Isnin, Jun 02, 2008

Manusia : AKAL, BEKAL & KEKAL

Sang semut tiada pula berAKAL, akan tetapi mereka ini jenis CEKAL...
(foto sendiri tangkap)

manusia harus berAKAL.
manusia itu manusia. manusia bukan haiwan peliharaan.
kita ini spesies termulia. jadi mulia jika berAKAL.
jadi hina jika hilang AKAL.


nafsu dan syaitan boleh dikalahkan jika kita berAKAL.
banyak manusia jatuh kerana hilang AKAL. pemimpin-pemimpin besar jadi manusia hina terdampar ditepi jalan kerana jarang-jarang guna AKAL. difikirnya kuasa, harta, pengaruh dan tenaga itu KEKAL.
cuba bernakal-nakal, akhirnya kurang AKAL.

manusia hanya jadi betul-betul ber AKAL, jika dia tahu dirinya tidak akan KEKAL.

jadi manusia harus berakhlak baik, perjalanan panjang di akhirat dengan membawa beKAL. Mari kita selalu guna AKAL supaya tidak hilang AKAL. bila sekali sudah hilang, susah sangat mahu dapat balik.

hanya Allah swt yang KEKAL, yang lain tidak pernah KEKAL.

2 ulasan:

Mak Su berkata...

dengan akal, akan memilih iman

AbGJaS berkata...

Salam moderator,
Hati2 juga dgn org yg bertuhankan akal.
Kerana akal, Enstein menolak Tuhan.

Justeru, akal mesti dibimbing ilmu dan iman.