WARNA-WARNI RAMADHAN 2011
Selasa, Ogos 23, 2011
Isnin, Ogos 22, 2011
AZIZI ABDULLAH KEMBALI KE RAHMATULLAH, AL-FATEHAH...
Novelis Azizi Abdullah meninggal dunia
GEORGE TOWN – Novelis terkenal, Azizi Abdullah (gambar) meninggal dunia pagi semalam setelah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Pulau Pinang sejak 11 Ogos lepas.
Penolong Editor Utusan Pengguna, Mohd. Ridzuan Mohamad ketika dihubungi berkata, Azizi, 69, meninggal dunia pukul 7.50 pagi di hospital itu.
Isnin, Ogos 15, 2011
Kisah Vespa Kuning Susu... part 3
Jacko dan Romero sahabat sejati yang tidak mungkin dipisahkan. keduanya minat mengembara dan membaca. selain itu Romero juga seorang penulis cerita-cerita pendek seram. tulisannya banyak disiarkan suratkhabar berkala; Mingguan Indipenden. dgn mempunyai ruangan sendiri berjudul "Meremang Bulu Roma..."
Ahad, Ogos 14, 2011
SITUASI RAMADHAN KE-14

melihat orang ke hulu-hilir memilih kasut baru. pelbagai jenama. ada jenama camel. piere cardin pun ada. wanita-wanita menyelak baju kurung berwarna-warni. peach kaler. jingga untuk yang muda. diatas pentas tadi ada lelaki bermain gambus. memakai baju melayu hitam. bersamping dan bersongkok. alunannya adalah llagu melayu klasik. restoran KFC dan Mc Donald penuh manusia.
Khamis, Ogos 11, 2011
ARRRGGGHHH~!!! AZAB SAKIT PINGGANG...
Sampai saat ini setelah hampir dua minggu aku menderita sakit belakang. Tak pernah rasa sakit seazab ini. Allah swt menguji aku dan aku terima dengan redha. Alhamdulillah, bila aku pergi untuk pemeriksaan doktor kebimbangan aku selama ini lega dan aku bersyukur aku tiada apa-apa penyakit. Risau juga kalau ada tulang yang retak.
Rabu, Ogos 10, 2011
SAKIT DI BULAN PUASA
Selasa, Ogos 09, 2011
SELAMAT PAGI ORANG YANG BERPUASA!

selamat pagi malaysia
Isnin, Ogos 08, 2011
MENU HARI KE-8 BERBUKA PUASA
hari ini puasa ke-8, menu untuk berbuka puasa kali ini ialah
JUADAH BERBUKA SEMAKIN MAHAL~!!!
"beli bang...beli kak... jangan komen apa-apa...sekarang barang semua naik harga... gula naik 20sen... kuih saya semua naik 20sen sebijik... termasuk kuih yang tak pakai gula... yang penting saya kaya... tahun ni saya mahu beraya sakan..."Jumaat, Ogos 05, 2011
termenung di malam ramadhan
Khamis, Ogos 04, 2011
Pengembaraan Vespa Kuning Susu... Part 2

lelaki ini namanya Romero. memakai spek rayban warefarer. dia turun dari vespanya dengan penuh keyakinan. mencekak pinggang sambil memerhati ke depan.
Pengembaraan Vespa Kuning Susu... Part 1

hanfon murah ku terlalu lama dan jatuh berkali-kali
Selasa, Ogos 02, 2011
Minum kopi panas dengan krim putar adalah keindahan tulus di ramadhan 2011

semenjak 2 malam lepas kegemaran ku selepas berbuka puasa adalah minum KOPIKO brown coffee. dibancuh dengan setengah air mendidih dalam mug. yang terpenting adalah...toppingnya... WHIPPED CREAM. krim putar yang begitu enak dan lazat sekali. jadi untuk apa harus aku berbelanja lebih di Starbukcs!
berbuka puasa hanya dengan kroni
KISAH ABU AMEER DI PASAR RAMADAN...

di pasar ramadahan ini banyak manusia menjinjing beg plastik warna merah. Abu Ameer hanya memerhati. diraba-rabanya janggut sekejap. mencari ilham. banyak sangat orang berjual. macam-macam jenis lauk pauk. kecur air liur Abu Ameer.
Dibulan Ramadhan cuaca indah
mesin taip diketik oleh seorang lelaki pada tahun 1989...

Pada suatu pagi nan indah, bunga-bunga lalang masih berbau segar bugar. Bau aroma rumput basah masih wangi. Seorang lelaki sedang mengetuk mesin taip tahun 1986.
ketakk. huruf D.
ketaakkk. huruf A.
ketikkk. J
Ketikkk. J lagi sekali.
Ktaap hruf A kembali.
Ketwakkk. huruf L. huruf yang terakhir.
semuanya dalam caps lock.
Ini tahun 1989. Semua persoalan cuba dirungkai oleh lelaki ini.FITNAH DAJJAL DIBULAN PUASA
Bagaimana mahu bertindak balas dengan dunia luar tatkala ramadhan menyinari bumi? Disaat fitnah Dajjal berleluasa tanpa mengambil kira sesiapa jua. Seorang moslem sejati harus memberi respon yang bagaimana.
Dikala segala bentuk anasir-anasir surbersif menghentak anak-anak penganut Islam, melalui tv, radio, internet dan suratkhabar; kita sering pula tertanya-tanya apa yag berlaku kini?
Isnin, Ogos 01, 2011
berhati-hatilah wahai sipembeli dipasar ramadan
Amaran! Amaran! Moskuito menyerang...Zrrrasssssssss>>>
banyak bercakap tapi amal kurang
dibibir ini ada madu dan susu dari Al Qur'an
agak perlahan ibadat ku dihari pertama ramadhan...
Hari ini ramadan yang pertama 2011
Khamis, Februari 10, 2011
CIPTAAN INOVATIF:HELMET CUKUR RAMBUT!!!
Topi keledar cukur rambut dalam tempoh 20 saat

LELAKI itu memakai topi keledar tersebut. GAMBAR KECIL : KEPALA lelaki berkenaan botak selepas topi keledar itu mencukur rambutnya dengan terdapat kesan krim di kulit kepalanya.
--------------------------------------------------------------------------------
NEW YORK - Seorang penduduk di sini mencipta topi keledar yang berfungsi untuk mencukur rambut hanya dalam tempoh 20 saat, lapor sebuah akhbar semalam.
Topi keledar itu mempunyai empat pisau pencukur yang melakukan tugas dengan bantuan dua motor selain dilengkapi krim pencukur.
Klip video topi keledar itu disiarkan di laman URLesque.com dan dicipta oleh seorang lelaki dikenali hanya dengan nama Boris.
Dalam klip tersebut, seorang lelaki menguji topi keledar tersebut walaupun dia kelihatan menggigil.
Selepas dia memakai topi keledar itu, rambut lelaki berkenaan licin dicukur dan terdapat krim berwarna putih pada kulit kepalanya. - Agensi
BETULKAH PARIS HILTON PELUK ISLAM???

GAMBAR dalam laman web London Muslim menunjukkan Paris Hilton memakai tudung.
--------------------------------------------------------------------------------
LONDON - Spekulasi selebriti Paris Hilton memeluk agama Islam tersebar dengan meluas di Singapura, Malaysia dan Indonesia, lapor laman London Muslim di Internet pada Isnin lalu.
Menurut laman tersebut, khabar angin mengenai Paris itu kemudian tersebar ke Amerika Utara dan Eropah.
Laman itu turut menyiarkan gambar Paris yang memakai tudung kepala.
Akhbar-akbar dalam talian di Indonesia turut menyiarkan berita sama ada bintang program realiti The Simple Life itu sudah memeluk agama Islam.
Sebenarnya, berita mengenai Paris menganut agama Islam itu disiarkan buat kali pertama dalam laman berita Daily Squib di Internet.
Dalam laman itu, jurucakap Paris, Ian Brinkham menyatakan Paris telah memeluk agama Islam dan akan mendirikan sebuah sekolah agama di tengah Beverly Hills, Amerika Syarikat yang akan dibuka pada Julai depan.
Namun, sebahagian pengguna Internet terpedaya dengan cerita itu tanpa mengetahui bahawa Daily Squib merupakan laman yang menyiarkan berita palsu dengan tujuan untuk menyindir pelakon, penyanyi dan selebriti.
Semasa berita mengenai Paris memeluk agama Islam itu tersebar, selebriti tersebut menyatakan perasaan bimbangnya kerana dia akan berumur 30 tahun pada 17 Februari depan.
"Saya seolah-olah tidak percaya saya akan berumur 30 tahun tetapi sekurang-kurangya saya seperti berusia 20 tahun," katanya kepada majalah hiburan Closer kelmarin.
Selebriti itu turut merancang akan pergi ke beberapa buah tempat untuk berparti seperti di Los Angeles, New York dan Las Vegas.
Pada 3 Februari lalu, Paris berada di Frankfurt, Jerman untuk mempromosikan minuman wain dalam tin, prosecco. - Agensi
Isnin, Oktober 18, 2010
BERITA PANAS : MAHATHIR SOKONG DITAKTOR???
Nota indie : Tun, saya hormatkan Tun sekurang-kurangnya sebagai seorang bekas PM. TAPI TERUS TERANG CAKAPLAH GENERASI KAMI KALAU DITAKDIRKAN BERJUMPA DENGAN SANG DITAKTOR TAK KIRALAH SAMADA IANYA SOSIALIS KOMUNIS ATAU KAPITALIS ZIONIS, KAMI ANGKAT BATU RAMAI-RAMAI KAT TEPI JALAN DAN KAMI BALING BETUL-BETUL KAT DEPAN MUKA DIA. MACAM BUDAK-BUDAK PALESTINA BALING BATU KAT ASKAR BACUL ISRAEL ZIONIS. APAHAL PULAK KAMI NAK SOKONG PEMERINTAHAN DITAKTOR??? SEDANGKAN DALAM SEJARAH MANUSIA SEMENJAK ZAMAN DAHULU LAGI BERAPA BANYAK PEJUANG YANG TELAH TERKORBAN MENGALIRKAN DARAH SEMATA-MATA UNTUK MEMPERJUANGKAN "KEBEBASAN' BAGI KELANGSUNGAN TAMADUN MANUSIA. jADI SENANG CAKAP... FUCK OFF AND DIE`!!! BUAT SANG DITAKTOR WALAU DIMANA NEGARA SEKALIPUN... MEREKA MENINDAS DAN MEMBUNUH RAKYAT JELATA. YANG KAMI SOKONG ADALAH CHE GUEVERA, DAN BAND HEAVY METAL SOULFLY... YANG KAMI LAWAN ADALAH MANUSIA-MANUSIA SYAITAN SEPERTI POL POT & MAO ZEDONG...Aidila Razak
Okt 18, 10
6:53pm
Pemerintahan secara diktator boleh juga memberikan kebaikan kepada rakyat, kata bekas perdana menteri Tun Dr Dr Mahathir Mohamad yang pernah dituduh memperkenalkan kepimpinan autokratik di negara ini.
Menjawab tuduhan itu, Dr Mahathir semasa berucap dalam sebuah forum antarabangsa di PWTC Kuala Lumpur hari ini secara nakal berkata:
"Malaysia dikatakan pernah diperintah oleh seorang diktator selama 22 tahun. Saya menikmatinya (gelaran itu)."
"Tetapi sekurang-kurangnya kita semakin maju. Bangunan ini (PWTC) dulu tidak pernah ada di sini," katanya.
Beliau memberikan contoh negara China yang menurutnya pemerintahan autokratik lebih berjaya daripada negara demokrasi yang dipilih oleh rakyat.
"Tiada demokrasi di China tetapi sistem kerajaannya boleh memberikan banyak manfaat kepada rakyatnya," katanya sambil menambah bahawa pertukaran tampuk kepimpinan di negara itu lebih aman berbanding negara demokrasi lain.
