Sabtu, Mei 03, 2008

Foto labah-labah keturunan Gua Sur.


Imej Makro ini baru dihasilkan sebentar tadi. Lokasi? Dalam bilik mandi. Klik untuk imej yang lebih besar.


Lihatlah betapa Agungnya tanda-tanda kebesaran Allah swt. Sejenis spesis ribuan tahun. Unik... kompleks dan penuh berseni. Moyang labah-labah ini pernah menyelamatkan 2 manusia kekasih Tuhan di Gua Hira' ribuan tahun dahulu. Muhammad bin Abdullah saw. dan Abu Bakr as SiddiQ semasa dikejar oleh malaun-malaun kaum Quraisy yang takut kuasa politik ditangan mereka hilang apabila datangnya Utusan Allah. Sejenis makhluk ciptaan Allah swt yang sungguh besar jasanya dimana kerana khidmat Tuan Haji Spider inilah maka Islam dapat berkembang dimuka bumi. Pernah anda terfikir? Mr. Spider hanya menjalankan tanggungjawabnya sebagaimana yang telah diperintahkan -NYA. Misinya "Selamatkan Rasulullah!" and then mission accomplished....


Labah-labah mana tau buat kerja politik kotor... dia takder kepentingan projek...hati dia bersih...jadi tolonglah jangan pi bunuh labah-labah sesuka hati. Dia pun nak hidup...
(Terima Kasih buat pengunjung blog 'Tanpa Nama' ...yang sudi membetulkan lokasi gua sebenar. tQ)

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

pembetulan...
bukan gua hira'
tapi gua sur daa..
alip..mim..nun..wau
alip tendang wau..
sarkiss

Tanpa Nama berkata...

Assalammualalikum,
Akhi, Gua Hira' dan Gua sur adalah dua tempat yang berasingan. Gua Hira ada tempat nabi mendapat wahyu, dan gua sur tempat persembunyian. Tolong check balik sejarah dan tempat. Saya telah melawat dua tempat ini di musim haji baru lepas dan sempat memanjat bukit hira. Jabar Sur saya cuma d kaki sahaja.