Khamis, Julai 10, 2008

AHMAD SHABERY CHEEK TIDAK GENTAR BERDEBAT DENGAN BROTHER ANWAR!

"Letak tempat...Tentukan masa...Saya tak gentar! Setakat itu budak nakal Nuar Berahim, gua no hal beb! Tengoklah dengan siapa saya berguru. Sekarang itu Kaki Debat sudah bertemu 'buku dengan ruas'. Saya pasti perjuangan saya direstui oleh Mahaguru saya, YM Tengku Razaleigh Hamzah. Saya banyak menadah ilmu politik dengan beliau. Ini semua kacang goreng... " Mungkinkah itu yang ingin dilafazkan oleh YB Ahmad Shabery Cheek. Tunggu dan lihat...Ahmad Shabery sudah kasi standby berlaras-laras Meriam Portugese' untuk kasi bedal sama itu Brother Anwar!


July 10, 2008 : 10.50 AM


Tajuk diatas bunyinya macam orang nak berjudi.Itu dalam bahasa yang direct to the point . Ikut kata sebenar Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek jika beliau 'gagal' dalam debatnya dengan Penasihat Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada malam 15 Julai ini beliau akan menyerahkan kepada pucuk pimpinan untuk mencari Menteri Penerangan yang baru.


Pi mai pi mai maksudnya sama saja.

Ahmad Shabery baru duduk di kerusi Menteri Penerangan empat bulan.Sebelum pilihanraya 8 Mac Ahli Parlimen Kemaman ini ialah Setiausaha Parlimen Kementerian Luar. Katanya beliau merasa tidak layak jadi Menteri Penerangan jika tidak mampu pertahankan dasar kerajaan. "Saya adalah Menteri Penerangan yang bertanggungjawab untuk pertahankan dan jelaskan dasar kerajaan, saya bukan Menteri yang nak jaga airtime ,drama,artis atau konsert sahaja" katanya ketika ditemui Agendadaily lepas satu acara di Pusat Dagangan Dunia Putra Rabu malam.


Ahmad Shabery melihat debat ini adalah satu hal yang serius dan amat sedar beliau kena berdepan dengan Anwar yang terkenal sebagai orang yang cukup petah berdebat. Beliau yang baru pulang dari menghadiri satu mesyuarat di Venezuela menggangap ia satu amanah yang perlu dipikulnya untuk meleraikan kekeliruan dan rasa tidak puashati dikalangan orangramai berhubung keputusan kerajaan menaikan harga minyak. “Saya percaya 120 peratus keputusan yang dibuat oleh kerajaan itu betul.Jadi saya kena pertahankannya,”katanya.


Menjawab satu soalan Ahmad Shabrey menjelaskan beliau tidak mahu RTM menjadi penyiar siaran langsung debat itu kerana tidak mahu dituduh mengunakan stesyen televisyen di bawah kementeriannya itu untuk kepentingan peribadi. “Sebab itu saya serahkan kepada Agendadaily selaku penganjur berunding dengan stesyen televisyen lain,”katanya.


Ahmad Shabrey kata hasratnya menerima undangan Agendadaily menyertai debat ini semata-mata untuk mempertahankan dasar dan keputusan kerajaan dan tidak ada tujuan lain. "Saya tetap tidak akan bertanding apa-apa jawatan dalam pemilihan UMNO Disember ini.Jadi siapapun tidak boleh kaitkan debat ini dengan politik peribadi,"katanya.


Sebelum itu pada sebelah petang ketika bercakap kepada Bernama di bangunan Parlimen Ahmad Shabery berkata beliau yakin langkahnya untuk berdebat dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu pada 15 Julai ini dapat membantu rakyat untuk lebih memahami kewajaran kerajaan menaikkan harga petrol dan diesel bulan lepas. Katanya tidak seharusnya timbul kebimbangan sesetengah pihak bahawa ia mengundang risiko kepada kerajaan.


"Saya melihat risiko Anwar lebih besar kerana dia selalu menganggap dirinya sebagai seorang pemimpin besar serta mempunyai ramai pengikut. "Debat ini juga merupakan peluang saya untuk memberitahu rakyat bahawa cara dia (Anwar) salah dan dia tidaklah sehebat mana," katanya.


Beliau mengakui bahawa debat itu adalah sesuatu yang baru dalam kalangan masyarakat negara ini dan sehubungan itu, sudah pasti akan timbul rasa bimbang kepada sesetengah pihak. "Memang ada yang akan bimbang dengan debat ini... tapi percayalah perkara (debat) itu akan beri manfaat kepada negara kita," katanya.


Dalam pada itu isu perdebatan antara Ahmad Shabery dan Anwar mengenai kenaikan harga bahan api mendapat reaksi yang berbeza daripada kalangan anggota Parlimen. Terdapat barisan penyokong kerajaan yang meminta debat itu dibatalkan kerana mendakwa ia tidak akan mengatasi sebarang masalah dan pertentangan pendapat, malahan kemungkinan Anwar akan menggunakannya untuk menggelirukan lagi fikiran rakyat.- 9/7/2008


Sumber: Agenda Daily

Tiada ulasan: