Selasa, Ogos 14, 2012

pejam celik. pejam celik. kita dah pun sampai ke penghujung bulan ramadhan. tak lama lagi dah nak raya.

Sabtu, Ogos 11, 2012

PERGI MASJID TAPI PERANGAI MACAM SETAN?

TERBARU! GEMPAR FOTO MONOREL TERKANDAS!


[TERKINI] Monorel terkandas di hadapan Wisma Monorail, Jln Tun Sambathan Brickfields, Kuala Lumpur. Dianggarkan 100 orang terperangkap... Kerja-kerja penyelamatan sedang dijalankan oleh Bomba....

GAMBAR TERBAIK RAMADHAN 2012

Jumaat, Ogos 10, 2012

VIDEO GEMPAR! MERIAM BULOH MELETOP DIMALAM RAYA!


PERANG DUNIA KE-4 DI MALAM RAYA!
MENYAKSIKAN PERTARUNGAN MERIAM BULOH DI MALAM RAYA.TEMBAKAN MERIAM BERLAKU DENGAN BEGITU SENGIT SEKALI, NAMUN TIADA SESIAPA YANG TERKORBAN.

FOTO SULTAN KELANTAN SOLAT TARAWIH

ni baru betul sultan berjiwa hamba.... HAMBA ALLAH!

Rabu, Ogos 08, 2012

KARTUN PUASA TAPI TAK SOLAT

FOTO MIKE TYSON DEPAN KAABAH



♥ MASHAA ALLAH ♥

Michael Gerard "Mike" Tyson Now known as Malik Abdul Aziz :)

<•> Tyson Embraced Islam On July 2, 2010 he visited MAKKAH to perform the Umrah

GAMBAR PERBEZAAN BANNER BN & PAS

GAMBAR MERCEDEZ PLAT ROOSMAH!

KARTUN ULANGTAHUN KE-60 BOM HIROSHIMA

GAMBAR KEK ULAR SAWA!



AGAK-AGAKNYA KORANG SANGGUP TAK TELAN KEK NIH?

DUIT ALAM GHAIB


AH LONG BUKIT BERUNTUNG!

FOTO HONDA ACCORD TERBARU 2013

CANTIK KAN. HARGA PUN MESTI CANTIK.



GEMPAR! GAMBAR LELAKI BERGAYUT BELAKANG BAS AKIBAT TIKET RAYA DAH HABIS


NEKAD.

"BIAR APA PUN YANG TERJADI...AKU TETAP NAK BALIK RAYA! AKU NAK CIUM TANGAN MAK ABAH..." mungkin itulah yg terdetik di hati lelaki ini. Bagaimanapun semangat Aidilfiri lelaki ini harus dipuji dan diberi setinggi-tinggi penghargaan oleh kerajaan Malaysia...

KAH KAH KAHHH KAHHHH KAHHHHHH KAHHHHHH KAAAHHHHH! BERDEKAH-DEKAH... gilo ke apa?

GEMPAR! ARTIS TERBARU JOIN PAS




SEORANG LAGI ARTIS TELAH BERTUDUNG DAN KINI TELAH 

BERUBAH UNTUK BERSAMA PARTI PEMBANGKANG!


KAH KAH KAH KAHHHH KAAAAHHHHH KAAAAHHHH 

BERDEKAH-DEKAAAAAH~!!!

skali angah rajalawak buat lawak daaar...hantu botol kicap!


MOTOSIKAL PALING JIMAT DALAM DUNIA!


TANGKI PETROL 5.6 LITER. SEKALI ISI BOLEH PERGI SAMPAI 338 KILOMETER TANGKI PENUH. BERSAMAAN JARAK KL-KUANTAN. LEBIH 100 KILOMETER JAUH DRP MODEL KAPCHAI HONDA ULTIMO SEBELUM INI.
HARGA DI ANGGARKAN DI ANTARA RM5500 - RM5900.

LEE CHONG WEI JAGUH KAMPUNG?


