Jumaat, Mei 23, 2008

HARGA MINYAK (PETROL) NAIK LAGI?

Berita hari ini betul-betul menakutkan...lebih takut dari terserempak dengan hantu Pocong! Arrgghhh! petrol naik lagi...bermakna teh tarik dan roti canai akan turut sama naik tanpa belas. Harap-harap kerajaan Malaysia bermurah hati untuk tambah lagi subsidi minyak.


Laporan terbaru dari London mengatakan harga minyak mentah melambung AS$135 (RM432) setong ekoran kebimbangan terhadap kekurangan bekalan dan peningkatan permintaan.

Minyak mentah Brent North Sea melonjak ke paras tertinggi baru kepada AS$135.13 (RM432.41) setong dan penanda aras pasaran, harga minyak berkualiti tinggi Light Sweet New York merekodkan harga tertinggi baru pada AS$135.09 (RM432.28) setong.

Harga minyak di pasaran hadapan telah meningkat lebih daripada satu pertiga sejak awal tahun ini apabila ia buat kali pertama mencapai paras AS$100 (RM320) setong.

Berikutan:

1) ketidaktentuan senario politik negara pengeluar minyak.

2) pengurangan stok bahan tenaga.

3) OPEC (Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum) enggan tingkatkan pengeluaran.

4) Asia semakin kuat guna minyak.

5) lemahnya dolar Amerika.

Harga minyak mentah dunia telah mencecah AS$130 (RM416) semalam sebelum terus mengalami peningkatan berikutan berita mengenai kejatuhan stok simpanan tenaga AS minggu lepas.

Malaysia nampaknya terpaksa merasa bimbang kerana turut terkesan. Mampukah kerajaan terus menerus memberikan subsidi minyak kepada kita? Ini satu persoalan besar sebenarnya.
Kenanga Research firma penyelidikan di KL berpendapat, rakyat akan menanggung beban tersebut. Ini kerana kerajaan tidak mampu lagi mengekalkan kos pemberian subsidi minyak.

‘‘Kami percaya kerajaan mungkin terpaksa menaikkan harga bahan api sekiranya harga minyak mentah melepasi dan kekal di paras AS$140 setong,’’ kata firma itu.

45 bilion adalah jumlah subsidi minyak yang telah diberikan kerajaan pada masa sekarang.
Baca laporan seterusnya...

Sementara laporan terbaru dari Jakarta mengatakan kerajaan Indonesia mengarahkan Pihak polis Indonesia diarah bersiap sedia untuk mengawal penyaluran bantuan kewangan kepada golongan miskin bagi meringankan beban mereka berikutan rancangan kerajaan untuk menaikan harga minyak.
Indonesia juga akan mengagihkan baucar berjumlah RM570 juta kepada rakyat miskin.

Tiada ulasan: