Rabu, Mei 07, 2008

RAJA PETRA MASUK JEL!

Foto Ihsan Malaysia Today.

Foto Ihsan Malaysia Today.

Raja Petra dikeliling kawan-kawan yang sentiasa memberikan sokongan jitu.
Turut kelihatan beberapa Ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat, Nurul Izzah Anwar, Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub. Foto Ihsan AGENDA DAILY.


Akhirnya pengendali laman politik 'Malaysia Today' dituduh di bawah Akta Hasutan 1948 di Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana menerbitkan artikel berkaitan pembunuhan wanita Mongolia, Atantuya Shaariibuu di laman blognya, dua minggu lalu.

Raja Petra bersikap tenang sepanjang prosiding serta mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nurmala Salim.Baca lagi...

Mengikut pertuduhan, Raja Petra didakwa menerbitkan satu artikel bertajuk ``Let’s Send The Altantuya Murderers to Hell’’ yang mengandungi ayat-ayat menghasut di laman web Malaysia-Today yang mempunyai alamat web http://www.malaysia-today.net.
Di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta hasutan 1948, Raja Petra boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta yang sama iaitu denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Nurmala membenarkan Raja Petra dibebaskan dengan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan perbicaraan selama lima hari bermula 6 Oktober depan. Bagaimanapun, Raja Petra memilih untuk tidak membayar wang ikat jamin dan dia telah dibawa ke Penjara Sungai Buloh pada kira-kira pukul 3.15 petang ini.

Hadir sama di mahkamah Jalan Duta tadi ialah orang kuat DAP Lim Kit Siang,ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar,Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub dan Ketua Penerangan PKR Tian Chua.Raja Petra yang ditemui para wartawan kata beliau tidak gentar.Beliau juga mendakwa ini satu tindakan politik dan tiada apa-apa bukti terhadapnya.

Raja Petra diwakili oleh barisan tujuh peguam yang diketuai oleh Karpal Singh. Manakala pendakwaan dibuat oleh Timbalan Pendakwaraya, Nordin Hasan. Baca lain...

5 ulasan:

Noushy Syah berkata...

Wow...another ISA? Read about his article regarding the murder of that Mongolian woman and so sorry for the family...imagine your child or family been killed in such elite-up to date weapon/bomb in foreign country,how devastated more than you can imagine!

This is the same person that been interviewed in the TV a fortnight ago rite?

rastom berkata...

Tuan Pendekar Moderator,

Ini Raja dalam banyak banyak Raja yang berani! Mesti jaga ini raja baik baik. Dulu ada seorang anak raja yang turun istana jadi papa-akhirnya dikenang mungkin sampai kiamat - namanya gautama.

AbGJaS berkata...

Hi Moderator,
Jelas sekali hasutan itu cuma bersifat politik, tiada ketenteraman awam yg terjejas.
Siapa yg mengarahkan dakwaan/penangkapan RPK tu? Satu bentuk salah guna kuasa juga kan? Spt isu buku '50 dalil' dulu..

BTW, that was the guy Noushy.

Mak Su berkata...

hhhmmmmmmm

norazimah mohamad nor berkata...

Salam perjuangan

KENANGAN 1998 DI DEPAN PINTU SOGO

Saudara,

Kenangan 1998,tidak boleh kita lupakan dan itu adalah asas permulaan perjuangan dan ianya mesti kita teruskan.

Terima kasih di atas kesudian saudara menjengok blog nora.

IKHLAS DARI