Ahad, Mei 25, 2008

Pulau Batu Puteh hanya satu MITOS. (Pulau yang dipadamkan dari peta Malaysia...)

Pada tarikh hitam 23 Mei 2008, secara rasminya Pulau Batu Puteh telah dipadam dari peta Malaysia. Namanya bakal menjadi satu mitos oleh anak cucu keturunan kita...



Ada sebuah pulau tunggul sebesar 2 padang bola sepak. Luasnya 0.2 hektar. Terletak pula diluar pantai tenggara Pengerang, Johor Malaysia. Kira-kira 12.8 dari Pengerang dan 64km ke timur Singapura. Mengambil masa 20 minit jika menaiki bot laju dari Teluk Rumania, Pengerang.

Telah menjadi 'duri dalam daging' diantara hubungan Malaysia dan Singapura. Sebetulnya banyak lagi duri yang masih belum dicabut. Ini salah satunya...

Kononnya dinamakan sebagai Pulau Batu Puteh secara tradisi oleh para nelayan di Johor yang sering menjadikan sebagai tempat persinggahan, kerana berwarna putih dan banyak didiami burung camar laut. Manakala orang Portugis menggelarkannya sebagai Pedra Branca yang bermaksud 'batu putih'.

Seorang pelayar Belanda bernama Johann van Linschoten sejak tahun 1583 telah mencatat bahayanya pulau ini kepada kapal-kapal yang belayar dari China dan juga yang datang dari selatan Melaka.

Percaya atau tidak, bahawa telah berlaku sebanyak 25 kemalangan diantara tahun 1824 hingga 1851 berhampiran pulau kecil ini. Manakala diantara tahun 2000 hingga 2004 berlaku 2 lagi kemalangan.

Kapten James Horsburgh dari Scotland telah membina sebuah rumah api pada tahun 1851, dan menamakannya sebagai Rumah Api Horsburgh. Kapten tersebut yang mewakili Syarikat Hindia Timur Inggeris telah mula melakukan kerja-kerja hidografi dan melukis peta kedalaman kawasan ini.

Pembinaan rumah api ini tujuannya adalah bagi membantu kapal-kapal yang akan melalui Selat Singapura dan Selat Melaka.

Sementara itu disebelah timur pula, telah dibina juga sebuah rumah api di Pulau Pisang. Bagi tujuan yang sama juga. Jadi apakah berbezaanya?Bezanya Pulau Pisang adalah sebuah pulau yang besar manakala Pulau Batu Puteh adalah sebongkah batu. Jadi secara fakta, Malaysia dan Singapura telah berebut 'sebongkah batu' yang terletak di satu kawasan yang agak stratergik.

Malaysia mula membuat tuntutan keatas pulau tersebut pada tahun 1979, ketika mahu menerbitkan peta rasmi baru. Dan telah memasukkan Pedra Branca dalam perairan lautnya. Ini berdasarkan jarak Pedra Branca adalah jauh dari Singapura (lebih dari 12 batu nautika). Malaysia telah berhujah bahawa apabila Kesultanan Johor menyerahkan Singapura dan 19 km sekeliling (10 batu nautika) kepada pihak British pada tahun 1824, penyerahan ini tidak termasuk Pulau Batu Puteh.

Pada tahun 1844,Sultan Johor hanya memberikan kebenaran untuk membina rumah api kepada pihak British.

Pulau Batu Puteh (Pedra Branca) terletak 46 km (25 batu nautikal) dari Singapura; dan 14.3 km (7.7 batu nautikal) dari Johor.

Jadi Singapura hanya diberikan kebenaran mengurus rumah api, memandangkan tiadanya pelabuhan di Johor pada masa tersebut berbanding masa kini dengan wujudnya Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Pelabuhan Johor. Ini memandangkan Malaysia pada waktu itu kurang berminat dengan industri perkapalan Sinagapura.

Singapura pula mengemukakan dakwaan bahawa mereka telah menguasai pulau tersebut semenjak 1840-an tanpa sebarang tentangan oleh pihak Malaysia. Pulau Batu Puteh, Middle Rocks, dan South Ledge penting sebagai rumah api dan tanda arah di laut.

Maka pada tahun 2003, Malaysia dan Singapura telah bersetuju membawa kes ini Makhamah Keadilan Antarabangsa. Oleh itu pada tarikh 6 Februari 2003 satu Perjanjian Khas telah ditandatangi oleh kedua-dua buah negara. Manakala Makhamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), The Hague, Belanda hanya mula membicarakan kes tuntutan ini pada Selasa, 6 November 2007.

Singapura diberikan empat hari (6-9 November) untuk menggulung hujah lisan pusingan pertama, sementara Malaysia diberikan giliran pada 13-16 November 2007. Pusingan kedua oleh Singapura pada 19 dan 20 November dan Malaysia pada 22 dan 23 November 2007.

Pada 23 Mei 2008, Naib Presiden ICJ, Hakim Awn Shawkat Al-Khasawneh mengumumkan keputusan pembicaraan tersebut bahawa kedaulatan Pulau Batu Puteh adalah milik Singapura manakala Terumbu Karang Tengah dan Terumbu Karang Selatan diisytiharkan milik Malaysia.

Pelbagai bukti sokongan dikemukakan seperti peta, gambar-gambar, dan rakaman suara telah dikemuka oleh kedua belah pihak yang bertikai.

Akhirnya pada tarikh 23 Mei 2008, Makhamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) telah memutuskan Pulau Batu Puteh @ Preda Branca secara rasminya menjadi milik Singapura.

Detik hitam bagi seluruh rakyat Malaysia. Kita hilang sebuah pulau...selama-lamanya...

Salah siapa?


(Artikel ditulis oleh Moderator Indie berdasarkan sumber http://ms.wikipedia.org/wiki/Pulau_Batu_Puteh dan laporan semasa oleh akhbar-akhbar Malaysia.)

Sabtu, Mei 24, 2008

LAGU TEMA PULAU BATU PUTEH @ PEDRA BRANCA...

AKU MASIH LAGI TERKEJUT, KECEWA DAN MARAH DENGAN KEHILANGAN PULAU BATU PUTEH YANG NAMA BARUNYA DIBERI OLEH ICJ (INTERNANTIONAL COURT JUSTICE), HAGUE SEBAGAI PEDRA BRANCA!

AKU SAYANGKAN NEGARA AKU!

OLEH KERANA AKU MASIH LAGI TERKEJUT TAHAP 'ICJ'; maka AKU DEDIKASIKAN LAGU INI KEPADA MALAYSIA...(sampai nak tulis laporan tentang insiden Pulau Batu Puteh pun aku dah naik menyampah...pemimpin politikus kita sibuk bertikam sesama sendiri...akhirnya yang jadi mangsa negara aku. Lirik lagu ni macam kena mengena jer...cisss...)

PULAU BATU PUTEH...hilangnya tanah tumpah darahku...

MALAYSIA BOLEH?

Jumaat, Mei 23, 2008

HARGA MINYAK (PETROL) NAIK LAGI?

Berita hari ini betul-betul menakutkan...lebih takut dari terserempak dengan hantu Pocong! Arrgghhh! petrol naik lagi...bermakna teh tarik dan roti canai akan turut sama naik tanpa belas. Harap-harap kerajaan Malaysia bermurah hati untuk tambah lagi subsidi minyak.


Laporan terbaru dari London mengatakan harga minyak mentah melambung AS$135 (RM432) setong ekoran kebimbangan terhadap kekurangan bekalan dan peningkatan permintaan.

Minyak mentah Brent North Sea melonjak ke paras tertinggi baru kepada AS$135.13 (RM432.41) setong dan penanda aras pasaran, harga minyak berkualiti tinggi Light Sweet New York merekodkan harga tertinggi baru pada AS$135.09 (RM432.28) setong.

Harga minyak di pasaran hadapan telah meningkat lebih daripada satu pertiga sejak awal tahun ini apabila ia buat kali pertama mencapai paras AS$100 (RM320) setong.

Berikutan:

1) ketidaktentuan senario politik negara pengeluar minyak.

2) pengurangan stok bahan tenaga.

3) OPEC (Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum) enggan tingkatkan pengeluaran.

4) Asia semakin kuat guna minyak.

5) lemahnya dolar Amerika.

Harga minyak mentah dunia telah mencecah AS$130 (RM416) semalam sebelum terus mengalami peningkatan berikutan berita mengenai kejatuhan stok simpanan tenaga AS minggu lepas.

Malaysia nampaknya terpaksa merasa bimbang kerana turut terkesan. Mampukah kerajaan terus menerus memberikan subsidi minyak kepada kita? Ini satu persoalan besar sebenarnya.
Kenanga Research firma penyelidikan di KL berpendapat, rakyat akan menanggung beban tersebut. Ini kerana kerajaan tidak mampu lagi mengekalkan kos pemberian subsidi minyak.

‘‘Kami percaya kerajaan mungkin terpaksa menaikkan harga bahan api sekiranya harga minyak mentah melepasi dan kekal di paras AS$140 setong,’’ kata firma itu.

45 bilion adalah jumlah subsidi minyak yang telah diberikan kerajaan pada masa sekarang.
Baca laporan seterusnya...

Sementara laporan terbaru dari Jakarta mengatakan kerajaan Indonesia mengarahkan Pihak polis Indonesia diarah bersiap sedia untuk mengawal penyaluran bantuan kewangan kepada golongan miskin bagi meringankan beban mereka berikutan rancangan kerajaan untuk menaikan harga minyak.
Indonesia juga akan mengagihkan baucar berjumlah RM570 juta kepada rakyat miskin.