LAIN KALI KALAU DAH TAU DIRI TU BODO JGN BAGITAU ORANG LAIN. DUDUK DIAM-DIAM SUDA...

TAPI MASALAHNYA DIA TATAU DIRI DIA BODO... TU MASALAHNYA...

MULUT CELUPAR...EH BUKAN...JARI CELUPAR TAIP  STATUS KAT FACEBOOK...LAST-LAST GENG PARTI DAP DAN PAKATAN RAKYAT PUN TAMO BACK-UP...

SANDRI MAKAN TELO PENYU...SANDRI TANGGUNG MALU!

LEE CHONG WEI TELAH BERJUANG UNTUK MALAYSIA. MANOHARAN BERJUANG UNTUK SAPER?

Manoharan mohon maaf kepada Chong Wei


TWITTER Manoharan yang menyatakan permohonan maaf kepada Chong Wei semalam.


KUALA LUMPUR - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M. Manoharan akhirnya memohon maaf kepada Datuk Lee Chong Wei dan keluarganya atas kata-kata menyinggung perasaan menerusi Twitter, mempersenda pencapaian pingat perak Olimpik pemain badminton negara itu yang mencetuskan kemarahan orang ramai.
"Saya amat menyesal dengan komen-komen yang saya buat dan memohon maaf dengan tulus ikhlas kepada Datuk Lee Chong Wei dan keluarganya.
"Saya benar-benar berharap permohonan maaf saya diterima," katanya dalam akaun Twitter @mmanoADUN. Mesej Twitter ADUN DAP itu mengenai perlawanan akhir badminton perseorangan di Olimpik London, Ahad lepas, menerima kritikan hebat orang ramai tanpa mengira sempadan politik dengan menyifatkan beliau sebagai biadap dan bersikap perkauman.
Antara lain Manoharan dipetik sebagai berkata: Lin Dan menang. Dia bermain lebih baik daripada Lee Chong AWAY dan menyarankan kepada (Datuk Seri) Najib (Tun Razak), apa pun ganjaran kewangan yang dijanjikan untuk Chong Wei, baiklah diberikan kepada Lin Dan.
Sementara itu, Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, mesej Twitter Manoharan itu tidak dapat dimaafkan dan tidak sepatutnya dilakukan.

JM BARIANI HOUSE. NASI BERIANI. SEDAP SANGAT KAH?


Aku akan cuba juga nasik beriyani nih. Walaupun nampak sedap tapi mahal.


MAKAN NASIK BERIYANI MENJADIKAN KITA MANUSIA BERANI? berani makan...KAH KAH KAHHHHH...

tapi srius nampak macam sedap...kena try dolu...

Kambing rosemary beriani Muar


BERIANI kambing menu istimewa yang ditawarkan di JM Bariani.



SEPINGGAN nasi beriani gam ayam dengan ayam masak merah, acar buah dan kambing goreng rosemary melengkapkan iftar pada bulan Ramadan.
JM Bariani House Sdn. Bhd. yang beribu pejabat di Seksyen 18, Subang Jaya dan 17 cawangannya di sekitar Lembah Klang dan Wilayah Perseketuan menawarkan hidangan beriani dengan pelbagai pilihan lauk-pauk seperti kambing, ayam dan daging. Antara menu sampingan yang turut disediakan di setiap cawangan ialah ayam masak merah, sayur, mi bandung, kuih-muih, rojak, tauhu bakar dan minuman air sirap bandung soda.
Beroperasi sejak tahun 1993 di Subang Jaya selaku cawangan pertama JM Bariani, empayar masakan beriani Johor dari Muar ini cukup terkenal dalam kalangan penggemar beriani asli.
Pengarah Urusan JM Bariani, Zulkarnain Mustapa berkata, bersempena bulan Ramadan, JM Bariani memperkenalkan hidangan istimewa iaitu kambing goreng rosemary dengan sos rosemary. "Lazimnya kambing dipanggang atau dimasak kari, tetapi buat pertama kali JM Bariani memperkenalkan resipi baharu iaitu kambing goreng rosemary. Ia merupakan satu lagi resipi menggunakan rempah-ratus asli dan bermutu," kata beliau ketika ditemui baru-baru ini.
Harga bagi sepinggan kambing goreng rosemary untuk dimakan empat hingga lima orang dijual pada harga RM18.50 manakala makanan signatur JM Bariani iaitu beriani gam pula antara RM13.70 dan RM18 sepinggan.


