Ahad, Mei 25, 2008

Pulau Batu Puteh hanya satu MITOS. (Pulau yang dipadamkan dari peta Malaysia...)

Pada tarikh hitam 23 Mei 2008, secara rasminya Pulau Batu Puteh telah dipadam dari peta Malaysia. Namanya bakal menjadi satu mitos oleh anak cucu keturunan kita...



Ada sebuah pulau tunggul sebesar 2 padang bola sepak. Luasnya 0.2 hektar. Terletak pula diluar pantai tenggara Pengerang, Johor Malaysia. Kira-kira 12.8 dari Pengerang dan 64km ke timur Singapura. Mengambil masa 20 minit jika menaiki bot laju dari Teluk Rumania, Pengerang.

Telah menjadi 'duri dalam daging' diantara hubungan Malaysia dan Singapura. Sebetulnya banyak lagi duri yang masih belum dicabut. Ini salah satunya...

Kononnya dinamakan sebagai Pulau Batu Puteh secara tradisi oleh para nelayan di Johor yang sering menjadikan sebagai tempat persinggahan, kerana berwarna putih dan banyak didiami burung camar laut. Manakala orang Portugis menggelarkannya sebagai Pedra Branca yang bermaksud 'batu putih'.

Seorang pelayar Belanda bernama Johann van Linschoten sejak tahun 1583 telah mencatat bahayanya pulau ini kepada kapal-kapal yang belayar dari China dan juga yang datang dari selatan Melaka.

Percaya atau tidak, bahawa telah berlaku sebanyak 25 kemalangan diantara tahun 1824 hingga 1851 berhampiran pulau kecil ini. Manakala diantara tahun 2000 hingga 2004 berlaku 2 lagi kemalangan.

Kapten James Horsburgh dari Scotland telah membina sebuah rumah api pada tahun 1851, dan menamakannya sebagai Rumah Api Horsburgh. Kapten tersebut yang mewakili Syarikat Hindia Timur Inggeris telah mula melakukan kerja-kerja hidografi dan melukis peta kedalaman kawasan ini.

Pembinaan rumah api ini tujuannya adalah bagi membantu kapal-kapal yang akan melalui Selat Singapura dan Selat Melaka.

Sementara itu disebelah timur pula, telah dibina juga sebuah rumah api di Pulau Pisang. Bagi tujuan yang sama juga. Jadi apakah berbezaanya?Bezanya Pulau Pisang adalah sebuah pulau yang besar manakala Pulau Batu Puteh adalah sebongkah batu. Jadi secara fakta, Malaysia dan Singapura telah berebut 'sebongkah batu' yang terletak di satu kawasan yang agak stratergik.

Malaysia mula membuat tuntutan keatas pulau tersebut pada tahun 1979, ketika mahu menerbitkan peta rasmi baru. Dan telah memasukkan Pedra Branca dalam perairan lautnya. Ini berdasarkan jarak Pedra Branca adalah jauh dari Singapura (lebih dari 12 batu nautika). Malaysia telah berhujah bahawa apabila Kesultanan Johor menyerahkan Singapura dan 19 km sekeliling (10 batu nautika) kepada pihak British pada tahun 1824, penyerahan ini tidak termasuk Pulau Batu Puteh.

Pada tahun 1844,Sultan Johor hanya memberikan kebenaran untuk membina rumah api kepada pihak British.

Pulau Batu Puteh (Pedra Branca) terletak 46 km (25 batu nautikal) dari Singapura; dan 14.3 km (7.7 batu nautikal) dari Johor.

Jadi Singapura hanya diberikan kebenaran mengurus rumah api, memandangkan tiadanya pelabuhan di Johor pada masa tersebut berbanding masa kini dengan wujudnya Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Pelabuhan Johor. Ini memandangkan Malaysia pada waktu itu kurang berminat dengan industri perkapalan Sinagapura.

Singapura pula mengemukakan dakwaan bahawa mereka telah menguasai pulau tersebut semenjak 1840-an tanpa sebarang tentangan oleh pihak Malaysia. Pulau Batu Puteh, Middle Rocks, dan South Ledge penting sebagai rumah api dan tanda arah di laut.

Maka pada tahun 2003, Malaysia dan Singapura telah bersetuju membawa kes ini Makhamah Keadilan Antarabangsa. Oleh itu pada tarikh 6 Februari 2003 satu Perjanjian Khas telah ditandatangi oleh kedua-dua buah negara. Manakala Makhamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), The Hague, Belanda hanya mula membicarakan kes tuntutan ini pada Selasa, 6 November 2007.

Singapura diberikan empat hari (6-9 November) untuk menggulung hujah lisan pusingan pertama, sementara Malaysia diberikan giliran pada 13-16 November 2007. Pusingan kedua oleh Singapura pada 19 dan 20 November dan Malaysia pada 22 dan 23 November 2007.

Pada 23 Mei 2008, Naib Presiden ICJ, Hakim Awn Shawkat Al-Khasawneh mengumumkan keputusan pembicaraan tersebut bahawa kedaulatan Pulau Batu Puteh adalah milik Singapura manakala Terumbu Karang Tengah dan Terumbu Karang Selatan diisytiharkan milik Malaysia.

Pelbagai bukti sokongan dikemukakan seperti peta, gambar-gambar, dan rakaman suara telah dikemuka oleh kedua belah pihak yang bertikai.

Akhirnya pada tarikh 23 Mei 2008, Makhamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) telah memutuskan Pulau Batu Puteh @ Preda Branca secara rasminya menjadi milik Singapura.

Detik hitam bagi seluruh rakyat Malaysia. Kita hilang sebuah pulau...selama-lamanya...

Salah siapa?


(Artikel ditulis oleh Moderator Indie berdasarkan sumber http://ms.wikipedia.org/wiki/Pulau_Batu_Puteh dan laporan semasa oleh akhbar-akhbar Malaysia.)

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salah kerajaan Johor lagi...

Letting the time pass me by berkata...

Aku takut isu IDR akan mengalami nasib yang sama dengan isu Pulau Batu Putih...

Tetapi aku rasa isu Pulau Batu Putih nie mungkin tidak dikaji dengan mendalam sebelum kita membawanya ke ICJ... Sebagai lawyer, kita mesti tahu jika ade surat 1953, maka peluang untuk menang bertambah tipis...

Begitu juga dalam isu IDR/ Iskandandar Malaysia, yang nampaknya Malaysia seolah-olah tak peduli dengan kedaulatan Johor...

Kononnya nak bukak wilayah IM sebagai wilayah free zone ke apa-apa ke...

Tapi ini siapa punya kerja???

Gurindam Jiwa berkata...

bagi thairu nak toadee
air kelapa juga dibalun
Singapura tu kita bagi free
tak de sapa sibuk pun?

Mak Su berkata...

aku berkata dalam diam

azzam izham berkata...

Pulau Terlepas, Batu Terhempap, Putih Mata Akhirnya!

AbGJaS berkata...

Hi Moderator,
Sebelum keputusan diumumkan, seorang pegawai atasan dlm perwakilan malaysia berkata, batu puteh merupakan lambang kedaulatan negara yg mesti dipertahankan.

Namun selepas keputusan diumumkan, dan kita kalah, salah seorang pak menteri telah berkata... pulau batu puteh hanya sekadar 'batu', tak ada orang yg duk di situ...

Bagaikan musang berkata anggur itu masam...

John Melawi. berkata...

kamu orang mana?

aku jati di JOHOR DARUL TAKZIM berhadapan singapura.

kamu berang?

kalau aku kamu rasakan apa pula?

kadang-kadang rasa malu pada kejatian sendiri kerana tak mampu melakukan apa-apa.