Sekali-sekala kita layan lagu COWBOY... Baru Malay Cowbooyyyyyy...
Lagu ini sedap didengar... Video pun best. Mari tengok!
Jumaat, Ogos 28, 2009
VIDEO KOBOI DIBULAN RAMADHAN...
HADIS HARAM BERSETUBUH DI SIANG HARI BULAN RAMADAN

Isnin, Ogos 24, 2009
KISAH ORANG MELAYU DULU-KALA BERPUASA (NOSTALGIA ROMANTIS RAMADHAN AL MUBARAK!)
Kalau malam-malam time bulan puasa lepak tepi tingkat ni...mesti layaaannn...confirm! Kena pulak kopi satu teko, karipap sejuk lebih berbuka tadi dan yang paling tak lupa Rokok Kretek Sekotak! Perrghhh dia punyer nikmat...hanya Tuhan saja yang mengerti... heh!Catatan Moderator : Orang zaman sekarang dah tak merasa lagi untuk mengecapi nikmat bila masuk bulan Ramadan stail tradisional. Zaman sekarang orang lebih suka berbuka puasa di Hotel-Hotel 4-5 bintang jula juli... Ooh alangkah indahnya orang zaman dulu menikmati bulan puasa... Tulisan kat bawah ini seolah-olah macam satu Mitos. Budak-budak muda zaman sekarang ramai yang dah tercabut daripada Akar Umbi... Hmm...entah lah...
Saturday, August 22, 2009
Nostalgia Bulan Puasa Di Desa
A Kadir Jasin
SAMBIL menanti waktu berbuka puasa, teringat saya kepada bulan puasa ketika kanak-kanak dulu.Bagi pembaca dan pembahas yang segenerasi dengan saya atau yang 10 hingga 15 tahun lebih muda dan berasal dari kampung tentu masih ingat keistimewaan bulan puasa.Mula-mula sekali debaran menunggu pengumuman puasa. Waktu itu kalau tengok anak bulan, memang tengok betul-betul. Kalau tak nampak anak bulan Ramadan, tak mula puasa.Di pedalaman Kedah bukan mudah hendak dapat berita fasal tidak ramai orang ada radio. Salah satu kaedah menghebahkan puasa dan waktu puasa adalah dengan tembakan meriam di Alor Star.Kerana waktu itu belum banyak kenderaan dan tidak hingar bingar macam sekarang, bunyi letupan meriam di Alor Star boleh didengar berpuluh kilometer jauhnya, apatah lagi kalau waktu air pasang besar.Ada kalanya lain kampung lain hari permulaan puasa dan hari raya akibat tidak dapat berita atau kerana “fatwa” tok guru tempatan. Ada yang ditangkap Jabatan Agama Islam kerana tidak ikut arahan mula berpuasa dan beraya.Waktu petang saya dan kawan-kawan seusia berbasikal berkilometer jauhnya untuk membeli air batu ketul yang paling murah. Kami berebut memilih ketul paling besar. Supaya lambat cair, ketul ais itu diseliputi habuk kayu atau sekam dan dibungkus dengan kertas surat khabar. Untuk lebih tahan, kami membalutnya pula dengan guni.Waktu berbuka paling nikmat. Minum air serbat dan makan nasi serta kuih muih sampai perut menggelembung macam belon dan jatuh terlentang.Lepas itu kalau ada tenaga atau disuruh ibu bapa, kami berbasikal ke masjid untuk solat isyak, tewarikh dan makan moreh.Kalau hari cuti atau ketika cuti sekolah dan dibenarkan ibu bapa kita tinggal di masjid untuk pukul gendang raya bila sampai waktu bangun bersahur.Apabila bulan puasa jatuh ketika musim menuai, maka ramailah petani yang membanting padi pada waktu malam di bawah cahaya bulan atau lampu “goslin” (gasoline) kerana siang terlalu panas dan kehausan berpuasa.Lagipun berbuka puasa sangat meriah kerana adik berdik ramai. Bersama ayah dan emak, bilangan kami menjadi 10. Makan mesti berebut kalau ayah dan emak tak nampak. Masing-masing takut tak cukup.Demikian nostalgia. Untuk semua Muslimin dan Muslimat selamat berbuka.
Ahad, Ogos 23, 2009
HADIS TENTANG MASIH BERJUNUB KETIKA MASUK SUBUH KETIKA BULAN RAMADHAN...
Dari Aisyah ra. katanya ada seorang laki-laki datang minta fatwa kepada Nabi saw., sedangkan 'Aisyah mendengarkannya dibelakang pintu. Tanyanya, "Ya Rasulullah! Waktu solat telah tiba, sedangkan aku dalam keadaan junub. Bolehkah aku meneruskan puasa ku?" Jawab Rasulullah saw., "Aku pun pernah mendapatkan waktu solat Subuh dalam keadaan junub, lalu aku terus saja puasa." Kata orang itu, "Anda tidak sama dengan kami. Anda telah mengampuni dosa anda yang lama dan yang baru." Sabda Rasulullah saw.,"Demi Allah! Sesungguhnya aku berharap, semoga akulah orang yang paling takut kepada Allah, dan lebih tahu daripada kamu sekelian tentang bagaimana caranya taqwa."
(Hadis Sohih Muslim terjemahan Ma'mur Daud, Jilid 2, Hal. 245)
Sabtu, Ogos 22, 2009
SMS Ucapan Selamat Berbuka Puasa...Budaya baru bagi mengeratkan Silaturaheeem...

Alhamdulillah. Selesai sudah satu hari umat islam di Malaysia berpuasa. Ujian baru bermula. Keindahan juga baru bermula. Sama-sama kita memperteguhkan ajaran agama. Malam solat tariwikh kali kedua. Solat di Masjid boleh, solat dirumah pun bagus juga. Buat mana yang termampu. Sebentar tadi sebelum berbuka sempat juga aku mengirimkan SMS kepada sahabat handai. Ucapan selamat berbuka puasa dan selamat mengerjakan Solat Tarawikh. Antara yang sempat ku kirimkan sms adalah Bro Abbas, Bro Ahmend Adam (Mat Saleh UK), Abu Amer as SabaQi, Farizah, Hamka (tempat aku aku merujuk bab agama satu waktu dulu), Divesh & Adawiyah (Pemenang Program Cari Menantu Musim 1), Ustaz Jabar (Geng Adni Islamic School), En. Sifly (Bekas Tuan Rumah temapat aku menyewa dulu), Kahiruddin aka. Mr. K (haram kau tak balas ssm aku yee...ceh!), Mat Nor Octopus (mentang2 kau dah jadik Cikgu...heheheee), Hafiz (aku respek cara kau reply msg aku...short and simple...amalkan slalu) .
Kepada geng-geng yang lain...insha'allah aku akan sms kalian kemudian. Puasa panjang lagi beb!
HADIS PUASA RAMADHAN

BILA AGAKNYA ANWAR IBRAHIM DAN MAHATHIR BERTEPOK TAMPAR DENGAN MESRA DIBULAN PUASA.....Alhamdulillah...
Sekali-sekala jangan lupa kita dongakkan kepala kelangit untuk melihat keajaiban Allah swt. dibulan penuh Koromah...indah dan ceria... Tak percaya boleh try...Hari pertama umat Muhammad saw mula berpuasa di Malaysia, suasana di antara Kuala Lumpur dan Selangor cuaca begitu nyaman sekali. Hujan turun dengan rintik-rintik kecil. Langit mendung kelabu. Semuanya kelihatan tenang. Alhamdulillahirabbil a'lamiiin...
Semua Rakyat Malaysia diselamatkan Allah swt. Hidup terus tenang dan harmoni. Walaupun politik Malaysia semenjak piliharaya tahun 2008 sentiasa bergelodak. Tidak pernah tenang. Namun rakyat jelata majoritinya hidup macam biasa. Pemimpin yang yang kat atas tu yang suka sangat bergasak dan bergaduh tak henti-henti. Kadang-kadang sampai mengenepikan nilai-nilai suci agama Isla
m. Berpolitiking sampai terlumpa hukum-hakam agama. Salah siapa? Bukan salah rakyat jelata. Rakyat jelata semua nak hidup damai. Tak mau nak berdaduh selalu.
Semoga dihari baik, bulan baik ini. Semua pemimpin islam tak kira parti boleh berdamai (walau sementara?) dan duduk berbuka bersama tanpa dendam dan sengketa. Sebab apa? Sebab kebanyakkan rakyat sudah mual dan jelak.
Harapan ku semoga Tok Guru Nik Aziz boleh berpeluk cium dengan Muhyidin Yasin dan Najib Razak. Begitu juga Anwar Ibrahim boleh bertepuk tampar dengan mesra sekali dengan Mahathir. Kita cuba menerima apa yang ditakdirkan Allah selama ini dengan redha...
Nasihat ini juga untuk diri Aku...
Ramadhan datang lagi...dengan harapan dosa ku diampuni Tuhan...
Bulan mulia kini menjelma. Hatiku sayu rasanya. Semoga Allah swt sudi mengampunkan segala dosa-dosa ku selama ini. Ramadhan al Mubarak memberikan satu kekuatan kembali kepada ku. Mengharapkan belas kasihan daripada Tuhan...
Alangkah ruginya jikalau Aku mensia-siakan peluang yang datang ini. Aku berharap didalam bulan puasa ini dapatlah kiranya Aku dan semua umat Nabi Muhammad saw. berpuasa dengan tenang. Membaca Al Qur'an sebanyak mungkin. Berzikrullah sebanyak mungkin. Ditambah pula dengan solat-solat sunat.
Aku berharap pada Ramadhan kali ini, Allah subhana wata'laa memakbulkan niat murni ku ini untuk beribadah kepada NYA sebanyak mungkin dengan niat yang betul-betul IKHLAS kepada NYA.
Amin ya rabbal A'laa min...
Malay Cowboy ingin mengucapkan SELAMAT BERPUASA DI BULAN RAMADHAN AL MUBARAK
Dibulan Ramadhan ini alangkah indahnya puasa kita diiringi dengan membaca ayat-ayat suci Al Qur'an disetiap hari...
Salam.
Berpuasalah kita dengan niat puasa kerana ALLAH swt semata-mata... Bulan puasa bulan membuang Nafsu Binatang dan bulan mengikat Syaitan. Berpuasalah...jangan tak berpuasa tanpa sebab. Malulah dengan Tuhan...malu juga dengan adik-adik sekolah rendah yang selalu berjaya 'puasa penuh'.
Semoga amalan puasa kita diterima oleh ALLAH swt serta diberi pahala dan Syurga, dijauhi pula dari bakaran api Neraka...nau'zubillah...
Wasalam.
Selasa, Ogos 04, 2009
Original Malay Cowboy! (Koboi Melayu suka menulis...dan pakai but kulit paras lutut))

koboi melayu tak minum beer, tapi minum susu. koboi melayu tak reti mau tembak orang sama dia punya senapang patah dua laras tapi suka tembak ayam hutan kasi bikin lauk. sekarang koboi melayu sedang kumpul wang dan bercita-cita mau beli itu kuda 'black stallion' dan mau ternak lembu satu kandang. ala-ala fiksyen clint eastwood. original "The High Chapparal". err... lagi satu koboi melayu tak suka gaduh-gaduh dan bising-bising tak tentu hala. itu ahli politikus brengsek koboi melayu mau tendang kasi masuk kandang kuda! koboi melayu 'cool' & 'peace'... kah kahh kahhh kaahhh kaaahhhhh... ;-) sebelum keluar koboi melayu mau kasi ucapan "Assalamualaikum..."
Jumaat, Julai 31, 2009
VIDEO GEMPAR! : KOBOI MELAYU DAPAT KASUT KOBOI BARU... 100% GENUINE COWHIDE LEATHER, CUSTOM HAND-MADE.
Alhamdulillah...akhirnya cita-cita aku semasa zaman budak-budak dulu bila dah besau nanti nak jadi COWBOY...akhirnya Tuhan makbulkan jua. 100% MALAY COWBOY. kah kaah kaahhh...
Lepas ni aku nak kumpul duit untuk beli kuda 3-4 ekor pulak. Bukan kuda padi tau. Tapi betul-betul punya BLACK STALLION! Lepas tu bela lembu dan kerbau balau satu kandang. Betul-betul punyer geng THE CHAPPARAL...
Lepas tu mintak lesen simpan senapang 2 laras. Baru koboiii...
Tapi jangan panik... Aku takkan minum BEER@ AIR KENCING SETAN. Kalau haus aku minum susu! Tau sebab apa?
Sebaaaab...AKU MALAY COWBOY! Koboi Melayu kena selalu ingat TUHAN. Ingat Sembahyang. Ingat Zikir...
yeaaahh...
errr...lagi satu nak kasi ingat sama korang. Video ini bukan bertujuan nak berlagak atau show off...tapi just nak berkongsi minat dan daya kreativiti. Alaa...macam yang kaki pancing atau kaki futsal laa... Sama laa kiteee...minat jer berbeza...gilernya sama!
Ahad, Julai 26, 2009
YASMIN AHMAD MENINGGAL SELEPAS OPERATION BUANG DARAH BEKU DIKEPALA...

Yasmin, 51, kembali ke rahmatullah kira-kira pukul 11.30 malam di Hospital Pakar Damansara, Petaling Jaya selepas tiga hari berada dalam koma setelah menjalani pembedahan membuang darah beku di kepalanya.
Yasmin yang terkenal sebagai pengarah filem Sepet, Gubra dan Talentime rebah secara tiba-tiba semasa bermesyuarat bersama penyanyi Datuk Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd. Jiwa serta beberapa kakitangan Media Prima di Sri Pentas, TV3, sekitar pukul 3 petang Khamis lalu.
Beberapa jam sebelum itu, adik iparnya, Datuk Dr. Zakaria Zahari memberitahu media, Yasmin masih menerima bantuan alat sokongan hayat di Unit Rawatan Rapi, Hospital Pakar Damansara.
TERKINI : YASMIN AHMAD MENINGGAL DUNIA! innalilahi wa ina ilahi rajiuun...
Yasmin Ahmad meninggal dunia
Jul 26, 09 12:18am
Khamis lalu, Yasmin dikejarkan ke unit rawatan rapi (ICU) hospital swasta itu setelah diserang angin ahmar kira-kira jam 4.30 petang di stesen TV3.Beliau waktu itu berada di Sri Pentas untuk berjumpa dengan Datuk Siti Nurhaliza Taruddin dan suaminya Datuk Khalid Jiwa apabila beliau dilaporkan menghadapi kesukaran bernafas dan pengsan.Siti Nurhaliza, duta Persatuan Bulan Sabit Malaysia, dilaporkan turut memberikan bantuan penafasan (CPR) kepada Yasmin bersama dengan seorang doktor panel stesen tersebut.
VIDEO TERGEMPAR BUAT RAKYAT MALAYSIA!
Salam.
ini iklan gua bikin sendiri... sebab gua suka boot, dan semakin minat kumpul boot. gua suka dr. martens dan timberland. yang paling menjadi kegilaan ku... adalah cowboy boots...
tapi sayang cowboy boots lah yang paling banyak pakai kulit babi...jadi kerana sebab HARAM tersebut teramat-amatlah susah untuk gua kumpul cowboy boots.
buat penggemar boots diluar sana...berhati-hati dengan PIGSKIN LINING ok!
Boots...boots jugak. AGAMA ISLAM KENA JAGA!
Setakat inilah buat masa ini...gua gerak dulu...beb!
Selamat pakai BOOTS! siang dan malam...
Rabu, Julai 22, 2009
VIDEO GEMPAR MALAYSIA : DR. MARTENS BERGADUH DENGAN PROF. TIMBERLAND!
AKU GILA BOOTS!
Sekali lagi...'Seni itu indah!....'
Jangan lupa tengok semua sekali video-video yang aku bikin ini. Baru faham jalan cerita...
Komedi gelap ala-ala Alfred Hitchcock...
Selasa, Julai 21, 2009
VIDEO BIKIN SENDIRI : KASI HENTAM SAMPAI LEMBIK!
Kah kaah kahhhh...
Jangan risau bro'. Ini bukan hentam orang tapi hentam sama itu botol plastik air mineral kosong. Keganasan tanpa kompromi!
Just for entertainment maaaaaaaaa...
Seni itu indah!
Nantikan lain-lain video yang akan diupload kelak...
STOMP'in GROUND!!!
VIDEO BIKIN SENDIRI : BUT DR. MARTENS KASI HENTAM ITU BOTOL PLASTIK SAMPAI LUNYAI...
Salam. To all Dr. Martens boots fan...
ini video aku sendiri bikin. itu plastik kasi hancur sampai lunyai... Tradisi hentakkan boot yang penuh dengan nilai-nilai artistik dan estetik.
aku anggap botol plastik tu, ibarat kepala budak2 Nazi Punk Skinhead... kah kah kaaahhh...
Rase kaan...
Tunggu Part 2.
Rabu, Mei 27, 2009
*honestly* mempersembahkan "secangkir kopi sejuk, bangku kosong dan taman sepi..."
Mahu dengar lagi lagu daripada band indie *honestly*? Sila terjun ke blog lagi satu...Independent Islamic Community. Jangan lupa periksa lagu-lagu lama diarkib. Dan sila periksa sendiri, sebab kamu tak akan ditolong. tQ,
MANUSIA HIDUP DIDALAM KEADAAN TERBANGAK-BANGAK...

Kita sebetulnya mencari ‘pemahaman diri’. Kita fikir kita kenal diri sendiri, tetapi sebenarnya tidak kenal. Hidup dalam keadaan ‘terbangak-bangak’. Terus bermimpi sampai mati. Akhirnya bila baru nak tersedar namun segalanya sudah terlambat. Hidup didunia kita rasa bagai sesaat cuma. Tidak mengenal siapakah kita.
Bermacam-macam stail orang mencari ‘pemahaman diri’. Orang Amerika mencari ‘pemahaman diri mereka melalui music, filem, fast-food, seks haram, dadah sintetik dan pokok-pokok Christmas yang dihiasi stoking merah sambil menunggu salju turun sambil ternanti-nanti kedatangan santa claus sambil mengederai kereta kayu yang dipacu oleh 7 ekor rusa magis yang cantek jelita.
Apakah malay young X generation, mencari pemahaman diri dengan wang kertas yang hilang akibat dibelinya audio cd kugiran local seperti butterfingers dan hujan? Tidak...tidak...aku tidak menunding jari jemari ku ini terhadap loque dan emmet. Sesungguhnya mereka mencari rezeki yang halal. Dan hujan juga telah turun. Apakah menajdi kepuasan hakiki bila menjadi Raingerz??? (komuniti kipas susah mati band Hujan).
Apakah sekadar itu kawan?
Sesetengah spesies amat menyukai music klasikal buatan komposer Rusia yang hidup merana kerana cinta yang tidak kesampaian yakni Tchaikovsky. Kawanku Merlock contoh terhandal. Aku jua sesekali harus begitu. Melayan alunan klasikal bila sudah kebisuan ekstrem dan muntah hijau akibat terlalu melayan music grunge genre bunuh diri.
Tapi apakah sebetulnya konsep ‘Pemahaman Diri’? Yang diredhai Allah. Yang diredhai Muhammad bin Abdullah saw.
Pssstt...(jangan bising-bising) ada seorang gadis bertudung sekadar “berpesen-pesen”, mencari pemahaman diri menerusi Shopping-Shopping Kompleks Suria KLCC & Mid Valley. Kasut tumit tinggi dan Tas tangan lebih membuatnya teruja sambil sang suami menarik wajah buah kedondong kegemaran perempuan bunting anak sulong yang terlalu mengidam...
Aku? Aku jua begitu sayang... Sesekali sekala aku akan meracau-racau di Sungei Wang; tapi ingat! bukan disitu aku mencari ‘pemahaman diri’. Aku cari kanta lekap untuk dslr ku...atau mungkin di Low yatt plaza mencari makna abadi huruf-huruf yang berbunyi Teknologi Informasi...
Selasa, Mei 05, 2009
CARA NABI MUHAMMAD SAW. MENJAGA KEBERSIHAN DIRI
Sunnah bersiwak 