ORANG ramai berpeluang menempah makanan berbuka secara bufet di JM Bariani di Subang Jaya.



Bagi memudahkan penjadualan, JM Bariani mengkhususkan hari Rabu untuk beriani gam ayam dan hari Sabtu untuk beriani gam kambing. Di Subang Jaya, JM Bariani turut menyediakan makanan secara ala carte seperti pelbagai jenis nasi goreng dan mi goreng.
Sungguhpun restoran ini berkonsep ala carte, JM Bariani juga menerima tempahan untuk berbuka secara bufet. Harga yang ditawarkan ialah antara RM25 hingga RM40 bergantung kepada jumlah menu hidangan yang ditempah.
Namun, hidangan bufet ini terhad di tingkat atas cawangan ibu pejabat JM Bariani di Subang Jaya sahaja.
Zulkarnain menambah, sempena Aidilfitri, JM Bariani turut menjual biskut raya buatan sendiri. Ia boleh didapati di Subang Jaya.
Biskut tersebut dihasilkan oleh keluarga Zulkarnain di Muar. Antara biskut yang menjadi pilihan pelanggan ialah tat nanas dan semperit. Biskut-biskut raya ini dijual pada harga antara RM18 hingga RM22.
Outlet-outlet JM Bariani beroperasi seperti biasa dari pukul 12 tengah hari hingga 9.30 malam sepanjang bulan Ramadan.
Untuk mengetahui lokasi-lokasi JM Bariani atau membuat tempahan boleh melayari laman web www.jmbariani.com. - NIZHA PERIASWAMY

BAJU MELAYU AIDILFITRI 2012 (GAMBAR)



Hari ini ramadhan ke-19.

 Orang ramai dah semakin start shopping raya. Tahun ini aku masih berpikir-pikir sama ada mahu membeli baju melayu abaru atau pakai yang tahun lepas punya. Mat Melayu kena pakai baju melayu. Baru raya. Baru Happening! Tapi ikut kemampuanlah. Tapi baju melayu kat luar tu berlambak yang murah-murah. Cheap Sale!

Mat Arab kalau raya dia pakai jubah. Sebab itu pakaian dia. Mat Cina pakai baju cina. Mamat india kat india...kalau raya pakai kain palaykat. Itu pakaian rasmi mereka. 

JADI KESIMPULANNYA ORANG MELAYU HARUS BERBANGGA DENGAN PAKAIAN BAJU MELAYU MEREKA. SIAP BERSONGKOK DAN BERSAMPING TENUN BAGAI. Baru rock n roll raya...



GAMBAR 'ROKOK' DAUN' TERBESAR DUNIA!

GAMBAR DUIT $10 RINGGIT LAMA

Selasa, Ogos 07, 2012

GAMBAR PINGAT PERAK OLIMPIK LONDON 2012

(FOTO) BUKAK PUASA AREA CAMPBELL 1.8.2012














"SAYA SOKONG ISLAM!" ARTIS FARAH ASHIKIN

"SAYA SOKONG ISLAM. TAPI SAYA TAK AKAN MASUK PAS. AKAN TETAPI KEMUNGKINAN BESAR SAYA AKAN BAGI UNDI KAT PAS. TAPI KALAU PAS MENIPU SAYA AKAN UNDI UMNO BALIK" ini bukan kata Farah Ashikin, ini kata Mamat Bujal, kacang hantu yang suka lepak bawah tiang lampu...sambil kacau anak dara orang yang pergi sembahyang tarawih. Mamat bujal suka main gitar Kapok sambil lepak atas motosikal honda EX-5, dekat Kg. Baru Kolumpo. sap kok lu...bro.. kata samdol yg bernama bujal nih. Selain bermain gitar kapok bawah tiang lampu, hobinya adalah bergaduh. Dia melantik diri sebagai pailang ataupun samseng kg dusun. Ini kesah benar.  

