Jumaat, Mei 02, 2008

Perginya Seorang Tokoh Automotif Melayu Terbilang...Al-Fatehah.

(Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin sedang mencuba sebuah motosikal keluaran Naza Motor.)


Pengasas kumpulan Naza meninggal dunia di Los Angeles

02/05/2008 11:05am

WASHINGTON 2 Mei - Pengasas dan Pengerusi Kumpulan Naza, Tan Sri S.M Nasimuddin S.M Amin meninggal dunia akibat kanser paru-paru pada Khamis pagi di Los Angeles, California.
Nasimuddin, 53 yang juga Ketua Pegawai Eksekutif konglomerat itu, menerima rawatan penyakit kanser di sebuah hospital swasta di Long Beach sejak Januari tahun ini, kata Konsul Malaysia Ahmad Asmawi memberitahu Bernama melalui perbualan telefon dari Los Angeles.


Ahmad berkata isteri Nasimuddin, Puan Sri Zaleha Ismail dan anak-anak mereka berada di sisi Allahyarham ketika beliau menghembuskan nafas terakhirnya pada kira-kira pukul 9 pagi waktu tempatan Khamis pagi.

Persatuan Islam Malaysia Amerika Utara akan menguruskan penghantaran jenazah beliau ke Malaysia dan mengadakan solat jenazah di Pusat Islam.

Jenazah Allahyarham akan diterbangkan ke Malaysia dengan pesawat Penerbangan Malaysia MH 94 pada pukul 1.40 pagi Sabtu pagi, kata Ahmad. - Bernama


2 ulasan:

Elhakim berkata...

eltuan elmoderator,

elfatihah jua. ke atas si-arwah.
semoga rohnya dicucuri rahmah.

sila check dulu biodatannya.

AbGJaS berkata...

Salam Moderator,
Moga roh arwah dicucuri rahmat Allah S.W.T. - AlFatihah.

Teringat abgjas akan juga seorang tokoh muda korporat yg terkorban di usia (helikopter terhempas ketika hendak menziarah ibunya di Kelantan) di tahun 90 an dulu.

Tak sedikit jasa bakti yg mereka tinggalkan.