Memaparkan catatan dengan label tazkirah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tazkirah. Papar semua catatan

Rabu, November 11, 2009

BAHAYA WAHABI DI MALAYSIA!!!

Bahaya Wahabi

Oleh Roslan Ibrahim dan Mohd Fadly Samsudin
rencana@hmetro.com.my

GERAKAN Wahabi diasaskan Imam Muhamad bin Abdul Wahhab At-Tamimi (1703-1791). Beliau muncul ketika pengaruh mazhab Hambali sedang merosot dan umat Islam ketika itu melakukan pencemaran akidah seperti khurafat dan bidaah.

Perkembangan fahaman berkenaan di Malaysia kebanyakan dibawa pelajar yang pernah menuntut ilmu agama di negara Arab yang terpengaruh dengan ajaran itu.

Kehadiran golongan itu di sini dapat dirasakan berikutan ada pengikutnya berani mencerca ulama ahlu Sunnah Wal-Jamaah termasuk amalan sunat yang terdapat dalam ajaran Islam seperti doa qunut dan berzikir selepas solat.


Aliran Wahabi ibarat api dalam sekam dan boleh mengancam negara dan menyebabkan umat Islam bergaduh sesama sendiri jika tidak dibendung pihak berkuasa agama di Malaysia.

Mereka juga seperti musuh dalam selimut kerana sukar untuk mengenal pasti golongan ini apatah lagi mereka turut hadir dalam majlis agama, bersolat di masjid atau surau dan tidak mengaku diri mereka pengikut ajaran Wahabi.

Bagaimanapun, secara halus mereka menyusup dalam kelompok masyarakat Islam di negara ini dengan menghina mazhab Ahlu Sunnah Wal-Jamaah yang menjadi rujukan umat Islam dengan membawa Islam mudah sehingga masyarakat keliru.

Mazhab Ahlu-Sunnah dalam syariat beragama sangat penting bukan saja kepada umat Islam sendiri, malah seluruh masyarakat.

Fahaman Wahabi turut menolak ijmak dan qias. Ijmak ialah persepakatan dalam hukum syarak di kalangan umat Islam dari satu zaman ke satu zaman selepas Nabi Muhamad s.a.w wafat.

Ini jelas dibuktikan dengan firman Allah s.a.w yang bermaksud: "Dan sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya kebenaran petunjuk (yang dibawanya) dan ia pula mengikut jalan yang lain dari jalan orang-orang yang beriman. Kami akan memberikannya kuasa untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya, dan (pada hari akhirat kelak) Kami akan memasukkannya ke dalam neraka jahanam dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali." (Surah an-Nisaa', ayat 115).

Jadi, wajib kita mengikut apa yang diputuskan ijmak kerana ia senarai yang ketiga terpenting daripada sumber perundangan Islam.

Menurut Ahli Jawatankuasa Pemantauan Akidah dan Pentauliahan Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Ustaz Mahfuz Mohamad, fahaman Wahabi bertapak di negara ini sejak awal tahun 1900 apabila Sheikh Abdul Hadi membuka sekolah agama di Melaka.

"Bagaimanapun, sekolah itu tidak mendapat sambutan dan beliau berpindah ke Pulau Pinang. Melalui sekolah itu lahir tokoh fahaman Wahabi iaitu Sheikh Abu Bakar al-Ashaari.

"Selepas menamatkan pengajian di sekolah terbabit pada tahun 1925 beliau menyambung pengajiannya di Mesir dan pulang ke negara ini pada tahun 1932.

"Beliau menyebar fahaman Wahabi di Pulau Pinang, tetapi mendapat tentangan hebat ramai tokoh ulama ahlu Sunnah, antaranya Sheikh Abdullah Fahim.

"Beliau lari ke Kedah dan kemudian menetap di Perlis bagi menyebarkan fahaman Wahabi," katanya.

Mahfuz berkata, ketika itu ia dinamakan fahaman muda atau mudah kerana mereka selalu bermudah-mudahan.

Ini dicatatkan di dalam Kitab Senjata Syariat yang diterbitkan pada tahun 1953 khas bagi menjawab gerakan Wahabi oleh tiga tokoh ulama besar ketika itu: Sheikh Abdullah Fahim, Haji Ahmad Tun Hussein Pokok Sena dan Sheikh Abdul Rahman Abdullah Merbok.

Abu Bakar as-Ashaari pernah menerbitkan buku bertajuk Ibadah Rasulullah s.a.w yang menimbulkan keraguan kerana 'menjelmakan' petua menghalalkan memakan biawak, ular, labi-labi dan penyu.

"Di dalam buku itu, Abu Bakar as-Ashaari mencaci amalan bermazhab yang dikatakan haram dan bidaah dalal.

"Ulama ketika itu sudah memberi amaran bahawa gerakan Wahabi sudah menyusup dalam masyarakat dan perlu membendung segera," katanya.

Hasil ketegasan ulama sebelum ini, fahaman Wahabi kian menyepi, tetapi kini muncul kembali berikutan banyak kelonggaran yang diberikan kepada sesiapa sahaja atas 'tiket' menyebarkan Islam.

"Golongan Wahabi tidak berpegang kepada mana-mana mazhab kononnya hanya berpegang kepada al-Quran dan hadis.

"Tetapi, sejarah membuktikan ramai tokoh tersohor Islam seperti Imam Nawawi, Imam al-Ghazali, Termidzi, Bukhari dan Muslim berpegang kepada mazhab yang empat itu," katanya.

Katanya, tuduhan Wahabi terhadap beberapa amalan yang sudah menjadi kebiasaan masyarakat Islam di Malaysia seperti doa qunut, membaca al-Quran di atas kubur dan wirid selepas solat membuatkan umat keliru.

Merujuk kepada buku Makna Sebenar Bid'ah : Satu Penjelasan Rapi yang dikarang oleh Abdullah al-Siddiq al-Ghumari yang turut disemak oleh Mufti Negeri Sembilan Datuk Mohd Murtadza Ahmad, Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Md Hashim Yahya serta Yang di Pertua Persatuan Ulama Malaysia, Saleh Ahmad menyebutkan ulama bersepakat mengenai pembahagian bid'ah antara yang terpuji dan tercela. Orang pertama yang mengatakan demikian ialah Umar r.a.

Ulama juga bersepakat bahawa sabda Rasulullah s.a.w yang menyebutkan: "Setiap yang bid'ah itu sesat" adalah hadis umum yang perlu dikhususkan.

Imam al-Syafie berkata: "Setiap yang mempunyai sandarannya dari sudut syarak, bukannya bid'ah sekalipun tidak diamalkan oleh generasi salaf. Mereka meninggalkan perkara itu mungkin kerana keuzuran."

Al-Imam Ibn Lub dalam menyangkal pendapat golongan yang tidak menyenangi amalan berdoa selepas sembahyang mengatakan perkara berkenaan tidak diamalkan generasi salaf.

Namun, tidak mungkin mengatakan hukumnya haram atau makruh kerana perkara yang dilakukan itu mempunyai asas dalam syarak.

Mengenai amalan membaca wirid beramai-ramai selepas sembahyang. Memang ia tidak pernah berlaku pada zaman Nabi s.a.w, tetapi tidak haram. Sesiapa yang mendakwa amalan ini diharamkan bererti dia melakukan pembohongan atas nama Allah s.w.t.

Pengharaman amalan itu tidak disebut dalam al-Quran dan al-Sunnah.

Hadis Muslim yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah menyebutkan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Tidaklah berkumpul satu kaum di dalam rumah Allah sambil membaca al-Quran dan mengulangkaji antara sesama mereka melainkan turunlah kepada mereka ketenangan, dan mereka diliputi oleh rahmat dan dinaungi oleh malaikat, dan Allah menyebut perihal mereka kepada makhluk yang di sisiNya."

Hadis ini memberikan kefahaman bahawa membaca al-Quran secara beramai-ramai di dalam masjid adalah disyariatkan.

Dalam Sahih Muslim terdapat juga hadis yang diriwayatkan daripada Abu Musa al-Asya'ari daripada nabi s.a.w yang bersabda yang maksudnya: "Selalulah membaca al-Quran, demi Dia Yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, al-Quran itu lebih mudah terlepas (hilang) daripada unta yang diikat." (Muslim. Kitab Salah al-Musafirin (231/791).

Kesimpulannya, dari segi tauhid, fahaman Wahabi bukan ajaran baru atau termasuk antara 73 cabang ajaran sesat, cuma ia boleh menimbulkan suasana tegang dalam masyarakat Islam kerana pendekatan yang diambil terlalu mudah tetapi bahaya.



INFO



Amalan dalam fahaman Wahabi antaranya:

  • Dalam mempelajari ilmu Usuludin hendaklah berpegang kepada fahaman yang diasaskan Ibnu Taimiyyah

  • Di dalam amalan fiqh pula tidak berpegang kepada mana-mana mazhab, malah boleh berpegang antara satu sama lain (Talfiq)

  • Berpegang kepada sumber al-Quran dan hadis sahih sahaja tanpa berpegang kepada Ijmak dan Qias

  • Melarang keras umat Islam berdoa melalui tawassul (perantaraan)

  • Melarang ziarah kubur walaupun makam Rasulullah s.a.w

  • Menghancurkan tugu peringatan kerana semua itu menjadikan umat Islam syirik

  • Melarang membaca qasidah dan berzanji yang memuji Rasulullah s.a.w. tahlil dan seumpamanya

  • Melarang umat Islam mengadakan sambutan hari kebesaran Islam seperti Maulid Nabi, Israk Mikraj dan lain-lain

  • Melarang umat Islam belajar sifat 20 dan seumpamanya

  • Fahaman Asa'ari iaitu fahaman Ahlu Sunnah Wal-Jamaah dibuang jauh-jauh

  • Imam dilarang membaca Bismillah pada permulaan Fatihah

  • Tidak boleh membaca wirid-wirid yang memuji Rasulullah s.a.w

  • Tidak boleh melagu-lagukan lafaz al-Quran dan laungan azan, tetapi boleh baca dengan lurus sahaja

  • Mengadakan majlis zikir secara berjemaah dilarang

  • Amalan tariqah dilarang sama sekali

  • Amalan berwirid selepas solat berjemaah dilarang keras

  • Sabtu, Ogos 22, 2009

    Malay Cowboy ingin mengucapkan SELAMAT BERPUASA DI BULAN RAMADHAN AL MUBARAK

    Dibulan Ramadhan ini alangkah indahnya puasa kita diiringi dengan membaca ayat-ayat suci Al Qur'an disetiap hari...
    (ingatan ini untuk semua pengunjung blog dan juga buat diri sendiri. nasihat bagi yang sering terlupa)


    Salam.
    Berpuasalah kita dengan niat puasa kerana ALLAH swt semata-mata... Bulan puasa bulan membuang Nafsu Binatang dan bulan mengikat Syaitan. Berpuasalah...jangan tak berpuasa tanpa sebab. Malulah dengan Tuhan...malu juga dengan adik-adik sekolah rendah yang selalu berjaya 'puasa penuh'.

    Semoga amalan puasa kita diterima oleh ALLAH swt serta diberi pahala dan Syurga, dijauhi pula dari bakaran api Neraka...nau'zubillah...

    Wasalam.

    Selasa, Januari 27, 2009

    FOTO HARIMAU MENGENDAP DI CELAH SEMAK / "HIKAYAT PERTEMUAN HANG TUAH & RAJA HARIMAU BELANG..." DITULIS OLEH MODERATOR INDIE...


    IMAGE UNEDITED. 160 seconds at f/5.6, ISO 400, 250mm. Manual White Balance.

    Jaga-jaga ada harimau belakang rumah. Jangan sampai kena terkam! Ini Pak Belang, jangan sesekali bikin dia terkejut. Pernah dengar cerita orang tua-tua, tentang Pak Belang khayal tenung bulan mengambang? Ini kisah benar, bukan cerita mitos. Kalau ada peluang meredah hutan belantara, jangan lepaskan peluang tanya kisah ini pada Tok Batin Orang Asli... Itu pun kalau dia tak keberatan bukan Rahsia Harimau.

    Kalau malam-malam, ada terdengar rumput dan daun kering kena pijak alamatnya ada Raja Rimba datang berziarah. Jangan pula lekas-lekas ambil Senapang Patah, tapi sambutlah dengan ramah tamah. Zikrullah kasi penuh didada... Bukan senang Orang Besar nak datang berziarah. Kalau ada daging kotak yang beku dalam peti ais tu, lekas-lekaslah dibawa keluar. Jamu lah apa yang ada. Jangan dihalau...

    Pak Belang datang cara beradat, kita sambut cara beradab... Dulu-dulu orang tua memang bersahabat baik dengan Raja Harimau. Sebab itu orang melayu mewarisi Silat Rimau. Pusaka turun temurun...

    Hari ini, Pak Belang dah semakin benci dengan manusia; sebab orang sekarang dah tiada adab. Bila bangsa Melayu dah tak pedulik dengan Adat, Maka hilanglah adab. Melayu hari ini lebih jahat dan ganas daripada Harimau; tapi dalam hati sebenarnya penakut macam tikus. Penakut Ya Rabbi...Berani merempit dan tunjuk belang bila kawan-kawan ramai; tapi penakut nak mampos kalau sorang-sorang. Mati kutu! Kalau betul-betul nak tunjuk hebat, jom pergi berjihad lawan ISRAEL kat Palestine. Jangan bila ramai kaum baru nak tunjuk hero! Itu poyo namanya. Mungkin terlebih sengal...

    Pendekar Melayu dahulukala datang beradab dan sangat bersopan satun. Cakap pun cara 'soft spoken'; tapi bila ajak berjihad lawan Belanda Mabuk dan Portugese...Keris Pusaka Lok 9 sudah sampai dulu... Kalau berentap dalam gelanggang suara tak keluar langsung; tahu-tahu lawan sudah jatuh tersembam cium tanah. Makan pasir...kutip gigi. Dan itulah kehandalan Orang-Orang Tua Melayu dahulukala. Cakap kurang, 'action' lebih... Akhlak lembut dan cakap bersopan tapi dalam diri penuh ilmu pendekar. Berjiwa besar!

    Budak-budak sekarang cakap pun dah tak macam manusia. Dengan maki hamunnya dengan terjerit-jeritnya; tapi sayang...dalam dada KOSONG. Zero '0'. Pochek yellek. Akhlak hancusss lebusss. Tiada perasaan hormat dan perasaan merendah diri depan orang-orang yang lebih tua. Bercakap sesama sendiri pun kasar semacam. Cakap jer mencarut. Asal bercakap jer...mencarut. Habis semua maki hamun keluar. Kalau berzikir ada jugak faedah. Ini mencarut...hang dapat apa? Dapat pahala? Silap-silap itu segala maki hamun semua kena balik badan sendiri. Sebab tu hidup tak tenang, sentiasa rasa susah. Kalau masih tak insaf maka melaratlah sampai ke tua... Nau'zubillah min zalik!

    Sikit-sikit gaduh....sikit-sikit berentap...macamlah kuat sangat. Gaduh pandaaaai laaaa! Itu sebab banyak 'back-up'. Cuba sorang-sorang??? Termasuk teloQ....terus hilang kasi makan kambing. Adat pun hilang. Adab pun ghaib. Akhlak macam kafir! Bila depan publik suka nak tarik perhatian dengan tunjuk perangai macam musibat lahanat. Rasa megah jek bila buat benda-benda jahat. Cisss...Sungguh memalukan! Inikah anak-anak muda Melayu zaman millineum? Kena pulak orang lain diam tak berani tegur, Wah ! makin menjadi lah ini perangai mat-mat rempit...Bawak motor macam monyet...membahayakan orang lain. Kalau nak mati...pi laa mati sorang-sorang jangan melibatkan orang lain yang tak bersalah...


    ARAKIAN, MAKA HIKAYAT PUN BERMULA...



    Tatkala Panglima Hang Tuah dan Raja Belang bertemu di Puncak Gunung Ledang maka sempatlah Laksamana Hang Tuah menyampaikan sedikit pesan kepada Raja Belang dengan berkata " Hamba harap, Tuanku Belang janganlah memakan dan merobek-robek daging bangsa patik sehingga pupus tiada berketurunan. Bagilah muka kepada mereka. Sesungguh kebanyakkan daripada bangsa patik itu tersangat-sangatlah jahil walaupun dilimpahi harta kekayaan bahkan sampai ratusan tahun lagi. Mereka itu sombong tak bertempat...namun kasihanilah mereka wahai Tuanku Belang!" Laksamana Hang Tuah bercakap dengan penuh sopan santun.


    Lalu Laksamana Hang Tuah menyambung bicara...teratur dan penuh hikmah...

    "Bangsa patik itu Islam agamanya. Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu. Tiada satu apa pun yang boleh mengubahnya dengan izin Allahuwata'alla...Kami berbeza dengan arab jahiliiyah...dan yahudi laknatullah. Kami ini satu bangsa yang cepat kasihan dengan orang lain. Sesunguhnya hati kami lembut. Walaupun terdapat segelintir diantara kami yang mempunyai perasaan hasad dengki yang teruk. Janganlah sesekali Tuanku Belang lupa, kalau Bani Israel mempunyai Rasul-Rasul yang dibunuhnya secara zalim oleh tangan-tangan keji mereka dan Kaum Arab Jahilliyah itu menikmati kelahiran KHATAMUL ANBIYA' maka dinegeri Kami ini pula tiada terkurang jua hadiah daripada Tuhan... Di TANAH MELAYU dan NUSANTARA inilah paling banyak Wali-Wali Allah diturunkan...Sesungguhnya begitulah seadanya dengan Augerah ALLAH azza wa jalla...."

    Lalu dicabutnya KERIS TAMINGSARI, lalu dikucupnya sambil melafazkan solawat Nabi saw. dan Ahlul Bait berserta kalimah Tauhid "Laa ila ha illa laaah..."

    Laksamana Hang Tuah merenung Raja Harimau Belang, lalu memberi ucapan perpisahan terakhir...

    "Tuanku Belang yang dirahmati Allah swt. Rasanya inilah pertemuan kita yang terakhir sebagai sahabat dunia akhirati. Masa untuk hamba 'Beruzlah' telah tiba... Janganlah Tuanku bersama bala tentera Tuanku yang gagah perkasa memakan dan menghancurkan bangsa Melayu. Ampunilah kesalahan mereka kepada Bangsa Harimau. Maafkan keterlanjuran sikap mereka diatas kejahilan diri mereka sendiri. Jangan dibenamkan kuku harimau kedada-dada mereka hendaknya. Kerna bisa kuku harimau itu tidak tertahan oleh mereka kelak..."

    Seraya itu dijawab oleh Raja Harimau Belang, " Wahai sahabatku dunia akhirat...Panglima Hang Tuah yang banyak berjasa. Sungguh berat hati ku ini untuk kehilangan MELAYU seperti tuan hamba...Air mata ini hampir tumpah. Dengan berkat Baginda Rasulullah saw, dan Ahlul Bait yakni menantunya Imam ALI Karamallahuwaja, Puterinya Fathimah Az Zahra, juga kedua-dua putera kesayangannya Imam Hasan dan Imam Hussien maka Beta akan cuba sedaya upaya memberi keampunan kepada cucu cicit mu itu. Oleh itu demi untuk mengelakkan permusuhan dan pertumpahan darah dikalangan sesama bangsa kita, maka dengan ini Beta bersama bala tentera harimau belang yang gagah perkasa akan masuk kedalam hutan belantara Tanah Melayu dan Nusantara ini... Kami tidak sesekali mengacau dan membenamkan kuku kami keleher-leher anak cucu bangsa kamu dengan syarat bangsa mu juga jangan sesekali membunuh dan menumpahkan darah bangsa Harimau Belang. Jangan sesekali Melayu itu menzalimi Harimau Belang sehingga Hari Kiamat menjelang...Kelak jika Sumpah Pusaka ini langgar...kami tidak akan memberi muka lagi..."

    Dengan renungan matahati Bashirah dan sedalam - dalam tenungan Makrifat...Raja Belang menyambung "HARIMAU MATI MENINGGALKAN BELANG...MANUSIA MATI MENINGGALKAN NAMA... Ingat baik-baik pesanan beta ini wahai Melayu!" seraya mengaum dengan gagah perkasa.

    Lalu Raja Harimau Belang mengangkat kepala sambil khayal merenung bulan mengambang untuk beberapa ketika. Sayu rasanya. Matanya basah bergenangan. Akhirnya selepas beberapa detik berlalu, Raja Harimau Belang memusingkan badan kentalnya perlahan-lahan, sambil mengibas-ngibaskan ekornya yang berbulu tebal lalu menuju kekaki Gunung Ledang sambil diikuti beribu-beribu Tentera Harimau Belang Yang Gagah Perkasa lantas masuk kedalam hutan belantara gelap...Sedikit demi sedikit hilang bersama ngauman kuat yang mengecutkan hati manusia...


    Serentak itu juga Laksamana Hang Tuah mencampakkan Keris Pusaka Taming Sari kedalam sebatang sungai sambil menyeru keseluruh alam semesta memohon keampunan Allah swt...seraya berkata,

    "TAK AKAN MELAYU HILANG DI DUNIA...iNSYA'ALLAH..... ALLAHUKABAR...ALLAHUAKBAR...ALLAHUAKBAAAR!"

    Dan Tok Guru Laksamana Sheikh Hang Tuah As Sufi pun ghaiblah sedikit demi sedikit......


    Begitulah kisahnya...Amin.

    Rabu, Disember 10, 2008

    BILA BUKIT DITARAH TANPA HENTI...

    Tatkala kemewahan dan kekayaan yang melimpah ruah dikaruniakan kepada satu makhluk yang bernama manusia yakni cucu cicit keturunan Rasul Adam a.s. yang dinyahkan daripada sorga loka; apakah manusia itu menjadi SEMAKIN LUPA?

    Perlukah bala becana menimpa dan papa kedana menjelma lantas satu makhluk yang diciptakan NYA daripada setitis ari mani yang hina dina baru mahu pulang kepangkal jalan.

    Manusia banyak yang angkuh, bongkak, sombong tak bertempat; sering merasakan dirinya hebat lagi besar sehingga menjadi BESAR KEPALA; yang membawa maksud BATU BESAR ADA DUDUK dalam itu tengkorak kalsium. Maka jadilah ia SEMAKIN LUPA DAN ALPA...

    Orang yang selalu merasakan dirinya hebat, kuat dan penuh maksiat adalah bermaksud EGONYA ADALAH LEBIH BESAR DARIPADA OTAKNYA. Kerna apa ya? Biarku jawab secara kembali kepada asas (Basic)... Sebab...Sebab...dia adalah manusia ‘DOBO’ (Cuba kalian baca perkataan ini secara terbalik). MANUSIA ‘DOBO’ YANG MERASAKAN DIRINYA PANDAI. Kononnya...

    Lalu mahukah kita terus menerus MELAWAN PERINTAH TUHAN? Awak jawab... saya tak mahu jawab. Sebab saya mahu do re mi fa so la TIDO!

    ZzzzZzzzZzzz.

    (Tajuk diatas tiada kena mengena dengan isi tulisan ini. Diberi tajuk sedemikian rupa supaya kalian saudara ku sesama islam dan saudara ku sebangsa Malaysia boleh membaca benda-benda yang baik agar diriku ini dikaruniakan Tuhan secebis pahala jikalau ada. Mudah-mudahan begitu hendaknya...Amin.)