Si bujal ni memang perangai macam musibat sikit... 

KAAAH KAAHHH KAAAAAHHH KAHHH KAHHHHHHHHHH BERDEKAH-DEKAAAHHH!!!


KATA-KATA ARTIS MANSI FARAH ASHIKIN ADA KAT BAWAH GAMBAR NIH... cek kit aot...


Saya sokong Islam - Farah Asyikin

GOMBAK: Sejak akhir-akhir ini kisah penghijrahan artis menjadi topik hangat di kalangan masyarakat. Hal ini kerana, hampir setiap bulan timbulnya kisah-kisah artis yang melakukan penghijrahan ini. Bagaimanapun, penghjirahan artis pada hari ini disalahertikan oleh sesetengah pihak apabila mula memberi persepsi, mereka cenderung ke arah parti politik.

Sehinggakan, soalan yang pertama diajukan kepada artis yang pernah merangkul anugerah Artis Wanita Baru Terbaik di Anugerah Planet Muzik 2008, Farah Asyikin (gambar), "sokong apa?" apabila melihat beliau sudah berhijab. 

Farah Asyikin yang mendapat hidayah di usia yang masih muda, 33, pantas menjawab "saya sokong Islam" apabila diajukan soalan sedemikian. 

"Cukuplah saya katakan saya sokong Islam, saya tolak 100 peratus yang tidak sokong Islam," katanya dalam wacana Hiburan Anak Muda di Seminar Prof Zulkifli Mohammad Membangun Negara Berkebajikan, KUIZM Taman Melewar semalam.

Farah yang pertama kali menyertai progam anjuran PAS pada hari itu begitu teruja dan tidak menolak akan memenuhi pogram-program seperti itu lagi selepas ini. 

Ketika ditanya, tidakkah Farah bimbang dengan penghijrahanya itu akan mengundang persepsi beliau pula menyokong PAS?

"Mereka yang nak 'join' parti, terpulang pada mereka, paling kurang parti yang baik. Itu kehendak mereka. Hak individu. Nak cakap lebih-lebih pun tak boleh, saya masih baru. Bagi saya, saya suka Islam,"ujarnya pula ketika ditemui di akhir program itu. 

Bagaimanapun, beliau dengan rasa rendah diri mengakui masih bertatih dan sedang memperkukuhkan penghijrahannya dengan menimba ilmu-ilmu keagamaan daripada beberapa ustaz terkenal termasuklah Azhar Idrus. 


Detik-detik penghijrahan


Menceritakan detik-detik bagaimana beliau memilih destinasi sebagaimana hari ini ianya memberi pengalaman dan pengajaran yang mungkin tidak akan dilupakan sampai bila-bila.

11 tahun keluar masuk dalam dunia hiburan bermula di awal usia 19 tahun Farah tidak pernah terfikir kesan baik buruk penglibatannya dalam dunia hiburan.

Rupa-rupanya, Farah baru menyedari apabila mula terlibat dalam dunia hiburan bukan banyak ke arah kebaikan sebaliknya ia banyak melalaikan dan 
menghanyutkan dirinya. 

"Walaupun, Farah mempunyai latar belakang keluarga yang kukuh ajaran Islam tetapi terabai juga," katanya.

Malah beliau pernah diboikot di kalangan rakan artis apabila beliau bersolat dan melambat-lambatkan 'make-up' ketika pertandingan Malaysian Idol musim ke-2. 

