Rabu, Oktober 21, 2009

TESCO, CARREFOUR & GIANT BUNUH BUDAYA NIAGA RAKYAT MALAYSIA

APAKAH INI KEBANGAAN KITA?
Bagaimana kalau satu hari nanti selepas penat bekerja dibawah telunjuk orang lain semenjak bertahun-tahun lamanya dan kita teringin buka perniagaan sendiri seperti Kedai Runcit contohnya. Kita pun mesti teringin jadi Big Boss. Mampukah kita bersaing dengan Gedung-Gedung Besar ini. Mereka dapat harga yang dah tentu murah sebab mereka Pemborong Besar. Inilah dia Sistem Ekonomi Kapitalis yang secara senyap dianjurkan oleh Yahudi Zionis. Dan diterima pakai oleh seluruh dunia.
Kata nak suruh orang Melayu BELAJAR MENIAGA???


Ditulis Oleh HISHAMUDDIN RAIS

Dari negara atas angin - ianya datang dengan angkuh sekali. Besar tersergam - besarnya lebih besar dari semua yang besar. Orang ramai – orang ulu dan orang bandar - tercengang melopong – masuk lalat keluar cacing. Lalu orang ulu dan orang bandar berlabon sesama sendiri tentang betapa besarnya ‘unggun’ ini.

Orang ulu dan orang bandar tidak pernah melihat gunung yang sebesar ini. Mereka tidak pernah melihat pintu yang seluas ini. Maka mereka terus melangok dan melopong. Lalu orang ulu dan orang bandar ini mengheret anak anak mereka untuk turut sama menebeng dan melangok

Datuk Bandar tersenyum apabila melihat orang ulu dan orang bandar berduyun duyun datang untuk menyembah ‘unggun’ besar ini. Juak juak istana pun berkata inilah kejayaan yang telah di bawa. Inilah dia apa yang dipanggil pembangunan. Inilah dia kejayaan.

Jangan lupa wahai orang ulu dan orang bandar lima tahun lagi undilah aku sekali lagi.

Adalah seorang Mamat yang telah melihat ‘unggun’ ini. Dalam tercengang dan terlopong. Si Mamat ini hampir tidak percaya apa yang dilihat. Maka dianya pun berlari lari pulang ke kampongnya yang maha jauh di hulu. Maka apabila si Mamat sampai ke sebuah pekan di hulu maka dia pun bercerita pada kawan dan taulan. Maka ramailah anak muda melopong dan ternganga apabila mendengar kesah ‘unggun’ yang besar dari negara atas angin ini.

Maka cerita dan kesah ini sambung menyambung. Maka sampailah cerita ini kepada Tok Sidang lalu Tok Sidang membawa kepada Tok Khatib lalu di bawa kepada Tok Penggawa lalu di bawa kepada Tok Guru. Tok Guru yang belum pernah melihat ‘unggun’ yang bagini besar seperti yang di kesahkan amat amat berahi. Maka si Tok Guru telah menghantar wakil untuk menjemput tuan empunya ‘unggun ‘ agar datang membawa unggun ini ke kampongnya.

Demikianlah kesah adanya:

Hari ini kita semakin diasak oleh kaum pemodal antarabangsa untuk membuka pasaran dalaman negara kita. Dengan licik sekali kaum pemodal antarabangsa melalui jaringan badan-badan dan lembaga dunia seperti World Trade Organisation, FTA, APEC, Bank Dunia telah memaksa negara-negara di Asia, Afrika dan Latin Amerika untuk membuka pasaran mereka. Semua dilakukan berasaskan akidah dan firman : perdagangan bebas.

Justeru – hasilnya - negara kita sedang dilanggar oleh bencana unggun besar dari gedung Carrefour , Tesco dan Giant.

Gedung-gedung membeli belah ini sebenarnya adalah musuh kepada kita semua – musuh yaang datang dari negeri atas angin.

Memang sekali pandang kita akan melihat gedung-gedung memberi khidmat kepada pelanggan. Ini adalah pandangan yang amat juling dari mata yang bula. Pandangan juling ini lahir dari sesiapa sahaja yang tidak memiliki fikrah atau fikrah yang telah bonsai.

Amat disedari bahawa ramai warga berbangga dengan wujudnya gedung gedung ini yang dikatakan memberi khidmat dan keselesaan kepada mereka. Tetapi pendapat ini adalah pandangan juling berjangka pendek – sependek keupayaan otak mereka berfikir.

Betul – sekali pandangan – gedung ini sedang melambakkan bahan-bahan keperluan harian dari sayur mayur, ikan, daging, keperluan dapor, pakaian, pinggan mangkok, perhiasan rumah - malah semuanya ada untuk keselesaan para pembeli. Hanya gajah dan telor naga sahaja tidak ada – yang lain semua ada.

Disebalik semua keselesaan ini – ada racun ekonomi - yang sedang di bawa oleh gedung membeli belah ini. Racun ini meresap dengan perlahan-lahan tetapi yakinlah ianya akan membawa porak peranda ke atas ekonomi kita.

Dalam masa berjangka panjang gedung-gedung ini adalah pemusnah asas ekonomi negara bangsa. Dalam jangka panjang gedung-gedung ini akan menindih, menghimpit dan akhirnya akan mematikan perniagaan tempatan. Dalam jangka panjang gedung gedung ini akan membunuh kedai-kedai kecil. Akan mematikan petani kecil. Akan melupuskan Tok Peraih. Akan mengkebumikan kedai-kedai anak beranak – kedai adik beradik - yang berniaga di pekan dan badar yang menjadi watak pekan pekan kecil kita semenjak beratus tahun.

Ini bukan pandangan orang politik. Orang politik hanya dapat melihat dengan adanya bangunan tegak berdiri maka dengan bangganya mereka menjerit dan melolong - inilah dia pembangunan yang mereka bawa. Para politikus inilah yang membenarkan gedung gedung ini semakin berselirat di tanah air kita.

Wajib kita sedar - ramai orang politik ini tidak faham tentang ekonomi politik. Ilmu politikal ekonomi mereka amatlah kontot lagi cetek. Pembacaan dan pengkajian ekonomi mereka amatlah terhad. Tetapi mulut dan poket mereka amatlah besar. Kerana mulut besar dan akal kontot maka mereka tidak memiliki keupayaan untuk membuat kerja-kerja lain. Yang terbuka hanya menjadi orang politik atau macai politik atau menjadi rakan tidur kaum pemodal antarabangsa.

Orang politik yang tidak memiliki kesedaran ekonomi ini telah dilobi dan dirasuah oleh tuan empunya gedung. Orang-orang politik ini dijadikan orang depan – mungkin diberi saham/mungkin diberi menjadi ahli lembaga pengarah/mungkin diberi amoi - untuk melobi pengelulusan lesen-lesen agar gedung-gedung ini dapat membeli tanah-tanah di kawasan yang stratejik untuk beroperasi dalam tanah air kita.

Memang betul – sekali imbas – dilihat gedung-gedung ini memberikan harga yang murah berbanding dengan kedai runcit di pekan kecil. Memang betul dibawah bumbung gedung ini kita dapat memilih semua yang kita perlukan. Memang betul kita selesa dengan kesejukan hawa dingin ketika membeli belah dalam gedung gedung ini.

Tetapi waspada. Gedung berjaya meletakan harga yang murah kerana mereka menjual dengan volume/jumlah yang amat banyak. Ini dapat dilakukan kerana gedung ini datang dengan modal yang mengunung. Gedung-gedung ini bukan lagi membeli barangan dari Tok Peraih dari kampong sana dan kampong sini. Gedung ini memiliki segala macam gudang untuk mengeluarkan barangan yang akan dijual digedung mereka sendiri.

Untuk gula – gedung ini bukan hanya memiliki kilang gula malah memiliki ladang gula. Bagitu juga untuk tepong – bukan hanya kilang malah ladang gandum sendiri dimiliki oleh gedung ini. Bagitu juga untuk ayam , daging, sayur dan barangan dalam tin atau kotak. Semua adalah milik gedung ini.

Jika kilang itu bukan milik gedung ini seratus peratus besar kemungkinan tuan empunya gedung ini memiliki saham dan kepentingan dalam apa sahaja barangan lain yang akan di jual di dalam gedung. Banyak bahan bahan yang dijual datang dari negara atas angin. Justeru kapal laut dan kapal terbang juga dimiliki oleh gedung ini untuk menghantar barang-barang.

Tesco adalah syarikat membeli belah yang ketiga besarnya dalam dunia. Jaringan kepentingan gedung ini berselirat diseluruh dunia. Kerana ianya bagitu besar maka syarikat ini boleh menentukan harga barangan yang ingin dibelinya. Gedung ini boleh menekan harga bahan yang ingin mereka beli. Ini berlaku apabila mereka telah memonopoli pasaran.

Akan sampai satu ketika di mana kedai kedai kecil tempatan akan lupus kerana tidak dapat menandingi gedung gedung ini. Kedai-kedai runcit di pekan kecil akan tutup. Tok Peraih dan peniaga kecil – pekebun yang bejaja sendiri – akan lupus. Mak Cik penjual sayur, Pak Cik penjual ikan, Abang penjual daging di Pasar Khatijah akan hilang dengan sendirinya apabila Tesco muncul di Kota Bahru. Pasar borong Selayang atau Pasar Chow Kit akan terkapai kapai apabila gedung –gedung ini terus dibiarkan berkembang.

Gedung-gedung ini sedang membunuh pekan pekan kecil. Gedung-gedung ini yang akan mengambil tanah yang amat luas untuk dijadikan tempat letak kereta. Perhatikan rupa bentuk gedung ini. Ianya tidak memiliki nilai-nilai estetika tempatan langsung. Ianya bukan pekan atau bandar. Gedung ini adalah unggun yang menyesakkan pandangan.

Tidakkah disedari bahawa gedung ini tidak akan melahirkan silatulrahim antara pembeli dengan penjual. Tidak ada hubungan kemanusiaan antara si pembeli dengan si penjual – kerana yang menjual hanya kuli-kuli yang diupah seperti robot. Ini amat berbeza dengan hubungan kemanusian antara Mak Cik menjual sayur di pasar Khadijah dengan si pelanggannya. Mereka berkenal suai. Mereka berbual. Mereka merayakan diri mereka sebagai manusia. Mereka bukan hanya robot yang kerjanya hanya membeli sebagai konsumer.

Sedarlah - di kota-kota tradisional di Eropah – gedung-gedung ini dilarang untuk menjalankan perniagaan didalam badar. Mereka dinyahkan ke luar kota. Gedung ini tidak dibenarkan merosakan rupa bentuk kota asli. Kota San Sebastian di utara Sepanyol terus tidak membenarkan gedung ini dibuka didalam pekan. Gedung-gedung ini dilihat sebagai pemusnah budaya tradisional Sepanyol.

Dalam negara kita – kita amat juling – kita amat songsang. Kita gagal untuk melihat mudarat yang dibawa oleh gedung gedung ini. Kita dengan tidak tentu hala – tidak senereh harah mengikut kata orang Negeri Sembilan - merasa bangga kerana wujudnya ‘unggun’ ini di sebelah kawasan rumah kita. Inilah contoh fikrah yang bonsai. Inilah contoh slogan lompong : rakyat didahulukan. Tetapi sebenarkan orang yang berslogan – rakyat didahukukan itu sedang medahulukan kepentingan pemodal antarabangsa.

Tidakah ada kesedaran bahawa gedung ini sedang mengambil alih pekan pekan kita. Tidakkah disedari gedung gedung ini akan membunuh pasar malam kita.(TT)

Sabtu, Oktober 17, 2009

NAJIB PUN ADA TELOR !

Yeaahhh...Steady Tok Jib! Like father like Son... Camni baru betol anak Arwah Tun Razak...Baru ade class!!!

Sistem Kuota telah pun menjadi sejarah. Berjayakah langkah pemulihan UMNO yang diambil Najib?

Mak aiii...lepas ni dah takde lagi laa orang nak support kite stay kat Hotel Pan Pacific, Makan sambil lepak-lepak kat Riverside Restaurant... dan pi melancong kat Langkawi. Ni sape punyer idea ni hah!!! Cisss....rugi...rugi...rugi besau ni, hampeh tul! bak kata P. Ramlee ini baru betol; Masuk angin keluar asap...

SYABASSS DAN TAHNIAH KEPADA NAJIB TUN RAZAK. Syabas kerana berani menjadi pemimpin yang handal, tidak takut kepada persaingan jawatan Presiden UMNO. Tahniah kerana berani membawa halatuju UMNO kearah Perubahan Besar. Baca lain...

Ekoran pemansuhan sistem kuota pencalonan untuk jawatan parti , termasuk Presiden dan Timbalan Presiden. Bukan senang hendak melaksanakan tindakan nekad sebegini. Baca lagi...

Dengan pemansuhan tersebut setidak-tidaknya Najib telah mendedahkan dirinya kepada satu kedudukan yang teramat-amat bahaya.


1) Kemungkinan besar beliau akan dicabar dimasa-masa hadapan tanpa ada lagi ‘Perlindungan Sakti’. Tangkal kebal Najib sudah dilucutkan. Sudah dibaling jauh-jauh. Berkemungkinan juga Najib takut mendatangkan syirik Kubra... heh!

2) Beliau akan dikenang dan diangka sebagai seorang Presiden UMNO yang berjiwa besar yang sanggup meletakkan kepentingan Demokrasi Parti daripada kepentaingan sendiri. Dengan ini sekurang-kurangnya imej hitam yang terpalit semenjak Kest Altantuya akan dilunturkan sedikit demi sedikit. Walauapaun Keberanian Najib masuk Gelangan Pertarungan telah membuktikan beliau sebagai Berpantang Maut Sebelum Ajal.

3) Masih ada Harapan untuk membersihkan amalan RASUAH didalam UMNO, yang mengikut prosedur parti. Sperti yang cuba dibuat oleh Anwar Ibrahim satu masa dahulu. (kononnya)


4) Membebaskan UMNO daripada cuba mewujudkan sistem DIKTATOR dimasa hadapan. Sistem Cengkaman Kuku Besi sukar dilaksanakan. Kerana Presiden bisa dijatuhkan.


5) Dengan pemansuhan sistem kuota yang tidak demokratik ini; penambahan bilangan ahli UMNO berkemungkinan akan bertambahan jumlahnya. Kerana semua ahli UMNO layak menentukan siapa yang layak menjadi ketua mereka. Seseorang pemimpin yang bertanding jawatan penting tak akan mampu merasuah semua ahli... Kalau degil nak kasi rasuah jugak; alamatnya Bukit Emas bertukar jadi Busut Jantan lah gamaknya.

Walau apapun kritikan pembangkang selepas ini, sekurang-kurangnya Najib telah membuktikan bahawa beliau sebagai Anak Jantan yang tidak takut dicabar.

Sekali lagi...SYABASSS NAJIB... kerna telah melakukan tindakan yang betul-betul nekad. Selepas ini siapa yang mahu menjadi Presiden UMNO harus berani seperti Tok Jib.

Seperti kata seorang perwakilan Veteran UMNO yang berucap beberapa hari lepas...(lupa namanya)

”Sekurang-kurangnya Najib Razak ada telor...”

Khamis, Oktober 15, 2009

PEMUDA FASIS VS SESUMPAH LIDAH BERCABANG...sape menang, sila angkat tangan!

Kami Sokong!!! Buat laa apapun, Kami tetap sokong! Sekali lihat foto diatas saling tak tumpah macam Facist Party. Kalau Adolph Hitler dan Mussollini hidup lagi time ni...mesti depa ketawa berdekah-dekaaahh kah kah kahhhhhh. Sampai tercabut itu misai kontot itu pesakit jiwa yang bernama Hitler! Tengok tuu...cara angkat tangan pun macam sama... Aduhai....pening-pening... Bro...ni dah masuk tahun 2010... ubahlah sikit kaedahnya...jangan sampai kena gelak!


Ada satu pertanyaan penting. Bolehkah sekat ‘budak nakal’ yang bernama Nuar Berahim? Betul boleh sekat? Betol-betol boleh sekat ke dol? Setahu kita selama ni memang itu ‘sesumpah lidah bercabang’ dah lama kena sekat. Haram dah tak pernah masuk suratkhabar laamaaaaa...!



Sekali pun gambar Nuar Berahim tak pernah masuk.
Pemuda UMNO cakap; “"Mungkin Anwar telah berjaya dengan helahnya terhadap sebahagian generasi muda yang tidak pernah kenal siapa Anwar yang sebenar – seorang chameleon politik, sesumpah yang berubah warna mengikut musim dan ketika melompat dari pohon ke pohon; makhluk pelbagai alam.



Tapi awak, kita rase laa kan... (ewah main awak-awak laa pulaakk); dalam politik memang ramai yang dalam bertukar jadi sesumpah. Cakap tak pernah tetap. Sapa yang jadi boss, semua pakat sokong. Pakat cium tangan dan cium kaki. Jangan sampai cium molot sudah!


