Selasa, Mei 20, 2008

MAHATHIR DURI DALAM DAGING! - Musa Hitam

Itu duri kalau terbenam dalam daging, fuuhhh...dia punya bisa jangan main-main...menusuk sampai ke tulang hitam! Lebih baik kita cepat-cepat kasi cungkil keluar. Sebelum jadi kanser bernanah sampai kena 'operation'...
(bukan dialog sebenar).



Tun Musa Hitam menyifatkan apabila Tun Dr. Mahathir mengambil keputusan untuk keluar dari UMNO bagaikan ‘duri dalam daging sudah terkeluar’.

Tetapi yang peliknya pada masa yang sama beliau juga mengakui berasa sedih serta berduka lara dengan tindakan drastik Dr. Mahathir. Dalam masa yang sama juga beliau melihat inilah peluang keemasan untuk pucuk pimpinan UMNO memperkukuhkan kembali parti setelah teruk dilanda Garuda dari Permatang Pauh dan Lembah Pantai.

Mengulas tentang keputusan berani Tun Dr. Mahathir, beliau berkata, “Saya berasa sedih dan dukacita mendengar berita Dr. Mahathir keluar daripada UMNO, lebih-lebih lagi dalam waktu UMNO menghadapi keadaan yang sangat-sangat mencabar sekarang.

“Bagaimanapun, ahli-ahli UMNO harus menerimanya dengan hati terbuka dan tenang, tentu ada hikmahnya di sini... duri dalam daging sudah terkeluar,” katanya

Terdapat 2 aspek penting yang disentuh oleh bekas Timbalan Perdana Menteri tersebut.

Pertama, katanya, menerima hakikat bahawa UMNO sekarang bukan lagi sekuat dulu atau diterima sepenuhnya oleh rakyat terutama orang Melayu.

“Kedua, menerima realiti bahawa konsep ‘Mahathirisme’ sudah berlalu dan UMNO haruslah balik kepada konsep ‘Bersih, Cekap, Amanah’ yang pada awal tahun 80-an dulu diterima dengan begitu positif oleh rakyat jelata.

“Dalam jangka masa yang begitu pendek kita semua dalam UMNO telah kesesatan jalan. Sambarlah peluang keemasan ini untuk kembali ke pangkal jalan,” katanya.

Musa menggambarkan bahawa dengan berundurnya Harimau Tua, secara tidak langsung membuka peluang kepada ahli-ahli parti (ahli yang mana agaknya?) untuk bertafakur di Kawasan Pergunungan Tibet dan kembali melakukan senaman YOGA untuk mendapatkan ketenangan mental sebelum kembali kepangkal jalan.

“Setelah tiba di pangkal jalan, ingatlah bahawa yang sangat-sangat penting ialah UMNO sentiasa tidak khayal atau lupa mengotakan kata-katanya sepanjang masa,” ujar beliau. Baca lain...

Moderator Indie...tertanya-tanya dimanakah nilai sebenar erti sebuah persahabatan? Apakah pengaruh kuasa politik begitu mudah mengalahkan kesetiaan kepada seorang kawan lama...Tempat jatuh lagi dikenang inikan pula kawan yang pernah bagi penerajang politik desperado! heh.

2 ulasan:

Letting the time pass me by berkata...

Assalamualaikum Bro... Thanks for commenting on my Yngwie. Aku ade jugak lagu ala-ala Satriani, tapi maybe lain kali aku post...

Bab Tun Mahathir nie, memang aku rasa dia melakukan tindakan yang wajar dan bernas... Ini negara demokrasi, so dia boleh buat apa yang dia rasa dia nak buat...

Tetapi UMNO memang sudah pun melayan Tun dengan begitu dahsyat, tak ingat ke peristiwa pemilihan perwakilan Kubang Pasu? Itu tak masuk kes spray kat Kota Bharu dan macam-macam hal lagi...

Kenapa perlu bersandiwara lagi kononnya sayangkan Tun Mahathir dan sayangkan UMNO, dan sedih melihat Tun Mahathir keluar UMNO? Ini sandiwara apa nie? Rasa-rasa Liam Nesson pun boleh tabik spring kat pelakon-pelakon politik Malaysia... Selepas Tun Mahathir dilayan dengan teruk sebegitu rupa oleh UMNO, suaranya disekat dalam UMNO, ade jugak manusia dalam UMNO yang kata konon-kononya mereka sayang Tun Mahathir...

Memang ade orang yang tak sokong Tun Mahathir dan ade yang sokong, tapi pada saya yang lebih penting ialah menghormati manusia...

Pada pandangan saya, setiap manusia diberi peluang untuk membuat pilihan dan bila tiba saat itu, kita akan diuji ntuk mebuat pilihan yang betul atau pilihan yang mengikut kehendak nafsu sendiri...

Kepada Tun Mahathir, saya akan terus menghormati Tun Mahathir sebagai salah seorang Perdana Menteri Malaysia yang hebat dan berjasa, seperti Tunku, Tun Razak dan Tun Hussein...

manggis berkata...

Jika Mahathir duri dalam daging

Musa paku karat dalam daging

Where are u all this while