Sabtu, Mei 03, 2008

Nizar Sudah Malu!

Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Panjang Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin mengangkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah menyimpan rahsia sebagai Menteri Besar di hadapan Pemangku Raja Perak Raja Dr. Nazrin Shah di Istana Iskandariah di Kuala Kangsar, pada Mac lepas.


Menteri Besar Perak yang baru, Datuk Seri Nizar Jamaluddin telah diarahkan menarik balik arahan supaya Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) Datuk Jamry Sury pada Selasa lalu.

Arahan itu dikeluarkan atas titah Raja Muda Perak Dr. Nazrin Shah. Sebelum Nizar telah dipanggil menghadap baginda di Istana Raja Muda Perak jam 11 pagi. Baca lain...

Dengan sendirinya menunjukkan tindakan Nizar dibuat secara tergesa-gesa dan melulu. Sepatutnya beliau harus mendapatkan nasihat undang-undang dan pentadbiran daripada kakitangan yang lebih berpengalaman. Cara yang dilakukan Nizar ibarat garang tak bertempat. Akhirnya diri sendiri yang malu. Jangan ingat bila sudah dilantik menjadi Menteri Besar boleh perbuat sesuka hati. Sultan harus dimuliakan, bukan masuk campur hal ehwal agama islam yang tertakluk dibawah kuasa Raja. Rakyat beri Nizar kuasa bukan supaya beliau dapat pingat Anugerah Datuk Seri semata-mata. Rakyat mahu pentadbiran kerajaan negeri yang lebih baik dalam membela kebajikan rakyat dan telus tentang kemana wang ringgit kerajaan negeri dipergunakan.

Jangan masa berceramah pilihanraya saja pandai kutuk orang sana sini, tetapi bila telah diberikan kuasa, sibuk-sibuk nak ambil alih kerja Sultan.



Kerja awak apa?

2 ulasan:

Sutera Timur berkata...

Wahai MB.baru Perak semasa memerintah kita hendaklah berhemah barulah boleh lama ,sebab kalau kita gopoh macam diterengganu dulu,nampaknya sepenggal jelah boleh memerintah.Rakyat sedang
memerhatikan setiap tingkah laku mu.
Kalau macam ni caranya apa lebihnya pakatan rakyat dgn barisan nasional dah jadi 2 kali lima juga.ha..ha..ha..
Sabar...biarlah kita bertertib terni supaya nanti nak muziumkan UMNO konon termuzium PAKATAN RAKYAT PULA....TAK KE NAYA TU....

Tanpa Nama berkata...

....tetapi sebagai kakitangan kerajaan yang makan gaji jangan pula tunjuk lagak,walaupun MB itu bos dari parti lain.

Otak udang macam inilah yang dijajah oleh UMNO dulu kini dan selama2nya.