Khamis, Mei 22, 2008

satu cerita tentang seorang bernama MAHATHIR...

diharap mukhriz mewarisi kepintaran bapanya...insha'allah...
(foto ihsan KL Pos)


Bila baca mata cepat mengantuk. Kenapa ini berlaku? Apakah disebabkan bahan bacaan yang dipilih terlalu berat dan kompleks? Atau sudah semakin berumur, maka kemampuan otak semakin menurun? Jadi aku mempunyai pandangan yang agak tinggi dengan seorang lelaki berumur bernama M.A.H.A.T.H.I.R.

Dari cerita-cerita yang aku dengar, setiap hati dia akan bangun sebelum pukul 5 pagi lantas menulis artikel yang panjang-panjang...itu rutin. Dan sudah tentu tulisannya ilmiah. Justeru itu aku agak keberatan menerima sewenang-wenangnya jika ada sesiapa yang cuba merendah-rendahkan daya kemampuan Super M untuk bertindak mengikut apa yang difikirkannya. Aku menghormati daya keintelektualan dirinya. Ramai orang tidak mampu menjadi sebagus dia. Orang yang menghina dia belum tentu sama atau mencapai keunggulan pemikiran sama seperti dia.

Hak aku untuk memberi salut kepadanya untuk hari-hari terakhir...

Kawan dan lawan; jauh disudut hati memang mengagumi Tuan Doktor sebenarnya. Harap jangan tipu.

Gunung-Ganang Di Mekah...

Oh Mountains of Mecca, what can you say
Of the day that Abraham passed your way
And He was instructed by God to build
A House of peace where people will pray

And they will come on every lean camel and out of every ravine
For the purpose of praising Allah, to glorify Allah

Oh Mountains of Mecca, what can you tell
Of the day when stones from the sky fell
Destroying an army determined to break
The House of Allah that Abraham built

Oh Mountains of Mecca, how was the dawn
On the day that my Prophet Muhammad was born
How did it feel knowing he was to be, the last and most beloved of all
Rasul of Allah, Nabi of Allah

Oh Mountains of Mecca, you were there
When the Prophet Muhammad climbed down in despair
Engraved in his heart were the words of his Lord
To all of mankind this was his call

La illaha illAllah, Muhammad-u-Rasullullah
Oh people praise only Allah, Glorify Allah

Oh Mountains of Mecca, how did you mourn
On the day that the beloved returned to his Lord
And up till the last breath escaped from his lips
He prayed that his Ummah would find success

Oh Mountains of Mecca how will it feel
When the earth shall quake and tremble with fear
And we shall be gathered together to stand
In the court of Allah with our deeds at hand

Oh how we pray that on that day, we'll be with those to whom Allah will say
Peace be with you, I am pleased with you

Oh Mountains of Mecca, Bear witness that I
To the oneness of Allah do I testify
For all that He's given me, How can I deny
My purpose in life should be only to cry

La illaha illAllah, Muhammad-u-Rasullullah
There is no god but Allah, Muhammad's His Messenger
Allahumma Salli Alla, Muhammad Rasullillah
Allahumma Salli Alla, Muhammad Nabi Allah
Allahumma Salli Alla, Muhammad Rasullillah

Selasa, Mei 20, 2008

"Saya akan tinggal untuk CABAR Dollah!" - Ku Li

Steady Tengku! Sedang tiba di majlis yang berlangsung di Beng Siew Hall, Sungai Petani semalam.
(foto ihsan Star Online)

Yang Mulia Tengku Razaleigh Hamzah akan tinggal didalam gerombolan pertunjukkan sarkas UMNO hanya semata-mata untuk mencabar Pak Lah bagi merebut kerusi Presiden. Juga untuk kasi 'vacum cleaner' sama itu Parti yang sudah penuh dengan kuman bakteria merbahaya.

Ahli Parlimen Gua Musang itu juga berkata dia tidak akan sesekali membentuk pakatan dengan pembangkang untuk menubuhkan kerajaan baru; bahkan jika UMNO 'dipukul berulang-ulang' (baca:diuji) dengan konflik rumahtangga.

"Saya memiliki parti sendiri. Kenapa mesti saya tinggalkan parti? Saya akan tetap dalam parti untuk mencabar Presiden (Abdullah) dan akan lawan bagi membersihkan parti," beliau berkata semalam selepas perasmian perhimpunan yang dianjurkan oleh UMNO Kedah.

Beliau berkata bahawa dirinya tiada perancangan untuk berkerjasama dalam pakatan dengan Parti Keadilan Rakyat de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya tidak berhubung dengan Anwar. Tiada sebab untuk saya membuat perjanjian dengan pembangkang" tambahnya.

Apapun Ku Li berasa sugguh terkejut dengan keputusan Dr. Mahathir keluar UMNO (baru). Parti yang diasaskannya 21 tahun lalu.

"Itu adalah satu tindakan yang drastik. Dia tidak sepatutnya berbuat demikian. Tapi barangkali dia tidak mempunyai pilihan lain," katanya.
"Beliau berkemungkinan sedang menghantar mesej kepada seluruh ahli parti supaya berhenti mengamalkan budaya 'ampu bodek."


Kuli merasakan bahawa tindakan Che Det boleh mempengaruhi ahli UMNO yang lain untuk turut keluar parti.Namun begitu beliau tidak mahu membuat sebarang spekulasi dengan lebih jauh.


Ditekan dengan pertanyan apakah dirinya juga akan menuruti jejak langkah Dr. Mahathir.


Ini jawapan bekas Menteri Kewangan Malaysia tersebut, "Dr. Mahathir telah membuat keputusan untuk dirinya, dan saya akan membuat bagi pihak saya." Baca lain...


Ku Li dilaporkan berkata dia sesekali tidak akan berundur dalam perjuangannya bgai menyelamatkan UMNO yang sudah hampir karam di Segi Tiga Bermuda.

"Saya percaya masih terdapat harapan untuk menyelamatkan parti,"


Tengku Razaleigh Hamzah memang seorang pejuang. Jika dinilai pada sesetengah aspek beliau kadangkala melebihi karisma Dr. Mahathir dan Anwar Ibrahim. Kerna itu saya berpendapat ahli-ahli UMNO harus mengangkat kembali tokoh begini.

Saya ingin mengulang kembali apa yang pernah saya tulis beberapa waktu yang terdahulu. "Pada pertandingan kali ini, jika tumbangnya Ku LI bermakna tumbanglah UMNO. Yang Mulia Tengku Razaleigh Hamzah adalah 'harapan terakhir' UMNO."

Dan saya masih berpendapat begitu...

MAHATHIR DURI DALAM DAGING! - Musa Hitam

Itu duri kalau terbenam dalam daging, fuuhhh...dia punya bisa jangan main-main...menusuk sampai ke tulang hitam! Lebih baik kita cepat-cepat kasi cungkil keluar. Sebelum jadi kanser bernanah sampai kena 'operation'...
(bukan dialog sebenar).



Tun Musa Hitam menyifatkan apabila Tun Dr. Mahathir mengambil keputusan untuk keluar dari UMNO bagaikan ‘duri dalam daging sudah terkeluar’.

Tetapi yang peliknya pada masa yang sama beliau juga mengakui berasa sedih serta berduka lara dengan tindakan drastik Dr. Mahathir. Dalam masa yang sama juga beliau melihat inilah peluang keemasan untuk pucuk pimpinan UMNO memperkukuhkan kembali parti setelah teruk dilanda Garuda dari Permatang Pauh dan Lembah Pantai.

Mengulas tentang keputusan berani Tun Dr. Mahathir, beliau berkata, “Saya berasa sedih dan dukacita mendengar berita Dr. Mahathir keluar daripada UMNO, lebih-lebih lagi dalam waktu UMNO menghadapi keadaan yang sangat-sangat mencabar sekarang.

“Bagaimanapun, ahli-ahli UMNO harus menerimanya dengan hati terbuka dan tenang, tentu ada hikmahnya di sini... duri dalam daging sudah terkeluar,” katanya

Terdapat 2 aspek penting yang disentuh oleh bekas Timbalan Perdana Menteri tersebut.

Pertama, katanya, menerima hakikat bahawa UMNO sekarang bukan lagi sekuat dulu atau diterima sepenuhnya oleh rakyat terutama orang Melayu.

“Kedua, menerima realiti bahawa konsep ‘Mahathirisme’ sudah berlalu dan UMNO haruslah balik kepada konsep ‘Bersih, Cekap, Amanah’ yang pada awal tahun 80-an dulu diterima dengan begitu positif oleh rakyat jelata.

“Dalam jangka masa yang begitu pendek kita semua dalam UMNO telah kesesatan jalan. Sambarlah peluang keemasan ini untuk kembali ke pangkal jalan,” katanya.

Musa menggambarkan bahawa dengan berundurnya Harimau Tua, secara tidak langsung membuka peluang kepada ahli-ahli parti (ahli yang mana agaknya?) untuk bertafakur di Kawasan Pergunungan Tibet dan kembali melakukan senaman YOGA untuk mendapatkan ketenangan mental sebelum kembali kepangkal jalan.

“Setelah tiba di pangkal jalan, ingatlah bahawa yang sangat-sangat penting ialah UMNO sentiasa tidak khayal atau lupa mengotakan kata-katanya sepanjang masa,” ujar beliau. Baca lain...

Moderator Indie...tertanya-tanya dimanakah nilai sebenar erti sebuah persahabatan? Apakah pengaruh kuasa politik begitu mudah mengalahkan kesetiaan kepada seorang kawan lama...Tempat jatuh lagi dikenang inikan pula kawan yang pernah bagi penerajang politik desperado! heh.

Video Pak Lah TERKEJUT dengan keputusan Dr. Mahathir.

