan keterlanjuran sikap mereka diatas kejahilan diri mereka sendiri. Jangan dibenamkan kuku harimau kedada-dada mereka hendaknya. Kerna bisa kuku harimau itu tidak tertahan oleh mereka kelak..."
Seraya itu dijawab oleh Raja Harimau Belang, " Wahai sahabatku dunia akhirat...Panglima Hang Tuah yang banyak berjasa. Sungguh berat hati ku ini untuk kehilangan MELAYU seperti tuan hamba...Air mata ini hampir tumpah. Dengan berkat Baginda Rasulullah saw, dan Ahlul Bait yakni menantunya Imam ALI Karamallahuwaja, Puterinya Fathimah Az Zahra, juga kedua-dua putera kesayangannya Imam Hasan dan Imam Hussien maka Beta akan cuba sedaya upaya memberi keampunan kepada cucu cicit mu itu. Oleh itu demi untuk mengelakkan permusuhan dan pertumpahan darah dikalangan sesama bangsa kita, maka dengan ini Beta bersama bala tentera harimau belang yang gagah perkasa akan masuk kedalam hutan belantara Tanah Melayu dan Nusantara ini... Kami tidak sesekali mengacau dan membenamkan kuku kami keleher-leher anak cucu bangsa kamu dengan syarat bangsa mu juga jangan sesekali membunuh dan menumpahkan darah bangsa Harimau Belang. Jangan sesekali Melayu itu menzalimi Harimau Belang sehingga Hari Kiamat menjelang...Kelak jika Sumpah Pusaka ini langgar...kami tidak akan memberi muka lagi..."
Dengan renungan matahati Bashirah dan sedalam - dalam tenungan Makrifat...Raja Belang menyambung "HARIMAU MATI MENINGGALKAN BELANG...MANUSIA MATI MENINGGALKAN NAMA... Ingat baik-baik pesanan beta ini wahai Melayu!" seraya mengaum dengan gagah perkasa.
Lalu Raja Harimau Belang mengangkat kepala sambil khayal merenung bulan mengambang untuk beberapa ketika. Sayu rasanya. Matanya basah bergenangan. Akhirnya selepas beberapa detik berlalu, Raja Harimau Belang memusingkan badan kentalnya perlahan-lahan, sambil mengibas-ngibaskan ekornya yang berbulu tebal lalu menuju kekaki Gunung Ledang sambil diikuti beribu-beribu Tentera Harimau Belang Yang Gagah Perkasa lantas masuk kedalam hutan belantara gelap...Sedikit demi sedikit hilang bersama ngauman kuat yang mengecutkan hati manusia...
Serentak itu juga Laksamana Hang Tuah mencampakkan Keris Pusaka Taming Sari kedalam sebatang sungai sambil menyeru keseluruh alam semesta memohon keampunan Allah swt...seraya berkata,
"TAK AKAN MELAYU HILANG DI DUNIA...iNSYA'ALLAH..... ALLAHUKABAR...ALLAHUAKBAR...ALLAHUAKBAAAR!"
Dan Tok Guru Laksamana Sheikh Hang Tuah As Sufi pun ghaiblah sedikit demi sedikit......
Begitulah kisahnya...Amin.
Jumaat, Januari 09, 2009
SENARAI "KEMPEN BOIKOT BARANGAN ZIONIST AMERIKA ISRAEL"
TAK DAPAT BOIKOT SEMUA, BOIKOT SATU PUN DAH KIRA OK. JANJI BOIKOT, DARIPADA TAK BUAT LANGSUNG!"BIAR TERLAMBAT ASALKAN BUAT. BUAT MANA YANG SEMPAT DAN MANA YANG DAPAT".
"Umat Islam tak mati pun kalau tak dapat minum coca-cola" - Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Aku rasa situasi sekarang sudah terbalik...kalau kita minum coca-cola lah makin ramai umat islam yang mati...Ini masa Palestine...masa kita belum tau lagi...Nau'zubillah min zalik.
Baik bertindak sekarang...sebelum betul-betul punya terlambat!
Sabtu, Oktober 25, 2008
Sajak ' PADAN MUKA MELAYU ! '
apakah nasib Melayu nanti?
pagi petang siang malam
melayani hedonisme
mudah meniru-niru.
Jepun meniru kereta
Korea meniru skuter
Iran meniru tenaga nuclear
Melayu hanya meniru gaya pakaian dan rambut macam-macam ‘kaler’.
meniru-niru kejahilan
menuju kekalahan
kebinasaan...
budak-budak Melayu hanya pandai merempit dan ‘isap pit’
sedangkan anak bangsa lain pandu BMW 3 siri dan Honda Civic terbaru.
Remaja Melayu bangga pakai jeans lusuh Levi’s 501 dan kasut but Timberland bundle. sedangkan anak bangsa Malaysia yang lain tak kisah soal jenama pakaian. mereka lebih teruja dengan PC Fair dan teknologi.
