Selasa, Julai 08, 2008

kena dengar pandangan rakyat bawahan...

Rakyat kelas bawahan memang tidak terfikir nak pergi bershopping ke tempat-tempat begini. Yang penting bagi mereka ialah...bawang merah, cili hijau, ikan kembung dan daging merah tak naik. Jadi bila kerajaan naikkan harga petrol secara melampau, maka habis semua peniaga ambil kesempatan untuk turut sama menaikkan harga sesuka hati mengikut hawa nafsu serakah. Jadi pihak berkuasa harus memantau perkara ini. Pemimpin yang duduk diatas kerusi empuk jangan asyik pandai suruh rakyat 'UBAH CARA HIDUP' sedangkan kalian menikmati hidup bagai kaisar Empayar Rom dan Parsi purbakala. Minum air sejuk dari piala-piala emas...


"Siapa pun yang berkuasa, hidup Mak Cik macam ini juga. Bukan dia orang yang bagi Mak Cik makan. Mak Cik yang kena tanggung sendiri. Mereka itu nak kuasa, jadi jangan sampai orang biasa macam kita ini yang jadi mangsa."


Sambungnya...


"Yang penting negara ini aman damai sudah. Janji hari-hari Mak Cik boleh keluar pergi kerja cari rezeki. Cukup bulan dapat gaji!"


Ini pandangan Mak Cik Minut. Dia realistik. Warganegara sah rakyat Malaysia. Jadi kita harus menghormati pandangannya sebagai warga bebas. Siapa kita nak underestimate pandangan Mak Cik Minut? Kita bagi dia makan? Kita tanggung kesusahan keluarga dia? Jika tidak, lebih baik diam. Silap-silap kita nak cakap Mak Cik ini bodoh, kita rupanya yang terlebih bodoh. Selamilah kehidupan rakyat seperti Mak Cik Minut ini...


Kadang-kadang terdapat banyak kebenaran daripada rakyat jelata yang kita rasa mereka ini jenis tak tahu apa-apa. Persoalannya benarkah 'kelas' begini tidak tahu apa-apa? Jangan lupa kerana rakyat marhaen jenis 'tak tau apa-apa' inilah, kesudahannya 6 negeri sudah tukar Big Boss!


Betulkan?

Tiada ulasan: