Ahad, November 30, 2008
Manusia bila sakit baru nak ingat Tuhan... termasuklah aku sendiri...
Aku perlukan oksigen… jadi aku sedikit confused bila baru-baru ini aku ada terbaca kat suratkahabar ada satu artis kat Malaysia ini sudah keluarkan satu statement bahawa dia lebih perlukan wartawan hiburan lebih daripada dia perlukan udara disekeliling. Tipu.
Statement aku : Aku perlukan udara untuk bernafas lebih daripada aku perlukan Petrol (walaupun semenjak kebelakangan ini sudah turun harga.)
Mahu Apa?
mahu ikut jalan mana? jalan kiri atau kanan? atau mungkin jalan tengah.
mahu gembira atau mahu marah? mahu bergaduh atau berdamai?
mahu tipu atau bercakap benar?
mahu pahala atau dosa?
mahu selamat atau bahaya?
mahu halal atau haram?
mahu ketawa atau menangis?
mahu berjalan atau berlari?
mahu duduk atau berdiri?
mahu lemas atau bernafas?
mahu. mahu. semua mahu. mahu apa sebetulnya?
akhirnya aku banyak berfikir…
Tombo Ati
Tombo Ati
Kaping pisan moco Qur’an lan maknane
Kaping pindo sholat wengi lakonono
Kaping telu wong kang sholeh kumpulono
Kaping papat kudu weteng ingkang luwe
Kaping limo dzikir wengi ingkang suwe
Salah sawijine sopo iso ngelakoni
Mugi-mugi Gusti Allah nyembadani
Obat Hati ada lima perkaranya
Yang pertama baca Qur’an dan maknanya
Yang kedua sholat malam dirikanlah
Yang ketiga berkumpullah dengan orang sholeh
Yang keempat perbanyaklah berpuasa
Yang kelima dzikir malam perbanyaklah
Salah satunya siapa bisa menjalani
Moga-moga Gusti Allah mencukupi
Isnin, November 24, 2008
Foto-Foto di Cherating November 2008 - Siri 2
Oleh kerana aku datang time weekdays, maka suasana didalam restoran sewaktu breakfast agak lengang. Cuma kelihatan dalam sekitar 6-7 manusia yang sedang makan sambil buat hal sendiri, termasuk aku.
Breakfast menu agak simple. Agak sedikit mengecewakan bagi aku. Menu yang begitu hambar. Gambar diatas adalah menu terbaik yang pihak Legend Resort sediakan untuk bersarapan. Lain-lainnya seperti mee goreng mamak dan nasi goreng yang mak aku buat 100 kali lebih sedap dan menyelerakan. Takkan ini aje yang mereka ada??? Alhamdulillah ajer lah...Khamis, November 20, 2008
Foto-Foto Pantai Cherating November 2008
Gambar ditangkap sekitar pukul 6.36pm. Orang-orang tempatan yang tinggal disekitar Legend Resort bermain bola pantai. Aku rasa macam nak join. Akan tetapi disebabkan aku tidak begitu 'terkenal' dikalangan penduduk tempatan, maka dengan sendirinya aku tidak dibenarkan untuk ikut campur bagi menendang bola dipersisiran pantai.
Ditengah-tengah pulau itu kelihatan seperti sebuah 'Mansion' atau barangkali sebuah hotel atau resort.
Hanya kelihatan dua tiga kerat manusia yang berani mandi laut dikala air sedang pasang.Aku salah seorang daripada yang 'berani-berani takut'. Ini laut jangan dibuat main-main. Sekali dia tolak, dalam masa yang sama dia boleh pulak tarik. Betul-betul punya tarik. Sampai buku lali aku terbenam dalam pasir laut yang agak lembut. Tolak...tarik...tolakkk...tarikkk...sedar-sedar dah sampai tengah laut.Bahaya memang ini laut sangat merbahaya. Aku hanya mampu mandi laut tak sampai 10 meter dari pantai. Kalau ada sesiapa yang nak tempah nahas atau cuba tunjuk hebat silalah pergi lebih jauh daripada itu. Kalau lemas...mesti ramai yang tolong. Tolong tengok! heh.
Lanskap yang agak cantik. Mendamaikan....sentimental. Tapi bila dah masuk waktu Maghrib. Ada rasa-rasa yang agak menyeramkan. Bulu roma aku sudah tegak. Sesiapa yang sudah kena kemurungan yang agak teruk, agak tak elok melepak ditepi pantai dikala masuk waktu senja. Time tu pintu 'Twilight Zone' sedang terbuka. Bapak setan tengah baik punya siau layau. Jangan cari penyakit...
(Manual Exposure mode,18mm, 1/400 at f11, ISO 400)Aku suka tengok foto nih. Terlalu 'kewl' beb! Composition yang agak seimbang. Dahan-dahan pokok yang berjurai menambahkan lagi rasa santai. Waktu ini suasana tengahari agak panas terik, namun dengan sedikit sebanyak pengalaman yang ada, dapat juga aku mengimbangi level lighting dan contrast agar ini foto tidak 'over-exposed'. Terer kan aku? kah kaah kaaahhh kah kahhh kah kaahhhh.
Ahad, November 16, 2008
3 hari di Cherating...
dibalkoni ini...aku menghisap rokok. minum kopi. dan menulis puisi-puisi kejang. beku. nan kaku. keras macam kayu... malam disini sangat sejuk. ombak bergulung-gulung menghempas pantai. angin menderu kencang. bagai ada cerita. tapi ada kalanya menyeramkan. kaku dan beku.
pantai cherating...ombaknya ganas. nun jauh disana, laut hitam memanggil-manggil.
daun-daun pokok bergeseran. terbuai-buai tanpa henti. aku dibalkoni menulis tentang ini...
Khamis, November 06, 2008
Obama bukan Monyet!
Nanti! ini bukan malam meraikan Presiden Monyet. jadi tiada pesta terloncat-loncat. ini malam kemenangan. bermulanya detik perobahan...dari sudut lain ku pandang Amerika
aku melihat dari sisi OBAMA.
bukan OSAMA.
Amerika mesti berubah
jika tak mahu runtuh.
Barrack Obama...
yang kelihatan bijak
tidak nampak terloncat-loncat
seperti Presiden Monyet yang lepas.
Obama dikatakan harapan Amerika
atau mungkin harapan dunia
dikala tali-tali
persahabatan Islam dan Barat
hampir-hampir sahaja putus.
namun jangan berharap sangat
takut
impian itu tidak pernah
menjadi kenyataan.
Ahad, November 02, 2008
Patung Puaka edisi komersil...

ada rantai terlilit cantik dileher. ini patung berhala kah? ada kaitan dengan sihir? atau mahu tarik pelancong eropah datang berkunjung. boleh buat filem seram...
patung tidak membawa sebarang kebaikan atau kemudaratan. kitalah yang memberi pelbagai tafsiran semiotik. cerita disebalik cerita. filem seram. filem thriller. atau filem komedi gelap.
Jumaat, Oktober 31, 2008
mati hidup kembali
senikata yang menyentuh nurani.
diadun dengan cebisan irama dari lagu "Sedangkan Lidah Lagi Tergigit" oleh siapa lagi kalau bukan Seniman Tan Sri P.Ramlee.
Melodi penawar jiwa nan luka...
MATI HIDUP KEMBALI - BUTTERFINGERS

untuk ku terus bermimpi
mataku belum mengantuk lagi
bawa ke mana sahaja aku pergi!
Tunjukkan ku Bulan Gerhana
tiada siapa nak kujumpa
Benda yang tiada ku sangka Ada
tak mengapa, oh tak mengapa !
***
Malam Semalam Gundah Gulana
hari ini hari Mulia
tak pernah daku rasa begini
seperti mati hidup kembali
***
Bawa ku hilang dari ingatan
hari ini sehingga Esok
tak pernah daku rasa begini
seperti mati hidup kembali
Angkasa penuh dengan Berlian
ku capai sebelah tangan
sebalik awan ada cahaya
bercahayalah selamanya!
Daku tertawa seorang diri
darah yang mengalir terhenti
fikiranku melayang-layang
tiada siapa yang perasan
seperti Mati Hidup Kembali...
(Oleh LoQue Butterfingers)
Rabu, Oktober 29, 2008
FAST FOOD NATION - "Filem tentang Burger bercampur Tahi!
Menghabiskan masa selama hampir 2 jam pada semalam untuk menonton filem Fast Food Nation memang agak berbaloi. Ini kali kedua saya menonton kembali; dan kali ini dengan lebih tumpuan. Kali pertama dengan acuh tak acuh.
NIat saya menonton produk wayang Holywood ini sekadar untuk menonton lakonan actor Ethan Hawke (babak yang terlalu sedikit) pada mulanya. Selepas ini setengah jam saya mula memahami bagaimana industri ‘fast food’ gaya Amerika mula bergerak.
Filem ini bermula dengan menunjukkan bagaimana segerombolan pendatang haram Mexico, sedang merentas gurun kontang bersama kegelapan. Mereka bergerak dengan segala kepayahan, semata-mata untuk memenuhi impian Amerika...
(Ditulis pada 23/10/08, 4:43pm. Pun begitu tidak sempat dihabiskan kerna tiba-tiba sahaja 'mood' lari. Tak tahu bila nak sambung tulis balik. Selepas menonton tidak lagi dapat menikmati kelazatan daging burger seperti dulu. Cisss!)
Catatan tambahan: Lakonan Greg Kinnear dalam cerita ini tahap superb!
Selasa, Oktober 28, 2008
bukalah jendela hati mu...
apa itu???
filem. novel. muzik. lukisan. atau foto.
semua sekali agaknya.
Gadis 'Library'...

Oh Tuhan! indahnya kamu
tidak tersusun kata-kata ku
air wajah mu
membuat detik berhenti
bila kulihat helaian rambut menutup
wajah jernih mu
Lalu aku terjah ke iris kamu
melihat kerdipan bintang
seolah memberi ‘signal’ cinta.
Aku lihat kamu
Kamu lihat aku
tapi ku tak bisa memiliki kamu.
Kau gadis 'library'...
yang membuatkan aku
selalu mencari-cari buku...
hanya untuk melihat wajah kamu.
(ukp . selasa. 28/10/08)
Pasu Sarawak
Sabtu, Oktober 25, 2008
Sajak ' PADAN MUKA MELAYU ! '
apakah nasib Melayu nanti?
pagi petang siang malam
melayani hedonisme
mudah meniru-niru.
Jepun meniru kereta
Korea meniru skuter
Iran meniru tenaga nuclear
Melayu hanya meniru gaya pakaian dan rambut macam-macam ‘kaler’.
meniru-niru kejahilan
menuju kekalahan
kebinasaan...
budak-budak Melayu hanya pandai merempit dan ‘isap pit’
sedangkan anak bangsa lain pandu BMW 3 siri dan Honda Civic terbaru.
Remaja Melayu bangga pakai jeans lusuh Levi’s 501 dan kasut but Timberland bundle. sedangkan anak bangsa Malaysia yang lain tak kisah soal jenama pakaian. mereka lebih teruja dengan PC Fair dan teknologi.
Melayu hanya pandai habiskan ribuan ringgit untuk make-up dan modifikasi kereta proton. sedangkan anak bangsa Malaysia hanya pandai buka kedai ekssesori kereta.
Melayu hanya pandai pandu laju-laju dan berlagak di lebuhraya. sedangkan anak bangsa Malaysia hanya pandai pandu laju-laju pick-up truck ketempat eksiden untuk diangkut kebengkel ketuk 'welding'. (kasi tekan cukup-cukup dalam bil).
Melayu hanya teruja bergaya dengan handphone Nokia termahal. sedangkan anak bangsa Malaysia yang lain sibuk carik cara macamana mahu bekal itu handphone.
Pandaikan Melayu?
Banyak Melayu gaya jer lebih...
kesimpulannya Melayu ini suka bergaya dan meniru-niru...
Jadi...
padan dengan muka Melayu
sebab suka sangat jadi jahat dan pemalas.
Empat perkara yang bangsa Melayu paling pandai tanpa diajar dan disuruh-suruh.
Pertama, buang duit.
Kedua, buang masa dan berpeleseran.
Ketiga, bergaduh dan tunjuk samseng dengan bangsa sendiri.
Keempat, semua yang diatas...
Hah! yang itu bangsa Melayu tersangat-sangatlah pandai...
Jadi sekali lagi...Padan laa dengan muka Melayu!
· Sajak keras kaku tanpa seni sastera ini ditulis oleh seorang Melayu.
Rabu, Oktober 22, 2008
- tiada tajuk -

Jumaat, Oktober 17, 2008
dalam folk...ada cinta...
dan buat korang semua. semoga bahagia. jangan gaduh-gaduh. jangan hasad dengki dan yang paling penting jangan punya EGO terlampau besauuu. kasi buang itu semua dalam sungai Kelang. kita berbaik-baik sesama manusia tanpa mengenal sempadan agama, bangsa & negara. yeah!
err...lagi satu jangan suka tendang kucing! meooowww...
kepada member semua... aku akan still crunchy pop fuzz indie love sampai 100 tahun lagi... cool...hah...
Khamis, Oktober 16, 2008
bawah pokok ada hantu...

Pokok itu adalah semiotik kekolotan manusia yang mengaku moden dan tinggal dikawasan Bandar tapi masih takut ‘antu’. Ramai yang mengaku takut kepada tuhan didalam masa yang sama takut nak lalu bawah pokok rendang nan gelap. Jangan tak tahu, dalam disko dan pub lagi besau punya antu ada duduk...
Ahad, Oktober 12, 2008
Mencari Tuhan dengan Kamera & Kanta...

Melihat tasik dan menikmati keusangan bangunan-bangunan kolonialis lebih menggembirakan. Aku lebih gembira dengan lanskap dan ‘fish-eye’. Mengulas isu haiwan politik bergaduh sebenarnya boleh mencederakan emosi dan minda separa sedar dalam jangka waktu yang panjang. Jadi aku tidak sanggup lagi dengan rela hati mencederakan diri sendiri. Sekali-sekala tidak mengapa, tapi bukan selalu seperti sebelum ini. Kerna itu menulis sketsa raya semacam menjadi satu terapi berharga buat diri ku.
Hari ini aku lebih menjadi rakus membaca tentang kanta-kanta kamera (camera lens) daripada terlibat dengan segala macam kehodohan politik haiwaniah yang berpaksikan kekafiran barat.
Jadi jangan kalian hairan jika melihat blog ini sudah tidak menjadi seperti sebelum ini. Fikiran ku telah melalui tranformasi yang panjang...barangkali.Menikmati warna-warna alam dan menyelami sungai-sungai melodi cinta terlalu mendamaikan sebetulnya.Mengapa kalian sendiri tidak mencuba...
Hari ini Aku mencari cinta Tuhan dengan kamera dan kanta...