Tunjuk kesetiaan – PM - Abdullah minta ahli UMNO bertenang, terus berjuang

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD dan ROHANI IBRAHIM



KUALA LUMPUR 19 Mei – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta semua ahli UMNO bertenang dan menunjukkan kesetiaan kepada parti walaupun bekas presiden parti itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad bertindak keluar UMNO.

“Kita perlu menjadi ahli UMNO yang taat setia kepada parti dengan memastikan parti kita terus menjadi parti yang kuat dan mampu meneruskan perjuangan seperti mana yang telah diasaskan sejak dahulu lagi,” katanya.

Mengulas tindakan Dr. Mahathir keluar parti, Presiden UMNO itu melahirkan rasa terkejut dengan tindakan nekad tersebut tetapi mengingatkan ahli-ahli UMNO: “Apa yang penting dalam hal ini, kalau itulah keputusannya, ahli UMNO perlu bertenang.”

“Saya sendiri sejak dahulu sampai sekarang tidak pernah keluar UMNO. Saya akan teruskan perjuangan UMNO dan akan tetap setia kepada UMNO.

“Saya amat berharap ahli UMNO akan tetap setia dengan parti ini. Apa akan jadi kepada kita jika tidak ada parti seperti UMNO? UMNO telah banyak berjasa kepada rakyat Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas bertemu beberapa delegasi Kongres Teknologi Maklumat Sedunia 2008 di sini hari ini.

Dalam reaksinya, Abdullah juga menegaskan beliau tidak akan meletakkan jawatannya sebagai pemimpin tertinggi kerajaan dan Presiden UMNO ekoran tindakan bekas perdana menteri itu.

“Kenapa saya perlu meletak jawatan? Saya ada tugas yang perlu dilaksanakan, saya akan meneruskan tugas-tugas saya,” katanya

Sambil mengakui tindakan Dr. Mahathir itu sedikit sebanyak boleh menjejaskan parti, Abdullah meminta semua ahli UMNO tidak terikut-ikut dengan langkah tersebut.

“Saya terkejut dengan tindakan Tun meletakkan jawatan. Nampaknya Tun tidak mahu lagi jadi ahli UMNO dan saya fikir sudah tentu Tun telah memikirkannya,’’ kata beliau.

Dalam sidang akhbarnya di Alor Star ketika mengisytiharkan dirinya keluar UMNO, Dr. Mahathir berkata, beliau hanya akan kembali menyertai UMNO selepas Abdullah meletak jawatan sebagai Presiden UMNO atau tidak lagi menjadi pemimpin negara.

Dr. Mahathir mendakwa UMNO kini hanya menjadi sebuah badan untuk mengiktiraf Abdullah sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri “yang mengutamakan keluarganya daripada kepentingan negara.”

Ditanya sama ada beliau bimbang dengan kesan pengumuman Dr. Mahathir itu terhadap UMNO yang merupakan parti tunjang Barisan Nasional (BN), Abdullah memberitahu, mungkin ada ahli yang akan meninggalkan UMNO tetapi beliau “tidak fikir ia akan melibatkan Ahli Parlimen UMNO.”

UMNO mempunyai 79 ahli Parlimen daripada 140 wakil rakyat BN di Dewan Rakyat.

“Kalau ahli akar umbi... wallahhualam. Keahlian UMNO lebih daripada tiga juta. Mungkin ada (yang keluar parti), mungkin tidak ada tetapi yang penting ialah kita perlu fikir baik-baik adakah kita mahu meninggalkan UMNO.

“Kalau kita benar-benar ahli yang memperjuangkan UMNO, kita mesti bersabar dengan UMNO.

“Kalau kita tidak mahu dengan UMNO, bererti tidak ada lagi perjuangan UMNO dalam diri kita. Bagi saya, saya akan terus berjuang dengan UMNO,” tegasnya.

Menurut Abdullah, semua ahli UMNO harus menunjukkan kesetiaan kepada parti kerana UMNO banyak berjasa kepada rakyat negara ini.

Katanya, bukan orang Melayu sahaja yang dapat manfaatnya malah hasil perjuangan UMNO juga dirasai kaum lain.

“Saya tidak kata ia (langkah Dr. Mahathir keluar UMNO) tidak menjejaskan langsung, namun saya masih percaya ahli-ahli kita masih sayangkan UMNO dan tidak logik mereka sewenang-wenangnya mahu meninggalkan parti kerana tiada alasan untuk mereka bertindak sedemikian,” katanya.

Abdullah menegaskan, kekuatan UMNO adalah berasaskan kepada perpaduan majoriti ahli dan bukannya disebabkan pemimpin berpengaruh.

“Dulu ketika pemimpin besar, kanan dan berpengaruh tidak ada dalam parti, majoriti ahli UMNO tetap bersama parti, sebab itu UMNO wujud sampai ke hari ini,” ujarnya.

Ditanya mengenai pertemuan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Dr. Mahathir baru-baru ini, Abdullah berkata, beliau tidak tahu apa yang dibincangkan oleh kedua-duanya.

“Saya tidak tahu apa yang dibincangkan antara beliau (Tun Mahathir) dengan Najib,” katanya.

Sumber Utusan Malaysia (Selasa 20 Mei 2008)

Foto TUN DR. MAHATHIR di NST macam ada yang tak kena...

Foto ini diambil dari NST Online. Saya sebagai rakyat Malaysia sedikit sebanyak tertanya-tanya dengan niat akhbar tersebut yang menyiarkan gambar TUN dengan ekspresi yang begitu buruk sekali. Apakah niat sebenar Chief Editor New Straits Times? Apakah tiada gambar yang lebih elok lagi yang boleh disiarkan? Beginikah layanan media arus perdana terhadap seorang Negarawan Berjasa yang telah membangunkan Malaysia dengan idea-idea berani beliau.

Sekali imbas apabila rakyat jelata melihat foto ini, apakah reaksi mereka? Gambar ini seolah-olah mengambarkan Tun Dr. Mahathir sebagai seorang yang begitu kelam-kabut, sudah nyanyuk dan mempunyai ciri keperibadian yang rendah (low class). Sedangkan hakikatnya tidak begitu. Orang tua nyanyuk tidak akan mampu menjadi blogger dan menulis artikel ilmiah yang panjang-panjang. Dengan umur mencapai 80 tahun, Tun mampu menjelajah seluruh negara untuk menyatakan pandangannya yang selama ini telah ditutup bawah tempayan oleh media arus perdana secara sistematik. Begitukah tujuan NST? Apa sudah jadi dengan etika kewartawanan. Inikah sikap bekas anak didik Tan Sri Samad Ismail. Kalau Pak Samad tahu sudah tentu, mereka akan kena maki hamun secara percuma walaupun mereka segak memaki 'neck tie' ratusan ringgit.

Mulut Tun terlopong, mata terbeliak dengan tangan menggengam penumbuk!

Apa yang diharapkan dengan propaganda tak beretika seperti ini. Selama ini mereka tuduh para bloggers tiada etika. Rupa-rupanya siapa yang lebih suka buat kerja tak bermaruah seperti ini? Inikah kerja seorang journalis tulen. Belum tentu mereka dikala umur mencapai 80 tahun mampu membuat apa yang Tun Dr. Mahathir lakukan pada tahun 2008. Hentikanlah kerja-kerja yang tidak bermoral seperti ini, sebab RAKYAT BUKAN BODOH!

Aduhai...memang Melayu muda lupa... Apa nak jadi dengan media arus perdana Malaysia pada hari ini. Rakyat seratus kali lebih suka baca blog daripada mengayakan media massa yang telah hilang intergriti dan kredibiliti. Lebih baik gunakan RM 1.20 (harga semenanjung) belanja kawan teh tarik dari membazir pergi beli berita sampah! Dapat juga pahala sedekah...

VIDEO SIDANG MEDIA TUN DR. MAHATHIR SELEPAS KELUAR UMNO

Salah satu sifat terpuji pemimpin politik yang berkuasa di negara Malaysia adalah menghumban seorang NEGARAWAN BERJASA terus kedalam TONG SAMPAH!

Apakah Tun Dr. Mahathir hanya akan dihargai selepas beliau pergi meninggalkan kita selamanya?

Hancur badan dikandung tanah, budi yang baik dikenang juga...

Isnin, Mei 19, 2008

KENAPA SAYA KELUAR UMNO? - TUN DR. MAHATHIR

Ramai yang ternanti-nanti 'gerakan catur' politik Mukriz selepas bapanya Mahathir keluar UMNO.
(foto ihsan Agenda Daily)


Pengumuman Keluar Dari UMNO Oleh Dr. Mahathir Mohamad

Hari ini, Mei 19, 2008 saya mengumumkan keputusan saya untuk keluar daripada UMNO. Isteri saya turut bersama.

Keputusan ini dibuat kerana UMNO yang ada sekarang bukan lagi UMNO yang ditubuh 62 tahun dahulu yang berjuang untuk bangsa Melayu, Agama Islam dan Negara Malaysia (Malaya); UMNO yang menggagalkan Malayan Union, memperjuangkan kemerdekaan Malaya dan Malaysia dan membangunkan Malaysia sehingga menjadi Negara yang termaju di antara Negara membangun di dunia.

UMNO yang ada sekarang hanya wujud untuk menyokong Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, keluarganya dan tindakan serta dasar yang tidak secocok dengan kepentingan bangsa, agama dan negara.

Kepimpinan Dato Seri Abdullah jelas membawa kekalahan dan bencana kepada Barisan Nasional, UMNO, MCA, MIC, Gerakan dan PPP. Kemenangan UMNO di Sabah dan BN di Sarawak bukan kerana kepimpinan Dato Seri Abdullah.

Saya akan jelas satu persatu dasar-dasar dan tindakan Dato Seri Abdullah yang menjadikan Kerajaan pimpinannya dan parti BN dibenci oleh ahli-ahli parti komponen sendiri.

Walaupun sebelum perisytiharan ini saya adalah ahli UMNO tetapi sebenarnya selepas saya letak jawatan sebagai Perdana Menteri saya tidak dilayan sebagai ahli UMNO.

Saya tidak dibenarkan berjumpa ahli UMNO dan ahli UMNO tidak dibenarkan hadir apa-apa perhimpunan di mana saya dijemput sebagai jurucakap atau penyampai ucapan.

Menteri-Menteri yang dahulu berada dalam Kabinet saya tidak dibenarkan atau tidak berani atau tidak mahu jumpa saya lagi.

Jemputan oleh UMNO dan bukan UMNO kepada saya diarah ditarik balik oleh Menteri Besar dan Polis.

Ramai pemimpin UMNO melepaskan kata-kata kesat kepada saya dan ada yang menyuruh saya keluar daripada UMNO walaupun mereka baru sahaja masuk UMNO. Tidak ada pemimpin UMNO yang pertahankan saya secara terbuka.

Wakil ke Perhimpunan Agong tidak dibenarkan menyuara pendapat mereka. Mulut semua orang ditutup.

Yang didengar hanyalah media arus perdana yang memuji Dato Seri Abdullah sehingga dia percaya dia begitu popular dan akan sapu bersih parti lawan dalam pilihanraya umum ke-12.

Hasilnya ialah kekalahan yang teruk bagi Barisan Nasional. Malangnya mesej yang hendak disampaikan oleh pengundi dan penyokong BN tidak dapat difahami oleh Dato Seri Abdullah.

Dia masih berkata dia menang. Ini sukar diterima oleh orang Kedah, orang Pulau Pinang, orang Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Oleh kerana Dato Seri Abdullah buta mata dan pekak telinga dan tidak faham mesej ahli BN, oleh kerana ahli UMNO pun turut bersama, oleh kerana proses demokrasi tidak berjalan, oleh kerana UMNO yang ada sekarang bukan lagi UMNO yang ditubuhkan 62 tahun dahulu, saya berpendapat penyertaan saya sebagai ahli UMNO tidak bermakna dan tidak berguna lagi.

Justeru itu saya ingin umumkan bahawa saya sudah keluar daripada UMNO.

Saya ingin tegaskan bahawa saya bebas dan tidak menyokong mana-mana parti lawan.

Saya akan pohon untuk masuk UMNO apabila Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi sudah berhenti daripada menjadi Presiden UMNO, Pengerusi BN dan Perdana Menteri Malaysia.

Dr Mahathir bin Mohamad (bekas ahli UMNO No 1)
Dr Siti Hasmah binti Mohd Ali (bekas ahli UMNO No 2)

BILA MAHATHIR SUDAH FED UP!

Steady Tun!
(foto ihsan harakahdaily)

Rasanya ramai yang sudah tahu tentang pengumuman yang dibuat oleh Tun Dr. Mahathir bahawa beliau telah pun keluar dari UMNO berkuatkuasa serta merta hari ini. Tak payah ulas panjang-panjang. Sama-sama kita tunggu dan lihat perkembangan selanjutnya. Dua tiga hari nanti pasti akan ada 'benda-benda' pelik yang diluar jangkaan.

Tahniah buat Tun diatas keberanian beliau. Era baru politik Malaysia sebenarnya baru sahaja bermula...

Jake Scott Pengarah Filem Termuda di Festival Filem Cannes 2008 Ditulis oleh Moderator Indie.

Ini dia wajah sebenar pengarah filem independen!
Jake Scott sedang bergaya dengan senjatanya...



Siapa sangka bila kekecewaan didalam bercinta boleh membawa harapan baru ke Cannes.

Itulah kisah benar menyayat hati disulami berita kegembiraan tidak terkata yang dinikmati oleh seorang remaja berusia 18 tahun yang menetap di Britain. Ingat ! hanya 18. Bukan 25, 33, atau 43. Hanya dengan angka 18 tahun sejarah telah tercipta.

Namanya Scott. Bukan pengarah filem Holywood tersohor, Ridley Sott yang baru-baru ini telah membikin filem American Gangster tapi dia adalah Jake Sott. Keduanya berasal dari Britain. Bukan pula anak lelaki Ridley yang juga bernama Jake Scott (kebetulan nama mereka sama) yang pernah mengarahkan sebuah filem berjudul 'Plunket & Macleane tahun 1999 dan yang akan datang berjudul Welcome to the Rileys (2009).

Ini Jake Scott lain. Ini adalah anak muda yang baru mahu mencipta nama gemilang dipersada antarabangsa. Jadi sememangnya mereka tiada kena mengena baik dari segi karakter mahupun hubungan pertalian darah. Seorang dilahirkan pada tahun 1965, sementara yang lagi satu baru melepasi alam persekolahan. Jadi secara berfakta mereka adalah watak yang berbeza walaupun terlibat didalam industri perfileman.

Atau sememangnya segelintir manusia yang bernama Scott mempunyai karisma sentuhan ajaib bila mereka terlibat didalam industri bikin wayang.

Jake Scott mencipta sejarah apabila menjadi sutradara filem paling muda apabila hasil kerjanya ditayangkan di Festival Filem Cannes, Perancis. Ingat! ini Cannes, bukan pula anugerah Oscars mahupun Festival Filem Malaysia. Bila sebut Cannes bermakna ia satu bentuk festival filem yang paling berprestij didunia. Jadi festival-festival filem lain boleh dilupakan dahulu.

Ironinya saat filemnya ditayangkan pada minggu ini, Scott sendiri tidak dapat menghadirinya. Kenapa ini berlaku? Ini adalah disebabkan remaja itu hanya tinggal bersendirian disebuah flat sempit di bandar Hastings, Britain kerana dia tidak mempunyai cukup wang untuk sampai ke Cannes.

Scott dilaporkan berkata, "Walaupun sedih tetapi saya gembira kerana apa yang saya tidak pernah impikan selama ini menjadi kenyataan dan saya berharap filem saya mendapat sambutan," katanya.

Filem pendek hitam putih durasi 15 minit itu berjudul 'Downright Disco'. Scott mendapat idea bagi menghasilkan filem itu selepas berpisah dengan teman wanitanya bernama Alice. Dihasilkan hanya mengambil masa selama 2 hari dengan menggunakan sebuah kamera digital.
Filem itu pada mulanya dihantar kepada pegawai di Cannes dengan tujuan suka-suka tetapi dia kemudian terkejut apabila pihak disana menyukainya.

Downright Disco menceritakan tentang kisah cinta monyet (baca lain: cinta suci) hubungan mereka bermula pada hari pertama sehinggalah ke hari terakhir hubungan mereka. Niat sebenar Scott membikin wayang gambar tersebut agar dapat menghapuskan kesedihannya.
Kisah dalam filem itu bermula apabila Scott jatuh cinta pada Alice ketika mereka berada didalam tingkatan 6 di sebuah kolej di Bexhill. Pada waktu itu dia masih tinggal bersama ibunya. Bapa Scott merupakan cikgu sains di sebuah sekolah.

Agak menyedihkan apabila ibu bapanya tidak merestui cinta suci mereka berdua kerana berpendapat Scott dan Alice terlalu muda untuk terlibat dalam satu hubungan yang serius.
"Filem itu mengisahkan sesuatu yang berlaku pada diri saya dan kadang-kadang saya berasa teruk kerna terpaksa mdnghadapi peristiwa berhubung orang yang rapat dengan diri saya," melahirkan pendapatnya.

Keadaan tersebut menyebabkan Jake Scott merasakan dirinya terlalu tertekan. Dan bagi beliau satu-satu cara untuk keluar daripada masalah serta tekanan hebat yang dihadapinya adalah dengan cuba hidup secara mandiri dan berasingan.

Menurutnya walaupun filem itu sebenarnya tidak memaparkan 100 peratus kisah sebenar yang berlaku namun ia tetap melibatkan perasaan dan emosi sekiranya anda jatuh cinta dalam usia yang muda.

Scott mula jatuh hati dengan filem sewaktu berumur 8 tahun dan mula menjadi fanatik tahap ekstrem dengan kamera selepas mula menyertai kelab fotografi. Pada umurnya 11 tahun dia telah pun mengetahui asas fotografi sehingga teknik pemprosesan terakhir.



(Festival Filem Cannes, Perancis kali ke-61 bermula dari 14 - 25 mei ini. Turut dihadiri oleh beberapa pelakon termasyhur dari seantero dunia. Diantaranya adalah aktres Filipina, Mercedes Cabral, dan beberapa aktres Holywood seperti Penelope Cruz, Kate Blanchett dan Phoebe Price.)

Artikel ditulis sendiri berdasarkan sumber rujukan: Akhbar Sinar Harian,
www.thisislondon.co.uk., http://www.dailymail.co.uk/,

Bila Lim Kit Siang kena baling TELOR!

Lim, Karpal & Co. Law Firm. best fren forever...



Sekali sudah kena baling dengan telor daaa...
Siapakah insan betuah yang kena baling dengan telor itu?


Jawapannya YB Lim Kit Siang Private Limited Company.


Tidaklah dapat dipastikan sama ada telur itu dalam kategori 'telur tembelang' atau dari jenis telur tanpa kolestrol yang diperkaya dengan vitamin E dan Selinium.


Dimana Encik Lim telah diperlakukan sedemikian rupa?
Penasihat DAP Lim Kit Siang, ‘disambut’ dengan balingan dua biji telur ke arahnya oleh seorang lelaki semasa tiba di Plaza Tanjung Aru Kota Kinabalu bagi merasmikan Pesta Kaamatan anjuran parti itu hari Ahad.

Seorang lelaki yang dipercayai bekas ahli DAP bertindak membaling dua biji telur ke arah Kit Siang dan satu daripadanya mengenai dada pemimpin veteran DAP itu tetapi tidak pecah manakala sebiji lagi tersasar dan tidak mengenai Kit Siang.

Apapun YB Lim memang tak ambik 'pot' terhadap manusia berhati busuk yang diperkaya dengan perasaan hasad dengki yang tidak terkawal.
Ini katanya, "“Tidak ada guna untuk saya panjangkan isu ini. Lagi pun dia bukan lagi ahli parti dan biarlah insiden ini berlalu,” jelas Kit Siang.
Lelaki berkenaan yang ditahan kemudiannya diserahkan kepada pihak kawalan keselamatan plaza berkenaan. Baca lain...
Kita sebenarnya tidak begitu hairan lagi takjub dengan kejadian yang menimpa para pemimpin Pakatan Rakyat, kerana perasaan hasad dengki dan busuk hati dikalangan sesama bloggers pun banyak juga. heheheheee...

Hati kena baik beb! Baru Allah swt suka...Kalau tidak memang bakal ditimpa sakit jiwa kronik peringkat tertinggi...silap-silap merapu seorang diri, sebab dah kena 'bo layan." heh!
Rasanya hal-hal kecil begini, pemimpin berjiwa besar seperti Lim Kit Siang memang bo layan. Lagipun ini jenis manusia 'low class'. Buat apa nak pening kepala? Tak gitu. ceh! Nampaknya itu mamat sudah hilang telor sebab dia sendiri sudah kasi buang dia punya telor... Telor kena simpan elok-elok. Jangan membazir tak tentu pasal. Tak baik, dosa tau...
Mungkin ini jenis spesies yang hatinya sama busuk dengan itu telor tembelang. Rasanya lagi busuk kot? Spesies begini memang bersepah...err...dari spesies jenis takder telor! Ooppss...

Rakyat Selangor Berpesta Air! Tahniah buat Pak Khalid...

Ini paip meter kita kasi tukar sama dia...jangan kasi can...


Pihak pengurusan pangsapauri di Selangor disarankan supaya mengadakan perbincangan dengan Syabas (Syarikat Bekalan Air Selangor) bagi menyediakan meter air individu bagi menggantikan meter air pukal.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata ia bagi membolehkan kira-kira 300,000 penduduk pangsapuri juga menikmati pemberian air percuma sebanyak 20 meter padu bermula 1 Jun ini. Baca lagi...

Seraya menambah dengan tegas, “Kita tahu siapa yang tidak hendak air percuma… (akan menerima) bil seperti dulu dan lebihan duit itu kita hendak salurkan kepada mereka yang memerlukan terutama sekolah agama rakyat, sekolah tamil, sekolah cina dan apa-apa juga diperlukan,” katanya.

Wah! Untunglah rakyat di negeri Selangor, kerana setidak-tidaknya ini akan mengurangkan serba sedikit beban tangungan rakyat jelata.

Berbaloi juga rakyat yang telah mengundi Pakatan Rakyat untuk menubuhkan kerajaan baru. Rakyat tidak minta lebih, kebanyakkan mereka hanya mahu sebuah kerjaan yang mementingkan hak dan kebajikan mereka yang rata-ratanya berpendapatan sederhana. Jangan pula selepas ini, datangnya berbondong-bondong manusia dari negeri dibawah pemerintahan BN berhijrah ke negeri Selangor. Apa nak dikata? Mereka pun nak air 'pree...' (percuma). heh!

Terima kasih kerajaan Selangor! Tahniah...

Jumaat, Mei 16, 2008

Majalah SIASAH dalam kenangan...(edisi oktober 2002)


cover depan


interview 1 & 2


interview 3 & 4

*Jika berminat untuk baca, boleh klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas.

Salah sebuah majalah kegemaran saya yang telah mengalami kepupusan spesies akibat dari permit penerbitan ditarik balik. Ini salah satu isu yang masih berada didalam koleksi simpanan peribadi. Edisi Oktober 2002, yang menjadikan sutradara tersohor tanahair U-Wei Hj. Shaari sebagai hiasan kulit muka hadapan. 'Siasah' dalam kenangan...

Khamis, Mei 15, 2008

Siapa Yang Menegur Tadi?





Dikulit belakang buku ini tertulis:


Alam mistik mempunyai daya tarikan tersendiri. Ia seperti sebuah misteri yang tiada siapa dapat mengungkapkan dan terlalu sukar dimengertikan. Hanya mereka yang pernah terkena sahaja yang memahami kejadian sebenarnya. Kepercayaan kepada perkara mistik ini sudah berakar umbi dalam masyarakat timur biar pun dengan perubahan masa, pendidikan yang semakin tinggi, dan kehidupan serba moden namun kepercayaan kepada deria keenam ini tetap tidak berubah. Keadaan ini menjadikan cerita-cerita mistik cukup diminati. Malah kolum Mistik, Fantasi & Realiti Mingguan Wanita mempunyai peminat yang tersendiri. Berteraskan kepada sambutan itu, Buku Prima menerbitkan kompilasi cerita-cerita mistik dan seram yang cukup menarik ini.


Koleksi pengalaman mereka yang pernah mengalami pelbagai peristiwa mistik ini kami bawakan dalam bentuk kompilasi bagi peminat cerita seram, mistik dan misteri. Jadikanlah pengalaman mereka sebagai pengajaran dan sempadan dalam menjalani kehidupan harian. Jangan kita terlalu taksub hinggakan menyekutui ALLAH swt.


Berdoa, berusaha dan bertawakal, itulah yang paling penting.


Firman ALLAH swt :
"Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Qur'an ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang beriman kepada-NYA dan (sebaliknya) Al Qur'an tidak menambahkan bagi orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua."
(Surah al-Isra' : 82)

Selasa, Mei 13, 2008

ANWAR IBRAHIM buat magis stail DAVID BLAINE!


Perhatikan renungan tajam mata mereka. Dua watak yang mempunyai karier yang berbeza namun mempunyai satu renungan yang sama tajam. David Blaine ahli magis lagak ngeri ' stok hilang akal' bertaraf dunia. Sementara Anwar Ibrahim ahli politik 'stok kental' juga bertaraf global sedang melakukan renungan makrifat. Apakata ketemukan mereka disatu pentas yang sama...kita lihat magis siapa lebih handal dan unggul! David Blaine yang terkenal dengan hati kering akan buat silap mata tahap konspirasi hilang akal peringkat tertinggi, sementelahan Anwar Ibrahim pula akan berkata "Lawan tetap Lawan..."


Datuk Seri Anwar Ibrahim masih bermain silap mata ala-ala David Blaine. Ia berhubung jumlah dan tarikh sebenar ahli parlimen BN yang akan bermain 'lompat sikatak lompat.

Anwar masih sabar menunggu untuk buat 'suprise party'.

Dilaporkan berkata' "Masa itu bergantung kepada keadaan (sokongan) Umno yang semakin sedikit. Sekarang mereka mulai panik dan memainkan sentimen perkauman, isu kelangsungan masa depan Melayu. Jadi kami rasa biar mereka sambung perdebatan itu. Kita akan mempertimbangkan pilihan kita.

"Perubahan besar begini tidak harus dilakukan secara tergesa-gesa. Kita harus beri ruang kepada pimpinan (Pakatan) untuk meneliti semua aspek.
"Dan baiknya ialah apabila kita berikan tempoh, ia dibahaskan di seluruh negara. Jadi dia tidak menimbulkan hal yang agak tegang," katanya di sidang media di pejabatnya di Petaling Jaya petang tadi.

Bila puas didesak oleh pemberita, maka beliau dengan lagak manja dan bersahaja berkata, "Saya sudah jelaskan, biar Umno dan BN buat spekulasi masing- masing. Kita ambil langkah mengikut peruntukan undang-undang dan prosedur dan kita akan umumkan pada waktu yang tepat.

"Bila sampai waktu, saya bagi notis," katanya, sambil ketawa kecil dan disambut ketawa beberapa wartawan.
Berikan tepukan gemuruh! tepuk...tepuk...bravo Pak Sheikh.
Anwar berkata biarkan ahli-ahli parlimen BN yang akan berpaling tadah itu 'tepuk dada tanya selera' bila nak join the club."Ada pilihan pada mereka untuk mengumumkan pada masa yang sesuai. Mereka bebas untuk mengumumkan bila masa yang sesuai. Tugas saya sebagai memimpin tiga parti hanya mengumumkannya mengikut jadual," katanya.

Bagaimana pula langkah silatnya untuk masuk gelanggang pilihanraya kembali? Anwar berkata beliau mempunyai pilihan sama ada untuk bertanding sebelum atau selepas pembentukan kerajaan baru."Kita mempertimbangkannya kedua-duanya (pilihan). Berlawan dalam pilihanraya dan membentuk kerajaan," katanya.

Apakah hasrat Pak Sheikh bertentangan dengan 'Spiritual leader' PAS, Tok Guru Nik Aziz? Anwar bijak berhujah dengan memberitahu, "Yang dimaksudkan dengan tidak bermoral (oleh Nik Aziz) itu apabila ada kaedah membeli orang," katanya.

"Kita tahu proses pilihanraya banyak penipuan. Pilihanraya yang dilaksanakan pada 8 Mac itu penuh dengan penipuan termasuk pembatalan dakwat. Kerusi yang wajib dimenangi, dikalahkan dengan cara tipu-helah," tambahnya.

Brother Anwar siang-siang lagi sudah buat benteng kukuh dengan mengulang kenyataannya bahasa acara trek lompat galah yang akan dianjurkannya nanti tidak akan langsung melibatkan kertas putih yang bertanda 'RM' tetapi kesediaan wakil BN melompat adalah mengikut agenda parti-parti pembangkang.

"Banyak ahli dan kawan kita daripada BN, termasuk juga mereka di Sabah dan Sarawak sedar bahawa berlaku penipuan pada pilihanraya lalu. Tiada harapan untuk perubahan atau reformasi yang bermakna dalam pemerintahan sekarang atau bawah kerajaan pimpinan Umno," katanya.

Beliau terus ditanya bertalu-talu tentang kemungkinan BN akan mengambil 'langkah terakhir' untuk membubarkan kembali parlimen bagi mengelakkan sukaneka acara 'lompat sikatak lompat' terus diadakan. Anwar tidak menolak kemungkinan itu.

Beliau berkata jika pilihanraya umum yang baru diadakan, beliau berharap ia tidak dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang sedia ada.

"Saya yakin ia (BN) akan menyaksikan kekalahan cukup parah," katanya.
Rakyat jelata bumi beruah tak sabar-sabar menunggu berita gumbira dari negeri bawah bayu. Sama-sama kita lihat siapa yang parah dan siapa yang marah. Baca lain...

Isnin, Mei 12, 2008

sungai lumpur di kuala lumpur...


aaahh...indahnya sungai di Kuala Lumpur. panas-panas boleh pakat terjun sungai. 'sojuk' dan menyegarkan badan. bosan-bosan boleh pancing ikan. ada ikan patin, sepat, bunga toman, talapia, baung, ikan todak, ikan yu, ikan jaws dan paus . suasana yang kehijau-hijauan.


setelah sehari-hari telinga dan minda telah tercemar oleh hiruk pikuk kenderaan dan asap bas hitam di ibu kota. larikan sekejap pemandangan anda dari aweks seksi yang begitu profesional dalam bab dedah-dedah aurat dan ekzos bising dari monyet-monyet rempit. disini anda boleh melepak dengan tenang dan santai. jika tidak keberatan anda boleh bentang tikar mengkuang untuk berpiknik ala-ala British Colonialism. bawa sandwich sardin dan telor. brandi dan wiskey jangan bawa, sebab haram. lagi satu nanti kalau mabuk, takut-takut terjun sungai. dibawa arus sungai indah ini.


menikmati ketenangan disekitar sungai lumpur di kuala lumpur... baring terlentang dan pandang ke langit biru...opps maaf langit kelabu (jerebu...heh!)
setelah penat berbaring-baring sehingga tertidur barangkali, maka cepat-cepatlah bangun dan sarung baju kemeja kotak-kotak kembali. ingat LRT bersebelahan hanya berfungsi sehingga jam 11.30 malam. jika terlepas, silalah berbaring kembali hingga ke pagi...

dan itulah yang aku lakukan baru-baru ini tanpa rasa aib dan malu. aku. aku. dan aku. terlantar dan terbaring sebagai manusia independen (dituduh gila oleh manusia publik).
aku terjun sungai dalam acara 'free style', walaupun gaya kuak lentang adalah acara kegemaran ku.

tentang bahasa dan buku...

terdapat sedikit ulasan peribadi tentang bahasa melayu dan buku... berminat nak baca, sila masuk blog lagi satu : sabapersonalalbum.blogspot.com

wassalam.

Ahad, Mei 11, 2008

BUKU TERBARU DATO' A. KADIR JASIN - Pilihan Raya Umum 2008 : RAKYAT SAHUT CABARAN

Muka hadapan kulit buku.


Muka belakang kulit buku. Sila 'KLIK' untuk baca tulisan yang tertera dengan lebih jelas.

Free Love - Indie Rock Darling

Hah? Nak lagi? Nah amik nih...

saya pilih lagu ini untuk official theme song bagi blog ini. Si budak jay ni, nampak lembut (heheheee) tapi cool.

buat geng2 di United States, ini local punya scene. quite unic compare to western indie.

belilah barangan buatan tempatan. heh! local made forever.

buat Sister Lelaina Pierce, where is my indie rock darling?

Sabtu, Mei 10, 2008

Muck - A Perfect Sunrise

buat Brother Ahmad Adam. stay cool!

adik-adik ni berbakat besar. mari kita try dengar muzik dia orang. D.I.Y...forever.

kalau tak salah ini ipoh 'scene'. my brother AZ, maybe kenal dengan dia orang nih sebab dia study kat uitm area ipoh.

So, dulu dia cakap memang ada 'hang out' dengan adik-adik ni kat Bodysurf Studio. saya tak kenal. coz saya lebih 'otai'...heh! dah retire. Lagipun ipoh jauh daa...

dont judge them by a long hair...but look straight to the great ideas. what a cool dude. bilik studio ni sempit, bole bikin jugak. salut!

ipoh mali tala sombong maaa...hehehe.

subuh sempurna.

BUNUH DIRI!

86. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda:

"Siapa yang bunuh diri dengan senjata tajam, maka senjata itu akan ditusuk-tusukkannya sendiri dengan tangannya ke perutnya di neraka untuk selama-lamanya; dan siapa yang bunuh diri dengan racun, maka dia akan meminumnya pula sedikit demi sedikit nanti di neraka, untuk selama-lamanya; dan siapa yang bunuh diri dengan mejatuhkan diri dari gunung, maka dia akan menjatuhkan dirinya pula nanti (berulang-ulang) ke neraka, untuk selama-lamanya."

(Terjemahan Hadis Riwayat Imam Bukhari. Jilid 1, m.s. 48)

Jadi janganlah senang-senang nak pi bunuh diri, kononnya atas alasan sedih dan kecewa. Buatlah kerja lain yang lebih berfaedah. Kembalilah kejalan Allah. Jangan jadi manusia yang kalah; hilang pedoman...hilang arah. Nasihat ini buat semua...lebih-lebih lagi buat diri aku sendiri. tQ

Air Percuma di Selangor satu PEMBAZIRAN?

HAMID mengucapkan tahniah kepada Dr Mohd Puad Zarkashi selepas majlis angkat sumpah sebagai Senator di bangunan Parlimen.



Azmin Ali cakap bahawa dia punya Big Boss sudah lama memerangi rasuah sejak pemimpin ulung itu masih main 'buai laju-laju' dalam kerajaan lagi. Itu jawapan yang diberi ketika mencelah tanpa adab ucapan Ahli Parlimen Batu Pahat, Mohd Puad Zarkashi.

Mohd Puad ini pun satu hal, cakap main sedap ikut mulut. Sedangkan kita tahu banyak syarikat Insurans konvensional bersedia mengeluarkan satu polisi insurans kepada mulut beliau. Kata Puad, Anwar ketika sedang berkuasa (di dalam kerajaan) tidak menjalankan usaha untuk membenteras rasuah tetapi hanya ketika sudah tidak berkuasa barulah beliau bersungguh-sungguh berjuang untuk menghapuskan rasuah’. Begitu juga dari segi menghapuskan ISA yang menurut Mohd Puad tidak dilakukan ketika pemimpin itu masih di dalam kerajaan.Baca lagi...


Isu air 'free' di Selangor


Mohd Puad juga membangkitkan isu pemberian air percuma di Selangor, sambil menyifatkannya sebagai pembaziran. Berkemungkinan akan berlaku krisis air di negeri itu.
Dakwaan melulu Mohd Puad Zakarshi disangkal sambil makan 'kacang rebus' oleh adik Datuk Shahrir Samad, iaitu Khalid Samad (Parlimen Shah Alam). Menjelaskan ia dibuat sebagai kebajikan kepada golongan bawahan.


Di samping itu jelas Khalid lagi bahawa bekalan air yang ditawarkan itu bukanlah diberikan secara percuma tanpa had. Ianya melibatkan sekitar 20 meter padu bagi setiap penggunaan semasa.

Haiii bang...takkan tolong rakyat pun dianggap membazir, pelik...ini betul-betul punya pelik.boleh kasi taruk ini 'statement' dalam itu Guiness World Record 2009. Biar semua itu mat saleh satu dunia tahu betapa bagusnya sikap pemimpin Melayu Moden.

Mesti satu dunia akan puji kebagusan akhlak pemimpin kita didalam membela kebajikan rakyat. Confirm itu calon Demokrat, Barrack Obama akan tarik diri sebab dia sedar ketidak mampuannya menyaingi pemikiran Mr. Puad Zakarshi. Mentaliti sebeginilah yang menyebabkan UMNO kecundang pada pilihanraya lalu.

Kalau kasi tolong rakyat pun, boleh dikategorikan sebagai pembaziran. Kita ingat itu Sami Dalai Lama pun boleh bagi 'statement' jauh lebih berkredibiliti tentang isu air free di Selangor.

Pak Lah baru terjaga dari mimpi?


Rupa-rupanya barulah Pak Lah sedar bahawa kurangnya sokongan rakyat jelata kepada UMNO. Semacam baru terjaga dari mimpi yang muluk-muluk. Mimpi dapat bergumpal-gumpal wang emas, apabila dicurah air sejuk kemuka; barulah mengerti rupanya itu hanyalah mimpi indah.

Maka satu usaha akan dijalan mulai sekarang untuk meningkatkan keyakinan rakyat kepada UMNO. Semua pihak akan terbabit. Itulah yang dicakapkannya selepas mempengerusikan mesyuarat MT Umno di sini, malam ini. Baca lain...


Apakah baru kini terjaga, setelah semenjak sekian lama 'tido' tanpa mengira situasi. Namun bagi Pakatan Rakyat sudah tentu berharap supaya Pak Lah terus kekal lena. Dibuai mimpi yang indah-indah, supaya itu budak Nuar Berahim & the geng dapat buat kerja secara optimum.

Khamis, Mei 08, 2008

Pak Lah tak halang Najib jumpa Mahathir

Diantara pengaruh kuasa Pak Lah dengan Legasi Mahathir, siapakah yanga bakal muncul sebagai pemenang?



Pak Lah hari ini membuat satu penafian bahwa beliau telah menghalang Najib dari berjumpa dengan Tun Dr. Mahathir. Beliau sesekali tidak akan bertindak begitu.


"Tak ada halangan...tak ada," katanya ringkas ketika ditanya oleh wartawan.


Sementara dalam situasi lain, Dr.Mahathir dilaporkan berkata adalah sesuatu yang teruk jika perdana menteri tidak percayakan timbalannya.


Dr Mahathir berkata beliau tidak bercakap mengenainya sebelum ini kerana ia satu perkara peribadi tetapi memutuskan untuk mendedahkannya kerana semakin meningkat percubaan untuk menutup mulut mereka yang tidak sehaluan dengan pucuk pimpinan parti.Baca lain

Rabu, Mei 07, 2008

RAJA PETRA MASUK JEL!

Foto Ihsan Malaysia Today.

Foto Ihsan Malaysia Today.

Raja Petra dikeliling kawan-kawan yang sentiasa memberikan sokongan jitu.
Turut kelihatan beberapa Ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat, Nurul Izzah Anwar, Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub. Foto Ihsan AGENDA DAILY.


Akhirnya pengendali laman politik 'Malaysia Today' dituduh di bawah Akta Hasutan 1948 di Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana menerbitkan artikel berkaitan pembunuhan wanita Mongolia, Atantuya Shaariibuu di laman blognya, dua minggu lalu.

Raja Petra bersikap tenang sepanjang prosiding serta mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nurmala Salim.Baca lagi...

Mengikut pertuduhan, Raja Petra didakwa menerbitkan satu artikel bertajuk ``Let’s Send The Altantuya Murderers to Hell’’ yang mengandungi ayat-ayat menghasut di laman web Malaysia-Today yang mempunyai alamat web http://www.malaysia-today.net.
Di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta hasutan 1948, Raja Petra boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta yang sama iaitu denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Nurmala membenarkan Raja Petra dibebaskan dengan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan perbicaraan selama lima hari bermula 6 Oktober depan. Bagaimanapun, Raja Petra memilih untuk tidak membayar wang ikat jamin dan dia telah dibawa ke Penjara Sungai Buloh pada kira-kira pukul 3.15 petang ini.

Hadir sama di mahkamah Jalan Duta tadi ialah orang kuat DAP Lim Kit Siang,ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar,Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub dan Ketua Penerangan PKR Tian Chua.Raja Petra yang ditemui para wartawan kata beliau tidak gentar.Beliau juga mendakwa ini satu tindakan politik dan tiada apa-apa bukti terhadapnya.

Raja Petra diwakili oleh barisan tujuh peguam yang diketuai oleh Karpal Singh. Manakala pendakwaan dibuat oleh Timbalan Pendakwaraya, Nordin Hasan. Baca lain...

Selasa, Mei 06, 2008

Makhluk Besar dari Belantara Gelap...

satu malam yang sunyi sepi. khali. dikala mergastua sahut menyahut. ada makhluk besar keluar dari belantara yang gelap. bau hanyir...tak dapat daging, kayu pancang dijilat-jilat...baca kisah di:

malay-tree.blogspot.com

berderau-derau darah...



AMARAN:

anak-anak dibawah 21 tahun tidak dibenarkan masuk tanpa mendapat nasihat daripada ibu bapa. mereka yang mempunyai tahap kesihatan yang kronik dan penyakit jantung juga dinasihatkan supaya berhati-hati. cuma mereka yang mempunyai tahap mental yang kureng stabil sahaja digalakkan selalu keluar masuk agar ianya dapat menjadi satu bentuk terapi semulajadi. semoga cepat sembuh! (heh!)

Bila AMY SEARCH bertemu TOK GURU NIK AZIZ...pheewiiittt!



Foto-foto disedut dari HarakahDaily.


Pernah anda bayangkan apabila Amy Search aka. Amy Pheewitt masuk suratkhabar Harakah?

Dapat anda gambarkan apabila Rocker Otai tersebut duduk semeja dengan Tok Guru Nik Aziz sambil menikmati juadah lazat direstoran barunya?

Lanjutkan lagi imiginasi anda apabila legenda ikon rock, Amy Search mahu buka sebuah rumah anak yatim dan Maahad Tahfiz Al-Qur'an di Johor. Nanti! Ini bukan fiksyen. Ini cerita benar. Bukan cerita tipu.

Inilah 'benda-benda ajaib' yang berlaku apabila 2 Sifu dalam bidang masing-masing duduk bertemu dan bertentang mata. Face to face tanpa prejudis. Secret admire? Siapa minat siapa? Dalam kenderaan rasmi Tok Guru Nik Aziz mungkin terdapat CD lagu Amy. Mungkin.

Ahad baru ini Tuan Guru Nik Aziz telah sudi turun ke KL dan meluangkan masa merasmikan cawangan baru kedai buku Sarjana Media di Carrefour Wangsa Maju (kebetulan pemiliknya sahabat Mr. Moderator, namun sayang saya tidak dapat menghadiri upacara tersebut kerana sudah kena 'demam menggigil'. Teruklah juga. Jadi tiada foto peribadi yang dapat saya pamerkan).

Walau begitu, majlis berjalan dengan lancar. Selepas itu rombongan Tok Guru terus bergegas untuk meluangkan masa makan tengahari di Restoran Cheng Ho milik penyanyi popular, Suhaimi Abdul Rahman, 50, atau Amy Search di Wangsa Maju, Setapak. Pheeewiiiittt!
Kehadiran beliau di Restoran Cheng Ho disambut mesra Amy dan isteri.Turut hadir dalam majlis itu Ketua Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub dan kolumnis Harakah, Haji Subky Abdul Latif.


Rocker Otai itu melahirkan rasa terharu dengan kehadiran Menteri Besar tersebut yang disifatkan sebagai seorang tokoh yang begitu disegani oleh semua pihak.

"Saya sangat terharu kerana beliau sudi hadir menjamu selera di Restoran saya ini kerana sememangnya saya meminati personaliti beliau yang sangat karismatik dan low-profile," katanya.

Ditanya mengenai label yang mungkin akan diletakkan kepada beliau apabila menyanjungi seorang tokoh politik, Amy menegaskan bahawa itu adalah hak individu kerana beliau berhak untuk meminati sesiapa.
"Saya meminati tok guru dengan imej dan personaliti beliau sebagai seorang tokoh agama serta pemimpin yang hebat, kenapa harus takut dengan label-label yang berbau politik.


"Masyarakat yang ada pada hari ini telah dapat menilai sesuatu dengan lebih baik dan kita tidak perlu bimbang kepada elemen label-melabel kerana ianya tidak sepatutnya berlaku," katanya lagi. Baca lain

Perrrghhhh...tak tau nak kata per dah. Amy pun dah dapat hidayah dan kembali kejalan yang diredhai-NYA. Sejak balik dari mengerjakan umrah itu hari, penampilan Bro' Amy dah mula berubah sedikit demi sedikit.

Khabar terbaru juga mengatakan beliau akan kembali buat umrah, kali ini akan membawa ibu dan bapanya bersama. Tak kiralah kalau dia pakai kopiah Pakistan ala-ala Nehru tapi masih sarung rantai dileher. Imej rock kekal. Itu dah memang stail penampilan dia.

Senang cerita, itu semua untuk carik makan bagi membina kehidupan yang lebih baik. Supaya tidak merempat dan mengemis. Kita jangan lekas menjatuhkan hukuman terhadap beliau. Silap-silap haribulan disisi Allah aza wajalla Artis Rockers seperti Amy Search lebih dekat disisi-NYA.

Ya lah, mungkin hati dia lebih bersih dan jernih dari sesetengah manusia yang luarannya kelihatan warak tapi dalam hati penuh dengan perasaan hasad dengki, bongkak, ujub dan benci membenci sesama sendiri? Dia nak menyanyi terpekik terlolong itu soal lain beb! Yang penting sekarang Amy ikon Rock Malaysia sudah kembali kejalan yang lurus walaupun tak pakai jubah dan serban. Pelan-pelan beb...wa caya sama lu !

Kita doakan yang terbaik buat Bro Amy Search...pheewiiiiittt!

Isnin, Mei 05, 2008

EGM mesti dibenarkan! - KU LI

Menurut YM Tengku Razaleigh, suara 'akar umbi' harus didengar. Mereka harus diberi ruang platform untuk menyuarakan pendapat dan menyatakan ketidakpuasan hati. Jangan hanya pandai bagi botol air mineral 'free' lepas tu terus suruh tutup mulut.
UMNO bukan hakmilik peribadi!


Tengku Razaleigh berkata Perlembagaan UMNO membenarkan EGM (mesyuarat agung luar biasa) jadi tiada pihak boleh menghalangnya.

“Tetapi sama ada mereka boleh mendapatkan sebanyak mana (bahagian) untuk mengadakan mesyuarat serupa supaya mereka dapat mengadakan perhimpunan agung luar biasa, itu merupakan perkara berbeza,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian sidang pertama Parlimen ke-12 di sini, semalam.

Ini adalah respon Ku LI kepada kenyataan Pak Lah semalam supaya semua bahagian UMNO diseluruh negara berhenti serta merta dari mengadakan EGM.

Ku Li menambah bahawa kenyataan itu hanya menjadi pemangkin kepada akar umbi supaya menyuarakan pendapat mereka tanpa ikut undang-undang.Baca lagi...
Ku Li berpendapat bahawa kurangnya mesyuarat di meja peundingan hanya akan membawa bala kepada UMNO.

“Perasaan rakyat tidak dapat dikawal. Jika mahu menjadi stereotaip, dengan itu hanya perlu menulis semuanya dalam sekeping kertas untuk mereka ikuti, ulangi apa yang kita mahu mereka katakan. Tetapi ini sebuah negara merdeka dan semua orang berhak menyuarakan apa yang mereka mahu katakan. Sama ada apa yang mereka katakan itu betul atau tidak, biar rakyat menentukannya,” katanya.

Banyak bahagian sedang bersiap sedia untuk mengadakan EGM, menurut calon Presiden UMNO itu.

Pak Khalid akan buat laporan polis tentang BALKIS!

Bekas Yang Dipertua Balkis, Datin Seri Zahrah Kechik. Zahrah pada sidang medianya sebelum ini mempertahankan tindakannya mempengerusikan mesyuarat agung Balkis pada 11 Mac kerana ketika itu beliau masih Yang Dipertua dan masih belum meletakkan jawatan.


Kerajaan Baru Negeri Selangor akan buat laporan polis berhubung pembubaran dan pemindahan wang BALKIS kata Pak Khalid.Baca penuh...

Pada 24 April lalu, Menteri Besar Selangor didalam kenyataan akhbarnya telah menyebut akan mengadakan siasatan menyeluruh berhubung pemindahan dana pertubuhan itu sebanyak RM9.9 juta.

Dana tersebut telah dipindahkan kepada sebuah badan amal lain, BAKTI.
Dana berkenaan ialah sumbangan anak-anak syarikat kerajaan negeri kepada Balkis untuk menjalankan program kebajikan dan kemasyarakatan seperti Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) yang menyumbang sebanyak RM268,862 pada 2007, manakala Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sebanyak RM590,379 di antara 2006 dan 2007.

Sementara itu, bekas Yang Dipertua Balkis, Datin Seri Zahrah Kechik ketika dihubungi enggan memberikan sebarang komen berhubung kenyataan Abdul Khalid itu kerana tidak mahu isu itu terus berpanjangan.

Cakap banyak pun tak guna. Kita tunggu sahaja hasil siasatan polis setelah laporan dibuat kelak. Ada orang tengah mengigil... Tan Sri Khalid Ibrahim bukan kecik anak. Silap besar, jika ada yang nak pandang rendah kemampuan beliau didalam mentadbir Selangor. Semenjak akhir-akhir ini, macam-macam cerita negatif yang dilaporkan oleh Media Pro Kerajaan BN. Bukankah ini satu bentuk gangguan? Kerajaan Baru Selangor cuba diganggu-gugat kelancaran jentera pentadbirannya. Rakyat negeri Selangor bukan 'bodo' . Mereka tahu siapa dalang disebalik kerja-kerja politik kotor yang cuba mengacau kelicinan perjalanan pemerintahan baru yang dipilih rakyat secara demokrasi. MEREKA YANG TIDAK TAHU MENGHORMATI KEPUTUSAN DEMOKRASI!

Generasi Muda tidak tahu jasa besar Tengku Razaleigh?

Ku Li dan Che Det ibarat 'air dicincang tak akan putus'
Foto Ihsan MY KU LI blog


Pihak Moderator mendapat sebuah komentar yang agak panjang lebar daripada seorang pembahas tentang sejarah dan jasa Yang Mulia Tengku Razaleigh Hamzah...dan ini katanya:


shahbandarmalakat berkata...


Assalamualaikum.


Saya ada tulis dalam blog saya "tengku razaliegh tokoh yang di lupai?".http://siraltalmustaqim.blogspot.com/2008_03_01_archive.htmldi antaranya:


Saya percaya rata rata kalau kita tanya anak anak muda sekarang ini mereka tidak mengenali KULI apatah lagi untuk mengetahui jasa jasa Tengku.Malah saya percaya di kalangan exco pemuda UMNO sendiri mungkin ada yang kenal dan mungkin ada yang agak samar samar kalau kita tanya mereka…


Munkin semua tahu bangunan PWTC dimana Ibu Pejabat UMNO terletak..dan semua tahu PWTC itu hak milik UMNO. Tapi berapa orang yang tahu bagai mana Bangunan PWTC di dirikan dan di atas tanah siapa Bangunan itu di dirikan?Pernah kah mereka di beritahu bagaimana UMNO bolih berdiri di atas kaki sendiri dari segi kewangan di Zaman Tun Abd Razak (sebelum tu UMNO banyak bergantung pada belas ehsan pihak lain) dan siapa yang menubuhkan Fleet group syarikat milik ahli UMNO ? Siapa yang mengeluarkan modal dan berapa banyak modal tersebut untuk mulakan perniagaan ?(Fleet group begitu kokoh pada satu masa dulu dan dari situ sumber kewangan UMNO di perolihi )(Fleet group hancur selepas bertukar tangan ,Nak tahu kesah Fleet Group bacalah buku yang di karang oleh Puan Marina Yusuf satu masa dulu..)


Tahu ke anak anak muda ini siapa kah pengasas dan CEO pertama PETRONAS?Tahukah mereka siapa yang menubuhkan PNB dan Amanah Saham National dan atas idea siapa?Siapa yang bertungkus lumus membentuk Pernas dan Pernas Edar dan rangkaian bisnes nya? (Pernas Edar yang membantu perniaga dan kontraktor bumiputra, sekarang dah hancur dah..)Siapa yang terlibat melulus dan menubuhkan Bank Simpanan National (mulanya hanya simpanan di Pejabat Pos)?Saya percaya anak anak muda dan mungkin juga exco pemuda tak tahu perkara ini .


Kalau ada exco pemuda tak mengetahuinya dan ingin mengetahui nya saya cadangkan mereka pergi ke pejabat Tengku di Langgak Golf bertanya khabar jumpalah dengan fikiran terbuka..tiada salah dan tak ada apa nak di takutkan .Telipon setiausaha Beliau untuk temujanji. Inshaallah dapat jumpaSudah lama saya mengadu pada rakan rakan bahawa budaya politik yang ujud di Negara kita ni ialah jenis tak mahu nama tokoh tertentu di kenang rakyat akan jasa jasanya.Macam ada tangan yang bermain wayang kulit supaya rakyat mula lupa dan tidak tercatit dalam sejarah akhirnya.


Terang terang bila PNB menyambut ulang tahun (tak salah 20 tahun) penubuhannya. .Iklan iklan nya, rencana khas serta ulasan ulasan dalam media cetak tidak langsung menyebut nama Tengku sebagai orang yang terlibat dalam penubuhannya (Hairan nama lain lain tokok ada ).Apa tujuan mereka?


Rasanya banyak tak tahu bahawa Tengku pernah menjadi Ketua Bank Bumi dan Chairman Bank Pembangunan Dunia ( Pemilihan di buat melalui undi dan Beliau menang dalam undian tersebut).Mungkin anak muda kini tak tahu Tengku pernah memegang Menteri Kewangan di mana waktu itu ringgit Malaysia sama kuat dengan Singapore..?


Memang lah bila di ajukan kepada Tengku pasal orang mula lupa akan jasanya, beliau tak ambil kesah atas ini .Kerana beliau iklas dan semuanya dilakukan atas nama bangsa dan ugama!Saya amat yakin pada KuLi dan masih percaya khidmatnya akan diperlukan juga ahkirnya nanti..


2008 Mei 4 23:31

Sabtu, Mei 03, 2008

Video Hari Pertama di Parlimen Malaysia.

Kawan-kawan mari menonton SARKAS! Oops maaf, Parlimen Malaysia bukan sarkas. Malulah sikit pada rakyat jelata...

Apa kata Nazri Aziz tentang Anwar Ibrahim?

confused.

VIDEO ANWAR KEMBALI KE PARLIMEN!

REFORMASI!

REFORRMAAASSSIIIII!

REEF...FOORRR...MAAASSSSSIIII!

LAWAN TETAP LAWAN! LAWAN SAMPAI MASUK PARLIMEN!

hehehee...sori aar. ter'over' ex-CITED!

Foto labah-labah keturunan Gua Sur.


Imej Makro ini baru dihasilkan sebentar tadi. Lokasi? Dalam bilik mandi. Klik untuk imej yang lebih besar.


Lihatlah betapa Agungnya tanda-tanda kebesaran Allah swt. Sejenis spesis ribuan tahun. Unik... kompleks dan penuh berseni. Moyang labah-labah ini pernah menyelamatkan 2 manusia kekasih Tuhan di Gua Hira' ribuan tahun dahulu. Muhammad bin Abdullah saw. dan Abu Bakr as SiddiQ semasa dikejar oleh malaun-malaun kaum Quraisy yang takut kuasa politik ditangan mereka hilang apabila datangnya Utusan Allah. Sejenis makhluk ciptaan Allah swt yang sungguh besar jasanya dimana kerana khidmat Tuan Haji Spider inilah maka Islam dapat berkembang dimuka bumi. Pernah anda terfikir? Mr. Spider hanya menjalankan tanggungjawabnya sebagaimana yang telah diperintahkan -NYA. Misinya "Selamatkan Rasulullah!" and then mission accomplished....


Labah-labah mana tau buat kerja politik kotor... dia takder kepentingan projek...hati dia bersih...jadi tolonglah jangan pi bunuh labah-labah sesuka hati. Dia pun nak hidup...
(Terima Kasih buat pengunjung blog 'Tanpa Nama' ...yang sudi membetulkan lokasi gua sebenar. tQ)