Khamis, Ogos 02, 2012

NAJIB BERDENDAM DGN RAFIZI...KONON!


Najib berdendam dgn budak Rafizi ni atau Anwar yang gunakan Rafizi? Cerciter...

wahai Pak Syeikhul PKR... ko dah lupa ke jasa siapa yg naikkkan ko selama16 tahun dalam politik UMNO? Ko ingat kalau tak kerna org tua nyanyuk tu...ko dapat jadi sampai TPM???

Anwar kalau bab 'baling batu sembunyi tangan' ni...memang cukup expert! 

Kita sokong Rafizi... tapi agak sukar mau percaya dengan budak nakal yg bernama Nuar Berahim. Mana statement drp Saifuddin Nasution? Azmin dan Pak Kahlid Berahim dah jadi tukang bela...
Depan Abg Jib ko tersengih-sengih sambil mengeteh... belakang dia ko maki hamun cukup-cukup. Itulah taktik ko daripada dulu Nuar oooiii... Pastu ko berlagak macho ajak plak kawan tu debat siaran langsung. Ko ingat Abg Jib tu kecik anak ke Nuar ooiii... sekilas ikan di air dia dah bley baca taktik basi ko. BERDEBAT DGN KO SECAR LIVE ITU BERMAKNA BERI PUBLISTI PERCUMA YG TAK PERLU KPD KO WAHAI PAK SYEIKHUL! Ko tengok per jadi dgn Pak Lah bila dia bagi ko masuk TV sebelum election tempohari....akhirnya Pak Lah merundum. Ko ingat Abg Jib terlalu bodo senang-senang nak bagi POLITIC MILEAGE kat ko??? Pastu ko hebohkan satu negara cakap Abg Jib takut debat dgn ko... pigi daaar mabuk! Najib bukan takut tapi malas nak layan...TAPI SEBENARNYA ABG JIB LEBIH TAKUT KAT KAK MAH....KAHKAKAH KAHH KAHHHHHH~!!!!

Yang sebenarnya...Anwar nak cakap...Najib ada dendam peribadi dengan dia. TAPI DENDAM APA TU, NAK JUGA KITA TAU...tak gitu?

ANWAR...ANWAR TAK BERUBAH-UBAH KO NI NUAR... DULU PAK LAH LEPASKAN KO...KO GIGIT BALIK TANGAN DIA..SEOLAH SEPERTI MELEPASKAN ANJING TERSEPIT...

SEBAB TU ABG JIB TAJI KO CUKUP-CUKUP... NUAR BERAHIM KO JGN TERLEBIH PERAH SANTAN... RAKYAT SEBENARNYA SOKONG PAS, TOK GURU NIK AZIZ DAN ALIM ULAMAK... BUKANNYA SOKONG KO SANGAT PON...
Nuar Berahim @ Pak Syeikh kini ko gunakan Rafizi cukup-cukup... Ko jadikan dia MERIAM PORTUGESE yang paling besar untuk bedil Abg Jib... budak-budak muda yg naif bley aar ko tipu... TAPI WALAU BAGAIMANA PUN RAFIZI MEMANG ANAK MUDA YANG BERANI... CUMA DIA BELUM SEDAR TELAH DIPERGUNAKAN OLEH ANWAR IBRAHIM... harinya akan tiba apabila Rafizi mula tersedar...Jangan plak kata kita sokong Kak Pijat...Kita tak sokong... kita cuma nampak politik Auta di sebalik ni sume... 

MACAMLAH ORANG TATAU YG KO SUKA PERLEKEHKAN PARTI PAS DAN PEMIMPINNYA...KO ANGGAP PAS PARTI KAMPUNG...PEMIMPINNYA PAKAI KAIN PELIKAT...

DULU TIME KO KAYA RAYA DAN BERKUASA ADA KO INGAT KAT PAS? BILA KO DAH JATUH BARU TERHEGEH-HEGEH CARI TOK GURU NIK AZIZ ...KO CARI PAS...

INI SUME AUTA JER LEBEEEYYY... 


Anwar: Najib ada ‘dendam peribadi’ dengan Rafizi

TERKINI @ 08:18:39 PM 01-08-2012
August 01, 2012
KUALA LUMPUR, 1 Ogos ― Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Najib Razak mempunyai 'dendam peribadi' ke atas pengarah strategi PKR Rafizi Ramli kerana mendedahkan skandal dalam pentadbirannya, dengan niat untuk menutup mulut pemimpin muda tersebut.
Ketua pembangkang itu (gambar) berkata dia pasti bahawa tuduhan terhadap Rafizi itu kerana pendedahan National Feedlot Corporation (NFC), yang dijalankan oleh keluarga kepada bekas menteri Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, dan konsortium George Kent yang berjaya memenangi bidaan kontrak projek tambahan LRT Ampang.
Rafizi telah berulang kali menuduh Najib dalam campurtangan ke atas bidaan tender dan menganugerahkan kontrak jutaan ringgit itu kepada George Kent, yang beliau dakwa dimiliki oleh 'kawan rapat' kepada PM yang juga mendapat penilaian terendah dari segi penilaian teknikal dan komersial dalam projek tersebut.
"Dengan mendedahkan banyak skandal berbulan-bulan lamanya, Rafizi kini mempunyai banyak musuh yang ramai berdendam dengannya.
"Ini adalah dendam peribadi perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang telah menggunakan banyak agensi kerajaan," kata Anwar dalam kenyataan yang dikirimkan kepada The Malaysian Insider tengah hari tadi.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu menambah bahawa dengan mendakwa Rafizi di mahkamah hari ini Najib mahu menakut-nakutkan rakyat Malaysia yang mahu mengetahui kebenaran tentang kontrak-kontrak yang melibatkan pemimpin Barisan Nasional (BN).
"Saya memuji keberanian Rafizi yang ditunjukkannya, dan kepada keluarganya, saya berharap mereka dapat bersabar dalam kesukaran dan kita pasti keadilan pasti akan muncul pada akhirnya," kata beliau lagi.
Rafizi, yang merupakan pengarah strategi PKR dan juga mengetuai pendedahan terkenal skandal NFCorp, telah didakwa hari ini kerana melanggar Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (BAFIA) dalam mendedahkan maklumat sulit bank melibatkan NFCorp.
Syarikat itu dimiliki oleh ahli keluarga Shahrizat, yang menjalankan projek untuk penternakan lembu yang bernilai RM250 juta.
Tuduhan itu di bawah Seksyen 97(1) BAFIA apabila Rafizi telah mendedahkan empat data akaun yang berkaitan dengan NFCorp, National Meat and Lifestock Sdn Bhd, Agroscience and Industries Sdn Bhd dan pengerusi NFCorp Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail, kepada dua individu yang dikenali sebagai Yusuf Abdul Alim dan Erle Martin Carvalho.
Di bawah Seksyen 103(1)(a) dalam akta yang sama, dia juga boleh dikenakan denda sebanyak RM3 juta dan dipenjarakan selama tiga tahun jika didapati bersalah, yang mampu menghancurkan peluang Rafizi untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang yang mana mandat parti pemerintah BN akan berakhir pada April tahun depan.
NFCorp dan syarikat penternakan itu menjadi tajuk berita utama tahun lalu apabila Ketua Audit Negara melaporkan ia telah gagal mencapai sasaran.
Shahrizat, yang merupakan menteri semasa projek ini dianugerahkan kepada keluarganya pada 2006, meletakkan jawatan pada awal April lalu kerana pertuduhan ke atas keluarganya.
Pada 12 Mac, suaminya Mohamad Salleh, mengaku tidak bersalah dalam pertuduhannya melibatkan penyelewengan dana RM49.7 juta dengan pembelian dua unit kondominium.
Beliau mengaku tidak bersalah ke atas kedua-dua pertuduhannya di bawah Akta Syarikat.

Tiada ulasan: