Rakyat jelata sanggup basah kuyup ditimpa hujan lebat semata-mata ingin mendengar ceramah politik. Apakah sekadar ini sahaja? Bagaimana pula dengan wakil-wakil rakyat yang dipilih? Pemimpin politik jangan hanya sibuk pasal nak tukar Proton Perdana kepada Merc (BN) & Toyota Camry (Pakatan Rakyat). Akhirnya rakyat melihat mereka hanya 2x5... mengkhianati Amanah Rakyat Malaysia!
Anwar Ibrahim mungkin dizalimi. Dalam keadaan politik local yang tidak menentu, mungkin beliau begitu popular dan mendapat sambutan dimana saja majlis yang beliau melibatkan diri. Namun persoalan yang harus difikirkan bersama, APAKAH KEUNTUNGANNYA KEPADA RAKYAT JELATA JIKA DITAKDIRKAN ANWAR IBRAHIM MENJADI PERDANA MENTERI? (sekadar pertanyaan ikhlas...)
Malaysia menjadi semakin bagus atau sekadar ceramah retorik akan disebarkan melalui radio dan televisyen sepanjang masa?
Pak Lah dituduh mengamalkan dasar Kerajaan 3 Beranak, bagaimana pula KERAJAAN 3 BERANAK ANWAR IBRAHIM? (Pak Sheikh, Wan Azizah & Nurul Izzah)
Apakah benar pemerintahan dibawah telunjuk Anwar, membuatkan Malaysia menjadi berlainan berbanding semasa berada dibawah gaya ‘AUTO-PILOT’ Pak Lah?
Rakyat Malaysia harus membuat keputusan segera. Demi nasib agama, bangsa dan kedamaian Negara...
9 ulasan:
jgn lupa. kit siang & co. ada 3 gak. karpal & co. pun ada 2.
semuanya berkemungkinan...yg pastinya kerajaan sekarang sudah tidak relevan....membebankan rakyat! Mana dia "tradisi membela rakyat" yg diwarwarkan selama ini.
Pemimpin diatas hanya tahu jaga perut masing2
salam, tk kisah la, tiga beranak ke, 10 beranak ke...yg penting memerintah ngan betul n menguntungkn rakyat....tkde beranak pon kite susah....so..apsal nk kira beranak ke tk beranak..kite tgk cara bwk , halatuju anak beranak tu...ws
APA YNG PENTING SETIAP KEPUTUSAN YG DIBUAT OLEH PEMIMPIN ATASAN AKAN MEMBAWA PULANGAN YG BAIK PADA RAKYAT DAN BUKANYA "TRADISI MENDERA RAKYAT"
Sesiapa pun yg memerintah dan setiap keputusan yg dibuat agar tak membebankan rakyat. Jgn dasar "Tradisi Mendera rakyat" diamalkan....pasti rakyat akan menyumpah pemimpin tersebut....
keadilan itu penting walaupun yang memerintah itu bukan mereka2.
Apa nak buat ... Sekarang sudah banyak sangat isu kat Malaysia nie.. hilang semua isu-isu kemasyarakatan... semua isu-isu nak rebut kuasa aje...
Jangan Jadi Katak Bawah Tempurung. Hapuskan kerajaan yang sudah lapok.
Pilih lah pemimpin yang mengamalkan Islam sebagai car hidupnya atau ulamak sebagai pemimpin. Insyaallah, diberkati allah negara kita nih.
Catat Ulasan