Melayu hanya pandai habiskan ribuan ringgit untuk make-up dan modifikasi kereta proton. sedangkan anak bangsa Malaysia hanya pandai buka kedai ekssesori kereta.
Melayu hanya pandai pandu laju-laju dan berlagak di lebuhraya. sedangkan anak bangsa Malaysia hanya pandai pandu laju-laju pick-up truck ketempat eksiden untuk diangkut kebengkel ketuk 'welding'. (kasi tekan cukup-cukup dalam bil).
Melayu hanya teruja bergaya dengan handphone Nokia termahal. sedangkan anak bangsa Malaysia yang lain sibuk carik cara macamana mahu bekal itu handphone.
Pandaikan Melayu?
Banyak Melayu gaya jer lebih...
kesimpulannya Melayu ini suka bergaya dan meniru-niru...
Jadi...
padan dengan muka Melayu
sebab suka sangat jadi jahat dan pemalas.
Empat perkara yang bangsa Melayu paling pandai tanpa diajar dan disuruh-suruh.
Pertama, buang duit.
Kedua, buang masa dan berpeleseran.
Ketiga, bergaduh dan tunjuk samseng dengan bangsa sendiri.
Keempat, semua yang diatas...
Hah! yang itu bangsa Melayu tersangat-sangatlah pandai...
Jadi sekali lagi...Padan laa dengan muka Melayu!
· Sajak keras kaku tanpa seni sastera ini ditulis oleh seorang Melayu.
Selasa, Ogos 12, 2008
ANWAR IBRAHIM & KHALID IBRAHIM JANGAN JADI PENGKHIANAT BANGSA!
BANTAH: Kira-kira 5,000 pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) berhimpun di depan pintu masuk utama bangunan pentadbiran kerajaan negeri, Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah (SAAS), di Shah Alam, pagi ini untuk membantah cadangan membuka UiTM kepada bukan Bumiputera. - Foto Che Rani Che Din dari Berita Harian.
Foto menyaksikan pelajar-pelajar Uitm berhimpun untuk menunjukkan bantahan secara besar-besaran. Mereka 'Tidak Gentar' memperjuangkan hak-hak bangsa mereka yang bakal hilang akibat pengkhianatan para pemimpin melayu yang jenis 'TAK SEDAR DIRI' akibat terlalu seronok nak pancing 2-3 kerat undi... Kenyataan terbaru Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim betul-betul boleh dianggap sebagai kurang diajar...
Kalau Uitm hak milik bangsa melayu 'sekangkang kera' itu pun hendak dikacau, percayalah satu hari nanti bangsa melayu hanya tinggal pakai seluar dalam.
SYABAS! Kepada adik-adik, pemimpin pelajar dan pejuang-pejuang melayu kerana telah menunjukkan keberanian bagi mempertahankan HAK MELAYU habis-habisan. Berani kerana benar, takut kerana salah!
Jangan sesekali kita takut dituduh sebagai perkauman kerna sesungguhnya kita sesekali bukan perkauman. Isu panas Uitm bukan isu perkauman tetapi isu mempertahankan hak-hak bangsa yang bakal dirampas.
Sebagai bangsa melayu, Khalid Ibrahim patut berasa malu dan bersalah dengan kenyataan celupar dan tak bertanggung jawab dia...(penulis tidak mahu memakai perkataan 'beliau' kerana hati sudah panasss...)
Apakah dengan berani kehadapan mempertahankan hak-hak bangsa sendiri dituduh sebagai PERKAUMAN? Bagaimana pula dengan sikap kurang ajar badan-badan NGO seperti Majlis Peguam (Bar Council) yang terang-terang menunjukkan lebih perkauman dan cuba mempersoalkan keadilan didalam Islam?
Kalau adik-adik, para pemimpin pelajar dan pejuang-pejuang Melayu ini digelar dan dituduh sebagai PERKAUMAN kerana bermati-matian mempertahankan hak-hak bangsa melayu (diantaranya Uitm) maka nasihat penulis satu sahaja...
PERGI JAHANAM DENGAN KAMU WAHAI PENGKHIANAT BANGSA!
Kepada Anwar Ibrahim dan Khalid Ibrahim: "jangan sesekali kamu menjadi PENGKHIANAT BANGSA! Atau satu hari nanti anak cucu kami akan ludah kubur kamu."
Untuk Makluman:
Selasa, Julai 08, 2008
kena dengar pandangan rakyat bawahan...
"Siapa pun yang berkuasa, hidup Mak Cik macam ini juga. Bukan dia orang yang bagi Mak Cik makan. Mak Cik yang kena tanggung sendiri. Mereka itu nak kuasa, jadi jangan sampai orang biasa macam kita ini yang jadi mangsa."
Sambungnya...
"Yang penting negara ini aman damai sudah. Janji hari-hari Mak Cik boleh keluar pergi kerja cari rezeki. Cukup bulan dapat gaji!"