Tanggal 12.2.2012 satu tarikh yang masih tersemat di dalam jiwa Farah apabila beliau seperti diberi 'magic' dari Allah SWT.

"Waktu itu saya tengah memandu, di cemin depan saya nampak imbasan dan balasan-balasan dosa lampau yang cukup menginsafkan. Gambaran itu datang sepintas lalu.

"Saya mula mengigil dan menangis. Saya ingat saya nak mati, pada masa itu juga saya minta ampun daripada Allah supaya memberi peluang untuk saya betulkan iman dalam jiwa saya. Akhirnya saya nekad melakukan taubat nasuha," ujarnya dengan linangan air mata. 

Peristiwa itu tidak berhenti disitu, beliau diuji lagi dengan kebesaran dan kekuasaan Allah apabila ketika mula menadah tangan memohon keampunan hujan selebat-lebatnya turun, tetapi berhenti sebaik sahaja beliau mengaminkan doa.

"Saya menangis ketakutan ketika menunaikan solat sunat taubat. Takut dengan azab Allah dan diri sendiri yang hina, kerdil di sisi Allah. Betapa selama 33 tahun saya tidak menjalani kehidupan yang sebenar dituntut Islam," katanya. 

Sebelum kejadian itu, beliau sudah mendapat petanda dan membuatkan beliau tertanya-tanya apa akan terjadi padanya, adakah sudah sampai ajalnya. 

Farah turut melihat gambaran beliau berada di dalam api yang marak dan rambutnya dibakar di cermin, ketika beliau hendak menyarungkan 'skirt' pendek untuk menghadiri satu majlis.

Bagaimanapun, Farah bersyukur dan berterima kasih kepada Allah kerana diberi hidayah sewaktu usia muda. Kurniaan itu boleh umpama perkara ajaib yang membuatkan hidupnya begitu tenang.

"Saya juga tak menyesal korbankan apa saja milik saya di dunia kepada Maha Pencipta. Saya yakin bahawa pengorbanan yang tak seberapa itu pasti dibalas dengan rezeki berlipat kali ganda," katanya.

Kini, beliau bergelar guru perbahasan dan drama di Sekolah Sri Cempaka, Bukit Damansara Kuala Lumpur sejak 17 Mac lalu adalah satu tanggungjawab baru buat dirinya.

Penyanyi lagu 'Berpisah Untuk Setia' ini juga cukup teruja bercerita tentang keletah anak murid yang semakin manja dengannya setelah mengetahui dia adalah penyanyi tempatan.



MANUSIA TERPANTAS DI DUNIA! (GAMBAR)


Masih ingat Watson Nyambek? Alaa...watson nyambek laa... aka. Dayak Terbang. Laju dia tuh. Gear 6 brader. Lagi sorang si Azmi Ibrahim anak pahang. Musuh tradisi Watson acara 100 Meter pecut.

Mr. Rabuan Pit...berdezzuppp..dia pergi!
Rabuan Pit sewaktu zaman kegemilangan...

Lagenda Pecut Malaysia... Rabuan Pit bersama naka perempuannya pada tahun 2009

Tapi rasanya yang betul-betul Rakyat Malaysia tak boleh lupa ialah Jaguh Raja Pecut Lagenda, yakni Rabuan Pit. Berbisa macam tebuan. Jangan salah sangka... walaupun nama dia Rabuan Pit...dia tak pernah isap pit! KAH KAH KAH KAH KAHHHH...
GIGI KU PUTEEEEEEH!!! jerit Usain Bolt

Oh ya lagi seorang lagenda pelari trek ialah M. JAGETHESAN, pencapaian beliau mencipta sejarah dalam acara 200 meter, apabila layak ke separuh akhir di Sukan Olimpik, New Mexico pada tahun 1968. Serta berjaya menggondol 3 pingat emas di Temasya Sukan Asia tahun 1966. Rekod ini tak dapat dipecahkan oleh rakyat Malaysia sampai hari ini.
Usain Bolt dgn gaya poyo tersandri...
Ewah...

Sementara Rabuat Pit telah memenangi GOLD MEDAL pada Sukan Asia, 1982. SAMPAI BILA-BILA PUN ORANG AKAN INGAT DENGAN RABUAN PIT... sebab dia ada style!
M. Jagethesan, 1962

MEREKA INI SEMUA ADALAH 'SPRINTERS' YANG TERPAHAT DIDALAM SEJARAH MALAYSIA. SYABAS! 

Bolt raja pecut Olimpik 2012

GAYA tersendiri Bolt selepas menjuarai acara 100 meter Lelaki Sukan Olimpik 2012 di Stadium Olimpik, London awal pagi semalam.


LONDON - Pelari pecut Jamaica, Usain Bolt mengesahkan statusnya selaku pelari terhebat sepanjang zaman selepas berjaya mempertahankan pingat emas dalam acara 100 meter lelaki pada Sukan Olimpik 2012.
Pada aksi di Stadium Olimpik di sini awal pagi semalam, pemegang rekod dunia itu melonjak ke hadapan selepas melepasi jarak 60 meter untuk mencatat masa 9.63 saat, catatan kedua terpantas dalam sejarah.
Catatan masa Bolt, 25, itu sedi- kit perlahan berbanding rekod dunia 9.58s yang diciptanya pada tahun 2009. Dia turut memperba- harui rekod Olimpik selepas mencatat masa 9.69 di Beijing, China empat tahun lalu.
Kejayaan Bolt itu turut menu- tup mulut pengkritik selepas dia dikalahkan oleh rakan sepelatihnya, Yohan Blake pada sesi pemilihan atlet Jamaica ke temasya kali ini.
"Saya telah melaksanakan dan ia adalah kunci kejayaan ini," kata Bolt yang mengumpul empat pingat emas pada Sukan Olimpik.
"Apabila tiba hari kejohanan, saya perlu melaksanakan tugas tersebut dan ternyata saya berjaya melakukannya.
"Saya berasa sangat baik dan gembira."
Blake yang sering kali dianggap sebagai pengganti Bolt selaku pelari terpantas di dunia meme- nangi pingat perak selepas menyamai catatan peribadi terbaik 9.75 saat.
"Usain (Bolt) sampai pada tahap ini dan dia tahu apa yang perlu dilakukan. Dia adalah jaguh dunia dan pelari terpantas di dunia," kata Blake yang membaya- ngi kehebatan Bolt selepas memenangi acara 100 dan 200m pada sesi pemilihan atlet Jamaica.
"Saya mahu mengucapkan ribuan terima kasih, ini adalah Olimpik pertama saya dan saya berjaya memenangi pingat perak. Apa lagi yang saya harapkan? Menjadi pelari kedua terpantas di dunia di belakang Bolt adalah suatu penghormatan."
Pemenang pingat emas pada Sukan Olimpik 2004, Justin Gatlin yang membuat penampilan semula selepas empat tahun digantung kerana terbabit dengan penggunaan dadah meraih pingat gangsa dengan catatan peribadi terbaik 9.79s.
Acara 100 meter yang disaksi- kan 80,000 penonton di Stadium Olimpik itu turut mencuri tumpuan apabila menampilkan empat pelari terpantas dalam sejarah iaitu Bolt, Tyson Gay, Asafa Powell dan Blake.
Kelmarin, rakan senegara Bolt, Shelly-Ann Fraser-Pryce turut melakar sejarah apabila berjaya mempertahankan pingat emas dalam acara 100m wanita.
Selepas memenangi acara 100m, Bolt berkata, dia hanya se- langkah lagi untuk memegang status pelari legenda.
"Sebahagian daripada kamu meragui kemampuan saya. Sele- pas ini, saya akan melengkapkan saingan dalam acara 200m, sekali gus mempertahankan pingat emas saya," katanya. - AFP

GAMBAR 5 JAHANAM! BOOKING NURAKA HOTEL