Pilihan raya untuk editor
"Sudah tentu, ia semakin sukar tapi ia tidaklah terlalu teruk kerana kerajaan perlu bersiap sedia bagi memastikan mereka melakukan perkara yang betul. Jika tidak, media boleh menjadi kritikal.
"Jika media membuat tuduhan palsu, kerajaan perlu menjawab," beliau dipetik sebagai berkata.
Beliau berkata kerajaan perlu berhati-hati kerana ada orang lain yang mengawal media untuk kepentingan mereka bukan untuk kepentingan negara ini.
"Kerajaan boleh ditukar tetapi kita tidak boleh mengadakan pilihan raya bagi mana-mana pegawai yang mengendalikan media. Siapa yang memilih pemilik surat khabar, penyunting, editor dan wartawan? Adakah kita mengadakan pilihan raya untuk para editor?" soalnya.
Sehubungan itu, Dr Mahathir berkata kerajaan perlu mendedahkan penyalahgunaan media secara terang-terangan oleh mereka yang mempunyai agendanya yang tersendiri.
"Ada seseorang yang mengawal media, ia tidak mungkin kerajaan tetapi apabila kamu mempunyai kerajaan yang mengawal media, sekurang-kurangnya kerajaan dalam sebuah negara demokrasi, (media itu) akan dikendalikan oleh mereka yang dipilih rakyat," katanya seperti dilaporkan agensi berita nasional.
Isnin, Oktober 11, 2010
KEMALANGAN MAUT DI ALOR GAJAH
Harakahdaily
MELAKA, 10 Okt: Lebih 10 dipercayai mati dalam kemalangan maut apabila sebuah bas ekspres dari Melaka menuju Kuala Lumpur terbabas lalu melayang ke jalan bertentangan di Simpang Empat Alor Gajah kira-kija jam 7 sekejap tadi.
Bas yang dipercayai sarat dengan penumbang itu bergeser dengan sebuah kereta lalu melayang ke laluan sebelah dan menghempap kereta yang sedang menuju ke Melaka dari Seremban menyebabkan bas itu terbalik dengan tayar ke atas.
Menurut Roslan Abdul Hamid, Pengarang Berita Harakah yang hanya lewat beberapa saat sahaja untuk terlibat dalam kemalangan itu, mayat-mayat bergelipangan di atas jalan raya itu.
"Ia berlaku kira-kira jam 6.50 petang apabila bas ekspress Delima dari Melaka ke Kuala Lumpur bergeser dengan sebuah kereta lalu melayang ke jalan sebelah menghempap kereta dari laluan bertentangan itu," cerita Roslan kepada Harakahdaily dari tempat kejadian.
Turut terlibat dalam kemalangan maut itu adalah sebuah bas sekolah dan beberapa buah kereta.
"Salah sebuah dari kereta itu terbakar manakala sebuah lagi terperosok di bawah bas ekspres itu," beritahu Roslan yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke rumahnya di Melaka.
Akibat dari kemalangan ini, Lebuhraya Utara Selatan itu jam teruk dari Seremban ke Melaka.
"Orang ramai sedang berusaha mengeluarkan mayat di samping membantu yang cedera," beritahu Roslan.
Keadaan mayat pula, katanya, amat menyedihkan.
"Ada yang putus tangan, ada yang pecah kepala dan hancur badannya,"beritahu Roslan lagi yang masih terperangkap di tempat kejadian bersama keluarganya.
12 DIE IN SIMPANG AMPAT HORROR~!!!
Submitted by francisnantha on Sunday, October 10th, 2010
REMBAU, Oct 10 (Bernama) -- Twelve people were killed and more than 40 others injured in an accident involving two buses, a van and three cars at KM223 of the North-South Highway near the Simpang Ampat toll plaza here today.
Police said in the 6.40pm tragedy, a bus heading towards Kuala Lumpur went out of control and flipped over to the southbound side of the highway.
He said it then was involved in collisions with a van and two cars before slamming into the side of a National Welfare Department bus.
Another car was also later involved in the pile-up but its occupants were unhurt. So far the victims have yet to be identified.
The dead and injured were sent to the Tampin Hospital, Tuanku Ja'afar Hospital in Seremban and Malacca Hospital. The incident caused massive traffic snarls on both sides of the highway.
TERKINI`!!! 12 MAUT, 40 CEDERA DALAM EKSIDEN BAS EKSPRESS
2010/10/10
REMBAU: Seramai 12 orang maut dan lebih 40 lagi cedera dalam satu kemalangan membabitkan dua bas, sebuah van dan tiga kereta di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Simpang Ampat di sini, petang tadi.
ekspres yang menuju ke Kuala Lumpur, gagal dikawal lalu melambung dan memasuki
laluan bertentangan.
Bas terbabit kemudian melanggar sebuah van dan menghempap dua kereta lain
sebelum melanggar bahagian tepi bas Jabatan Kebajikan Masyarakat yang menuju ke
selatan.
Sebuah kereta lagi turut terbabit dalam kemalangan itu, namun pemandu dan
penumpangnya selamat.
Setakat ini, kesemua mangsa belum dapat dikenal pasti.
Semua mangsa yang meninggal dunia dan cedera dihantar ke tiga hospital
berasingan iaitu Hospital Tampin, Hospital Tuanku Ja'afar dan Hospital Melaka.
Kemalangan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk di kedua-dua
hala.-Bernama
Ahad, Oktober 10, 2010
BERITA PANAS : KHALID IBRAHIM UMUM LAWAN AZMIN & ZAID

Okt 10, 10 9:39pm
Tan Sri Khalid Ibrahim akhirnya mengumumkan bertanding jawatan timbalan presiden PKR.
"Saya, Abdul Khalid bin Ibrahim, hari ini dengan rasminnya menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan parti Keadilan Rakyat yang akan berlangsung pada November ini," katanya.
Ini bermakna, beliau akan bersaing dengan dua naib presiden sekarang Azmin Ali dan Mustaffa Kamil Ayub dan Penyelaras Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim untuk kerusi nombor dua itu.
Manakala ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dan Pengarah Strategi PKR Tian Chua yang sudah cukup dua pencalonan minumum untuk bertanding belum membuat sebarang pengumuman sama ada menyertai persaiangan itu atau pun tidak.
Mengumumkan keputusan itu di hadapan 300 penyokong dan pemimpin cabang di kediaman rasmi menteri besar di Shah Alam sebentar tadi, Khalid berkata keputusan itu diambil ekoran pemilihan PKR "yang banyak menerima persepsi negatif dalam laporan media dan dalam parti".
Menurut beliau, perkara tersebut, antaranya kepimpinan berpuak dan serangan peribadi yang perlu diperbetulkan.
"Sebagai salah seorang pemimpin parti dan Menteri Besar negeri Pakatan Rakyat, saya akan cuba memperbetulkan keadaan ini.
"Dan kerana inilah, saya mengambil keputusan untuk bertanding jawatan nombor dua dalam parti," katanya.
Khalid juga berkata, bagi memastikan keputusannya bertanding memberi kesan positif kepada parti, beliau menubuhkan jawatankuasa khas untuk menilai kesan tawaran bertanding kepada pentadbiran dan perpaduan parti.
Jawatankuasa itu, menurutnya, terdiri daripada aktivis kesatuan sekerja Syed Shahir Syed Mohamud, Irene Fernandez, Tian Chua dan Muhamad Nur Manuty yang bebas mengadakan rundingan dengan pemimpin parti yang berkaitan sehingga 15 Oktober.
"Sekiranya jawatankuasa menasihatkan tawaran saya ini tidak baik untuk parti dan ada cara yang lebih baik untuk saya berkhidmat kepada parti, saya akan akur dengan nasihat ini," katanya.
Syed Shahir juga dilantik sebagai pengurus operasi kempen.
Sementara itu, beliau juga mengumumkan 'manifestonya' bertemakan “Memperkasakan Reformasi” yang antaranya menggariskan lima teras, iaitu: Setia kepada perjuangan, meneruskan agenda perubahan, merakyatkan ekonomi, menolak politik pecah perintah dan kesepaduan parti.
Lima itu, menurut Khalid akan mencorakkan pentadbiran inklusif dan mengakhiri amalan berkumpulan dan berpuak-puak dalam parti
12 TERBUNUH`!!! TRAGEDI NAHAS BAS EKSPRESS DI ALOR GAJAH
10/10/2010 10:53pm
SEREMBAN 10 Okt. – Seramai 12 orang maut, manakala berpuluh-puluh lagi cedera apabila dua buah bas ekspres, tiga buah kereta dan sebuah van terbabit dalam kemalangan di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara Selatan, berdekatan Plaza Tol Simpang Ampat, Alor Gajah dekat Rembau petang ini.
Berikutan nahas ngeri yang berlaku pukul 6.50 petang itu, lalu lintas kedua-dua arah terpaksa ditutup kepada semua pengguna lebuh raya dan menyebabkan kesesakan yang teruk. – Utusan.
TERKINI : FOTO NAHAS BAS EKSPRES DI MELAKA, 11 ORANG MAUT !
MISTERI BANDAR HANTU DI HUNGARY
LUMPUR toksik merah melitupi sebatang jalan di Devecser kelmarin.Nota indie: Bila terbaca saja berita menyeramkan ini serta merta otak ku terbayangkan filem Holywood yang bakal diterbit berdasarkan kejadian sebenar ini. Sure gempak! Masukkan unsur cinta sikit, unsur humanis sikit dan thriller. Siapakah yang empunya angkara ini? Berapakah tahap bahaya LOJI ALMINIUM kalau pecah? Apakah di Malaysia terdapat loji seperti ini? Bahaya sungguh`! Bandar tanpa manusia memang akan menjadi bandar yang penuh hantu dan misteri...
Bandar di Hungary jadi kota hantu
AJKA – Bandar Kolontar di Hungary sunyi seperti sebuah bandar hantu selepas penduduknya dipindahkan semalam berikutan kebimbangan sebuah takungan yang menyimpan bahan buangan toksik berhampiran lokasi tersebut pecah untuk kali kedua.
Sekurang-kurangnya tujuh orang maut manakala lebih 120 yang lain cedera apabila dinding takungan sebuah loji aluminium pecah pada Isnin lepas.
Kejadian menyebabkan sejumlah 700,000 kubik meter lumpur toksik merah mengalir deras dan membanjiri beberapa buah bandar di barat Hungary.
Jurucakap perkhidmatan pengurusan bencana, Tibor Dobson berkata, pakar-pakar kini bimbang takungan berkenaan bocor sekali lagi.
Sebagai langkah berjaga-jaga, katanya, lebih 800 penduduk Kolontar dipindahkan dengan menaiki beberapa buah bas menjelang subuh semalam.
Menurutnya, selain Kolontar, sejumlah 5,300 penduduk bandar Devecser yang terletak berdekatan, turut diarah bersiap sedia untuk berpindah. – AP
MAT SALEH GIGIT ANJING POLIS !!!
Lelaki gigit anjing polis di AS
CONNECTICUT – Seekor anjing polis di Amerika Syarikat (AS) cedera akibat digigit seorang lelaki selepas ia menggigitnya kerana menyerang seorang anggota polis, lapor sebuah akhbar semalam.
Dalam kejadian pada pagi Khamis lepas, lelaki berkenaan, Roderick Lewis, 23, menghampiri seorang anggota polis di sebatang jalan raya di sini dan menjerit kepadanya: “Saya perlukan sepaket PCP (sejenis dadah).”
Anggota polis berkenaan, Scott Bloom, cuba menenangkan suspek tetapi Lewis menumbuk mukanya.
Melihat tuannya diserang, anjing polis bernama Onyx melompat keluar dari kereta peronda Bloom dan menggigit kaki Lewis.
Namun, ia menyalak kesakitan apabila Lewis menggigit badan anjing itu dan tidak melepaskannya sehingga dia ditarik oleh Bloom.
Lewis kemudian didakwa kerana menyerang anggota polis dan berlaku kejam terhadap haiwan manakala Bloom dan Onyx dirawat kerana kecederaan. – Agensi
FOTO MP BATU SAPI MATI DI LANGGAR `!!!
Jumaat, Oktober 08, 2010
PAGI-PAGI DI KUALA LUMPUR !

APA KHABAR PAGI INI?
APA KHABAR KUALA LUMPUR?
APA KHABAR MALAYSIA?
minum apa pagi ini
roti canai atau nasik lemak
sekali -sekala kena cuba lontong jawa
sebab dan jemu makan roti bakar aroma mentega PLANTA
tak mengapa ubah selera
BERITA APA PAGI INI?
BERITA APA DI KUALA LUMPUR?
BERITA APA TENTANG MALAYSIA?
pagi ini semua namapak segak
semua bau wangi
mau sampai cepat tempat kerja
menikmati hidup dengan gembira
Syawal dah nak habis
OPEN HOUSE makin rancak !
orang berbaris-baris
menikmati hidup penuh bergaya
pagi ini cuaca bagus
juruhebah suara sedap
yang tak bagus traffic jam
yang tak bagus sekejap sahaja
yang BAGUS-BAGUS banyak lagi
yang TAK BAGUS-BAGUS kita tolak ketepi
PAGI INi BORAK PASAL APA?
ORANG DI KUALA LUMPUR CAKAP APA PAGI-PAGI?
ORANG MALAYSIA SUKA BERDISKUSI APA DI PAGI HARI?
Ooh pagi di Kuala Lumpur sangat hebat
kedai mamak penuh manusia
dahaga teh tarik dan kuah dal
kedai Mek Mah di Kampung Baru banyak kuih
hisap rokok makan kuih manis
Pagi di KUALA LUMPUR memang 'happening'
penuh semangat
dibalut dengan bunyi bising enjin
jeritan pelayan dalam bahasa tamil
abang dimeja sebelah baca New Straits Times
pesan 2 biji telur setengah masak
taruh kicap
taruh lada
KACAU`! Slrruupppppp
Alihkan kerusi.... menapak menuju destinasi.....
Khamis, Oktober 07, 2010
ADA TANGAN DI BELAKANG 'BONTOT' RAHIMI`!!!
Nota indie: BETUL APA TAJUK INI... BUKAN KAT BELAKANG KITA MEMANG ADA BONTOT KE. KIRA OK LAA NI, LAGIPUN DAN MEMANG KES NI TENTANG BONTOT MEMBONTOTI... APA ADA HAL...AGAK-AGAK TANGAN SIAPAKAH ITU???
Jimadie Shah Othman
Okt 7, 10
1:39pm
Peguam yang didakwa memaksa Rahimi Osman membuat dua akuan bersumpah memberi amaran mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.
Peguam N Surendran berkata, kenyataan Rahimi itu jelas pembohongan dan fitnah terhadap dua anak guamnya Latheefa Koya dan Saiful Izham Ramli.
"Tanpa ragu, kami rasakan ia merupakah satu fitnah. Kami akan keluarkan surat peguam supaya beliau membuat permohonan maaf terbuka atau menghadapi tindakan undang-undang," kata Surendran.
Ditanya sama ada beliau akan memberikan seminggu kepada Rahimi menarik balik dakwaannya semalam, Surendran berkata: "Lebih cepat daripada itu."
"Saya rasa dia tak perlu seminggu. Dia tahu dia berbohong. Hanya perlu 24 jam untuk tarik balik," katanya.
Tangan belakang
Sementara itu bercakap dalam sidang media di ibu pejabat PKR tengah hari ini, Latheefa dan Saiful secara rasmi menafikan dakwaan Rahimi bahawa lelaki itu dipaksa membuat akuan bersumpahnya yang mengaitkan Datuk Seri Najib Razak dan Rosmah Mansor.
Menurut mereka, Rahimi sebaliknya membuat akuan tersebut dengan kerelaan.
Latheefa dan Saiful - kedua-duanya pemimpin kanan PKR - juga mempersolakan dakwaan Rahimi semalam memandangkan ia dibuat selepas dua tahun setengah.
Sementara itu, Naib Presiden PKR R Sivarasa pula berkata, pihaknya mengesyaki ada pihak lain di belakang Rahimi.
"Ada tangan di belakang dia yang merancang episod baru ini? Itu akan kita ceritakan. Itu akan jadi bab kedua dalam beberapa hari lagi. Kami akan beritahu," kata Sivarasa masih berteka-teki.
MARI BERKENALAN DENGAN RAHIMI OSMAN

SUMPAH kat Malaysia ni sudah sama taraf dengan TOILET PAPER. Buat kesat taik boleh laa... Rakyat melihat episod ini sambil menggeleng kapla. Kalau tak silap budak ini adalah sepupu kepada salah seorang blogger penyokong tegar Pakatan Rakyat. La laa...lala...tra laaa.... DUIT BUAT BELI CHENTAA... DUIT JUGA BOLEH BELI MANUSIA... Macam-macam hal... sejak
nak pilihanraya kecil di GALAS nih.. DUIT BERTABURAN MERATA-RATA... SIAPA TAMAK DIA YANG KAYA...Aidila Razak
Okt 7, 10
10:48am
Kongsi 0PKR, yang mendapat publisiti buruk khususnya pada mesyuarat agung tahunan beberapa cabangnya sejak beberapa minggu kebelakangan ini, sekali mencuri tumpuan dengan pendedahan oleh Rahimi Osman.
Beliau membuat laporan polis semalam dengan mendakwa Ketua Penerangan PKR, Latheefa Koya dan Ketua Pemuda PKR Kedah Saiful Izham Ramli memaksanya membuat dua laporan bersumpah pada tahun 2008.
Dalam laporannya, beliau berkata akuan bersumpah berkenaan dipinda kandungannya untuk memalit dan memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dalam konspirasi terhadap Anwar dalam kes liwat tersebut.
Rahimi adalah pembantu Anwar pada tahun 2007 dan 2008 dan dikatakan antara mereka yang paling rapat dengan ketua umum PKR itu semasa pilihan raya umum.
Kandas di UIA
Beliau direkrut pada Mac 2007 bagi mengemas-kini blog Anwar, selepas kandas dalam peperiksaannya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA).
Jejaka berusia 25 tahun itu ditempatkan di pejabat PKR di Seksyen 16, Petaling Jaya yang juga dianggotai oleh kakitangan lain seperti Nik Nazmi Nik Ahmad, Sim Tze Tzin dan anak perempuan Anwar, Nurul Izzah - semua mereka sekarang ini adalah perwakilan PKR.
Seorang lagi kakitangan adalah Nathaniel Tan yang mengendalikan sebuah lagi pejabat di Phileo Damansara.
"Rahimi menyertai pada mulanya sebagai seorang sukarelawan. Tetapi beliau kemudian menguruskan semua temu-janji Anwar khususnya ketika tempoh pilihan raya kerana semua pembantu lain sibuk dengan kempen masing-masing,” kata seorang lagi kakitangan, Farhash Wafa Salvador.
Yang menarik, Rahimi adalah rakan sekolah Mohd Saiful Bukhari Azlan, di SMK Damansara Utama.
Saiful adalah pembantu kepada Anwar yang mendakwa dirinya diliwat tanpa rela oleh ketua pembangkang itu.
Rahimi juga adalah orang yang memperkenalkan Saiful kepada bossnya itu.
Perkara berkenaan didedahkan oleh Saiful semasa perbicaraan kes liwatnya itu.
Malah, nama Rahimi ditimbulkan sebanyak dua kali pada perbicaraan berkenaan.
Saiful juga membuat pengakuan bahawa Rahimi menghubunginya untuk berbual pada satu ketika pada Mac 2008 sebelum pilihan raya umum diadakan.