Ini pandangan Mak Cik Minut. Dia realistik. Warganegara sah rakyat Malaysia. Jadi kita harus menghormati pandangannya sebagai warga bebas. Siapa kita nak underestimate pandangan Mak Cik Minut? Kita bagi dia makan? Kita tanggung kesusahan keluarga dia? Jika tidak, lebih baik diam. Silap-silap kita nak cakap Mak Cik ini bodoh, kita rupanya yang terlebih bodoh. Selamilah kehidupan rakyat seperti Mak Cik Minut ini...
Kadang-kadang terdapat banyak kebenaran daripada rakyat jelata yang kita rasa mereka ini jenis tak tahu apa-apa. Persoalannya benarkah 'kelas' begini tidak tahu apa-apa? Jangan lupa kerana rakyat marhaen jenis 'tak tau apa-apa' inilah, kesudahannya 6 negeri sudah tukar Big Boss!
Betulkan?
Khamis, April 24, 2008
Ahmad Shabery Cheek makin berani CAKAP BESAR?
Ahmad Shabery Cheek sudah mula cakap besar. Tidak mahu lagi bermuhasabah diri macam dulu-dulu. Cara bercakap mula dah lawan tokey.Kononnya BN sekelumit pun tidak merasa bimbang dengan kenyataan Nuar Berahim, bahawa wakil-wakil rakyat BN sudah bersedia untuk 'menyeberang' sungai. Ahli-ahli Parlimen BN dikatakan sudah pakai 'pelampung' dileher untuk berpindah ke bot lain, kerana berkemungkinan bot yang mereka naiki sekarang bakal karam tidak lama lagi. Sudah tidak selamat! Terdapat lobang kecil dibawah sampan yang sedang mereka tumpangi. Jadi air mula masuk sedkit demi sedikit. Siapa berdegil nak tunggu, maka bersedialah mati lemas.
Jadi itu 'Prime Minister in waiting...' sudah beli satu bot baru yang lebih sofistikated untuk bakal digunakan wakil-wakil rakyat yang bakal berpaling tadah. Masalahnya bekas PM Malaysia yang nombor 4, telah pun menghebohkan kepada rakyat diseluruh Kampung Tualang Tiga; bahawa bot canggih tersebut dihadiahkan oleh Yahudi Perut Hijau kepada itu budak Nuar Berahim.
Si Ahmad Shabery Cheek bercakap, baiklah bot tunda Pakatan Rakyat yang patut rasa bimbang dan gelisah resah bahawa juak-juak mereka yang akan kasi karam itu bot sofistikated. Alasan beliau bahawa rakyat sudah marah dengan itu 'projek kondominium babi' kos sederhana berharga 100 juta di Selangor. Kononnya rakyat Selangor sudah jadi marah. Tunggu masa saja nak mengamuk.
Ahmad Shabery yang satu masa dahulu sudah ' ambil ijazah politik' daripada Yang Mulia Tengku Razaleigh Hamzah sudah bertukar karakter sebagai 'The Derhaka Student'. Maka secara automatiknya ijazah politik yang dianugerahkan kepadanya; selepas melutut bertahun-tahun semasa didalam Parti Melayu Semangat 46 dahulu sudah terbatal.
Jadi Ku Li pun sudah tak payah nak pening-peningkan kepala sama ini kacang yang sudah terlupa...dulu kulit itulah tempat dia berlindung dari dikunyah binatang tapir.
Kalau macam inilah terus menerus cara budaya berfikir para pemimpin UMNO, maka bersedialah kalian untuk berkemas dan 'packing' barang-barang ofis secepat mungkin. Itu kubu kuat UMNO dalam dunia di Kelab Dewan Sultan Sulaiman pun sudah kena rampas, selepas ini apa lagi agaknya.
Khamis, April 03, 2008
Jawapan Kepada Si Pengecut!
Jadi buat julung-julung kalinya, Pihak Kami dengan hati dan minda terbuka menyiarkan komen dari inividu yang lebih dikenali sebagai Tanpa Nama tanpa sebarang edit. Sama-sama kita lihat. Payback Time!...
"Tanpa Nama berkata...
Saudara/ri ni gila glamour..habis semua blog-blog ternama di 'spam dengan message supaya mengunjungi blog saudara!!!Blogger!"
2008 April 3 12:50
Jawapan Moderator & CREW:
Saudara Tanpa Nama,
Saya sebenarnya malas nak melayan orang yang dari cara dia menulis pun; kita dapat mengagak hatinya penuh dengan hasad dengki dan perasaan benci. Saudara ni kononnya mengaku sebagai blogger, tapi haram satu apa pun tak tahu mengenai ‘Hukum Blogger’. Kalau ikutkan fikiran rasional Pihak Moderator & CREW; komen saudara ini hanya layak dibakul sampahkan tanpa berfikir kali ke-2. Akan tetapi saya mengambil sikap positif , untuk melayan dan menjawab kekeliruan yang timbul dalam otak singkat saudara. Percayalah selepas ini kalau ada lagi komen ‘hasad dengki’ seperti ini memang saya tidak akan siarkan. Jadi tak payahlah saudara penat-penat menulis. Lagipula manusia seperti saudara ini pada hakikatnya adalah sipengecut yang hanya berselindung dengan Tanpa Nama. Saya lain saudara, saya berani buat…saya berani tanggung.
Biar kita lihat:
Saudara mengatakan saya gila glamour, sebab sering mempromosikan blog saya kedalam blog-blog rakan (yang kebanyakkan daripada mereka sememangnya saya baik dan rapat). Saudara juga membuat tuduhan palsu kononnya saya membuat spam.
Jawapan saya:
1) Sebelum saudara dengan tanpa rasa segan silu nak mengaku sebagai blogger; saudara kena tahu apa dulu apa itu ‘hukum hakam blogger’. Apa yang saya buat hanya sekadar mempromosikan blog ini kepada semua. Kira macam pengiklananlah. Apa salah ke? Saudara pernah baca buku ilmiah tentang “Promosi Blog”? Atau mungkin saudara mempunyai perasaan hasad dengki yang teruk? Katakanlah kalau saya gila glamour sekalipun, katakanlah…(walaupun ini hanya tuduhan palsu bersifat dengki); saya nak tanya saudara” Apa masalahnya?’ Saya menyusahkan awak ke? Orang macam saudara memang tidak pernah senang melihat orang lain yang sebangsa dan seagama dengan saudara berjaya. Saudara terperasan bagus. Maka jadilah ‘macam bagos-bagos’.
Kami disini baik yang blogger atau bukan tiada permasalahan jiwa tahap kronik seperti anda. Kami disini berdiskusi, memberi sumbangan idea yang konstruktif dan kritik mengkritik tanpa ada masalah. Kita disini saling menghormati pandangan diantara satu sama lain. Kalau saudara ego tidak mahu join, itu saudara punya pasal…kalau tak suka…boleh blah! Saya dan rakan-rakan tak rugi apa-apa pun. Kami tetap disini. Sikit pun tak luak. Saudara…sesebuah blog berkembang bukan sahaja sekadar promosi; tetapi yang lebih penting isi! Kalau saudara promosi pun macam nak gila blog saudara kat satu dunia, tapi kalau blog saudara jenis tahap ‘bersawang’, tak guna juga. Tak percaya …boleh cuba. Saya ingat benda macam ni, kanak-kanak spastic pun lagi cepat faham. Tanpa sudara sedar, sebenarnya saudaralah jenis tahap yang gila glamour. Sebab itu bila blog saudara tidak glamour, saudara jadi marah-marah. Tak baik benci membenci saudara. Tuhan tidak suka.
Jadi janganlah sesekali saudara cuba nak membuat penghinaan terhadap daya intelektual para pengunjung blog disini. Tahap IQ mereka tidak sama seperti saudara. Mental mereka beratus kali lebih stabil. Hati mereka lebih bersih. Macam manalah para blogger di Malaysia ini mahu bersatu’ jikalau muncul anasir-anasir negative yang kepalanya sama dengan kepala saudara ini. Kita blogger di Malaysia ini sepatutnya bersatu hati, bukannya dengki mendengki. Sepatutnya kena saling tolong menolong. Ini semua ada didalam Al-Qur'an dan Hadis saw., takkan benda simple macam ini pun nak kena ajar? Sepatutnya begitulah akhlak dan cara kita berfikir. Perbezaan yang kecil-kecil kita rapatkan…bukannya mengambil sikap berpecah belah dan melebarkan jurang perpaduan. Untunglah puak-puak itu…
2) Saudara mengatakan saya membuat spam. Saya tidak menghantar spam saudara. Jadi saudara jangan buat fitnah. Saudara tahu apa hukumnya didalam Islam kepada penyebar fitnah? Jadi samalah tahap kamu dengan ahli parlimen Belanda, sitolol yang bernama Geert Wilders (pembikin filem sampah ‘Fitna’). Saudara tahu apa itu spam? Jangan main belasah cakap, tapi satu haram tidak tahu tentang spam. Spam selalunya dihantar oleh identiti yang tidak dikenali, seperti Virus misalannya. Sedangkan banyak dari Tuan Punya blog-blog yang saya kunjungi itu memang mengenali Moderator. Lagi pula bila Pihak Kami masuk, kami masuk cara beradab...minta keizinan terlebih dahulu. Selepas itu bergantung kepada Budi Bicara mereka samada mahu 'Approve' atau tidak.
Apa saudara ingat mereka itu semua bodoh? Tolonglah...jangan mudah-mudah nak underistimate orang lain. Pleazeeeee...laa...Mereka terlebih dulu makan garam. Mereka tahu makna perkataan "Win Win Situation" - Semua pihak puas hati. Orang macam saudara lainlah...asyik tak puas hati. Nak menang semua...orang lain boleh kasi mampos. Orang macam saudara kalau dapat jadi Menteri Besar, memang terlungkup rakyat dibuatnya. Habis semua projek nak bolot semua. Orang lain biar miskin. Inilah sikap dan akhlak saudara yang bertopengkan Tanpa Nama sebenarnya.
Saudara sendiri pun kalau sekali sekala nak promosikan blog saudara di sini pun saya rasa Pihak Kami sudi 'Approve' kan...no hal beb! Asalkan tidak mencarut dan bertopengkan nick 'Tanpa Nama'. Atau mungkin sebenarnya saudara sudah jadi termalu ala...jadi sebab nak tutup, saudara gelar orang lain sebagai 'gila glamour' dan 'cheap publisiti'. Jangan begitu saudara, sesungguhnya Allah swt itu benci dengan orang bongkak dan mempunyai ego terlampau besar. Jangan sampai ego membodohkan kamu. Ego besar...otak kecil, tak guna juga saudara. Kita lihat apa jadi dengan George w, Bush, Tony Blair dan yang seangkatan dengan mereka.
Jika ada yang tidak mengenali, itu adalah kerana saya masih baru di daerah blog mereka. Jadi itulah tujuan promosi. Yang saudara tidak nampak ialah Pihak MODERATOR & CREW terpaksa bersengkang mata sehingga pagi dinihari hampir setiap hari dan terus berjuang menyumbang tenaga serta daya fikiran untuk melihat perkembangan blog ini secara positif. Saudara tidak faham mungkin sebab saudara bukan dari kalangan media. Alhamdulillah, banyak para blogger diluar sana; baik yang senior atau baru telah menyokong inisiatif positif Pihak Moderator & CREW. Mereka tidak mengambil sikap negatif, benci dan berhasad dengki seperti saudara. Sikap saudara dengan mereka ibarat “bagai langit dengan bumi”.
Kalau mahu berjaya kena usaha saudara. Bukan duduk rileks lepas itu bila lihat ada blogger lain berusaha membuat promosi, pergi kutuk dan hina orang lain sana sini. Itu kerja orang kurang siuman. Lagipun, apa yang saudara marahkan sangat? Blog ini baru mula belajar nak bertatih, belum boleh berjalan pun...saudara dah mula nak pukul sampai jatuh tersembam makan pasir. Inikah niat hati saudara? Jika begitu baik saudara 'tanpa nama' lupakan niat songsang tersebut, kerana Pihak Moderator & CREW mengamalkan "Alang-alang menyeluk pekasam..." (sila sambung sendiri). Blog ini sama sahaja dengan blog-blog lain kat luar tu. Biasa-biasa sahaja. Ada masalah ke saudara? Marah dengan apa yang saya tulis? Pedulik aar...
Sebelum berakhir, saya beri saudara 'tanpa nama' 2 pilihan. Pertama saudara boleh terus menerus dengan sikap bermusuhan dan terbelit dengan cara berfikir yang salah ini. Lalu akhirnya terus tertutup seperti "Katak bawah tempurung"; atau mungkin saudara dengan berani keluar dari kepompong untuk melihat persahabatan, kasih sayang dan kesatuan ummah dari sisi kaca mata burung. Fikir-fikirkanlah ya!
Inilah bangsa ku…hegemoni kealaihan minda…
Peace,
Moderator & CREW
United Malaysian Bloggers - 'Bloggers harus bersatu!'
Rabu, April 02, 2008
SAYA TIDAK AKAN LETAK JAWATAN!
Guruh tidak berdentum. Ribut pun tiada. Pohon pun sudah lama tidak bergoyang. Dengan tidak semena-mena Pak Lah dengan penuh ‘KONDIFEN’(confident daa..) telah mengeluarkan satu kenyataan kepada press yang berbunyi “Saya masih di sini. Saya masih di sini. Saya masih di sini. Mereka semua membuat spekulasi. Saya larilah. Saya letak jawatan. Kenapa perlu saya letak jawatan.”
Bukankah kenyataan ini mempunyai maksud yang tersirat? Mungkin Pak Lah tercabar dengan kenyatan bekas PM dalam buangan,
Perdana Menteri dari negeri yang KALAH? Ok whaaat…hehehe
Sila lihat apa lagi alasan handal Dato Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi yang dikasihi seluruh RakyatIsnin, Mac 31, 2008
Menuju kearah Masyarakat Madani...Oppss ...maaf...Masyarakat Hyper-Tension!
Anda tahu foto diatas ini dimana lokasinya? Ini flat PKNS yang terletak disatu-satunya kampung melayu ditengah-tengah kota. Ya! Kampung Baru. Flat ini memang lama juga. Rasanya hampir 30 tahun... Apa yang cuba saya ketengahkan ini, ialah disaat bapak menteri dan pembesar UMNO bersenang lenang didalam istana banglo berhawa dingin mereka; rakyat jelata hanya mampu menyewa bilik sempit diflat usang yang dibawahnya bersepah dengan penagih dadah. Lif yang berbau hancing. Kaki lima yang kotor dengan sampah. Gejala social seperti budaya samseng, hidu gam dan Kaki Rempit semakin merebak tanpa sekatan. Percaya atau tidak, masalah kes jenayah bermula daripada masalah sosial seperti ini. Jangan bila sudah tidak terkawal; baru nak sibuk-sibuk masuk suratkhabar dan tv.
Sebenarnya ini hanyalah salah satu senario lumrah hidup biasa masyarakat di ibu kota. Banyak lagi tempat-tempat lain yang keadaaan sosialnya hampir sama; malah kadangkala lebih teruk. Itu belum masuk kes-kes kemiskinan di kawasan pendalaman di Kedah, Terengganu,Sabah & Sarawak. Malah dinegeri Selangor negeri maju juga terdapat banyak rakyat miskin. Kalu tidak masakan terdapat program diTV3 "Bersama mu...".
Disaat bapak menteri dan pembesar parti UMNO bersuka ria mandi swimming pool dan bercuti ke London dan Paris; rakyat jelata hanya mampu berjimat cermat untuk gunakan air paip yang kadangkala tak sampai sebab tekanan air rendah (low water pressure). Duit gaji cukup makan. Itulah nak bayar sewa...nak bayar minyak..dan itulah duit nak makan. Kalau bulan itu kena saman parking? Jangan buat pasal...silap-silap kena ikat perut. Budget lari!
Bercuti? feeerrhhh... saya rasa perkataan ini jarang-jarang ada didalam kamus hidup rakyat jelata. Rasanya satu patah perkataan asing dari Planet Zuhal yang tidak mampu difahami penduduk bumi. Manalah nak cekau duit, nak pergi bercuti...jangan mimpilah! Orang-orang yang duduk diatas itu lainlah, mereka bisa bercuti 'around the world'...cuti-cuti Malaysia tak mainlah kan. Rakyat marhain setakat nak pergi bercuti ke Langkawi pun kena fikir seribu kali.
Macam manalah kota-kota besar tidak melahirkan generasi yang tertekan (tension community); dan semakin banyak orang yang tinggal bandar-bandar besar seperti KL jadi gila tanpa sedar. Sikit demi sedikit...jadi depress... Pantang tersilap sikit boleh jadi berbunuh.
Kenapa? Kerana bertungkus lumus berjuang untuk hidup. Berpenat lelah kerja hanya untuk menanti gaji 'ciput' yang hanya cukup-cukup untuk bayar kos sara hidup yang semakin tinggi dinegara Malaysia. Bapak Menteri dan Pembesar UMNO ada rasa peduli? Ada perasaan kasihan dengan kami yang dibawah ini? Bak kata Allahyarham Tan Sri P.Ramlee : "cakap lawa...boleh laaa...". Cakap-cakap yang hanya untuk menyedapkan hati rakyat jelata, sebab nak kaut undi dan dapat kekal berkuasa supaya boleh terus menerus mengaut dan membolot kekayaan dengan jalan mudah.
Bila sudah menang, lepas pilihanraya lesap entah kemana. Boleh pula bina Mahligai Istana Mewah dekat tengah-tengah rumah kampung beratap zink. Punyalah sedap kena hembusan air-cond sampai terlupa kepada rakyat yang tengah baik punya bagai udang kena bakar 'time' tengahari terik. Ya lah, dah rumah pakai atap zink. Weiii...Nabi saw ajar akhlak macam ini ke? Pikirlah sikit...
Akhirnya...rakyat marhain semakin hari semakin terus ditekan tanpa belas. Mereka sedap-sedap naik kereta jenama mewah; petrol free, makan free...hampir semua free. Semua subsidiary...Bila subsidi hak rakyat, pandai pula dipersoalkan...kononnya sampai bila nak jadi bangsa subsidi. Inikah keadilan yang Islam ajarkan? Jawab sikit...jawablah sayang, janganlah malu-malu. Kalau sudah termalu ala nak jawab (sebab takut) ; next election...pakat tumbanglah kalian hendaknya. Kerajaan Firaun pun boleh jatuh tersembam...inikan pula kerajaan rasuah UMNO. Sebenarnya UMNO tak salah...yang salah pemimpin yang kaki rasuah berjiwa feudalism. Naik sebab jasa arwah bapa; bukan disebabkan 'special charater' atau karisma sendiri. Dua tiga kerat masih boleh pakai...contohnya Ku Li dan Ahmad Shabery Chik.
Izinkan saya meminjam istilah saudara Anwar Ibrahim : "Pemimpin yang jiwanya tercabut dari akar umbi..."
Siapa mahu bela nasib kami??? Tidakkah mereka sedar; yang kini rakyat sedang melalui hidup ini dengan jiwa yang HYPER-TENSION!
Ahad, Mac 09, 2008
KINI WAKTU BERTERUS TERANG Di Tulis Oleh A. Kadir Jasin
Kini Waktu Berterus Terang Oleh A Kadir JasinKhamis, Mac 06, 2008
MEREKA TELAH BANGKIT !