Pemuda UMNO bantai Pak Sheikh lagi...” "Tetapi Umno dan Pemuda Umno ingat sejarah sebenar Anwar, dan kami akan memastikan Penglipurlara Lidah Bercabang Dua ini tidak akan sekali-kali sampai ke Putrajaya," kata ketua pergerakan itu Khairy Jamaluddin di persidangan agung Pemuda Umno 2009 hari ini.

Punyalah media massa sekat, sampai memang besau kawan tu. Maka Pemuda Umno kena kaji balik taktik sekat menyekat ni. Macam dah tak laku jer. Rakyat sekarang bukan bodo, main percaya apa semua cakap Menteri. Kalau nak tau, itu budak nakal Nuar Berahim dapat menang besau dalam pilihanraya 2008 dulu disebabkan taktik sekat menyekat yang tak habis-habis ni la. Carik lah modal lain...sebab kita takut makin disekat makin naik tocang Nuar Berahim... Lagi ligat dia main gasing!
Asal berhimpun jer...mesti bantai Nuar Berahim. Asal berhimpun jerr
mesti Pak Sheikh jadi topik sasaran.


Nasihat aku satu jer, rentikanlah kerja-kerja bodo ni sebelum terlambat. Tak pasal-pasal Nuar Berahim dapat publisiti percuma. Maka makin harum semerbaklah nama Nuar Berahim di seantero Tanah Malaya. Berhenti sekarang sebelum terlambat! Kalau sekali sekal no hal...tapi kalau dah selalu sangat...orang naik menyampah beb!

Jangan tak tau, aku pun bukan berkenan sangat dengan Pak Sheikh ni. Pandai berlakon ni. Depan melayu cakap lain. Depan cina cakap lain. Depan HINDRAF pun sama. Semua wokeh! Sampai tak tau cakap mana yang boleh kita pakai. Nuar Berahim suka cakap berapi-rapi, tapi sayang sebab banyak auta...Cakap lawaaa boleh laa...


Pemuda Am No! sambung lagi; “
"Pakatan pembangkang tidak berprinsip seperti mana BN, kerana mereka tidak pun berpegang kepada perlembagaan."Jika tidak, mengapa DAP, misalnya, tidak habis-habis menyerang kedudukan Raja-raja Melayu, bahasa Melayu dan agama Islam dengan dibantu oleh PAS dan PKR yang langsung menolak ke tepi prinsip asas negara?" katanya di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Baca kasi habis....


Siap ada pertandingan berbalas pantun lagi:


Anak Batak mudik bergalah
Digigit nyamuk habis lebam
Pakatan retak menanti belah
Remuk di dalam dipendam-pendam


Batang cempedak pohon pedada
Buah peria di dalam dulang
Pakatan pembangkang temberang belaka
Janji bak lidah tidak bertulang


Riuh-rendah di pintu muara
Lebai Kassim membuka silat
Pembangkang gian tamakkan kuasa
Batu api perpecahan rakyat

(hah! bebudak reformasi kat bangsar tak terjawab pantun ni...kahkah kahhhh)


Alaa...korang pun 2x5 jugak. Setakat berpantun bole laa... Realitinya korang kaut duit bilion-bilion...tender sana sini semua korang bolot.

Nanti esok-esok bila Anwar Ibrahim masuk UMNO balik, pastu bertanding menang besau sampai jadik orang penting. Maka si Anwar Ibrahim ni laa dijilat tapak kakinya...


Dua pihak kutuk mengutuk bukan sebab nak membela rakyat macam aku ni; tapi lebih sebab nak kan sangat jawatan. Supaya semua tender yang berbilion ringgit boleh dibolot...

Bagi laa sikit....baru aku bole sokong... kah kah kahhh kahhhhh...

Rabu, Oktober 14, 2009

FOTO BALA TENTERA PAS


Macam tak nampak pun bendera geng-geng Pakatan Rakyat yang lain? Kata kawan...Oh ya baru nampak ada 2 bendera DAP yang kecik tu. Al Maklumlah buat penyedap hati...kah kah kahhhh...

Foto ini diambil daripada HarakahDaily. Berkemungkinan gambaran perarakkan calon semasa pilihanraya bagan Pinang. Wah! hebat sungguh... tapi...tapi.... KALAAHHH!!! Kalah besar beb! Tapi apa nak buat...dah kat situ kubu kuat Mr. ISA. Letak Presiden Obama pun...tetap kalah!

Aku kesian dengan puluhan ribu penyokong PAS; sebab kebelakangan ini para pemimpin atasan PAS sudah hilang taring. Jadi 'bahan buli' oleh DAP dan keADILan. Asyik kena perli memanjang. Kalau ada kenduri kendara budak-budak PAS jadik tukang basuh pinggan. Yang pakai kopiah puteh ni setakat jadi penanggah kenduri kampong. Sementara DAP & keADILan dah jadi macam Raja Bersiong. Silang panggong! Depa makan daging, sisa-sisa tulang campak kat bawah kais budak-budak PAS makan... Baik sungguh hati depa!

Betol-betol jadik Kuli Batak! Macam barua...

Wahai Tok Guru...takkan tak nampak???

Kisah MAHAFIRAUN & Guli TEMPAYAN ISA Samad...

Amacam bro', kiut tak gua? Retro style... steady Mr. ISA...


Kalau orang tua bagi nasihat kena dengar. Jangan sesekali melawan nak tunjuk eksyen. Dr. M cakap; “Jangan pula ada yang mendakwa, walaupun mereka jelas terlibat dengan rasuah, tidak salah jika dicalonkan, bahkan jika mereka dilantik menjadi menteri kewangan,” tulis Dr Mahathir dalam blognya. Baca lagi...

“Saya gembira kerana saya salah dalam masalah calon bagi pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang”.

“Saya percaya BN akan menang walau siapa pun jadi calon, tetapi mungkin kemenangan yang tidak sebaik 2008.

“Tetapi kemenangan yang diperolehi oleh Isa (bukan ISA) amatlah mengkagumkan,” tulis Dr Mahathir lagi.

Ingat Rasuah tetap kena tolak. Rasuah itu dosa. Bukan kebanggaan. Kuasa tu amanah. Bukan kesempatan nak isi wang banyak-banyak dalam karung guni. Kaya pun tak guna; kalau makan duit haram. Menang pun tak guna; kalau dengan cara haram. Jiwa tak tenang.

Cuma berkemungkinan budak kiut miut ISA Samad; kena ‘naya’ dengan kawan-kawan sepermainan guli dalam UMNO. Guli ISA kena ‘pakuk’ cukup-cukup sampai terkeluar petak.
Namun selepas kegumbiraan di Bagan Pinang, ISA dapat guli kapur baru. Guli Tempayan!
Kita lihat pulak lepas ni guli sapa yang kena pakuk dengan guli Tempayan budak kiut miut daripada Port Dickson.

Apapun nasihat Maha Firaun (gelaran budak-budak Refoorrrmasi) kenalah ahli UMNO dengar.
Itupun kalau nak selamat. Kalau tak alamatnya, bungkusss....

UMNO TAK AKAN TUMBANG! Kenapa ya???

Muhyiddin: Jib, kau jangan risau. Next election kita kasi tutur cukup-cukup sama itu Nuar Ibrahim. Dia takkan jadi PM punya. Sebab aku sudah kasi standby Meriam Besau. Tunggu green light kau jer.
Najib: Kau jangan over konfiden sangat Din. Aku takut nanti itu Meriam Besau makan tuan. Nuar Berahim tu dulu boss aku.


Muhyiddin kata UMNO akan bangkit semula. Saling tak tumpah macam Parti Kuomintang di Taiwan dan Parti Kongres di India. Apakah betul? Ramai yang berharap telahannya betul dan tepat. UMNO parti GERGASI; dan Gergasi memang payah nak tumbang. Pilihanraya 2008, Gergasi ini sakit teruk. Kena pukul dengan Belantan Sakti oleh Pak Sheikh. Tapi yang peliknya tak tumbang-tumbang jugak. Ilmu apa yang dipakai oleh ini Gergasi, nampaknya Pakatan Rakyat kena kaji balik.


"Umno mampu menempuh cabaran ini dan memenuhi harapan baru. Ini kerana Umno adalah parti yang pragmatik dan pantas membaca keadaan serta berani membuat perubahan," katanya ketika merasmi serentak perhimpunan agung Wanita, Pemuda dan Puteri Umno di PWTC di ibu negara malam ini.


Pas, Keadilan dan DAP tak sabar-sabar nak tengok ini Gergasi tumbang dalam ‘next election’. Tapi kalau kita tengok balik ‘virus B1N1’ sudah berjangkit pulak pada puak-puak dalam Pakatan Rakyat. Tak habis-habis bertelegah sesama sendiri.


Lagi pula itu GERGASI yang bernama UMNO sudah dapat pil tenaga batin daripada Negarawan Berjasa yakni Dr. M.


Dulu time Pak Lah, Dr. M tak pernah bagi penawar. Hari ini Dr. M bermurah hati bagi ‘pil rahsia’ pada Najib Razak. Maka tenaga batin GERGASI nampak macam dah nak sembuh. Sampai itu budak kiut miut , ISA Samad dapat menang besau kat Bagan Pinang.


Muhyiddin kata jangan main cucuk-cucuk. Jangan jadi Batu Api. Teriaknya, ahli parti perlu mematikan agar tidak ada lagi antara "kita yang menjadi batu-api, batu ronson, kaki-cucuk, talam dua muka, pepat di luar, rencong di dalam, dan si Kitol yang lidah bercabang, langkah menyilang. "Tidak ada lagi perpecahan dalaman, tidak ada lagi team A-team B seperti dulu, tidak ada lagi gerakan jatuh menjatuhkan pemimpin, tidak ada lagi budaya ugut-mengugut, dan tidak ada lagi perebutan kuasa sehingga parti menjadi mangsa. Yang ada hanya satu wadah, satu pasukan, Satu Umno!" katanya. Tepok! Tepookkk!


Disambungnya lagi, Muhyiddin mahu ahli parti itu mengambil pengajaran dan keinsafan daripada yang berlaku pada Parti Golkar di Indonesia yang tidak lagi sekental dulu dan Parti Nacionalista di Filipina telah lama tumpas. "Yang paling mutakhir tumbang ialah Parti Liberal Demokratik (LDP) di Jepun yang telah banyak berjasa membangunkan semula negara Jepun selepas Perang Dunia Kedua."Apakah yang menyebabkan parti-parti ini kecundang? Apakah jasa dan bakti parti-parti ini kepada pembangunan, kemajuan dan kemakmuran negara masing-masing tidak lagi dikenang oleh rakyat? Apakah rakyat mempunyai kehendak dan aspirasi yang berbeza daripada apa yang mampu ditawarkan oleh parti-parti ini? Atau apakah parti-parti ini menjadi angkuh dan pemimpinnya tamak oleh kerana terlalu lama berkuasa?" soalnya.


Dan yang selebihnya, anda baca sini .Malas nak tulis, sebab panjang sangat nasihat oleh TPM kita ni.

Tapi jangan nanti bila itu GERGASI dah bikin ‘full recovery’; PM dan TPM mula nak bergasak balik.

Ala macam kisah dulu-dulu tu...takkan tak ingat kot...

Isnin, Oktober 12, 2009

MIA - PAPER PLANES uncensored version

Buat kawan-kawan yang bencikan A.M.Eeee.R.I.KA!

tapi suka pakai baca novel-novel Stephen King dan sarung jeans Levi's 501 seperti a.k.u.


ini lagu betol kewl...dia punya lirik memang propaganda anti-Amerika...

tembak orang.ambik wang.

Sabtu, Oktober 10, 2009

Ahad, September 20, 2009

FOTO 'MALAY COWBOY' BERSAMA UCAPAN AIDILFITRI...

Selamat Hari Raya Eidulfitri hanya kepada yang berpuasa...
luv u all so much...

Salam to all Muslimin and Muslimat. Mukminin and Mukminat. Sejahtera kepada manusia yang baik-baik bukan yang berperangai macam 'lahanat'.

Anak bulan telah pun nampak.Takbir kebesaran Allah telah memecah keheningan malam yang dingin... Hatiku sayu bercampur baur, sedih dan gembira...

Ku ucapkan Selamat Menyambut Eidulfitri yang mulia buat umat ISLAM diseluruh dunia, tidak kiralah dimana anda berada. Bahkan jika anda terkandas keseorangan berada di satu Pulau ditengah-tengah Lautan Pasifik, tanpa kasut raya dan songkok raya. Bahkan juga jika anda ketinggalan Bas dan terpaksa berada distesen Bas Pudu Raya di pagi Raya... Raya tetap raya!

Bersama ucapan maaf zahir dan batin. Minum sirap sampai kembong. Makan ketupat sampai pening. Berayalah selagi boleh beraya...Kepada yang memandu pulang ke desa permai dan juga yang akan kembali ke KL, nasihatku "pandulah laju-laju sehingga kereta anda terbang!" jika anda terlalu bebal untuk menghargai kehidupan bersama insan yang tersayang. Jangan sampai Ego terlampau besar hingga tak mampu ditanggung akal yang waras dan normal.

Apapun... dikesempatan ini sudah tentu aku tidak mahu ketinggalan mengucapkan Selamat Berbahagia di Pagi Lebaran buat semua "gadis-gadis yang pernah ku cintai...Muaaahhhhh" cheewaaahhh...

Kah Kaahh Kah Kahhh kahhh Kahhhh...(ketawa koboiiii)

Lastly, aku ingin berpantun...

"Malam Raya takbir bergema,
Bercahaya langit berbunga api,
Ibadah Ramadhan harap diterima,
Linangan airmata jatuh kepipi..."

i know what u did last raya! yeehaaaa...
Malay Cowboy aka. Shinri

Selasa, September 08, 2009

KASUT COWBOY UNTUK DIJUAL! - NEW CUSTOM HANDMADE DESIGN






- SILVERADO COWBOY BOOTS CUSTOM HAND MADE DESIGN
- 100% COWHIDE LEATHER (GENUINE) DIJAMIN HALAL! (Kerana kebanyakkan Cowboy Boots buatan luar negara dan bundle mengandungi bahagian PIGSKIN LINING tanpa disedari umat Islam).
- LUAR/DALAM KULIT (ALL PART LEATHER)- TAPAK KULIT. (Terdapat Cowboy Boots yang dijual murah kerana menggunakan Low Gred Leather bersama PU Lining serta TAPAK PLASTIK. Harap maklum).
- HIGH GRED LEATHER
- INTERNATIONAL QUALITY
- LIZARD PRINTED DESIGN
- BOLEH DIPAKAI SEHINGGA 15 TAHUN (JIKA DIJAGA SECARA BERKALA) MALAH ADAKALANYA BOLEH DIPAKAI SEHINGGA 20 TAHUN. SANGAT MENJIMATKAN WANG DAN AMAT BERBALOI.- LIMITED EDITION (DIBUAT HANYA DIDALAM KUANTITI YANG SANGAT KECIL). NO REPEAT BOOTS!
- BOLEH DIPAKAI SETIAP MASA DAN DIMANA SAHAJA. MALAH KETIKA MEMANDU KERETA. TIADA MASALAH.
HARGA YANG CUKUP MURAH JIKA DIBANDINGKAN DENGAN COWBOY BOOTS CUSTOM HANDE MADE BUATAN LUAR NEGARA YANG ADAKALANYA MENCECAH RM 5 RIBU SEHINGGA RM 10 RIBU DENGAN KUALITI YANG SAMA. Harap Maklum.
HARGA : RM 1050
SIZE 7, 8 & 9.JIKA ANDA BETUL-BETUL BERMINAT (SERIOUS BUYER ONLY) SILA HUBUNGI DULU : ENCIK ZARUL 016-6329694 ATAU EMAILKAN KEPADA indiestory@yahoo.com
UNTUK MEMASTIKAN TERLEBIH DAHULU JIKA STOK MASIH ADA.

Ahad, September 06, 2009

SILVERADO BLACK OSTRICH PRINT BELT WITH "NOCONA BUCKLE (USA) UNTUK DIJUAL SEMPENA AIDILFITRI - LIMITED EDITION






- Silverado Black Ostrich Print Belt untuk dijual. (BARU/BRAND NEW)
- Nocona Silver Buckle (U.S.A).
- Absolute Custom Hand Made Design.
- 100% Cowhide Leather (Genuine) Di Jamin Halal!
- LIMITED EDITION. (Dibuat hanya didalam kauntiti kecil.Hanya tinggal 5 utas)
- HARGA HANYA RM250
TALI PINGGANG YANG SANGAT TAHAN LASAK...BOLEH DIPAKAI BERTAHUN-TAHUN LAMANYA (jika dijaga secara berkala boleh mencapai semaksimum 15 HINGGA 20 TAHUN, insha'allah...DAN AMAT BERBALOI SERTA MENJIMATKAN WANG UNTUK JANGKAMASA PANJANG...
Jika anda betul-betul berminat (Serious Buyer Only) sila hubungi : Encik Zarul - 016-6329694 (sms/ call) atau email kan kepada : indiestory@yahoo.com
Wasalam.

Khamis, September 03, 2009

HADIS RAMADHAN : TERJAUH DARI NERAKA 70,000 MUSIM

1120.
Dari Abu Sa'id Al Khudri ra., katanya Rasulullah saw. bersabda : "Setiap orang yang puasa satu hari kerana Allah, maka Allah akan menjauhkannya dari neraka sejauh 70,000 musim.




(Hadis terjemahan Sohih Imam Muslim, Jilid 2, hal. 264)

Jumaat, Ogos 28, 2009

VIDEO KOBOI DIBULAN RAMADHAN...

Sekali-sekala kita layan lagu COWBOY... Baru Malay Cowbooyyyyyy...

Lagu ini sedap didengar... Video pun best. Mari tengok!

HADIS HARAM BERSETUBUH DI SIANG HARI BULAN RAMADAN


1080.

Dari Abu Hurairah ra., katanya ada seorang laki-laki datang kepada Nabi saw., lalu dia berkata : " Celakalah aku, ya Rasulullah!" Jawab Nabi saw.,"Apa sebabnya engkau celaka?" Jawab orang itu, "Aku menyetubuhi isteri ku (siang hari) dibulan Ramadhan." Tanya Nabi saw.,"Sanggupkah engakau mermedekakan seorang budak?" Jawabnya, "Tidak!" Tanya Nabi saw.,"Sanggupkah engkau berpuasa 2 bulan berturut-turut?" Jawabnya, "Tidak!" Tanyanya, "Sanggupkah engkau memberi makan 60 orang miskin?" Jawabnya, "Tidak!"


Kata Abu Hurairah ra., "Kemudian, sementara orang itu duduk, dibawa orang kepada Nabi saw. sebuah keranjang berisi kurma. Sabda Nabi saw. kepada orang itu, "Bersedekahlah kamu dengan ini!" Jawab orang itu, "Tentu kepada orang yang LEBIH MISKIN daripada kami. Agaknya tiada penduduk disekitar sini yang lebih memerlukannya daripada kami."


Mendengar ucapannya itu Nabi saw. tertawa sehingga kelihatan taring beliau. Kemudian Nabi saw. bersabda kepada orang itu. "Bawalah pulang, beri makanlah keluarga mu dengannya."


(Hadis Sohih Imam Muslim terjemahan Ma'mur Daud, Jilid 2, hal. 246)

Isnin, Ogos 24, 2009

KISAH ORANG MELAYU DULU-KALA BERPUASA (NOSTALGIA ROMANTIS RAMADHAN AL MUBARAK!)

Kalau malam-malam time bulan puasa lepak tepi tingkat ni...mesti layaaannn...confirm! Kena pulak kopi satu teko, karipap sejuk lebih berbuka tadi dan yang paling tak lupa Rokok Kretek Sekotak! Perrghhh dia punyer nikmat...hanya Tuhan saja yang mengerti... heh!

Catatan Moderator : Orang zaman sekarang dah tak merasa lagi untuk mengecapi nikmat bila masuk bulan Ramadan stail tradisional. Zaman sekarang orang lebih suka berbuka puasa di Hotel-Hotel 4-5 bintang jula juli... Ooh alangkah indahnya orang zaman dulu menikmati bulan puasa... Tulisan kat bawah ini seolah-olah macam satu Mitos. Budak-budak muda zaman sekarang ramai yang dah tercabut daripada Akar Umbi... Hmm...entah lah...

Saturday, August 22, 2009
Nostalgia Bulan Puasa Di Desa
A Kadir Jasin


SAMBIL menanti waktu berbuka puasa, teringat saya kepada bulan puasa ketika kanak-kanak dulu.Bagi pembaca dan pembahas yang segenerasi dengan saya atau yang 10 hingga 15 tahun lebih muda dan berasal dari kampung tentu masih ingat keistimewaan bulan puasa.Mula-mula sekali debaran menunggu pengumuman puasa. Waktu itu kalau tengok anak bulan, memang tengok betul-betul. Kalau tak nampak anak bulan Ramadan, tak mula puasa.Di pedalaman Kedah bukan mudah hendak dapat berita fasal tidak ramai orang ada radio. Salah satu kaedah menghebahkan puasa dan waktu puasa adalah dengan tembakan meriam di Alor Star.Kerana waktu itu belum banyak kenderaan dan tidak hingar bingar macam sekarang, bunyi letupan meriam di Alor Star boleh didengar berpuluh kilometer jauhnya, apatah lagi kalau waktu air pasang besar.Ada kalanya lain kampung lain hari permulaan puasa dan hari raya akibat tidak dapat berita atau kerana “fatwa” tok guru tempatan. Ada yang ditangkap Jabatan Agama Islam kerana tidak ikut arahan mula berpuasa dan beraya.Waktu petang saya dan kawan-kawan seusia berbasikal berkilometer jauhnya untuk membeli air batu ketul yang paling murah. Kami berebut memilih ketul paling besar. Supaya lambat cair, ketul ais itu diseliputi habuk kayu atau sekam dan dibungkus dengan kertas surat khabar. Untuk lebih tahan, kami membalutnya pula dengan guni.Waktu berbuka paling nikmat. Minum air serbat dan makan nasi serta kuih muih sampai perut menggelembung macam belon dan jatuh terlentang.Lepas itu kalau ada tenaga atau disuruh ibu bapa, kami berbasikal ke masjid untuk solat isyak, tewarikh dan makan moreh.Kalau hari cuti atau ketika cuti sekolah dan dibenarkan ibu bapa kita tinggal di masjid untuk pukul gendang raya bila sampai waktu bangun bersahur.Apabila bulan puasa jatuh ketika musim menuai, maka ramailah petani yang membanting padi pada waktu malam di bawah cahaya bulan atau lampu “goslin” (gasoline) kerana siang terlalu panas dan kehausan berpuasa.Lagipun berbuka puasa sangat meriah kerana adik berdik ramai. Bersama ayah dan emak, bilangan kami menjadi 10. Makan mesti berebut kalau ayah dan emak tak nampak. Masing-masing takut tak cukup.Demikian nostalgia. Untuk semua Muslimin dan Muslimat selamat berbuka.