Rabu, Mac 05, 2008
Tok Him Seorang Pejuang! ( Tribute to Dato' Paduka Ibrahim Ali )
'Raja Katak', 'Putera Katak', 'Lompat Si Katak Lompat' dan pelbagai cacian, maki hamun, umpat keji dan kata nista dilemparkan kepada Tokoh Pejuang Melayu ini.
Saya telah lama memikirkan untuk menulis satu artikel tentang perjuangan beliau dalam politik, namun kekangan masa membatasi diri. Namun jika punya peluang saya akan menulis juga tentang kehebatan beliau sebagai seorang politikus yang tidak gentar berhadapan dengan sesiapa. Terlalu sedikit informasi berkenaan beliau di internet.
Baik UMNO, PAS, DAP, MCA, MIC dan KEADILAN semua pernah merasa penangan berbisa beliau. Beliau seorang Tokoh Pejuang Melayu Islam yang "CAKAP LEPAS" dalam menyuarakan suara hati melayu. Digeruni serta dihormati oleh KAWAN & LAWAN.
Namun didalam masa yang sama mempunyai hati yang baik, mengenang budi dan menghargai PERSAHABATAN dalam ertikata yang sebenar. Inilah yang pernah dirumuskan dalam satu buku biografi beliau yang pernah saya tekuni di satu masa dahulu. Tajuk buku itu ialah IBRAHIM ALI - Meredah Samudera.
Setelah selesai membaca buku tersebut, sedikit demi sedikit perasaan benci, meluat dan menyampah kepada beliau hilang dengan sendiri.
Percayalah, sebenarnya keadaan politik semasa yang kebanyakkannya tidak berpihak kepada beliau; membuatkan beliau terpaksa mengambil sesetengah keputusan politik yang kurang popular dan membakar diri.
Prejudis saya luntur dan mula memahami cara, sikap dan visi perjuangan beliau yang sanggup bermati-matian didalam mempertahankan Hak Ketuanan Politik Orang Melayu Islam ditanah air tercinta.
Dihempas badai mentera, dilambung ombak ganas, ditikam belakang...Tok Him terus handal meredah samudera.
Seorang pejuang akan selamanya menjadi pejuang. Tidak pernah berhenti sehingga nafas yang terakhir.
Selasa, Mac 04, 2008
Isnin, Mac 03, 2008
iklan makan dalam...
satu penghargaan buat bloggers. hanya mampu tersenyum manjeee...heheheee...
sumber : HarakahDaily.Net
Ahad, Mac 02, 2008
Jumaat, Februari 29, 2008
Terima Kasih Rakyat Malaysia!

Pasti ramai yang tertunggu-tunggu keputusan pilihanraya ke-12, yang akan diumumkan dikaca televisyen selepas hari pembuangan undi pada 8hb Mac nanti. Didalam masa yang sama, kempen semakin giat dijalankan, sehingga boleh dikatakan tiada tempat yang tidak dipasang poster dan bendera lambang parti yang bersaing.
Kelantan, negeri yang telah dikuasai oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) selama hampir 18 tahun, bakal juga menyaksikan pertembungan yang hebat. UMNO sudah tentu cuba sedaya upaya untuk merampas kembali negeri Kelantan dan membentuk kerajaan. Sementara Pas Kelantan dibawah Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat akan berusaha sehabis mungkin untuk terus mempertahankan Kelantan dibawah penguasaan PAS.
Apapun, sistem pilihanraya yang diamalkan di Malaysia sudah tentu berbeza sedikit sebanyak dengan sistem pilihanraya Negara-negara lain. Parti-parti politik disini hanya bertempur dari segi ideologi politik melalui siri ceramah, kenyataan akhbar dan internet. Lebih dari itu, hanya semenjak kebelakangan berlaku satu dua perhimpunan tunjuk perasaan yang masih lagi terkawal. Kita bernasib baik, kerana disesetengah Negara; pertembungan politik membabitkan keganasan dan pembunuhan.
Situasi di Malaysia nyata berbeza, kerana kedua belah pihak mengambil sikap lebih bertanggungjawab dan membenci politik cara keganasan yang pada umumnya ditolak oleh semua pihak termasuk rakyat jelata.
Pada dasarnya semua pihak mencintai keamanan, tidak kiralah samada dari parti pemerintah dan juga parti pembangkang.
Khamis, Februari 28, 2008
singgah mendengar kempen...


( 2 malam lepas dalam pukul 9.30 malam...sewaktu saya sedang menaiki motosikal melalui sebatang jalan di AU/4 Lembah Keramat; saya lihat bilik gerakan PAS terang benderang dan dipenuhi orang setempat. Lalu tanpa membuang masa singgah, mencari bahan untuk blog dan tertinjau-tinjau melihat jika ada sesuatu yang boleh saya rakamkan dengan kamera. Rupa-rupanya ada satu majlis ceramah politik yang diadakan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) diatas platform BARISAN ALTERNATIF. Azmin Ali (Timbalan Presiden PKR) dan Tuan Haji Saari Sungib turun padang rupanya. Tanpa promosi yang hebat, kehadiran orang ramai disekitar kawasan ini agak memberangsangkan. Boleh dibanggakan...Malah ada ketikanya audiens memberi respon diluar jangkaan seperti bertepuk beramai-ramai dan bersuara mencelah pidato Azmin Ali.)Setelah puas mendapat informasi kempen politik BARISAN NASIONAL yang dikeluarkan oleh seluruh jentera kerajaan dan media massa, saya memang dahagakan maklumat yang daripada pihak yang lagi satu. Sebagai rakyat Malaysia yang akan membuang undi kedalam peti undi lutsinar pada *8hb Mac nanti, saya rasa...saya harus mendengarkan kempen politik dari kedua-dua pihak supaya lebih adil dan saksama. Mengikut pemerhatian saya pada malam hari tersebut, kebanyakkan orang ramai yang sanggup bersusah payah datang; ada yang mendukung anak, datang berkain pelikat selepas pulang dari surau dan masjid berdekatan, ada yang saja-saja singgah sambil melekap diatas motor, malah ada yang sanggup duduk diatas rumput tanpa beralas suratkhabar...hanya semata-mata dengan tujuan ingin mendengar "khabar berita dari pihak yang lagi satu" yang ditutup oleh media massa arus perdana kepada rakyat jelata.
Selepas ini saya akan turun padang pula melihat cara kempen politik Barisan Nasional peringkat bawahan. Saya ingin melihat dan menganalisis cara jentera kedua-dua pihak bergerak.
DEMOKRASI HAK RAKYAT!
Terima Kasih Daun Keladi...
Apapun pihak kami ingin berbanyak terima kasih kepada para pengunjung blog ini diatas kesudian anda melawat, singgah sebentar dan lebih2 lagi kepada para bloggers yang setia seperti abgjas, noushy shah, maksu, tuan el- hakim, aslina salleh dan rakan-rakan yang lain. Juga terima kasih diucapkan kepada para pengunjung blog yang baru.
Terima Kasih Daun Keladi,
Ada masa singgahlah lagi.
Selama beberapa hari ini, sejak Parlimen dibubarkan; kempen pilihanraya semakin rancak dan giat dijalankan oleh Parti-Parti Politik yang bertanding. Ditempat saya sendiri, kempen-kempen dijalankan terus menerus...seoalah-olah tanpa henti. Siang dan Malam. Cuba bersaing sesama sendiri menyebarkan Manifesto, menampal poster lambang parti dan wajah calon, menaikkan bendera, menaikkan banner (kain pemidang) dan macam-macam lagilah, dengan tujuan untuk memancing hati rakyat. Sampai jalan ditar...berlapis-lapis.... Padahal sebelum ini punyalah sakit hati jalan berlubang-lubang. Dalam pulak tu...silap-silap kalau tayar motosikal terbenam...confirm! tergolek dog!. Kereta pun silap haribulan, exzober pun makin cepat kena tukar sebab selalu masuk lubang. Cepat jahanam, maka cepatlah keluar duit bayar tokey eksesori kereta. Untungnya siapa?Sebenarnya apa yang saya cuba gambarkan ini hanya segelintir sahaja dari 1001 masalah rakyat marhain.
Kita memilih sesebuah kerajaan sepatutnya lebih daripada itu. Sebagai orang yang beriman kepada ALLAH swt, maka pilihlah sebuah calon dan parti yang benar-benar berjuang menaikkan syiar ISLAM dan menegakkan kalimah "TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH..."
Kepada yang masih *confuse atau ragu-ragu maka sebenarnya didalam islam kita ada tempat rujukan. Apa...Siapa....dan Dimana kita nak merujuk???
Maka rujuklah dengan hati yang redha dan minda yang terbuka (jangan ditutup) kepada :
- Al-Qur'an
- Sunnah Rasulullah saw.
- Ahlul Bait
- Para Alim Ulama', para ilmuan dan tokoh agama yang benar tanpa berselindung dan cari makan dengan sesama manusia dan mengharapkan habuan duniawi.
Maka jangan sesekali kita bersikap angkuh dan bongkak dengan memperkecil dan memperlekehkan Para Alim Ulama' dengan memandang sinis dan menggelar mereka dengan pelbagai kata dusta dan tidak baik. Kita ini tahu apa??? Mohon dijauhi Allah swt sifat-sifat keji begitu...
Perkara yang diatas ini bukanlah pendapat peribadi saya selaku hamba Allah swt yang kerdil. Tetapi ini semua terdapat didalam Kitabullah dan Sunnah Nabi saw... Saya hanya menjadi tukang sampaikan sahaja,tanpa menambah satu sedikit pun. Nasihat ini buat semua, terutamanya buat diri sendiri.