Ahad, Ogos 23, 2009

HADIS TENTANG MASIH BERJUNUB KETIKA MASUK SUBUH KETIKA BULAN RAMADHAN...

1079.
Dari Aisyah ra. katanya ada seorang laki-laki datang minta fatwa kepada Nabi saw., sedangkan 'Aisyah mendengarkannya dibelakang pintu. Tanyanya, "Ya Rasulullah! Waktu solat telah tiba, sedangkan aku dalam keadaan junub. Bolehkah aku meneruskan puasa ku?" Jawab Rasulullah saw., "Aku pun pernah mendapatkan waktu solat Subuh dalam keadaan junub, lalu aku terus saja puasa." Kata orang itu, "Anda tidak sama dengan kami. Anda telah mengampuni dosa anda yang lama dan yang baru." Sabda Rasulullah saw.,"Demi Allah! Sesungguhnya aku berharap, semoga akulah orang yang paling takut kepada Allah, dan lebih tahu daripada kamu sekelian tentang bagaimana caranya taqwa."

(Hadis Sohih Muslim terjemahan Ma'mur Daud, Jilid 2, Hal. 245)

Sabtu, Ogos 22, 2009

SMS Ucapan Selamat Berbuka Puasa...Budaya baru bagi mengeratkan Silaturaheeem...


Alhamdulillah. Selesai sudah satu hari umat islam di Malaysia berpuasa. Ujian baru bermula. Keindahan juga baru bermula. Sama-sama kita memperteguhkan ajaran agama. Malam solat tariwikh kali kedua. Solat di Masjid boleh, solat dirumah pun bagus juga. Buat mana yang termampu. Sebentar tadi sebelum berbuka sempat juga aku mengirimkan SMS kepada sahabat handai. Ucapan selamat berbuka puasa dan selamat mengerjakan Solat Tarawikh. Antara yang sempat ku kirimkan sms adalah Bro Abbas, Bro Ahmend Adam (Mat Saleh UK), Abu Amer as SabaQi, Farizah, Hamka (tempat aku aku merujuk bab agama satu waktu dulu), Divesh & Adawiyah (Pemenang Program Cari Menantu Musim 1), Ustaz Jabar (Geng Adni Islamic School), En. Sifly (Bekas Tuan Rumah temapat aku menyewa dulu), Kahiruddin aka. Mr. K (haram kau tak balas ssm aku yee...ceh!), Mat Nor Octopus (mentang2 kau dah jadik Cikgu...heheheee), Hafiz (aku respek cara kau reply msg aku...short and simple...amalkan slalu) .


Kepada geng-geng yang lain...insha'allah aku akan sms kalian kemudian. Puasa panjang lagi beb!

HADIS PUASA RAMADHAN


1118. Dari Abu Huriarah ra. katanya Rasulullah saw. bersabda:

"Setiap amal anak adam dilipat gandakan pahalanya. Satu macam kebaikan diberi pahala sepuluh sampai tujuh ratus kali. Allah 'Azza wa Jalla berfirman: "Selain puasa; kerana puasa itu untuk KU. Aku akan memberi pahala bagi orang yang puasa, kerana dia meninggalkan nafsu syahwat dan nafsu makannya kerana KU. Dan bagi orang yang puasa ada 2 macam kegembiraan:
pertama ketika dia berbuka dan kedua ketika dia bertemu dengan Tuhannya. Sesungguhnya bau mulut orang puasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi."
(Terjemahan Hadis Sohih Muslim oleh Ma'mur Daud, Jilid 2, Halaman 263.)

BILA AGAKNYA ANWAR IBRAHIM DAN MAHATHIR BERTEPOK TAMPAR DENGAN MESRA DIBULAN PUASA.....Alhamdulillah...

Sekali-sekala jangan lupa kita dongakkan kepala kelangit untuk melihat keajaiban Allah swt. dibulan penuh Koromah...indah dan ceria... Tak percaya boleh try...

Hari pertama umat Muhammad saw mula berpuasa di Malaysia, suasana di antara Kuala Lumpur dan Selangor cuaca begitu nyaman sekali. Hujan turun dengan rintik-rintik kecil. Langit mendung kelabu. Semuanya kelihatan tenang. Alhamdulillahirabbil a'lamiiin...

Semua Rakyat Malaysia diselamatkan Allah swt. Hidup terus tenang dan harmoni. Walaupun politik Malaysia semenjak piliharaya tahun 2008 sentiasa bergelodak. Tidak pernah tenang. Namun rakyat jelata majoritinya hidup macam biasa. Pemimpin yang yang kat atas tu yang suka sangat bergasak dan bergaduh tak henti-henti. Kadang-kadang sampai mengenepikan nilai-nilai suci agama Islam. Berpolitiking sampai terlumpa hukum-hakam agama. Salah siapa? Bukan salah rakyat jelata. Rakyat jelata semua nak hidup damai. Tak mau nak berdaduh selalu.


Semoga dihari baik, bulan baik ini. Semua pemimpin islam tak kira parti boleh berdamai (walau sementara?) dan duduk berbuka bersama tanpa dendam dan sengketa. Sebab apa? Sebab kebanyakkan rakyat sudah mual dan jelak.

Harapan ku semoga Tok Guru Nik Aziz boleh berpeluk cium dengan Muhyidin Yasin dan Najib Razak. Begitu juga Anwar Ibrahim boleh bertepuk tampar dengan mesra sekali dengan Mahathir. Kita cuba menerima apa yang ditakdirkan Allah selama ini dengan redha...

Nasihat ini juga untuk diri Aku...